Friday, June 18, 2010

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim...



Semalam lepas tengok Buletin Utama TV3, baru lah konpom rasanya mengenai isu ini...sebelum tuh juz mendengar rumour jer....ape pun kita sebagai rakyat Malaysia and wanita terutamanya...mungkin akan terdetik sedikit rasa kasihan buat Azrinaz...buat masa ini, punca-punca penceraian tidak diketahui...cuma menurut sumber...Azrinaz diceraikan di atas sebab-sebab khas.....

Nie yang buat I tak paham nie...sokmo gini...dah kawen...kawen je la....rasenye memang semua yang mendirikan rumahtangga, memang nak berkekalan sampai bila-bila...ade ke orang kawen yang nak looking for penceraian atau sebab-sebab lain....may be ade la kot-kot yang berhati busuk tuh tapi ianya sangat sedikit...cuma ayat klise orang bercereai esp artis yang memamng buat I menyampah adelah "sudah tiada persefahaman" and "kami tidak boleh tinggal sebumbung lagi...."

Bukan ape...bila berlaku penceraian...kesian ke anak-anak....ntah..I sangat kesian ngan anak-anak yang menjadi mangsa penceraian....ape perasaan mereka hidup tanpa salah sorang....ye lah kan...bila tengok kawan-kawan yang seusia happy dengan ibu dan ayah...sedangkan dia terpaksa pilih salah sorang...pilih mak, kasih ayah terpisah....pilih ayah, pelukan kasih ibu pula tak dapat...kesian sangat..terutama yang masih kecil-kecil......inilah senario sekarang....baik kehidupan selebriti mahupun orang biasa...cuma orang biasa, kisahnya tidak disensasikan!!!

I pun lihat kesan di depan mata sendiri...memang ader ahli keluarga terdekat yang bercerai-berai....bila mak ayah dah berpisah...masing-masing dah kawen lain...pasangan yang baru semua tak nak terima anak-anak instant yang sedia ada....sedihnyeee dengar....ape yang jadi...mereka 7 beradik ditinggalkan hidup sendiri dengan menyewa rumah lain..serba kekurangan jugak lah sebab hanya kakak sulung and kedua baru nak mula cari kerja time tu....5 lagi masih bersekolah! Bayangkan...semua si kakak kena pikir...mujurlah ade tok yang masih ambik berat...and ader abah Mek yang bagi duit and barang dapur tiap-tiap bulan tuk beberapa tempoh.....kalo dikenang, memang rasa nak marah dengan individu terlibat....ye lah..macam menyusahkan orang lain pulak...diaorang lepas tangan macam tu jerrrr lepas jumpa pasangan baru...huh,buat anak pandai...hahahha....kenyataan yang berbaur agak emosi...sebab ade kaitan ngan hidup Mek di mana tidak mendapat pinjaman penoh time di kampus akibat slip gaji mak abah yang tidak melayakkan...tapi depa bukan taw...abah dok kena sara lagi 7 mulut nun.....memang I emosi ketika itu...dah la yuran UTM mahal kan mainnnn...mau tak sedih dapat sikit jer pinjaman....





Mungkin berbeda lah dengan nasib anak-anak Azrinaz...maklumlah..pak depa kaya....antara yang terkaya di dunia dengan aset kekayaan mencecah nilai berdolar-dolar.....tapi sebagai wanita, memang naluri nak tahu punca penceraian tuh memang membuak-buak la....ye la kan...kalo kita ikuti kisah azrinaz yang dulu, dia umpama kisah lagenda Cinderalella...yang bezanya...dia dilamar oleh Sultan teruih...bukan anak raja lagi....beliau pun berkahwin muda, 26 tahun ketika itu....dan ketika kerjayanya berada di kemuncak....semua diketepikan demi cinta kepada Sultan Brunei...cheewwaaahhh...pandailah aku...cuma kalo google sendiri, mungkin anda akan terjumpa blog-blog warga brunei/malaysia yang memberi komen terhadap isu ini...kelakar jugak bila bacer...tapi tak tau la betul ke tidak....

Ape boleh buat...ini lah yang dikatakan jodoh...mungkin jodoh Sultan Brunei-Azrinaz sampai di sini saja....dan bermula tarikh semalam, Azrinaz kembali ke kehidupan asal yang bezanya kini dia mempunyai anak-anak....sedih jugak rasenye bila semua gelaran yang dianugerahkan ditarik balik oleh pihak Istana Brunei...dari isteri seorang Sultan terkaya di dunia...kini kembali menjadi rakyat biasa....I bukan ape...I suka ikuti kisah-kisah istana berbanding kisah-rumahtangga para artis...menjengkelkan..

