Rata-rata semuanya tengah hangat memperkatakan isu amah Indonesia yang
membaling/melambung anak majikan umpama bantal tuh…di laman social, boleh
dikatakan ½ pengguna meng’shared link video tersebut..aku mengikuti berita yang
disiarkan jadi taklah dok tengok video tu berulang kali..kang kalau tengok
banyak kali, rasa sakit hati…amah Indonesia tuh pasti ada masalah jiwa…dah la
baru kerja sehari, berani buat perangai…hari ni topic kat Sinar Pagi pun isu
amah tuh jugak…aku kan ke retro sikit…so layan radio retro skeet..tak berapa
nak berjiwa muda dah nak layan Hitz.fm…topic serius pun boleh jadi kelakar bile
kak engku, SY & K-ril bergabung..ditambah pulak ngan watak-watak tambahan seperti Mak Banang, Mak Neng, Abg Jem..Mat Salleh..ngan Wak…gamat konti !!! Aku gelak
bagai nak rak kadang-kala tuh…dan hari ini bila follow-up berita lagi dapat
tahu amah Indonesia tersebut dijatuhi hukuman 20 tahun penjara….umur 43 tahun
sok baru bleh balik semula ke Indon gamaknya…tapi betul ke dia nie ada masalah
psikitiari??? Malas nak cek dengan berita online…aku neh pemalas sket baca
berita online….rase tak puas..
Rasanya semua orang kecewa dengan perkara begini..semua
peringkat tak kisah yg dah bergelar ibu mahupun masih bujang..yang berkerja
mahupun surirumah..yang kaya mahupun miskin…lantas fikiran aku juga terbang
melayang kembali mengingat kisah Nirmala Bonat..kononnya majikan Malaysia
kejam…rasa macam nak tunding jari kat Ejen…sebab tak betul-betul buat saringan
time nak memilih tu..memang Malaysia
neh lubuk rezeki diaorang…rakyat Malaysia juga sgt memerlukan
khidmat bakti pengasuh..tapi jangan lah main hentam keromo aje…sudah lah nak
dapatkan amah pun perlu bayar pendahuluan macam ngan nak beli kerete…gaji pulak
tinggi ya amat..nak sama level dah ngan pekerja kilang..tempat tinggal makan
minum diberi percuma…memang syiok lah diaorang dilayan cam puteri..tapi kena
ingat, diaorang tetap warganegara asing yang sekadar menumpang..jangan biarkan
mereka menjadi tuan di bumi kita…namun aku juga tidak menolak, ada yang baik
dan sangat setia terhadap majika..Cuma payah nak jumpa…
Masih relevankah rakyat Malaysia untuk menjadi pembantu
rumah? Kalau dilihat dari aspek kehidupan serta trend masakini…rasa nya mustahil
sangat…jauh rasanya…walaupun hakikatnya masih ada golongan-golongan yang boleh
diberi tugas ini..satu benda yang paling aku tak paham ngan budak-budak zaman
sekarang neh awatnya yang malas sangat nak belajaq???? Aku neh melihat dari
dunia sekeliling aku je..selalunya tak pergi jauh untuk melakar apa sahaja
pendapat yang bakal aku lontarkan dalam arena blog nie…kira bau-bau bacang
jugak ngan aku..tapi tak dan amik PMR dah berhenti sekolah..prefer duduk rumah
mengasuh budak, hantar budak pegi + balik skolah..hantar mengaji kelas
agama..membantu emak di rumah..prefer nak cari duit sendiri….payah
sangat ke mata pelajaran Tingkatan 3 tu yang sampai nak kena berhenti sekolah
????? Then bila merungut penat mengasuh budak, suruh kerja kilang..baru kerja
sehari dua..dah merungut macam-macam…payah laa macam gini…den, aku tengok badan
pun makin bam-bam je..sehat duduk rumah gamaknya..aku ni bukan la nak membangga
