Thursday, December 30, 2010

New Year Wish


Perhaps a bit wiser,
a bit kinder, too,
a little bit braver,
a heart that's more true,
a touch of believing
I've not known before,
in joys I'm receiving
a little bit more.

A little more anxious
to reach out my hand,
despite hurt or problems
to still understand,
accepting the heartache
that life often brings,
a little more beauty
in life's simple things.

A prayer when I'm weary
as onward I trod,
a little more trusting,
believing in God,
'tis this I would wish for
within moments dear,
not a lot - just a little
this wondrous new year...
Written by
-Garnett Ann Schultz

New year is here..will knock our door less than 24 hours!
New chapter in life..new story line will take over..
drop the last year into the silent limbo of the past..
for it was imperfect and thank God that it can go..
Let bygones be bygones..
cause experience is the best lesson and great teacher in life..
Happy New Year Everyone!
Oh! Bukit Bintang must be happening tonite...

Gentel-Gentel Glutinous Rice Chocolate Balls!








Buat sendiri tawwwwwwwwwww!!!!
memang lah tak sesedap macam Chocolate Balls @ The Soy Shop
but at least, buat sendirik!
Heaven!!!! Arghhhh..Nak lagi!
Nikmat!! kena pulak soya panas..
Ahhh Ahhh...eh jangan salah intonasi hoccay!

Bangsaku..Melayu Itu

Melayu Itu Orang Yang Bijaksana
Nakalnya Bersulam Jenaka
Budi Bahasanya Tidak Terkira
Kurang Ajarnya Tetap Santun
Jika Menipu Pun Masih Bersopan
Bila Mengampu Bijak Beralas Tangan.

Melayu Itu Berani Jika Bersalah
Kecut Takut Kerana Benar,
Janji Simpan Di Perut
Selalu Pecah Di Mulut,
Biar Mati Adat Jangan Mati Anak.

Melayu Di Tanah Semenanjung Luas Maknanya:
Jawa Itu Melayu,
Bugis Itu Melayu
Banjar Juga Disebut Melayu,
Minangkabau Memang Melayu,
Keturunan Acheh Adalah Melayu,
Jakun Dan Sakai Asli Melayu,
Arab Dan Pakistani,
Semua Melayu Mamak Dan Malbari Serap Ke Melayu
Malah Mua'alaf Bertakrif Melayu
(Setelah Disunat Anunya Itu)

Dalam Sejarahnya
Melayu Itu Pengembara Lautan
Melorongkan Jalur Sejarah Zaman
Begitu Luas Daerah Sempadan
Sayangnya Kini Segala Kehilangan

Melayu Itu Kaya Falsafahnya
Kias Kata Bidal Pusaka
Akar Budi Bersulamkan Daya
Gedung Akal Laut Bicara
Malangnya Melayu Itu Kuat Bersorak
Terlalu Ghairah Pesta Temasya
Sedangkan Kampung Telah Tergadai
Sawah Sejalur Tinggal Sejengkal
Tanah Sebidang Mudah Terjual

Meski Telah Memiliki Telaga
Tangan Masih Memegang Tali
Sedang Orang Mencapai Timba.
Berbuahlah Pisang Tiga Kali
Melayu Itu Masih Bermimpi

Walaupun Sudah Mengenal Universiti
Masih Berdagang Di Rumah Sendiri.
Berkelahi Cara Melayu
Menikam Dengan Pantun
Menyanggah Dengan Senyum
Marahnya Dengan Diam
Merendah Bukan Menyembah
Meninggi Bukan Melonjak.

Watak Melayu Menolak Permusuhan
Setia Dan Sabar Tiada Sempadan
Tapi Jika Marah Tak Nampak Telinga
Musuh Dicari Ke Lubang Cacing
Tak Dapat Tanduk Telinga Dijinjing
Maruah Dan Agama Dihina Jangan
Hebat Amuknya Tak Kenal Lawan

Berdamai Cara Melayu Indah Sekali
Silaturrahim Hati Yang Murni
Maaf Diungkap Senantiasa
Bersahut Tangan Diulur Sentiasa Bersambut
Luka Pun Tidak Lagi Berparut

Baiknya Hati Melayu Itu Tak Terbandingkan
Selaga Yang Ada Sanggup Diberikan
Sehingga Tercipta Sebuah Kiasan:
Dagang Lalu Nasi Ditanakkan
Suami Pulang Lapar Tak Makan
Kera Di Hutan Disusu-Susukan
Anak Di Pangkuan Mati Kebuluran"

Bagaimanakah Melayu Abad Dua Puluh Satu
Masihkan Tunduk Tersipu-Sipu?
Jangan Takut Melanggar Pantang
Jika Pantang Menghalang Kemajuan;
Jangan Segan Menentang Larangan
Jika Yakin Kepada Kebenaran;
Jangan Malu Mengucapkan Keyakinan
Jika Percaya Kepada Keadilan.

