Monday, March 31, 2014

Halal Dim Sum At Greentown Dimsum Cafe Ipoh


Ahad 9.03.2014,

Hi uols!! After a long rest, Baby boo kembali menulis..wahhh Baby boo konon !! hikhikhik

Tujuan utama nak cerita pasal makanan, bab kenduri ngan teluk senangin mungkin sekadar selingan di entry ini…tapi jika rajen mungkin bakal dikupas lebih lanjut di entry yang berasingan..JIKA RAJEN!!! Haha.. nie pun kembali menaip sebab semalam tengok ISTANBUL AKU DATANG.. kan Dian suka update belog maka hari nie cam semangat pulak nak menaip..

Intro :
Setelah selesai kenduri Faizah di Pantai Remis semalam, kami terus membawa diri ke Teluk Senangin..lebih tepat ke Mesra Chalet yang telah dibooked untuk kami…Berzaman rasa tak datang ke Teluk Senangin … kunjungan terakhir adalah di zaman persekolahan, Form 4 agaknya…time tu ada kem pengawas ke or kem pengerusi-pengerusi kelab dan persatuan .. lama tuhhh tapi tempat tuh memang sangat memorable … selalunya time abes peperiksaan tahun akhir memang pihak sekolah akan rencana kan beberapa aktiviti untuk kami penuhi sementara nak tunggu cuti sekolah … haih, bila ingat balik .. saat-saat tu memang best .. ye lah dah habes exam..pegi kelas pun dok bergosip jah kerjanya.

2014, memang confirm la keadaan dah 360 berubah…cuba jugak aku nak cam (kenalpasti) kawasan yang bercamping dulu .. tapi memang kotak ingatan neh x mampu lah untuk ingat ! sudah mengjangkau 14 tahun … memory sebab si nuhu siap hasilkan komik teluk senangin !! pastu paling ingat time subuh ustaz Ahmad panggel nama aku .. mujur sempat sampai ke kuliah subuh ustaz..dah period , datang lambat la ke surau … J .. mungkin dah terlalu lama untuk digali segala memori zaman persekolahan, maka dirasakan sangat sukar… boleh ingat yang surface-surface je .. duduk atas dahan pokok besar mengadap laut…ada buaian juga di situ .. and gang kain sekolah rabak mula berjiwang sambel dengar deruan ombak pada malam hari… den, masuk tidor..sedar tak sedar air dah pasang…denga bunyi air bawah chalet…lepas tu buat jungle tracking, merayap masuk dalam hutan…stended jungle tracking…aku konpom golongan2 terakhir baru buleh nak kembali semula ke start point…and then rasanya yang pegi tu semua guru lelaki yang jadi guru pengiring..ke ada cikgu pompuan ikut sama? Memang x Nampak bayang so aku conclude cikgu laki ja semua…

Walaupon hati tengah bergumbira, tapi setiap masa sedih ja dok dengar update #MH370 sepanjang jalan .. entah radio apa farid pasang siap ada Carta Meraung ! memang meraung je lagunyaaa termasok la kitaorang sekali sekala turut meraung sama .. gila kau tak meraung ..lagu zaman 90-an kot jenis putus cinta semua…


Back to main story!!
Nak gembar gemburkan pasal keenakan dim sum and masakan ala chinese di Greentown Dim Sum Ipoh Café..berdasarkan searching, tak ramai Malay yang buat review pasal restoran neh..so I buatkan! Mood tengah rajen and sambel mengarang sambel terliur, teringat!!!

Orang Ipoh kalau tak penah sampai memang saja. Rugi besaq weh! Kami yang datang ntah dari mana-mana neh siap berusaha gigih wpon sesat…asal pusing je jumpa tempat yang sama..tak sampai-sampai … tapi paling lawak bila asal nak tanya orang ja jumpa orang yang sama wpon tempat berlainan .. harap orang tuh orang la !! seriyus lawak.. asal parid berenti  kereta and ned turun tanya, orang yang sama!!! Tak ke heran namanya … kami yang dalam kereta neh gelak mengekek dah … Namun berbekalkan semangat juang yang tinggi, jumpa juga akhirnya . Maka time nak order Jin memang merasuk dalam badan sambel kata “ Kita kena makan banyak-banyak.Mana nampak sedap tu order ja.Dah la sesat, so kita kena reward diri kita untuk segala penat lelah” Ching…




Bab order kasi je ke parid. Cuma I memang nak sangat Fried Radish Cake. Benda nie kalau pi pasar malam yang ada Chinese niaga sama, uols mesti akan perasan diaorang berkerumun and ada tulis carrot cake…yang pasti bukan kek ! bendanya digoreng dan bau sangat menggoda dari hujung jalan lagi *propa* .. tapi memang setiap kali lalu kat stall yang jual fried carrot or radish cake..memang I akan rasa tergoda…wangi sangat!!

Hasilnya penoh meja. Tapi for dim sum dia datang secara berperingkat. Bagi I meja kat situ agak kecil to cater all main and side order plus air yang datang 4 orang tapi boleh jadi glass total semua skali 8. Double the figure. Fried Radish Cake sampai dulu. Anggap je macam starter.

Sebenarnya tak berapa nak boleh ingat nama menu. Coz semuanya ada nama cina. Memang panjang. Secara konklusi .. Farid pesan mee apa tak tau nama panjang sangat, Ned pesan nasi goreng cendawan ke apa ntah, Ezzah order claypot rice and I memang makan fried radish tuh…yang laen dok cedok sorang sikit dari pinggan diaorang !! hikhikhik .. Dim sum order  4 jenis ja, tapi banyak…prawn dumpling, ciken siew mai and ape dia tak tahu lagi dua tu…betol2 tak ingat neh, jangan mara! Last sekali ambik pau : BBQ Ciken and redbean … yummy !




Fried Radish Cake yang menjadi kegilaan I neh simple je sebenarnya. Tak banyak bahan pun. Tapi bau terbakar dia tu yang membangkitkan selera. Actually very basic. Ada radish cake,taugeh, kucai , telor hancur and hirisan ayam sikit. Memang simple, namun rasa dia mengajadi igauan.  I minta spicy Fried Radish Cake so pedas sikit but it’s ok, I memang makan pedas. Semuanya memang crunchy termasok taugeh tu…kalau biasa-biasa memang kita akan asingkan taugeh dr mee, meehoon or etc..yang dis one dia la pelengkap rasa dan gaya ! Sepinggan only for RM4.20..worth to try!
















Total Bill just RM89++. Tuk semua tu I mmg rasa berbaloi. Lagipun choice sangat banyak. Eh yong tau foo pun ada. Nak makan lauk ala chinese style pun ada so dia bukan lah terhad pada dimsum or dumpling sahaja.Maka pulang lah kami ke Kuala Lumpur dengan riang ria!

Plus bukan kita yang drive, lagi bahagia….tengah kenyang-kenyang tu yoya je kat blakang sambel makan gula kapas. Thank Ned.

Ini cuma pandangan peribadi. Mungkin ada restoran lain yang lebih sedap Cuma kita ja tak berapa nak tau and tak sempat nak explore. Sebab selalunya sekadar makan di Mohd Chan! Don’t mind to share the info with me.. thanks !!

Persoalannya di sini, if teringin lagi nak kena drive sampai ke Ipoh ke???? I neh tak la tak berapa familiar dengan Ipoh …


Penulis sekadar ingin bergaya keseorangan!
Owh nendia full address and contact number..nampak tak?
I patchkan picture jah uolssss....


Thanks for reading and sharing your thought if any .. smile !
 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template