diri kata aku cerdik ke hapa…mugkin laluan pembelajaran aku mudah tak macam
diaorang…bertungkus lumus kot belajar at least pernah bercita-cita nak jadi
Doktor walaupun hakikatnya tidak untuk sekarang..tapi memang rasa nak menjerit
kat diaorang supaya utamakan sikit pelajaran…yang hat pegi sekolah pun macam
main-main je kekdahnya…tak de impian nak masuk Universiti ke hape diaorang
neh….??? Mak pulak asyik nak kesian..bila balik, mak selalu nak suruh aku bawak
diaorang g jenjalan…mak kata kesian kat dia tak berjalan ke mana duduk rumah
saja..ha…kan
bagus dulu kalau tak berenti sekolah..sure sekarang kalau tak leh masuk
U..masuk je lah memane politeknik mahupun pusat kemahiran memane..aku neh agak
obses ngan pembelajaran…selain aku nak mengomel pasal orang tak mau pegi
sekolah, aku nak mengomel jugak pasal sepupu sepapat aku hat masih remaja
neh..diaorang tak de ke cita-cita nak jadi Engineer ke Arkitek ke ape-ape je
lah yang menunjukkan bidang2 yang dipelopori oleh lelaki…kenapa semua pakat nak
ambik Culinary bila naik ke Tingkatan 4? Sungguh lah aku tak paham..tapi dah
depa pilih hat tu nak buat cammano..memang Chef skang boleh buat duet..tapi aku
sedih ngan diaorang langsung tak ambik aliran Sains…Gudluck lah to
everyone..untung2 nanti uols kerja kat hotel ternama…mahupun bukak restaurant,
boleh kak cik tumpang makan…hehe
Nampak nya aku macam dah tersasar jauh dari tujuan
asal…sebenarnya aku sekadar ingin mengembalikan memori bersama pembantu rumah/pengasuh
yang pernah family aku miliki..bukan terhad kepada mak abah aku je…sampai arwah
wan dengan tok jugak…yang mana istilah pembantu rumah itu perlu dihapus kerana
tiada istilah pembantu rumah…semua kami anggap sebagai keluarga sendiri…ada
juga di kalangan mereka memang ahli keluarga sendiri seperti adik abah…orang
kampong atau ada orang lain yang kenalkan….
Aku mulakan dengan Mak Teh..tidak pasti sejak aku umur
berapa dia mula menjaga aku, tapi rasanya semenjak kecil..lepas dia ambik
SPM..terus tinggal ngan mak abah untuk jaga aku sampai lah dia nak kahwen..time
tuh umur aku may be dalam 4 tahun or 5 tahun…Mak Teh orangnya lembut..seingat
aku tidak pernah langsong marah mahupun meninggi suara..kelembutan mak teh memang
terserlah hingga kini walaupun sudah punya anak enam..Saat Mak Teh hendak
berkahwen…rasa-rasa aku seawal 20-an bila aku kerap tengok bakal pak teh sering
menyinggah ke kediaman kami…aku memang tidak dapat mengawal emosi sedih..jelas
ketara pada gambar di atas..itulah Mak Teh di hari perkahwinan beliau...turut kelihatan adelah Hanis and Abang Din..Kak Pah pulak sekadar nampak dada...hahahha…sepanjang kenduri mak teh, aku hanya duduk
di tepi dia dengan muka yang begitu…emak lah yang katakan..aku time tuh pasti
lah tak berapa nak ingat apa yang jadi..last-last, time mak nak bawa aku
balik..aku meraung sekuat hati tak nak berpisah dengan Mak Teh…hahaha..sekarang
kalau jumpa Mak Teh, sure topic neh bakal diungkit selain paberet question dia bila aku nak
kawen….Sebenarnya, Mak Teh tak de kat Malaysia pun..bermastautin kat
oversea…beberapa tahun sekali baru balik time Raya..Selepas Afrika Selatan,
kini ada kat Jepun pulak…yang hopefully masih tak balik lagi kerana aku