Jadilah Bangsa Yang Bijaksana
Memegang Tali Memegang Timba
Memiliki Ekonomi Mencipta Budaya
Menjadi Tuan Di Negara Merdeka

Hasil nukilan Sasterawan Negara, Dato' Dr. Usman Awang...
Saya gemar meneliti bait-baik kata ini..dalam kerendahan diri, ia menyucuk hati..
tapi ada benarnya kata-kata Usman Awang..kerana bangsa Melayu itu terlalu baik hati..
terlalu baik yang memberikan maksud reverse psikologi...sedangkan bangsa lain mula mengeluarkan taring..mula mencari apa yang tidak mereka miliki!
Datangmu sekadar berdagang..singgahmu cuma sebentar...
Kini seluruh hak ketuanan ini ingin kau sambar!

Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan...Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya....Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan mendewasakannya...jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen...Cintanya tidak mengenal batas.. Daripada nelayan dan buruh kasar sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi, dia menegur menerusi kata-kata lembut tetapi menusuk ...

Membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, kita tidak berasa marah atau terhina akan tegurannya itu.....Malahan seharusnya berterima kasih kerana dia memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri....

Jika anda sebangsa denganku..tetapi tidak merasa apa-apa setelah selesai membaca bait-bait yang terakhir...gali semula adakah anda benar-benar Melayu...jika kita tidak dapat menghunus senjata di luar sana...jika kita tidak mampu berdebat dengan megah di luar sana..biarlah ia bercambah mekar biarpun sekadar di dalam dada..

Siapa kata aku tidak bangga lahir serta menjadi Bangsa Melayu ?????

kerana bangsaku kaya budayanya...


hehehe..entri yang agak racist..

Harimau Malaya Mengaum Megah Di Bung Karno!


Hati mana yang tidak gugur saat menyaksikan Harimau Malaya menentang skuad Garuda untuk final Piala AFF Suzuki pusingan kedua semalam yang berlangsung di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta Indonesia...!

Bukan setakat hati..heartbeat juga adalah berkadar luar biasa...
berdegup lebih kencang serta laju umpama lepas berlari acara balapan yang paling dibenci ketika di sekolah saat sukantara berlangsung, 100 meter..hehehe

Kelantangan vokal usah dikira la...mungkin mencecah 8.5 skala ritcher!
I macam lawan menjerit sahaja dengan jiran sebelah yang sememangnya dari tanah seberang..
seperti yang diramal, Kedai Makan D'amanah serta gerai menjual Jamu Kocok di Court 2 dipenuhi oleh warga Indonesia...owhhh gerun melihat sebenarnya...
I nie berada di Malaysia ke di Tanah Seberang???? konpius..

Semalam time menikmati perlawanan akhir tuh, I tetap bawa watak isteri solehah...
memang lama sungguh la I amek masa nak masak ikan masak asam dan sayur sebagai hidangan makan malam...nak kupas kulit bawang pun berejam...sah-sah la..I dengan papan pemotong..pisau ngan segala bawang, cili, halia dan sebagainya tuh melepak depan tv sama...

"Kak Huda boleh tak jangan menjerit, Malaysia confirm menang punya..percaya lah"

" Akak!!! refree tu dah angkat bendera la..tanda offside..Indon tak leh kasi goal punya"

"Rileks la kak..biar je Indon nak goal pun..kesian la kat diaorang kalo tak goal di tempat sendiri.."

" Boleh tak akak percaya dekat Khairul Fahmi tu? Dia memang defence baik punya..percayalah pada dia!"

