Thursday, February 21, 2008

MeRaYap WiTh BuDak-BuDaK OpIs


AkSi KuRanG SoPan...kekekek
MirRor..MirroR On The Wall..who is the Beauties aMoNg Us??

BuDak2 NieH memAng sUke BerAksi SebeGini...


Naper Ngan MBak PiZa Nie??


Lam Kete Mek Ta!!

Tuesday, February 12, 2008

BoWLinG n KaRaOke TiMe...


PeNaT NyANyI daH nie......



Tengah SeMaNgAt MenSuMBaNGkaN SuaRE...


PaSaNgaN DuEt Ku..


Tuan-tuan PuTeRi teNgah MenYanTaP...




AkSi MaNje la KuNunNye tUh...



StaNd By NaK NyaNyi.....



PoSiNg MaUt MeK!!!!



NgaH BeRaKsI Pun SemPaT PosIng...



HePy TiMe!!!



Rumus : (WeSti )+ (MeK LyNN) = MaCRiEdA

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki???

Pada lelaki yang kurang memahami wanita dan
untuk renungan buat sahabat-sahabatku……
wanita tidak semestinya memerlukan lelaki.
tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa
perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besa
r hidupnya
kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama
kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang
saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik,
tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak
terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana
selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke
bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan
kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang
berputar-putar dalam
kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan
membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan
gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang
dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita
bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang
baik akan didatangkan kepada kita juga.
Lelaki yang baik itu tidak turun
dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan
kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang
hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan
lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ?
Dia
akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana
Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti
manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia,
menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun
perkasihan dua jantina,
selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus
bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita
untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan
sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika
kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana
tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan
walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan
sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik
sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita
harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi
menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda
tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya
anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak
juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa
pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama
sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian,
kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka
cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih,
melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang
lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu
menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia,
dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan
Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha
Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan
rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk
lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat
bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat
jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut
untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat
pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah
angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi
kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus
saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun
tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,
menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah
perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya
yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia
dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…


