untuk renungan buat sahabat-sahabatku……
wanita tidak semestinya memerlukan lelaki.
tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa
perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya
kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama
kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang
saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik,
tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak
terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana
selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke
bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan
kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang
berputar-putar dalam
kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan
membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan
gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang
dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita
bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang
baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun
dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan
kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang
hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,
mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama
yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan
lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia
akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana
Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti
manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia,
menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun
perkasihan dua jantina,
selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus
bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita
untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan
sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika
kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana
tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan
walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan
sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik
sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita
harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi
menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda
tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya
anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak
juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa
pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama
sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian,
kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka
cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih,
melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang
lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu
menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia,
dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan
Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha
Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan
rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk
lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat
bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat
jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut
untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat
pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah
angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi
kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus
saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun
tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,
menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah
perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya
yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia
dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…
0 comments:
Post a Comment