menyimpan hasrat nak bawa mak & abah pergi Jepun..melancong sambel melawat
Mak Teh & family…
Second selepas Mak Teh adelah Kak Mah…lama juga Kak Mah jaga
aku..sampai darjah berapa entah…Kak Mah orang kampong tak jauh dari rumah arwah
tok…orang Parit Kubu…dengan Kak Mah aku manja tak ingat..memang
mengada-ngada..semua urusan aku Kak Mah yang uruskan..mak tak payah susah
hati..kata orang utagha…semuanya aku merap Kak Mah..selalunya Kak Mah akan
balik kampong pada petang Khamis coz abah bekerja belah Kedah maka hari Jumaat
dia cuti..boleh jaga aku..setiap kali dia nak balik tu lah aku tarik bag dia
tak bagi balik..aku masih ingat Kak mah orangnya kurus tinggi..berambut panjang
tapi kerinting..ada lesung pipit kat pipi…bila aku dah melalak tak tentu arah,
dia akan kemas baju aku sekali…maka dengan demikian, dia akan bawa aku balik
kampong dia juga..bukan jauh mana pun dari Taman Sempadan ketika itu….tapi satu
benda yang aku paling ingat…aku tak suka kat adik dia..time tuh adik dia may bersekolah menengah la…aku buat muka ketat je sepanjang dok umah kak Mah…langsong
rase tak berahi nak layan adik dia yang sikit-sikit asyik nak buat macam-macam
pesyen kat rambut aku neh..nak dendan lah..nak buat sanggul la…nak ikat tocang
lah…seperti biasa tiba saat aku tak suka..bila Kak Mah pilih untuk kawen..time
tu aku merajuk ngan Kak Mah..rasa macam dia dah tak sayang aku…memang aku
melalak jugak time Kak Mah kawen…seingat aku, lepas Kak Mah kawen banyak kali
juga la dia buat banyak siri datang ke rumah aku..may be nak pujuk kot…sampai
lah aku dah masok sekolah menengah and duduk asrama, dia masih kekalkan
hubungan dengan family aku..aku je dah rasa lain..ha lahh dah besar…bila dia
datang aku rase tak de topic nak sembang..jadi aku tak banyak cakap sgt..bulan
puasa pun kadang-kadang dia satu family datang berbuka bersama…Rindu Kak Mah
ketat-ketat, apa khabar Kak Mah sekarang? Huda sudah 29 tahun…
Lepas Kak Mah, Mak ambik orang Bagan Serai untuk jaga aku ….Kak
Ina namanya..nama penuh memang tak ingat…apa yang mengejutkan aku..usia Kak Ina
ketika itu baru 14 tahun..Mak kata dia datang dari keluarga susah..sebab tu dia
nak kerja..Kak Ina tak banyak cakap…aku tak mesra sangat dengan dia..bila belek
album lama…ada gambar-gambar aku dengan dia..waktu tu time pegi berkelah kat
Tanjung…tu pun aku yang paksa dia bergambar ngan aku..tak sangka memang sedari
kecik aku neh suka bercamwhoreeee…Tak lama Kak Ina berkhidmat dengan family
kami…ada masalah emosi kot..may be aku kuat melawan dia? Atau dia memang tak
suka aku ? heheheh..aku kecik-kecik memang suka mengarah…aku pelik ngan dia
sebab pendiam sangat…hurmmhhh…dalam ¾ bulan je..lepas tuh dia tak tahan nak
balik kampong..setiap malam dia teriyak…aku dengan tak bersalah cakap kat
dia..kak ina kan
dah besar, buat apa nak teriyak..tak malu ke…??? may be itu lebih buatkan dia rasa
nak tinggalkan aku dan pulang ke Bagan Serai dengan segera…hehehe
Dekat rumah Taman Sempadan dulu, bilik no 3 memang bilik
khas untuk pengasuh-pengasuh aku…selalunya aku akan tidur dengan diaorang kat
bilik belakang tuh…petang-petang selalu intai orang main badminton belakang
rumah..