"Rajagobal dah tepuk tangan tanda Malaysia menang! Akak tak payah susah hati laaa"

"Tengok..Rajagobal dah ikut cakap kak Huda, dia keluarkan Ashaari yang slalu kasi bola kat Indon"

hehehehhe...tu antara dialog-dialog yang dilontarkan oleh hosmate I yang tak tahan dengar jeritan I....dik, akak ko menjerit neh tanda ghairah..kalo tak jerit..tak menikmati kemuncak keghairahan la jawabnyaaaa...hehehehe...tetap emosi bila menyaksikan setiap perlawanan..
hatta ending yang dah tau sapa yang menang pun..tetap I nak menjerittttt!!!
I tau..sebagai gadis Melayu yang penuh sopan santun neh..memang I tak digalakkan menjerit demi menjaga tata susila...tapiiiiii...alah..bukan ader bakal mak mertua pun!!!
lagi satu..sebab I memang tak berapa nak paham tentang rules diaaa!
Memang si Sya je la dok bagi penerangan..dah macam coach pulak aku tgk dier

Tau dah kenapa Syed diam saja bila setiap kali I ajak dia menyaksikan mana2 perlawanan akhir di Mapley...dia risau paduan suara I berserta Mek I...berserta Samsinar..serta gurlspower yang lain...bisa buatkan tokey mapley halau dia keluar dengan membawa pulang semua bala tentera bersama..hahahha

Tahniah Skuad Harimau Malaya!
Eh sebenaqnya tak brapa nak kenal sangat barisan pemain neh...
kenal Safee Sali sebab dier striker yang tengah hot dan meletup...
pas tu abang S.Gunalan I lah kan....I kan memang sokong abang Gunalan kat skuad Hobin Jang Hobin...NorShahrul i kenal jugak la sikit-sikit....tapi semalam memang I bagi tumpuan kat Khairul Fahmi....wahhhhh...terbaeeeekkkkk! Pas tu dok meroyan kat Ashaari sebab dia slalu salah kasi bola...erghhhhh!!! yang lain memang tak kenal...nie mula nak buat ice-breaking sat ngan depa...

Safee Sali memang sangat bergaya time main...
kira kalau dapat bola kat dia tu...I terusss jerittt...
"cepatttt...cepattt...bawa bola ke goal...tak der orang tu Safee Sali oiiiii!"
Owh rase nak mengalir air mata saat dia kasi gol yang pertama tu
sebelum si Arif bagi goal tuk Indonesia...
masih dalam proses untuk mengenal hati budi Safee Sali..hehhehe
ape mekkkkk...ingat Safee Sali datang merisik ang ker...
dok buat malu-malu balik langsir tuh..

Safee Sali mula menandingi populariti Aidil Zafuann...hoyeahhhh..I like that!

Proud moment to all Malaysian...
Rase meresap ke jiwa siotttt...
pas tu ari nie...Hitz.fm asyek putar lagu We're the Champion jer...
memang part We're the champion tuh...meremang tengkok!

U deserve it Bro!!!! Well-done...

Fenomena TsuFahmi kini bermulaaaaaa...jika dulu Tsumawi..kini TsuFahmi!!!
Khairul Fahmi Che Mat...hisshhhhhh memang tak der kata-kata la nak gambarkan dia neh...memang terbaekkkk lah untuk semalam...sangat bergaya serta sangat konpiden menangkap serta menepis bola...! Kagum sungguh I dengan cara dia...memang nampak sangat all-out semalam..he look very matured hah even just only 21! owh sempat juga terjah blog awek dia...okeh..khairul fahmi sudah berpunya...klik sini kalo nak skodeng...
thanks Khairul for bringing back sexy Malaysian football!!!
memang kini populariti KFCM naik mencanakkkkkkk......

and bila Malaysia menang jerrrr...terus terbayang K.Rajagobal macam
Shah Rukh Khan dalam Chak De!
hahahahha...I neh..tak habes-habes lagi ngan Chak De..dok Chak de..Chak De...
nak main chak-chak ker....entah. rasa semangat sungguh lepas tengok crita Chak De tuh...
pas tu timing macam kena pulak...lagi la I nak ber-Chak De!
ceyyyyyyyy....bakal dapat title Datuk la K.Rajagobal kali nie...
dulu asek kena hentam saja....





Letak jugak la gambar Irfan Bachdim!
Bahaya jugak dia nie selain si Gonzales tuh....
tengok muka pun taw dia ada campuran Belanda...
Indonesia kan pernah dijajah Belanda....
sambel-sambel tengok tu, kita jangan tengok rupa saja..
ada baiknya..kita cuba mengkaji sejarah jugak...hahhahaa
Pacar Irfan di Indonesia sangatttttttt seksiii hoccayyy...
I dah tengok...Jennifer Jasmine Kurniawan...Lingerie Model!
wohoooo..pas nie..uols pun pasti search sama...
by de way...Irfan Bachdim juga menjadi sebutan di media Indonesia..
serta menjadi buah bicara para cewek Indonesia....

Eh tapi semalam..I sangat bimbang kat Bambang Pamungkas!
Dia kan pernah main tuk Malaysia.........




