Ahad 9.03.2014,
Hi uols!! After a long rest, Baby boo kembali menulis..wahhh Baby boo konon !!
hikhikhik
Tujuan utama nak cerita pasal makanan, bab kenduri ngan
teluk senangin mungkin sekadar selingan di entry ini…tapi jika rajen mungkin
bakal dikupas lebih lanjut di entry yang berasingan..JIKA RAJEN!!! Haha.. nie
pun kembali menaip sebab semalam tengok ISTANBUL AKU DATANG.. kan Dian suka
update belog maka hari nie cam semangat pulak nak menaip..
Intro :
Setelah selesai kenduri Faizah di Pantai Remis semalam, kami
terus membawa diri ke Teluk Senangin..lebih tepat ke Mesra Chalet yang telah
dibooked untuk kami…Berzaman rasa tak datang ke Teluk Senangin … kunjungan terakhir
adalah di zaman persekolahan, Form 4 agaknya…time tu ada kem pengawas ke or kem
pengerusi-pengerusi kelab dan persatuan .. lama tuhhh tapi tempat tuh memang
sangat memorable … selalunya time abes peperiksaan tahun akhir memang pihak
sekolah akan rencana kan beberapa aktiviti untuk kami penuhi sementara nak
tunggu cuti sekolah … haih, bila ingat balik .. saat-saat tu memang best .. ye
lah dah habes exam..pegi kelas pun dok bergosip jah kerjanya.
2014, memang confirm la keadaan dah 360 berubah…cuba jugak
aku nak cam (kenalpasti) kawasan yang bercamping dulu .. tapi memang kotak
ingatan neh x mampu lah untuk ingat ! sudah mengjangkau 14 tahun … memory sebab
si nuhu siap hasilkan komik teluk senangin !! pastu paling ingat time subuh
ustaz Ahmad panggel nama aku .. mujur sempat sampai ke kuliah subuh ustaz..dah
period , datang lambat la ke surau … J
.. mungkin dah terlalu lama untuk digali segala memori zaman persekolahan, maka
dirasakan sangat sukar… boleh ingat yang surface-surface je .. duduk atas dahan
pokok besar mengadap laut…ada buaian juga di situ .. and gang kain sekolah
rabak mula berjiwang sambel dengar deruan ombak pada malam hari… den, masuk
tidor..sedar tak sedar air dah pasang…denga bunyi air bawah chalet…lepas tu
buat jungle tracking, merayap masuk dalam hutan…stended jungle tracking…aku
konpom golongan2 terakhir baru buleh nak kembali semula ke start point…and then
rasanya yang pegi tu semua guru lelaki yang jadi guru pengiring..ke ada cikgu pompuan
ikut sama? Memang x Nampak bayang so aku conclude cikgu laki ja semua…
Walaupon hati tengah bergumbira, tapi setiap masa sedih ja
dok dengar update #MH370 sepanjang jalan .. entah radio apa farid pasang siap
ada Carta Meraung ! memang meraung je lagunyaaa termasok la kitaorang sekali
sekala turut meraung sama .. gila kau tak meraung ..lagu zaman 90-an kot jenis
putus cinta semua…
Back to main story!!
Nak gembar gemburkan pasal keenakan dim sum and masakan ala
chinese di Greentown Dim Sum Ipoh Café..berdasarkan searching, tak ramai Malay
yang buat review pasal restoran neh..so I buatkan! Mood tengah rajen and sambel
mengarang sambel terliur, teringat!!!