Kak Su, dia yang tiada tandingan…
Time aku darjah tiga kot kami tiada pembantu rumah..arwah
adik time tuh baru umur setahun…sejak arwah adik kecik, tiap-tiap hari abah bawak
adik pergi rumah tok kat Sungai Kechil Ulu..memang arwah Tok yang jaga arwah
adik dari kecik..aku hari Sabtu & Ahad baru pergi rumah tok if tak de sapa
kat rumah…..time tuh mak njang dah ambik Kak Su tuk tinggal bersama-sama dia
anak beranak kat rumah tok…asal-asalnya Kak Su dah start berkhidmat dengan Mak
Njang since diaorang tinggal kat kuarters klinik kerajaan Tanah Kebun
lagi….den, Mak Njang pindah stay kat rumah arwah Tok yang besar tu sebab tak de
sape nak dok situ ngan arwah Tok & Wan time tu….kiranya hujung minggu
memang meriah..semua kami sepupu sepapat yang wujud time tuh akan pergi rumah
tok…yang penting, abah akan bekalkan nasi lemak lebih sebab dia tahu anak dia
ni makan lebih sebungkus daripada orang lain…Selalunya Kak Su lah tukang sita makanan
aku..aku memang dah bam bam dari dulu..lepas makan secara berjemaah…kami tengok
tivi secara berjemaah jugak..dulu-dulu kan ade rancangan Oltromen pukul 8.00
pagi…ada rancangan Ana, Abg Bidi &
Ciko…Alam Ria Disney dan juga Kelab Kanak-kanak Angkasapuri yang dihostkan oleh
Kak Yong tuh….kami memang marathon tengok rancangan begitu juga…
Kak Su jenuh perambat nak bagi semua mandi..kesian kak
su…dan dengan tak semena-menanya…selalunya aku, abg ngah, syiqah, mat and dilah
akan terjun kolah arwah tok..yeah berangan memasing mandi swimming pool..mandi
berjemaah juga..semua masuk bilik ayaq sekali…kalau nasib tak baik, bila nak
dekat Lohoq (waktu Zohor)..arwah Wan akan masuk..if dia dapat detek something
pelik dekat kolah tu…semua kami akan kena panggil tuk mengaku kesalahan..tu pun
selepas dia dah ambik wudhu’..memang berangin lah arwah wan time tu bila tahu
kami berkubang tapi tak buang air kubang tuh….selalunya dia angkat getah paip nak pukul kami..tapi tak kena
la semua buat muka merayu giler…
Time kecik-kecik..bila compare abang ngah ngan mat..Mat lagi
buas kot…ngan perangai dia suka makan span time kecik-kecik..ngan suka tak
pakai baju…lari sana
sini…memang kami ingat sampai ke la lah..hahha…sekarang Mat dah bakal nak jadi
bapak orang pun..hehehe…tahniah Mat and Aida...
Paduan kami 5 orang neh memang selalu buatkan arwah
Tok,arwah Wan & Kak Su pening kepala…time makan tengah hari…Kak Su akan
suapkan kami berlima secara bergilir..selalunya makan nasi berlaukkan kari yang
arwah tok masak di bawah pokok jambu…bukan nya nak makan sangat bawah pokok
jambu tu..masalahnya kami memang tengah memanjat pokok jambu time tuh…aku dulu
memang heavy duty..tapi tak leh kalah kalo tengok kazen mazen memanjat…aku nak
panjat jugak!