SABAS SKUAD HARIMAU MALAYA....
SAFEE SALI AND KHAIRUL FAHMI CHE MAT, BOTH ARE THE REAL WARRIOR FOR MALAYSIA....EH ABANG GUNALAN PUN! AHHHHH...SEMUA LAAAA.....BARU ADIL..

Wednesday, December 29, 2010

Bawal Sempoi Bob Kuman @ Dataran Sunway, Kota Damansara


Hari tuh Che Nah ada interview kat The Strand, Kota Damansara..
Sebelum dia p interview..dia ajak I survey lokasi...
Okeh..bila sebut The Strand, memang macam tak brapa nak tau...
tapi sebab kan dekat Kota Damansara, pusing-pusing pun kiter akan jumpa juga...
memang dah fikir mesti dekat ngan Dataran Sunway..walaupun time tuh tak brapa nak sure!
Kota Damansara kan lebih kepada penempatan bertingkat-tingkat..
memang business center dier kalau kita jarang pegi pun, kita akan dapat jumpa jugak..

Sekali tiba rupanya kat port karaoke I and the gang...sungguh I tak taw tempat tu nama apa...
rupanya situ lah The Strand! Gelak kikikiki...
pastu berlakon ngan Che Nah dalam kereta...

kes nampak Spa,
"Che Nah, u kat mana?"
"I ader kat Spa nie..tengah mandi lulur!"

kes nampak manicure pedicure center,
" U balik lambat ke malam ni?"
"aah..I tengah buat manicure..sajer kasi treatment sikit"

gelak lagiii...

kes nampak macam-macam restoren yang baru open to public,
"Amboi Che Nah, ari nie restaurant mana pulak u masuk makan"
"Today I masuk Big Brother Western & Griil Restaurant tawww"

kes nampak doraemon,
" So tonite u entertain client u kat mana, Loudspeaker eh?"
"Mane lagi, situ aje lah..milo panas dier sedap"

bab milo panas tu, I yang tukang cakap...padahal dah taw dah, diaorang guna milo 3 in 1 jer..
tapi lazat la...sebenarnye pekerja dia salah antar order..yang kitaorang pun tak sempat-sempat dah rembat minum..memang tak check langsung...!
terburai perut bila pekerja dia datang balik nak kutip semula milo panas tuh...
hahahhahaha...ke sebab keadaan yang sejuk merangsang kita untuk minum minuman panas...
tau dah lepas nie kalo sesi karok berlangsung lagi, kena ader hot baverages juga..
tapi ayaq asam jangan lupa sorok dalam henbag macam yang Ulat buat..
cammane la samsinar leh samakan ikon Loudspeaker tuh ngah Doraemonnnnn-uuuuuuuu

Selepas mengesahkan tempat, I soh Che Nah masuk Dataran Sunway pulak..
cari port nak soru....lapaq nasi....dan kalau boleh nak cari yang macam hawker stall jer...
ahhh..memang sah la tak jumpa kalau dah engkau kat The Strand and Dataran Sunway..
tapi pusing-pusing, jumpa food court!
Ok lah..sini je lah Che Nah..lapaq dah nie..malas nak pikir panjang..
Nampak macam food court yang baru dibuka...tgk surrounding pun dah taw..


I menonong jer masuk...terus tala (tuju) kat gerai nie..
tak pandang langsung dah gerai lain..
macam ada kuasa superpower yang menarikkk gitu...
hehhe..mula nak propa tuh!
Sebenarnya memang nak makan nasik..jadi harus la tuju kat gerai yang ada nasik..
terus place order tanpa berpikir panjang!
bila dah order and dah duduk, baru la mata I nie memulakan aktiviti scan-mengscan...
hadoiii...nampak macam sedap la pulak masakan Arab di sebelah nie...
dah la baru lepas bace entri ijaicool pasal Saba Bang Saba!

Che Nah pulak p order kat gerai Indonesia..maksud I, makanan-makanan indon la..
segala pece lele sumer ader..beliau pesan Bakso!
Bila Bakso sampai, mula lah I nak rasa jugak..
alamak babe..kuah ke minyak neh?????
korang kalau tersinggah sini, tak yah order lah kat gerai nie...
tak sedap langsung! memang tak habes...
sapa lalu nak makan mee ngan minyak ??????
Cuba habaq maiiii...

Ha tu diaaa...sampai dah set hamba...
sungguh meriah serta sungguh lazatt...
terrrbaiikkkk!
Satu set RM10.00...
sambel makan sambel I dok hitung semula...
alah..yang entri I crita pasal Bawal Goreng Jalan Sekolah kat Paret Buntaq tuh..
Kami makan 3 orang..bererti 3 set..termasuk side order lagi..termasuk air lagi..
baru lumsum RM22.00...
uhhhh...untung benar buka kedai makan area Key Ell neh...
mahal cammana pun..tetap untung!