Orang Ipoh kalau tak penah sampai memang saja. Rugi besaq
weh! Kami yang datang ntah dari mana-mana neh siap berusaha gigih wpon sesat…asal
pusing je jumpa tempat yang sama..tak sampai-sampai … tapi paling lawak bila
asal nak tanya orang ja jumpa orang yang sama wpon tempat berlainan .. harap
orang tuh orang la !! seriyus lawak.. asal parid berenti kereta and ned turun tanya, orang yang
sama!!! Tak ke heran namanya … kami yang dalam kereta neh gelak mengekek dah …
Namun berbekalkan semangat juang yang tinggi, jumpa juga akhirnya . Maka time
nak order Jin memang merasuk dalam badan sambel kata “ Kita kena makan banyak-banyak.Mana nampak sedap tu order ja.Dah la sesat, so kita kena reward diri kita untuk
segala penat lelah” Ching…
Bab order kasi je ke parid. Cuma I memang nak sangat Fried Radish Cake. Benda nie kalau pi pasar malam yang ada Chinese niaga sama, uols mesti akan perasan diaorang berkerumun and ada tulis carrot cake…yang pasti bukan kek ! bendanya digoreng dan bau sangat menggoda dari hujung jalan lagi *propa* .. tapi memang setiap kali lalu kat stall yang jual fried carrot or radish cake..memang I akan rasa tergoda…wangi sangat!!
Hasilnya penoh meja. Tapi for dim sum dia datang secara berperingkat. Bagi I meja kat situ agak kecil to cater all main and side order plus air yang datang 4 orang tapi boleh jadi glass total semua skali 8. Double the figure. Fried Radish Cake sampai dulu. Anggap je macam starter.
Sebenarnya tak berapa nak boleh ingat nama menu. Coz
semuanya ada nama cina. Memang panjang. Secara konklusi .. Farid pesan mee apa
tak tau nama panjang sangat, Ned pesan nasi goreng cendawan ke apa ntah, Ezzah
order claypot rice and I memang makan fried radish tuh…yang laen dok cedok
sorang sikit dari pinggan diaorang !! hikhikhik .. Dim sum order 4 jenis ja, tapi banyak…prawn dumpling, ciken
siew mai and ape dia tak tahu lagi dua tu…betol2 tak ingat neh, jangan mara! Last
sekali ambik pau : BBQ Ciken and redbean … yummy !
Fried Radish Cake yang menjadi kegilaan I neh simple je
sebenarnya. Tak banyak bahan pun. Tapi bau terbakar dia tu yang membangkitkan
selera. Actually very basic. Ada radish cake,taugeh, kucai , telor hancur and
hirisan ayam sikit. Memang simple, namun rasa dia mengajadi igauan. I minta spicy Fried Radish Cake so pedas sikit
but it’s ok, I memang makan pedas. Semuanya memang crunchy termasok taugeh tu…kalau
biasa-biasa memang kita akan asingkan taugeh dr mee, meehoon or etc..yang dis
one dia la pelengkap rasa dan gaya ! Sepinggan only for RM4.20..worth to try!
Total Bill just RM89++. Tuk semua tu I mmg rasa berbaloi. Lagipun choice sangat banyak. Eh yong tau foo pun ada. Nak makan lauk ala chinese style pun ada so dia bukan lah terhad pada dimsum or dumpling sahaja.Maka pulang lah kami ke Kuala Lumpur dengan riang ria!
Plus bukan kita yang drive, lagi bahagia….tengah kenyang-kenyang tu yoya je kat
blakang sambel makan gula kapas. Thank Ned.
Ini cuma pandangan peribadi. Mungkin ada restoran lain yang
lebih sedap Cuma kita ja tak berapa nak tau and tak sempat nak explore. Sebab
selalunya sekadar makan di Mohd Chan! Don’t mind to share the info with me..
thanks !!
Persoalannya di sini, if teringin lagi nak kena drive sampai
ke Ipoh ke???? I neh tak la tak berapa familiar dengan Ipoh …
Penulis sekadar ingin bergaya keseorangan!
Owh nendia full address and contact number..nampak tak?
I patchkan picture jah uolssss....
Thanks for reading and sharing your thought if any .. smile !
2 comments:
heee. Memang sedap. mina izin saya masukkan dalam blog saya tau? :D
what a waste of time review
Post a Comment