Selain tugas menyuapkan nasi..aku lihat Kak Su sangat gigih
membasuh baju kami semua…zaman tuh rumah arwah Tok tak de mesin basuh…bayangkan
la berapa banyak kudrat yang perlu Kak Su kerah untuk basuh baju seisi
rumah….memang menimbun….segala keperluan kami Kak Su jaga dengan
baik…termasuklah keperluan arwah Tok ngan Wan….May be disebabkan rasa tugas kak
Su terlalu banyak..Mak & Mak Njang hire lagi seorang pengasuh..tak salah
nama Kak Yati…tapi dia tak seperti Kak Su..dia garang dan suka kutey kami..yeah
jangan salah baca..kutey bererti mencubit dalam bahasa kami..may be die tak
tahan nak jaga kanak-kanak yang ramai…lagipun asyik moody saja…dia tidak
bertahan lama..masih wujud gambar dia, Kak Su serta kami kanak-kanak Ribena neh
di bawah pohon jambu…aku tidak dapat mengingat banyak tentang Kak Yati..orang
jahat selalu dibenci….hahahah…
Tahun 1993…kami kehilangan arwah Tok & Wan..Arwah Tok
pergi seawal aku berusia 9 tahun…yang masih tidak tahu apa itu erti
kehilangan…seingat aku..time arwah tok sudah tiada…aku and syiqah masih leka
bermain pondok-pondok di luar rumah…sedihnya sekarang bila ingat kan tok..alangkah bagus
kalau arwah Tok masih ada…pasti setiap kali pulang ke kampung aku akan Exit
Toll Bandar Baharu den singgah rumah tok dulu…Arwah tok pergi pada bulan Jun
1993 manakala arwah Wan pergi 3 bulan kemudian….sayunya bila ingat…wan sakit
teruk lepas tok meninggal..seingat aku, mak adik beradik panggil Njang untuk jaga..Njang
adelah anak kepada arwah Tok Njang…Mak adik beradik terikat dengan
tugas masing-masing..selang seli memasing ambik cuti selama seminggu..kudrat kak Su tak cukup
untuk uruskan rumah, kami dan juga arwah Wan..maka Njang tampil membantu
sehigga nafas terakhir arwah Wan…selepas ketiadaan Tok & Wan, semuanya
berpindah ke rumah aku di Taman
Sempadan..rumah arwah Pak Long juga kat Taman
yang sama..kebetulan Mak Njang baru saja
menjalani pembedahan jantung…jadi untuk mudahkan penjagaan, semuanya duduk Taman Sempadan…semua sekali!!!! Hehehe..Syiqah masih
bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu, Kedah..tak jauh dari rumah
arwah Tok & Wan..maka tiap-tiap pagi dia pergi sekolah dengan abah sebab
satu jalan yang sama…kami yang lain sekolah area parit buntar or nibong
tebai….Mat kat SK Methodist..aku, abg ngah & dilah kat Sekolah Kebangsaan
Permatang Tok Mahat…Kak long time tuh dah masuk sekolah asrama kat Ipoh ..jadi watak dia tak
banyak…hehehe…tak lama lepas tu baru Syiqah pindah sekolah ke SKPTM…kami pergi
kayuh basikal je…tapi dilah ada org hantar coz sekolah sesi petang….time duduk
kat Taman Sempadan neh, ade satu insiden Mat berkelahi teruk ngan Kak Su…punca
dia ulaq plastic je..memang gamat rumah maklumlah ramaiiiiii….hehehehe….
Lepas Mak Njang dah pulih and dah dapat sewa rumah lain,
baru diaorang pindah rumah..tapi still kat Taman
Sempadan..lorong je lain…so bila dah pindah, aku balik sekolah terus menyinggah
situ untuk makan tengahhari sebelum bersiap pegi fardhu ain pulak…Mak Uda hat
kerja kat Pejabat Pos Parit Buntar pun bayar bulan-bulan kat kak su sebab nak
tumpang lunch sekali…sekali lagi, rumah Mak Njang pulak jadi tumpuan….