Diri sendiri macam pelik..
ditambah dengan tudung yang senget..
mulut pun herotttt...
ditambah juga dengan kepala yang sangat bulat..
alah Mek...apa kau heran..kau memang bulat!!!!


Oh yang kat belakang tu Bob Kuman...
Owner gerai Bawal Sempoi!
Yang kat depan tu pulak Che Nah..
dengan hidangan yang kedua..hikhikhik


Disebabkan I asyek dok kerling ja kat gerai Masakan Arab neh...
I pon ambek jugak la pic dier...
Amboi owner dia hidung terpacakkkk beb!
ahlan wasahlan ya habibi....

Kami lunch pada pukul 5 petang
memang terrrbaaiikkk..orang lain dah start makan malam...

Dok esok bila sampai rumah lepas balik keje..

"Che Nah interview macammana?"

"Emmmhh..kami tak pi pun"
"Aih awatnyeeee...beriya pegi survey tempat..awat tak p pulak dah hari ni?"

"Kami rasa kampeni tu macam ngan kampeni direk selling ja..dah tu pulak semua nya pekerja cina..kalendar ikut lunar kalender..tak mau kami!!!!"

"Oooooo..heheh...tapi nama dia hebat"

"Silap haribulan..ngan kami-kami sekali kena jadi ejen....."


apa khabar semua???
dalam nada pelahan syed jawab BAIKKK
tapi orang lain jawab ngan kelantangan vokal adelah 7....
HEEEBBBBBAAATTTTT !!!!!


*sekadar teringat crita syed...
wahahhahaha...

Chak De India !!!

Gara-gara Chak De India semalam, tak jadi nak masuk tidur awal..
Layan Chak De sampai kol 1 pagi...
Kalau tak tertekan, pasti dah lama gua masuk belayar...

Best! 2 thumbs up !
Layan secara bersungguh-sungguh sambel hirup teh o panas...
semalam kan sejuk-sejuk gitu...hujan lebat menyembah bumi..

Biasa la YashRaj Film..pasti terangkat...
tapi yang tak bestnye...macam similar dengan citer MIRACLE
sapa tiru sapa?
sedangkan Iwan Dangdut pun mengaku Tinak Tin Tana tu dia punya lagu..
hahhaha..okeh..bab Iwan Dangdut tuh memang gua nak gelak terbahak-bahak..
tapi memang ramai yang kata tue lagu dia..Tinak Tin Tana modified dari lagu Yang Sedang Sedang Saja..

Nah..tengok trailer sket...syiookkk ooo...
Pemain pilihan gua adelah Balbair Kaur..hahaha..kagum gua ngan beliau!



Chak De Malaysia For Piala AFF Suzuki round 2!

Tuesday, December 28, 2010

Gua rasa kaler dier suwwiittt...


Gua jalan-jalan seorang diri. Biasala lepas habes boling gua tak terus balik.
Gua macam pompuan-pompuan yang lain jugak. Kalo jalan sorang-sorang terasa sunyi!
hehehehhe..propa saje, Gua okey je jalan dalam shopping complexs sorang2 tambah-tambah kalo gua memang terdesak nak cari barang..tapi kalo ade teman, happening la sikit!

Gua tak tau la tabiat pompuan lain.Tapi gua yakin hundred persen yang tabiat diaorang pun sama juga macam gua..maklumlah, kami kan mempunyai organ reproduksi yang sama..
Slalunya kalo rase boring jalan kat shopping complex..outlet yang paling afdol untuk disinggah adelah sememangnye Watson and Guardian...biasa la babe...ade tester..hok tu yang gua suka tuh..duduk berejam gunakan tester, tapi tak beli pun tak apaaa!

Memang gua slalu macam tuh..kalo rase eyeshadow dah pudar sikit time jenjalan tuh..masuk je lah Watson p tambah eye-shadow free....kali nie, Gua memang testing produk Simply Siti..boleh kater semua yang ader cap tester tu, gua coba! Selama nie..gua memang dah adore dah ngan eye-shadow Simply Siti..start dari die memula masuk pasaran lagi, gua dok p calit dah kat mata gua neh...cuma tak rasa nak beli lagi sebab stock eye-shadow gua masih banyak...dah tu pulak leh tahan 2/3 tahun lagi...entah bila nak habes pun gua tak tahu...tu lah untungnya menghamburkan duet pada alat make-up, tahan lama beb!

