Friday, February 15, 2013

Abah's Catarct Surgery Operation

Hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur lagi pada rembang senja ini. Aku terpaku di bawah parkir berbumbung. Sekali  sekala merenung detik waktu pada telefon bimbit. Sedari kecik, aku tidak pernah minat untuk menyarung jam di pergelangan tangan. Rimas rasanya, tapi jika barang kemas ok pula secara automatik…hari  ini dirasakan waktu berkerja sangat singkat..pantas sekali waktu menginjak ke angka 5.30 petang…manakan tidak, hari ni Korean Team ada dan beberapa agenda telah diaturkan bersama mereka..Aku drop by dekat HQ pagi ini, tujuan utama nak ambil limau mandarin untuk diagihkan kepada staff di TM Brickfields and ade la beberapa dokumen yang aku perlu setelkan before pulang bercuti yang terlebih awal untuk Chinese New Year kali ini…entah tak pasti macammana boleh misunderstanding dengan anak sedara owner kampeni, Kanda Ian Koid tuh…sampai-sampai je insan berkenaan kata semua limau dah dibawa ke TM oleh beliau..amboihhh baguihnyeeee…check punya check..setelah melilau satu opis..nak col tak berani coz he’s in the meeting..terpaksa la tunggu time lunch hour..baru leh  tanya..urghhh beliau dah bagi kat orang TM rupanya…memandangkan dialah yang paling hensem if compare to others..bak kata Farid, dia punya kesalahan tu dimaafkan laaaa…

Hari ni juga SmartCard yang dinantikan oleh semua staff telah selamat tiba di tangan aku..perlu diagihkan juga secepat mungkin bersama dengan Letter Of Consent..semuanya aku buat secepat yang mampu sebab lepas lunch hour ader workship dengan ESRI pula…sebenarnya blur-blur ayam, tapi dek kerana kena masuk & tadah telinga…aku pun masuk la juga..segala dokumen/surat –menyurat/fail bertaburan atas meja usah kira laaa….memandangkan workshop tuh pun abes pukul 5 lebih…memang terpaksa stay jugak coz nak pastikan segala urgent email direply…sudahnya keluar dari opis memang dah dekat kol 7..asar pun di hujung waktu…turun je hujan memang dah lebat, dari atas Nampak mendung je…intai-intai Jalan Damansara yg heading ke Jalan Duta tuh memang jam sesak ler dah jawabnyaaa…setelah dihitung dicongak bagai…talifon jugak lah emak bagitau may be lewat sikit bertolak pulang neh…may be tunggu jam reda dulu…

Mana lagi tempat nak lepak waktu macam ni..dah nak dekat Maghrib..perut pun dah menyanyi….hujan pula lebat…maka aku hanya membawa diri ke market harian…sekadar singgah The Garden Midvalley untuk Maghrib and dinner….merayau sorang-sorang tuh dah memang biasa bagi aku…sambel feel Chinese New Year…dok tak dok terserempak ngan Eric Tsung and Mosses Lim..famous Hong Kong actor…to be honest..time jumpa tu memang lah rase familiar muka diaorang neh, tapi nama memang tak tahu langsung…lepas  tu baru gugel..

Berbekalkan karipap ayam Midvalley and Horlicks Milk Tea from Chatime…aku memulakan perjalanan ke Pulau Pinang…juga ditemani celoteh DJ dan muzik Retro dari Sinar.fm…suasana malam masih ditemani gerimis..walau tidak selebat mana, namun masih menghad visual aku…lalu kereta dipandu dalam gerak perlahan 90km per jam…niat di hati hendak sampai seawal yang boleh..boleh rehat awal kerana esok perlu bangun seawal Subuh..appointment abah pukul 9 pagi..maka kami dari sini perlu bergerak lebih kurang pukul 7.30 pagi…sebenarnya jarak hanyalah 30 minit..namun esok kan masih hari bekerja..sementara nak melepasi Jambatan Pulau Pinang tuh, jam dia sama hebat dengan jam di kolompo..walaupun tidak menyeberang ke Pulau sekadar di seberang perai sahaja..laluan yang aku nak ambik esok neh..tetap terpaksa mengharung orang yang nak ke Jambatan…kalau boleh nak straight je sampai ke Parit Buntaq..oh malam nie mak and abah tidoq kat umah Mak Njang kat Taman Pekaka..mujur bukan di Relau..kalau tak, aku sememangnya takut jugak nak drive masuk ke dalam hujung kampong tuh….memandangkan nak balik tadi pun, minyak dah tinggal setengah..touch N Go lagi la tak dan nak refill…so terpaksa la jugak singgah RnR Tapah..berhenti ke tandas, solat Isyak and isi minyak…kendian, terus sambung perjalanan semula…before start perjalanan dari Tapah, aku dah pasangkan surah Yassin dalam kereta..dan berniat dalam hati , jangan la sampai kat Ipoh laluan berbukit tuh tepat pukul 12…namun jangkaan aku meleset, memang jam tepat kol 00:00 am, kereta aku tepat tiba di kaki bukit…surah Yassin dikuatkan…hati membaca ayat-ayat lazim yang mana aku tahu…ah sememangnya..aku sering diganggu tatkala menghampiri lokasi ini serta lokasi ‘hot’ yang lain…aku sudah merasainya beberapa kali…kali ini juga tidak terlepas, ada haruman limau purut ! Ya Allah…aku kuatkan hati, teruskan pemanduan tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan..badan aku tidak semena merasa panas…dan dengan isyarat itu, aku tahu ada yang ‘menumpang’…aku biarkan sehingga ia berlalu pergi sendiri…