Monday, February 11, 2008

Long Vacation


Sempena Cuti Tahun Baru China yang baru lepas..
aku, yudmila and ribut che nah..
ambek keputusan nak balek kampung by car..
cause tiket bas n tiket ketapi sold out...
time nak balek tuh..punye la bersemangat...
kitaorg bertolak dari Subang dalam kol 12 ngah malam
marvelleous gile...
ngan sejuknye...
ngan ngantuk gak...
aku pun x tau nape aku ngantuk..
padahal aku dah tido dah pagi tuh...
kete memang banyak...
berduyun-duyun..masing2 menuju ke destinasi sendiri...
Yudmila sekadar menahan mata menemankan aku yang ngah drive nie..
Che Nah pulak..ader kat blakang..kadang2 diam
kadang2 bising...
dah 2 jam lebih perjalanan...
aku minta Che Nah soh ckp kat Adi
berenti kat R n R Tapah coz aku memang dah x tahan dah....
dah macam ade pameran kenderaan plak dah aku rase..
seb baik dapat port baik punye...
Yudmila tanpa cakap banyak..terus menidurkan diri...
aku ngan Che Nah..berjalan2 pegi toilet..n singgah KFC beli Zinger Burger n Dunkin Donuts...
aku beli Arabica Coffee..kununnye nak ilangkan ngantok..
pas minum..aku rase lg mengantuk...huhuhu
lame jugak kitaorg rest..baru smbg perjalanan smula...
Che Nah yg continue perjalanan sampai la ke R n R Bukit Merah...
aku sampai umah Wa lam kol 6 cam tuh la...
dah segar plak..sambung borak2 ngan Wa..
siap p beli breakfast n isi minyak...
kejap lagi nak gi antar Yud plak kat Kepala Batas,Kedah....
secara keseluruhannya..balik kali nie..aku asik merayap je ngan myVi..
bleh kire brape jam aku dok kat umah..
tup tup..dah ari ahad..huwaa...kena balik KL....
aku ajak mak temankan aku...
sekali ader orang minta nak tumpang...
anak kawan mak aku kat kampung nun..
ermh...aku x kenal pun...
tp disebabkan kesian.....aku tumpangkan je la..
2 orang.....budak2 UiTM Shah Alam...
nie gara2 kena tipu ngan kaunter tiket bas ah nie.....
relaks la...aku juga penah mengalami insiden2 sebegini...
maklumla musim perayaan...sure tiket sold out....
baru je masuk highway x sampai 15 minit...dah jam....
kirenye aku start masuk highway lam 3.30 pm ar...
kol bape la nak sampai kalo cenggini gayenye...
dah la ade org tumpang...
dok atur plan ngan mak aku la jawabnye....
budak2 nie pun...peel macam2..
kejap nk turun kat sini..kejap nk turun kat sana...
huh..sengal...
nak berenti pun..kete cam semut....
aku x yah tekan minyak...
bior kete tuh jalan sendiri je....
macam tu la keadaanye...kena tempuh
sampai dekat Ulu Bernam...
jauh giler.....
Tapi aku sempat gak singgah beli buah kat Bukit Gantang..hehehe
singgah lagi kat Simpang Pulai..isi minyak...
org blakang dok hon..aku bt x peduli je..sukati aku la...
aku kan rakyat Malaysia...
dah la kete plat Singapore......
dalam keadaan macam tuh..kite kena pentingkan dr sendiri...
den..las skali berenti kat Ulu Bernam..
aku dah lapor n dahaga...
tapi..memandangkan umat terlalu ramai....
aku jus beli neslo ngan sandwich je...bengkang roti tuk mak aku...
aku pon soh budak2 tuh beli mknn yg bleh mkn lam kete je...
kuar KL lam kol 11 lebeh...budak2 tuh kate nak turun kat Hentian Duta plak..
aku ngan penuh yakin tp igt2 lupa..drive la nk pegi Jalan Duta...
Huwaaa...sekali salah masuk jalan...dah ke Muzium Negara aku drive...
x de la jauh..cuma yg menyakitkan hati...dah nampak Kompleks n Masjid Wilayah...
tp x sampai2....ape pun..semuanya kembali ok pas aku sesat n dah masuk ke kawasan perumahan Taman Seri Segambut....terus diaorg col bapak angkat diaorg yg tgal kat situ...
lega aku...bila depa dah berubah kenderaan...
pas tu pak cik tu tunjuk jalan ke Hentian Duta....
ala..x la susah pun..cuma may be aku dah penat..n dah pening...
malam plak tuh.....
Alhamdulillah..semuanya selamat...
den trus aku masuk highway ke Subang Jaya........
aku speed jugak...
x sabar nak jumpa bantal n tilam...
sampai USJ kol 1230....huhuhu
kol 1 lebeh gak baru aku tido.....
mak aku sampai2 trus tido.....
tue la perjalann yg x dapat dilupakan...
aku antara yang plg awal sampai umah...
Che Nah smpi dekat kol 3 pagi...
Mei Lynn...lam kol 4 lebey...

so kat opis aku pagi isnin tuh...
huargh..huargh..huargh...
tue je la yang bunyi.....
semua br balik dr perjalanan jauh...
dah la opis nih x der org..
chinese je ramai...diaorg smbung cuti...
Shah dari Sungai Petani....Mbak Piza dari Perlis..
Cik Kiah dari Kelate...Mek Ta sangkut Kat Ganu....
Balik-balik dok sembang pasal keadaan trafik semasa..

Yang pasti..aku x sabar nak balek umah....
nak sambung tido....zZzZzZzZz





Monday, February 4, 2008

Saat Aku Jatu Cinta

Allahu Rabbi
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untukMu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMu
Dan membuatku semakin mengagumiMu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...

Amiin
 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template