Lepas pakai eye-shadow, gua scan pulak lipstick dier..memang terharu gua tengok nama lipstick..tak mampu nak hapal...rase macam tak reti nak hapal sebab nama-nama lagu...kan ke produk-produk lain just guna nama macam Pinky Pish, Lovely Rose and so on..sekali nak hafal Purnama Merindu, memang dah lupa la Purnama Merindu tuh merujuk kepada kaler ape..okeh, gua tak brapa minat tuk stock yang itu..gua beralih kepada yang special edition sket..lipstick with lipgloss...setelah coba-mencoba, finally gua admit la gua dah jatuh hati dengan Sexy Pink!
Dah lap lipstick Sexy Pink tuh pun, den taruk kaler lain pulak..tetap gua rasa tak kena..Gua taruk balik Sexy Pink...namun akibat muka selenga gua yang berpeluh lepas aktiviti membaling tadi..memang bagi efek kontra di situ...hehehhee...eh gua neh sebenarnye puteh ke gelap???? kadang-kadang tak pasti...sebab membe gua si Yud Melah tuh dulu-dulu selalu jerit kat gua esp lepas gua mandi..."Mek...ang nampak lebih bersinar selepas mandi!"

Memandangkan foundation gua pun dah running out and tinggal nyawa-nyawa ikan, gua pun intai-intai la apa yang similar tok diaplikasikan sebagai foundation...then gua found Simply 5 C Bright...ader 3 jenis Simply 5 Cream neh...C Bright, New Age and Acne Solution..lepas bace lebih-lebih kurang, gua rasa gua kena guna yang Acne Solution la..hahha...biasa la muka gua kan dicemari acne-acne yang tidak dikehendaki...dah tu pulak, kesan lahar gunung berapi akibat ciken pox tu pun memang menjejaskan muka gua yang tak berapa mulus nie...hadeih...banyak sungguh gua nak kena melabur duet....gua kena start pakai Rzac baliklah macam nie...hat tu je bagi kesan bersinar kat muka gua..tu la..lepas kena ciken pox, gua dah tak gigih dah...tapi disebabkan fokus untuk tahun baru yang will knock our door in just few days lagi nie merupakan pokus kecantikan..maka..gua kena jadi rajen balik la...gua rindu gila kat kulit gua sebelum akil baligh dulu...lembut jerrrr....dapat jer First Period, terus dia keluar 3 bijik jerawat...den sampai ke la die keluaq tanpa henti lagi....hehehehe..tak ke lama tu gua menderita dengan jerawat dan adik beradiknyer yang lain ni..

Produk-produk yang lain gua test jugak sikit-sikit..Compact Powder best jugak..tapi mahal dowhhhhh......gua rasa stakat nak tempek datang opis, guna Miami Cosway sudah..hahha..Liquid Eyelinear dia pun cantek..cuma tangan gua suka menggigil kalau nak pakai liquid Eyelinear..But Beautician cakap, memang kulit berminyak macam gua neh sesuwai pakai yang liquid punya compare to yang pencil...yeah gua taw..sebab liquid takkan mencair..hehehe..Liquid Eyelinear yang dalam koleksi gua pun masih banyak lagi..nie semua angkara tangan menggigil lah neh...Blusher pulak rasa macam tak kena ngan jiwa gua..ditambah pula dia ada yang jenis span sahaje..gua dah penah guna blusher with span..memang gua tak puas..kena cari yang guna bulu-bulu tuh jugak...stakat neh, gua stick dengan Blusher Elianto (kod x ingat)..tapi cap Revlon pun gua tempek jugak kadang-kadang..Gua kuat pakai blusher..den beliau pun dah minta diganti baru......

Gua sidai muka gua lagi...aksi di dalam kenderaan selepas keluar dari Endah Parade
Memang tidak bermaya ditambah dengan mengantok!



Gambar-gambar di bawah adelah sebahagian produk yang gua ingin mereka berada di dalam genggaman gua satu hari nanti...gambor Simply 5 jer yang tak der...
susah betoi..search tak jumpa pulak..gambar-gambar nie pun bukan lah original dari gua...
Gua jumpa kat belog sorang kakak nie..dia juru mekap juga..
bila gua nak letak link, taip lagi sekali..dah tak jumpa blog beliau...
kak...gua ambek dari belog lu taw....

