Sunday, February 17, 2013

Willy Satay @ Ramal Food Junction

Satay. Makanan asasi aku sejak kecik. Masa berubah, zaman berubah, matawang juga berubah…membuatkan harga satay secucuk kini melonjak naik. Revolusi satay. Namun akibat satay adalah makanan turun-temurun rakyat Malaysia, maka ramai yang pejam mata tentang harganya..tambah-tambah perantau macam aku..pasti kepingin nikmat sate time kecik-kecik dulu..

Abah tidak pernah lupa membeli sate saat dia pulang dari kerja khas untuk aku..Slalunya hari Rabu ada pasar malam di pekan Bandar Baharu..tak jauh dari sekolah tempat abah bekerja…Hari Jumaat pula ada pasar malam Parit Buntar..lokasi dekat Jam Besar Parit Buntar…setakat aku dok merantau ke sana ke sini, memang ni lah pasar malam kesayangan aku…dekat dengan Taman Sempadan..boleh sekadar kayuh basikal…kalau jalan berpeluh jugak! Puas hati and besar…nak apa pun ada…memang yang terbaek di Parit Buntar..selalunya zaman kanak-kanak aku, hari Jumaat kawan-kawan ajak pegi pasar malam…so, beli satay sendiri…secucuk 10 sen zaman tu…beli lah aku nie 3 ringgit..tu pun jenuh makan dah…antara satay yang popular di Parit Buntar adelah Wak Satay…zaman tu satay Wak secucuk dah 30 sen…agak mahal tapi sataynya besar…sekali sekala je lah beli itupun kalau pegi pasar malam dengan abah…

Balik kampong memang aku selalunya akan cari 3 benda utama…Satay, Yong Tau Foo and pasemboq…kalau tak pekena 3 benda alah nie, tak lengkaplah hidup aku time balik ke kampong…memandangkan zaman kerja aku jarang sekali lah nak buleh balik and bersantai pada hari Jumaat, maka dengan demikian..aku memang dah lama tak berkunjung ke Pasar Malam Parit Buntar..kini, aku beralih arah…pegi Pasar Malam Sungai Bakap…mujur hari Sabtu..kadang-kala borong tudung…elok-elok juga coz memang aku akan cari kat kedai paberet aku jerr….dekat utagha pasar malam boleh dikatakan tiap-tiap hari..jadi tak payah susah hati untuk dapatkan bekalan…

Suatu masa dahulu, Sate Kajang Hj Samuri sangat famous..boleh kata meniti di setiap bibir manusia..Revolusi Satay, terakhir menikmati sate kajang time kenduri kawen apem kat Gombak..Lepas kenduri kami pegi Sate Kajang Hj Samuri yang cawangannya dekat Taman Melati tu….Zaman masih naik bas pulang ke kampong..dah memang jadi kemestian kat budak-budak C03-001..akan ikut hantar ramai-ramai ke stesen bas Shah Alam..depan tu kan ke ade deretan kedai makan..memang aim kedai 1st sebab ader stall satay…selalunya kalo pegi beli tiket je pun, ramai yang turut serta sebab nak pekena satay sama-sama…satay situ boleh dikatakan memenuhi piawaian aku…makan satay saje tak de kuah pun boleh layan…

Lepas pada tu, Satay Ghulam pula yang menjadi buruan…satay daging dia memang sedap..makan panas-panas buatkan aku and the gang asyek tambah order…ke sebab makan ramai-ramai and lepak sampai pagi tak tahu la….satay-satay yang dijual di sekitar pasar malam kat sini boleh aku buat kesimpulan so-so saje..tak de yang terlalu wow sampai kan aku rase nak ulang beli banyak kali…selalunya sekali beli tak beli dah..sanggup tahan nafsu sampai balik kampong…

Fenomena ngan budak opis pulak adelah Satay Celcom Jalan Semarak…dulu lepas keje kol 8.30 malam tuh..selalu jugak la p lepak sini tuk makan satay….time tuh rase hebatnye lah hai satay Jalan Semarak neh..secucuk 80 sen…




Latest adelah Willy Satay..lama dah aku dengar dia punya kehebatan…since last year namun tak punya kesempatan untuk pegi merasa..Sempena Cuti Wilayah, hari Khamis before cuti wilayah, lepas balik kerja aku pergi mencemar duli bersama dengan opismate, Farid & Faizah…membelah ke Kajang dari Kuala Lumpur city centre..bunyi macam jauh, tapi tak jauh mana..memang agak jam sket coz orang balik kerja…tapi tak sampai sejam pun…selamat tiba ke destinasi dengan jayanya walaupun pada permulaan agak was-was..bila turun dari kete..eh dalam hati berkata awat macam dah pernah sampai or penah lalu..fikir punya fikir…memang lah penah datang coz dulu-dulu kala selalu teman Che Nah datang rumah adik beliau kat Sungai Ramal neh..memang seberang je. Aku cam sangat..Cuma dulu kenapa tak perasan…atau tempat neh baru je dibuka?????

Busy makan, ambik gambar sikit je..biler nak menulis, rasa tak cukup bahan..natural feeling for food blogger like me...heheheh






Willy Satay neh terletak dekat Ramal Food Junction..sebelah SKVE Highway..waktu kitaorang sampai, dah Nampak orang berator panjang…aku ngan faizah mata dah 360 degree coz macam tak tahu nak makan apa..semua Nampak sedap…ayam goring pun rasa nak order..konsep kat fudkot neh kena p order sendiri..Cuma agak kagum untuk Willy Satay stall..ade number tuhh tuk colling-colling…ko adeee? Hehehhehe

Farid orderkan 30 cucuk satay..15 ayam 15 daging..antara pilihan satay yang ada adelah satay ayam, daging, kambing ..yang lain tak berapa pasti…lepas tu yang membuatkan dia agak lain dari yang lain..sebab bukan dihidangkan ngan ketupat nasi daun palas tu ataupun ketupat segera ADABI..tapi ketupat yang dibalut ngan daun pisang and panjang-panjang bentuknya..agak tradisional elemen di situ….dihidangkan dengan potongan mentimun and bawang macam biasa…kuah kacang juga not bad…






Kami makan agak meriah walaupon bertiga..aku kasi order jus tembikai gelas besar…
Farid air pun dua tiga kali juga..faizah jah behave skeet..tapi dok tak dok dia order otak-otak sebagai appetizer..sementara tunggu satay siap dihantar..memang balun otak-otak dulu..then aku ngan tak semena-mena rasa teringin nak makan Burger Bakar Abang Burn walaupun sekadar cawangan je…time orde memang rasa tamak nak order hat double cheesy..mujur tak ambik hat tu..ambil yang single…tu pun kesannya tak habes…macam tak percaya…hehehe..meleleh tak tengok burger kat bawah neh…



Pendek kata, Ramal Food junction memang ada pelbagai hidangan and konsepnya santai…open air and sesuai untuk lepak ngan kawan-kawan yang kuat merokok….
Tempat berbumbung pun ada, tapi terhad..kalau hujan jenuh juga nak cari tempat perlindungan….

Satay Willy terbaek. Memang nikmat. Cubalah sendiri!
Kami pulang dengan perut yang amat kenyang nak berjalan pergi car park pun dah rasa mengah semacam. Tambah pulak aku beli teh o ais habuan bekalan. Dahaga!

1 comments:

Fiqrie Saiein said...

buka dari pukul berape sampai berapa tempat ni??

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template