Tuesday, April 1, 2014

Tahniah Faizah & Chongi !! Eh Salah, Faris Danial.

Anak buah di ofis kawen. Sesama anak buah, maka mak tiri di opis harus lah pegi walaupun dah tak sebumbung.

Siapa sangka Lailatul Faizah dan Faris Danial akan bersatu ke jinjang pelamin? Alhamdulillah dah jodoh namanya. Alhamdulillah juga Faris Danial terbuka hati untuk convert. Semuanya berkat Ramadhan tahun lalu. Tapi sejak bila mereka bermula, mak tiri pun tidak pasti! May be 2012 or 2011, hanya tuan badan yang tahu. Apa pun daripada pengamatan mak tiri, Chongi (nama lama) sangat lah caring terhadap paezah. Paezah pulak rajen masak untuk Chongi. Bukan Chongi sahaja yang untung, malah mak tiri serta rakan-rakan meja bulat juga tumpang sekaki.

Dari segi kerja, kedua-duanya komited. Tak perlu lah dihuraikan panjang lebar kerana perkataan komited itu sendiri sudah mampu menjelaskan segalanya. 

Maka majlis perkahwinan ini perlu dihadiri. Planning telah mengambil tempat semenjak sebulan sebelom. Walaupun pada saat-saat getir pasangan penganten terpaksa menukar tarikh resepsi, itu tidak menjadi masalah malah rasa bersyukur juga diaorang tukar tarikh.
If on 22hb, I ada meeting on 21st .. meeting penting so agak sukar untuk ambik cuti.
Rancangan awal adelah gang-gang Tasha Shila perlu mengambil cuti tahunan pada hari Jumaat bersamaan 7.03.2014 ... dengan niat nak merayap and tak nak kelam kabut !! Namun email daripada pihak HR meminta Yid Salleh untuk menghadiri training on 7/3/2014 membuat kan seluruh ahli gang terpaksa membatalkan niat itu...so terpaksa juga gerak hari Jumaat lepas balik kerja...Mengapa kami perlu pegi awal??? Ini semua kerana kami, Tasha Shila and the gang membawa Pengapit Penganten Lelaki, Nasrul Din atau panggilan manja beliau , Ned!

Seperti yang dijangka, Jumaat petang memang lah semua jalan jam nak arwah. Destinasi dimulakan dengan mengutip setiap ahli kumpulan .. Farid dan Ezzah di Pantai Dalam and Ned di Regalia Jalan Sultan Ismail. Pukul 7 lebih jugak la baru berjaya memboloskan diri kat Toll Duta. Kata sepakat telah diambil. Laluan telah ditentukan.Moga-moga selamat perjalanan . Kami lalu ikut LATAR .. Kuala Selangor .. Teluk Intan and Kampung Gajah..esoknya baru pegi ke Pantai Remis. Walaupun paezah telah menjanjikan sup tulang gear box sebagai santapan di malam hari, namun kami terpaksa melupakannya akibat perjalanan yang diambil terlalu lama. Bukan lah disebabkan jam. Semua berpunca daripada sebuah Restoran Thai di Kuala Selangor. Punya la lama. Sejam lebih baru makanan nak sampai atas meja. Punya la saket hati. Paling syahdu tengok makanan yang Ned order, rasa nak menitis air mata hahaha tapi dia buat muka derkkkkkk je... You, sedih kot tengok nasi goreng ayam you tuuu...konsep macam nasi dah digoreng simpan dalam termos .. den ayam pun macam dah digoreng lama.. so whyyyyyy makanan kita semua sampai lambat ???

Ned : Makan je. Lapar!

Tapi memang seriyus lapar. So tak sempat dah nak komen. I pulak tengahharinya pegi Giant KJ tapi langsong tak sempat makan. Sampai kan tokong Hindu pun kami ingat kedai makan. Ye la. Indicator dia "Weh nampak lampu warna warni, kite berenti makan ye!!!"

 Lepas makan semua ambik tempat masing-masing baek punya...bunga-bunga nak tidor memang ada sebab time tuh dah 10 lebih ... tinggallah tukang drebar bersengkang mata tapi mujur la ada Ned si penglipur lara .. ok la tu, dia temankan sampai ke Kampung Gajah.
Farid ngan Ezzah dah lama dibuai mimpi !! Grrrrrr.....

Sampai je Kampung Gajah, terus mata segar bugar ! Disambut mesra oleh pemilik Ned's homestay .. haha tidor rumah Ned lah weolss malam tuh...si ezzah boleh hentam aiskrim Malaysia tengah-tengah malam buta ... I memang tak berapa nak boleh bersembang dah...tahap nampak bantal and tilam ja ! Lepas mandi and solat, terus rebah atas katel...tapi bila Ezzah masuk je, start la buat pillow talk session and tak tahu tido pukul brapa.... Kesan diaaa esok pagi, malu dekat mak Ned! tapi buat-buat ja macam "Mak cik, kami dah lama bangun...duduk dalam bilik je tak keluar-keluar" .. kaver baik punyaaa....