Lip & Gloss Sexy Pink..biar benda lain tak dapat dulu...
tapi gua kena dapatkan Sexy Pink dahulu....Lipstick gua tinggal 1 jer yang masih berkhidmat..
2 lagi dah tamat perkhidmatan...1 lagi lebur di dalam kenderaan akibat tak tahan panas(kes tertinggal dalam dashboard)..
RM49.90 satu set! Lipstick biasa Rm32.90




Eyeshadow 4 colors palette nieh memang terbaikkkk ahh sebenarnye..
walaupon anda tengok macam tak cun sahaja di dalam gambar...
tapi silalah percaya cakap gua...warna dia sangat terang dan memukau...pas tu memang melekat lama...mengaummmm gitu..aumm..aummm...gua ingat satu jer nama die..Lantera Timur...tu yang palette hijo-hijo perang semua tuh..yang dua nie...memang tak tercapai dek akal tok kembali mengingat.....hoh..gua memang kalo bleh nak grabbed dua versi kaler neh...sebab pertama, gua memang suka eye-shadow ungu....sebab kedua, yang biru tu nampak sofisikated kalo pakai..memang bakal meningkatkan tahap konpiden gua lah..terbaiiikkk!
RM49.90 satu set!

Aduhhhh...mana gua nak campak segala jenis eye-shadow dari Elianto tuh...semua masih banyakkkkk....warna yang ada pun, memang warna-warna cenggini la....

Simply Siti Acne Solution (RM39.90)

Nak beli bulan nie ke bulan depan ????

Monday, December 27, 2010

Meet Unkel William Kelana Jaya

Hi awak-awak sekalian...semenjak sebok ngan entri Cuti-cuti, terlupa sat nak post entri pasal makanan...owhhh...tak bagus macam gitu...kiter kena pelbagaikan entri kiter....
supaya orang tak boring..contohnye kalo hari nie post pasal emosi tak stabil..esok post la citer hantu pulak ker...den, lusa tempek resepi pulak..tulat, letak gambar secara berlewahan..hikhikhik...citpodah Mek!!!!! hang tuh hentam keromo slalunyerrr...hehhehe..tak la..I bacer tips berblogging tau....tapi kalau tak baca pun, time kiter tengah dok hapdate belog tapi pasal kesah yang sama jer...naek boring jugak tukang hat nak crita neh..so, kira good tips la jugak tuh...boleh diamalkan jika perlu..I pulak selalunya depend on gambar yang ade dalam simpanan....


Macam lama benar tak p jumpa Unkel William...pejam celik pejam celik dah hujung tahun dah...lepas pegi before I mc lama sebab kena ciken pox...balik dari raya baru p pulak...pas tu lama setoppp...ha nie las week baru p jumpak unkel semula....

Tapi I hangen betoiiii dengan satu group neh...agaknyer first timer kottttt...
dah la dalam 15 orang macam tuhhhh...bising nak mamposssssss!
I mean bising yang mengader-ngader sambel teruja bila makanan sampai...
hadoih...memang kanak-kanak ribena sungguh...tensen gueeeeeeee!!
Rase nak jer pegi sound...tapi berani ke Mek????
heheheh..pakai idak la....kutuk diaorang jer dari belakang je...
boleh tak behave yourself sket...!!!!!! please respect others...

Owh lupa nak cakap..dekat rumah I, dekat USJ 9 tuh lah...
dah memang buka Murni Discovery..lebih kurang larrr ngan William and Murni SS2 tuh...
another branch..tapi sehingga kini sanggup p Kelana Jaya lagi..belom pernah mencoba walaupun dah dokat dengan tempat tinggal den...bukan ape, takut tak pueh hati..hhehehe

Okey lah malam tuh perut sangat lapar..tapi kami order 3 main dish sahaja..
tok leh tamak..nanti sure tak habes....I rasa nak order risotto jugak...hehehhe
tapi just keep in myself jer..bagi diaorang taruk order dulu...
and behalf on rice, I taruk order Nasi Goreng Assam Phol Prawn With Grilled Pandan Chicken...hehehehe...lain lain adelah Nan Garlic Bread, Butter Chicken and Meatball Spaghetti Arabiata...nasi goreng tadi boleh refill tak kena charge..yeahhh..tenkiu unkel...lap u la..

And untuk ayer, I masih stick dengan ayer paberet selepas Ribena-Longan, iaitu Soda Herbs! Others pesan Pineapple Asam Boi with Rambutan, Chocolate Avocado and MilkyHoney ape ntah...hehehehe...tak ingat...

ttttteeeeerrrrrrrbbbbaaaaiiikkkkkkkkk ah!
kenikmatan memuncak....
boleh tak sesape nanti yang bakal pegi dengan I lagi...
sila ingatkan I tuk pesan Risotto Platter...
selalu lupa nak makan apa bila sampai gerai dia...
Unkel cakap laju sangat..memang otak tak leh berfungsi...hikhihik...