Jodoh tidak datang sendiri...jodoh juga harus dicari...bila sudah dipertemukan jodoh...seharusnya kita terus berdoa agar ia terus berpanjangan....masing-masing ada bahagian dalam jodoh....ada yang datang cepat...ada yang datang lambat...ada yang dapat jodoh handsome...ada yang dapat suam-suam kuku saja...ada yang dapat kaya-raya...ada yang perlu ditempuhi bersama kesusahan dari mulanya.....kepada yang cepat, jaga lah ia sebaik mungkin...dan jangan sesekali mempersendakan orang yang lambat jodohnya...siapa anda untuk mempertikaikan dia...siapa anda untuk memperlekehkan dia...sudah cukup baguskan jodoh yang anda ditemui itu...hanya anda yang tahu....dan kepada yang lambat...usah lah pernah putus asa...Allah ada rahsianya...kerana jodoh diibaratkan sebagai jambatan...jika panjang jambatannya...panjang juga perjalanannya..banyak jugalah dugaan yang perlu direntangi....tapi ia sememangnya terbukti...kebaikan itu pasti terselit di hujungnya...

Azrinaz ibarat ayam togel jatuh dalam guni beras....sapa tak mau jadi ayam togel jatuh lam guni beras kan.....I pun mau....tapi setakat ini je lah...lepas nie mungkin kena cari beras sendiri......rasa-rasa....harta yang diberi sebagai pampasan pun bleh tahan sampai ke tua gamaknya....

Mek sangat suka dengan imej Azrinaz ketika bergelar Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim...terserlah ciri-ciri kerabat Di-Raja.....dilimpahi kemewahan setiap hari...terpancar wajah yang berseri...berbeza sungguh dengan imej yang dulu...ye la dah jadi kerabat...mestilah imej berubah....









Nampaknya yang kekal hanyalah Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha....konklusi yang boleh dibuat adelah...hanya isteri pertama Sultan Brunei je yang kekal dari dulu sampai sekarang...isteri-isteri lain telah diceraikan.....

9 comments:

Anonymous said...

alah si azrinaz ni dah kaya raya..at least idup dia dah ok sampai ke cicit dia pun tak abis lagi kekayaan tuh. tapi kenapa bini tua tak diceraikan? mesti ada sebab. think positive, cinta pertama adalah yang paling tinggi sentimental value nya??? mungkin tak??

nahar

Me, Mrs Taj said...

poor azrinaz..

misscrab said...

hmm sian azrinaz...

Cik Faridah Huda said...

akibat n3 ini..hits saye tinggi...x sangke pulak semua org dok cari punca penceraian depa dua nie...

Anonymous said...

sebab-sebab khas= sebab yang boleh mengancam negara Brunei. thats the rumor i heard lah ye. salah guna kuasa, but then who wont. duit berlimpah ruah, siapa tak buta. HUHU

jizz said...

heheeh isteri pertama sultan ada lah isteri yang PALING TAAT DAN DIKASIHI SEMUA RAKYAT BERJIWA RAKYAT TULUS DAN IKHLAS MEMBANTU SERTA TAAT IKHLAS KEPADA SUAMINYA (KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA) tidak ada kaitan mengenai perceraian yang berlaku dengan isteri pertama sultan.... malahan dialah yang banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada sultan dan rakyatnya itulah keistimewaan yang ada padanya di bandingan isteri2 yang sebelumnya ... walaubagaimanapun perceraian azrinaz adalah atas sebab2 yang tak dpt di ungkapkan yang mana ditakuti mengaibkan induvidu atau memburukkan perhubungan antara brunei dan malaysia.... saya rasa keputusan dan tindakan yang di buat adalah langkah yang terbaik bagi mareka :) peace

truth said...

Bagus la cerai. Aku org Malaysia pun tak suka dia ni. Angin semacam mcm la bagus. Tahniah rakyat Brunei. Peace.

Anonymous said...

aku rasa satu je....dari segi agama..sorg tutup kepala xberapa sempurna...sorg lagi sempurna..peace

Herman Kamil said...

Halo kawan-kawan, saya Herman daripada Indonesia. Saya di sini untuk berkongsi beberapa maklumat penting tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada organisasi pinjaman islamic, saya tidak percaya bahawa saya boleh mendapatkan pinjaman dari mana-mana pemberi pinjaman dalam talian atau internet kerana saya sentiasa fikir mereka semua penipuan. Tetapi cerita ini berubah dua minggu lalu apabila rakan memberitahu saya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman perniagaan daripada mereka. Walaupun saya merasa sukar untuk percaya, tetapi saya memberitahu diri saya terpaksa mengambil risiko kerana saya serius memerlukan pinjaman. Saya telah mendaftar untuk pinjaman sebanyak $ 70,000 USD. Saya menghubungi mereka di Itali. Yang mengejutkan saya, pinjaman saya telah diluluskan dan saya menerima pinjaman selepas 3 hari. Satu perkara yang saya suka tentang mereka adalah bahawa semua pinjaman mereka adalah sangat mudah untuk memproses dan jelas. Tiada kos tersembunyi. Tidak ada jaminan yang diperlukan daripada saya kerana saya memfailkan pinjaman tanpa jaminan. Mereka mempunyai takut akan Tuhan Yang Maha Kuasa. Saya akan menasihati sesiapa sahaja yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi mereka dengan segera melalui e-mel (frb228813@gmail.com) dan salah satu kakitangan mereka akan segera bertindak balas kepada anda. Sila berkongsi maklumat ini dengan saudara-saudara Islam yang kuat, mereka akan mengetahui bahawa organisasi wujud dan mendapatkan pinjaman dari them.May maha kuasa Allah memberkati tahun baru ini untuk kita.

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template