Seminit dua lagi jam akan berginjak ke angka 1…aku sudah selamat tiba di perkarangan rumah Mak Njang..membawa masuk apa yang perlu…selesai air diteguk, tuala terus dicapai…badan rasa letih ya amat and busuk ya amat…ingin mandi secepat mungkin and merebahkan diri ke atas tilam empuk..namun usai mandi, laptop dicapai..membuat diri ini sekadar rebah tak sedarkan dalam pukul 3 pagi…





Bangun pagi ternyata rasa pening..mata juga seakan melekap saja..Namun inilah hari yang dinantikan oleh abah…abah akan menjalani Cataracts Surgery di KPJ Penang Specialist, Bandar Perda Bukit Mertajam…aku sengaja percepatkan abah’s operation…nak bagi dia rasa selesa dan punya waktu yang cukup untuk recovery…abah jadi tak nampak langsung lepas abah demam awal tahun tempohhari..check-up kali pertama with Ophthalmologist KPJ Specialist on 24/01/2013..after discuss dengan Doc and dah tahu abah punya condition..juga yang paling penting operation cost..aku and mak putuskan untuk buat pada hari ini..07/02/2013…besar harapan kami agar abah dapat lihat semula..atau at least abah boleh buat aktiviti harian dia..paling tidak pun boleh naik motor ke surau/masjid berdekatan…sejak demam hari tu, bukan kata nak naik motor…nak baca paper pun dah tak mampu..memang bagi kesan yang hebat pada abah…dan yang paling penting, abah dapat tunaikan ibadah haji dengan sempurna pada tahun ini…Alhamdulillah, mak dan abah telah dipanggil oleh pihak Tabung Haji dan tersenarai dalam Jemaah Haji 2013…

Hari ini sehari suntuk kami di KPJ teman kana abah..aku yang lalok neh pantang jumpa kusyen empuk, mula nak lena…tak hirau dah dengan suasana sekeliling…operation abah berlangsung dengan jayanya…tak lama pun just 2 hours macam tuh…aku ambik package day care untuk abah…lagi pun abah tak nak overnight dekat hospital…so esok kena datang lagi untuk buka balutan…sebelum operate, abah agak gelisah…tapi setelah diconvince oleh Doctor yang operation tuh sekadar laser operation .. baru lah abah tenang semula….




Dalam pukul 6.30pm, kami check-out…abah dah lapar coz sekadar makan roti before and after operation…jalan pun memang sah2 tengah jam sebab org balik kerja…nak cari restoran terdekat, macam jadi susah sebab menentang arus..nak patah balik dengan nak tempuh jam tuh buat mak kata singgah makan kat RnR Juru je la…maka aku ikut sajalah kata mak sambil berdoa tak ramai orang and mudah parking…rezeki abah, sampai-sampai terus dapat parking..terus dinner kat situ je..malam neh kami tido kat Taman Pekaka lagi…aku still malas nak balik rumah…and pada masa yang sama aku nak guna internet..belum sempat lagi weh nak bayar duet kete for this month…mak pulak kami semua susah hati lapaq tengah malam coz makan malam awal sangat..lantas bagi cadangan beli burger walaupun bukan dia nak makan…lepas drop by abah and mak..aku keluar semula demi membeli burger sebanyak 5 biji tuk kami berlima…yeah untuk mak njang and jugak pak cik hanifff…pak cik aku tu laaaaa…kaluttt..nak beli berger pun riuh setaman…aku usik dia time sampai kat rumah sambel kata “ tadi mak pesan pak cik punya burger tak mau daging!”…hahahahaha menggelabah kawan ..terus pangkah mak aku..”Kak, dalam aku dok habaq tak mau sos bukannya tak mau daging..burger apa x mau daging!!” hehehehe….padahal aku beli ikut apa yg disorder..dia memang kalut sungguh sampai tak dan nak cek…

Malam tu rebah awai walaupun laptop terbukak…mata dah memang tak mampu menahan beban kemengantokan !


0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template