Hari Sabtu selalunya kami ikut minat Kak Su..tengok Hindustan ramai-ramai…sampai kenal la sapa itu Mithun
Chakraborty…petang-petang aktiviti Kak Su adelah lipat kain sambel tengok drama Melayu
yang aku tak ingat dah apa nama slot dia..drama2 setengah jam mahupun Spektra…
Jika Kak Su diberi cuti, dia akan segera pulang ke kampong
di Kuala Kurau, Perak…orang yang selalu ikut dia pasti cik adik kita,
Adilah..kadangkala Kak Su bawa kami balik kampong dia gilir-gilir..naik
bas…kami tak banyak songeh, ikut saja walaupun lepas turun bas kat Kuala
Kurau…kami kena jalan kaki yang pada ingatan aku..memang jauh jugak la….orang sana panggil tebuk…aku
selalu berdoa ada org kampong yang Kak Su kenal naik motor..boleh aku
tumpang..selalunya kalau jumpa orang kampong, kak su akan suruh kami yang naik
dahulu and hantar sampai rumah dia…Kak Su rela jalan kaki! Lebih untung jika
mak njang mahu antar kami semua ke kampong kak su naik kereta
dia…..hhehe..penah sekali, semua nak ikut kak su balik kampong…arwah Una yang
masih kecik kira tak boleh bawa diri pun masih nak ikut sama sampaikan abah
kena bawa dia naik kereta round entah ke mana…barulah kami boleh keluar dari
rumah…berjalan kaki dari Taman Sempadan pergi ke supermarket Kerian..sekarang
dah tak wujud dah supermarket tuh..aku pun jarang lalu dah kawasan tuh…alah
kawasan panggung Parit Buntar..kami tunggu bas kat situ yang menuju ke Stesen
Bas Parit Buntar dengan bayaran 30 sen sorang tuk kanak2..dewasa yakni kak Su
60 sen….Sampai dekat stesen bas, tunggu punya tunggu..bas ke Kuala Kurau tak
kunjung tiba…maka kak Su putuskan untuk naik teksi..itupun pak cik teksi tak
nak masuk sampai ke dalam..nak hantar sampai simpang Parit Mat Ali saja..pantas
kak Su setuju..katanya dia akan ikhtiarkan macammana..time tu kami duduk
berhimpit kat belakang…aku yang bam bam neh pasti lah makan space
lebih..ayong..syiqoh and dilah….mujur hat lelaki tak buat perangai nak ikut
sama….
Seronok balik rumah Kak Su..walaupun keperitan dia terletak
pada cabaran berjalan kaki sehingga ke rumah Kak Su..memang hebat !!!! Kami
berjalan tak sampai 5 minit masing-masing dah minta air..mana nak cari kalau
kiri kanan adalah tali air, pokok kelapa,pokok mempelam serta sawah
padi……mengada-ngada! Hehehe…segala mak, abang, adik, tok bahkan moyang kak Su
pun kami kenal habes…suasana kampong memang terasa bila kami mandi di bilik ayaq
berbumbungkan pokok kelapa…tanahnya dihiasi kulit-kulit kelapa serta
cengkerang..ayaq kok memang sejukkk….indahnya bila lepas makan nasi lauk ikan
sepat mahupun ikan puyu, akan dihidang air sejuk semula jadi dari labu
sayong…dah makan nasi Kak Su mesti suruh kami berehat..dalam erti kata lain
tidoq dulu..nanti lepas bangun boleh pergi mandi parit depan rumah dia…kami pun
buat-buat tido padahal tak lena pun…Majalah URTV kak su yang berlonggok kami
selongkar..terus baca ruangan Mari Berkenalan..sekali sekala nampak adik Kak Su
ulang alik masuk keluar rumah sambil usung gitar dia..biasa la remaja zaman
tuh..ada gitar sahaja sebagai hiburan…
Sekeliling rumah Kak Su ada parit..kadang-kala dengan bunyi
buah jatuh celepop bunyinye jatuh ke dalam tadahan air yang ada..buah mempelam
selalunya…cukup time kami buat terjaga dari tido…dah stand by dengan towel nak
turun mandi parit..Indahnya zaman itu,sungguh aku rindu…..aku penakut sikit
compare tu syiqoh..paling tak boleh belah bila belut laluuuuuuuu…menjerit ular
jer aku neh….