Soda Herbs! Wa cakap lu memang terrrrbaik ah


Nikmat juga...tapi nama panjang benar...
Pineapple Asam Boi with Rambutan

Chocolate Avocado..rase chocolate yang pasti menawan

MilkyHoney.......
Oh hat nie tak penah rase lagi...
malam tu pun lupa dan mencicip sikit....
tapi kalo dari segi nama...rasanya mungkin agak Milky sket la kot....
order jer uoll...tak sedap boleh pulang balik...

Meatball Spaghetti Arabiata..

Nan Garlic Bread..jangan risau..tetap ader cheesee...
sangat lazat dan meleleh ayer liur...
dier punya dipper yang hujung skali tuh butter and caramel,
then tengah-tengah kari dalca..
and yang hujung sebelah sini paduan garlic and coklat..sedapppp!!!
okeh for ur info...dulu ader 2 jenis nan je...satu nan cheese biasa...satu lagi nan cheese with caramel...and yang terkini..Nan Garlic Bread..terkini ker???
Entah la..bagai I yang dah lama tak pegi mencemar duli nie..rase yang ini lah Unkel promote tuk order....terbaikkk ahhh unkel...

Butter Chicken..a little bit salty...
I kan tak makan masin...lidah I memang alah masin...
masin sikit jer...terus detek!
hehehe...rasa masin dan sedikit berlemak..
tapi rase tetap tip top...cuma I tak tambah dua kali jer la...

Nasi Goreng Assam Phol Prawn With Grilled Pandan Chicken...yeahhh itu dia.....
always be my paberet...
satu set ader udang masak asam, sotong goreng tepung, ayam pandan, sambal rahsia and nasi...
Nasi boleh refill...bukan sekadar dapat nasi jer..sotong goreng pun dia refill sekali...nice one!

oh nak tengok I membebel pasal William Kelana Jaya...
boleh je klik link-link di bawah... I memang tidak dibayar untuk promosi-promosi ini...
I ikhlas....hehehe...sebab memang puas hati bila balik dari William..belom pernah kecewa!






500 Blog !


Sekarang dah pukul 12.57 pm..tadi view blog Ben Ashaari, nampak ader kontes 500 pencarian blog...okeh memandang cek balik kampung and hari nie baru bertemu dunia belog semula...memang hari nie la baru tahu semuanyaaaa....tu pun dah tinggal lagi 1 jam 3 minit before closed...tak pa la...kiter cuba nasib yerrr...memang list dah lebih dari 500..tapi kiter nak cuba jugak....harap entri nie siap dalam 15 minit...hehehhe...nak taw lebih lanjut bleh view blog Ben yer...tekan sini

Cepat..Cepat..Cepat...
masa mencemburui daku!!!!


Kisah Empunya Blog!

Oh..kisah empunya blog adelah sangat simple...a woman and getting old..proud with my age and am going 27 this coming new year....originally from Penang..still single and working at private sector..Love to eat..love to laugh..love to read...and love to write about anything...
Love to be with my friends..and love to have a new friends too...
not talkative person indeed but I will if I have something to talk...hehehe
Love to be pretty..heay..all women love to look beautiful!
that's all about me in short...


Tujuan Jadi Blogger!

Ekcelli, di awal-awal menjadi blogger adelah untuk tujuan simpanan dan pembacaan sendiri sahaja....Ada cerita saya tulis..Ada benda saya nak mengarut, saya akan mengadap belog...And kalau saya rajen, saya akan jalan-jalan kat rumah orang lain jugak...tapi dua tahun kebelakangan ini, belog menjadi medan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca yang lain...jadi, saya lebih gila berblog...hehehe...owh rasa sangat best dapat bagi info dekat orang lain walaupun blog saya amatur sahaja..hehehhehehehe....so..blog ini lebih kepada blog jalan-jalan cari makan..tempek resepi tak seberapa saya tu.....cerita saya dengan kawan-kawan saya...dan apa sahaja yang saya lalui..based on my experience!

So tujuan jadi blogger..adelah suka-suka..tak de tujuan spesifik langsung...
memang sekadar ingin menulis sahaja sebenarnya sebab saya memang suka menulis...ganti gaya penulisan di dairi! tapi bagus jugak..dapat tambah kenalan and berkongsi rahsia ngan yang lebih berpengalaman.....I love blogging!

Done!!!


 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template