Usai mandi, Kak Su akan bawa kami jalan-jalan sambel singgah
gerai yang ada..selalunya makan laksa dengan abc…sebagai peminat tegar teh ais..aku tetap rikues the ais setiap kali ditanya…
Mak selalu pesan…kalau pegi rumah orang jangan makan
banyak…jadi aku kat rumah kak Su tahan lapar je la walaupun aku perlukan lebih
hehehehe..makan malam selalunya tak boleh tambah…kak su masak cukup2…ye
la..mak, tok, monyang,adik n mulut kami berempat lagi..tak ke ramai…nak minta
milo pun time tu aku tak berani..padahal kalau kat rumah, mak buatkan milo
setiap malam sebelum tidor…tidor di rumah kak
Su pasti nyenyak…sejuk hingga ke tulang…bunyi cengkerik menghiasi
malam..Cuma tak tahan nyamuk je, adat lah rumah di tepi sawah…kak Su tak
pernah lupa pasangkan ubat nyamuk untuk kami….
Banyak kisah tentang Kak Su…Kami semua tidak pernah
lupa..Cuma untuk mencoretkan kembali agak sukar kerana waktu sudah lama
meninggalkan kita…Kak Su menamatkan perkhidmatan dengan family kami pada tahun
1995…saat itu dia ingin mendirikan rumah tangga..kali ini aku sudah tidak
meraung kerana sudah besar..sudah darjah 5…tapi Adilah lah yang menangis tak
ingat dunia sementelah Kak Su yang bela dia sedari kecik…Alhamdullah, kini kak
Su sudah punya anak 3..semuanya sudah bersekolah menengah..Syiqah & Dilah
lebih rajin melawat Kak Su..aku sekadar berjumpa Kak Su bila Hari Raya..lebih baik
jika tidak berjumpa langsung…Sewaktu dapat tahu arwah Husna meninggal, kak Su
antara orang yang paling sedih…dulu arwah Husna time kecik dia paling sukakan
Kak Su…sama juga time arwah Pak Long meninggal..namun disebabkan kesuntukan
waktu..Dillah tak dapat nak ambik Kak Su dari kampong..jika pergi, bimbang tak
dapat hadiri pengebumian arwah pak Long pulak..apa pun kami mengerti perasaan
Kak Su…
Selepas Kak Su kahwen, seingat aku Mak Njang sudah tidak
ambil pembantu rumah..tapi mak terpaksa mengambil disebabkan arwah adik masih
bersekolah rendah..dia pulak payah nak rasi dengan orang…Atas recommendation
jiran dekat rumah, Mak ambik Acu untuk jaga kami…aku sempat la setahun dengan
Acu sebab lepas tu aku gi masuk sekolah asrama….Acu nie orang Permatang Kerat
telunjuk…atas sikit dari rumah arwah Tok…Acu actually, OKU tapi dia boleh buat
kerja cuma sebutan dia tak berapa jelas….mula-mula tuh ok la gayanya…tapi lama
kelamaan aku dok detek dia kerap guna talipon..talipon ke sapa ntahhhhhh le….cam
biase aku pun ngadu domba ke mak….makin lama makin pelik Acu punya
perangai…contohnya sukahati bawak kazen dia dok sama ngan kami..kazen tu pun
aku rasa dah boleh bawa diri, tapi tak nak kerja..kira makan pakai tidoq sume
macam mak aku kena support time dia mai tinggai ngan kami…pas tu Acu suka balik
kampong suka hati dia sebab ada si Ah tu..kalau dia sorang dia tak berani..buat
mak aku macam sedikit berangin..arwah Adik pula memang tak rasi ngan Acu..asik
kelahi jeee…selalu je aku tengok Acu naikkan tangan dia dekat arwah adik…tapi
cara OKU la..tak saket mana kot tapi
arwah suka melawan..dia tu kalau Acu masak dia bukan mau makan..Dia sanggup
tunggu mak balik kerja bawa balik lauk baru makan….Ape pun yang aku tak leh
lupa, Acu bawa aku & arwah adik pegi pekan lama Parit Buntar naik beca…time
tu Ah ada jugak…kesian pak cik besca..Ah tu pun gemok juga…aku duduk atas
Ah…arwah adik duduk atas Acu..Acu kata nak beli jam loceng..memang betul pun,
dia ajak kami pegi beli jam pas tu balik lah…balik jalan kaki jeee..sebelum
balik dia singgah kedai mamak beli mee rebus and ayam goreng…aku Tanya pasai pa
beli ayam goreng saja, lauk lain tak mau beli..dia kata ayam nie dia nak buat
masak kicap..at least dia masak..takut mak marah..bijak jugak dia…hihihi..so
kami balik berjalan kaki..biasa lah dah balik jalan kaki orang lalu lalang dok
suwit-suwit la…aku time tu tak der perasaan sangat…tapi aku perasan Acu dok
sengih sorang2 sambel tutup muka…sampai rumah aku tanya awat Acu jadi lagu
tu…secara dia spontan dia jawab orang laki-laki tu nak mengorat sebab dia pakai
skirt terbelah depan..yeah aku masih dapat bayangkan skirt hijau terbelah depan
dia tu..haishhh..ada perasaan juga rupanya…
Awal tahun 1997, dialah yang sibuk kemaskan barang-barang
aku untuk ke asrama..dia kata dia sedih
sebab aku nak masuk asrama nanti dia tak dak kawan dah..arwah Nana tak
mau kawan ngan dia..arwah Nana pun satu, selamber jer dia panggey Acu cacat depan Acu..mak pun tak
larat nak marah dia dah..lama-lama aku rasa Acu tak kecik hati dah bila
dipanggil macam tuh..Acu berhenti time arwah Nana nak naik darjah 4..time tu
arwah Nana nak duduk ngan Mak Yang…rumah tempat dia selalu pegi mengaji lepas balik
sekolah..kebetulan, memang Mak Yang jaga budak2 balik dari sekolah jugak….
Aku rasa itu saja lah kisah pembantu rumah
kami….sememangnya, kami tidak pernah menganggap mereka pembantu rumah..semuanya
dianggap seperti saudara sendiri..mereka jaga kami dengan baik…hati mak abah
pergi kerja pun senang tidak seperti pembantu rumah sekarang…dulu-dulu tak de pun kes bayi tersedak susu di nurseri...tapi kini macam fenomena...Mak pernah jugak tinggal arwah Nana dekat sendiri bila ada senggang waktu tuk dapatkan pembantu rumah yang baru...
Oh gambar di bawah adelah gambar Cu Maliah ngan Kak Sarimah…Cu
lebih focus menjaga kak long ngan abang ngah..mak long memang ambik khas tuk
duduk dengan diaorang..Kak Sarimah pulak penah katanya pernah berkhidmat dengan
Mak..tapi kotak ingatan aku memang tak dapat ingat part mana satu..time kenduri
Mat, jumpa ngan kak Sarimah dia tak percaya itu adelah aku..aku yang dulu dia
penah dukung, penah pakai kan
bedak..penah ikatkan tocang..terus kata..”mai nak ambik gambaq ngan hang Huda,
kak Sarimah nak tunjuk kat orang kampong”….
Buat semua, terima kasih tidak terhingga..Jasa kalian
dikenang sepanjang zaman…
Indahnya kalau dapat berjumpa dengan semua saat ini….terima
kasih kerana membesarkan kami sepupu sepapat dengan penuh kasih sayang…Lots of
Luv…
#Kesan secangkir kopi, mata kini masih bertahan#
0 comments:
Post a Comment