Layanan di Ned's homestay memang terbaek! Tengs mak cik and pak cik!! I pulak buat macam rumah sendiri ...haha .. breakfast like a king! Yong tau foo semalam yang tak habes pun I tolong habeskan .. den Ned pun bawa keluar hidden gems yang ada kat dalam rumah dia tu...ais kerimmmm Malaysia. Luruskan tangan ke depan dan goyangkan jari jemarrrii andee..libas rambut sikit! 

Seronok dekat rumah Ned tapi tak leh nak dok lama-lama nak sambung sembang ngan mak dia !! Kol 9 lebih Farid dah bagi arahan kat Faridah...

"Kakak, hang p siap la kakak!!. Sat gi mana nak letak foundation la nak pakai maskara la nak tenyeh eyeshadow la...lipstick lagi..weolss simple je lagipun nak tukar baju kat Pantai Remis"

Owh no!! I dengan Ezzah memang takkan la tukar baju kat sana. Weolls memang dah iron siap dah. Malas nak renyah-renyah maka bersiap saja di rumah Ned. Weolss dah cun, tapi diaorang masih pakai short. Tu yang dok berselfie dalam kereta tuh !!
Sampai petronas, sebenaqnya nak tanya direction! Kami masih mengekalkan ciri2 purba walaupon ada waze bagai...kadang2 rasa Kakak GPS tu tipu kekeke...sempat juga farid belikan Magnum Gold. So layan Magnum dalam kereta dulu baru continue perjalanan.

Cam ohsem pulak kakak dalam Note neh! hehe...licin lait muka bagai tiada cela.




Nie pulak kakak rasa posing Gang Tasha Shila paling sweet.
Sweet tak? Cam manje-manje gitu nak makan eskrem!


And this one lepas para jejaka dah tukar baju. Baju Melayu uols. Jangan main-main, Farid siap bawa 2 pasang, Ned pula beli satu pasang yang baru. Siap bau kedai ala-ala Baju Melayu Aaron Ajis! Pengapit katakan kena lah beria sikit!

Namun permintaan Ned nak pakai foundation and compact powder, kakak tak layan sampai sudah. Ned, you dah hensem dah ned biarpun tanpa bedak. Kalau ada bedak tabur Johnsons & Johnsons tu memang dah lama kakak bagi .. wakaka, jangan mara!


Puas berselfie dalam kereta, kami pun keluar.
Tugas kami bermula. Tapi memang aim nak p makan dulu hehe..
Keluar je dari kereta ada pasangan pak cik mak cik ingat Ned Penganten. Wow!

Ezzah pula macam ketua ahli rombongan laju je menuju ke khemah kenduri. Dari jaoh nampak kuning-kuning, ingat apa rupanya ada jagung rebus. Lagi sekali WOW!

Bab menu usah cerita la. Rewang Kampung. Memang banyak sungguh menu sampai tak terambil. Sungguh menyelerakan. Ada kot dekat 10 jenis lauk pauk. Kalau ambik catering neh mau kena charge RM25 satu kepala.Yang kakak nak terjah sangat adelah gulai daging yang ade lembik-lembik ngan tulang belulang tuh. Memang mantap. Terbaek yeopp orang perakkk!

Usai makan, yang lelaki pergi uruskan si Faris. Kami dua masuk duduk dalam bilik penganten tengok faizah make-up and bersiap. Once faizah dah ready, sempat la ambik pic dia sekeping dua pastu tak dan dah nak bergambar berdua coz photographer dah datang.
Tak lama lepas tu pulak henpon kakak tak renti berdering tanda rombongan dari Kuala Lumpur sudah tiba.







Maka berubah lah watak kakak menjadi persis Ketua Wanita UMNO Cawangan Pantai Remis.

Floor Manager a.k.a abang ipar paizah juga menjadikan kakak sebagai sandaran untuk sama-sama melancarkan perjalanan majlis. Ikut je apa yang dia arahkan. I tak leh pikir le dalam saat kelam kabut gitue di bawah terik mentari lak tu. hehee...

On the spot planning tu menjadi juga! Ala-ala video klip gitu! Tak pasal-pasal Din atau nama sebenar Khairuddin Donia terpaksa beraksi di barisan hadapan dengan membawa bunga pahar...berat weh, golongan wanita tak sudi! Tak dak pula gambar dia, kalau ada bes neh boleh tempek sekali..

Kak Ina @ Mak Buyung terpaksa bertukar menjadi gonta gorilla akibat Hadif tidak duduk diam lantas melanggar bunga pahar lalu jatuh merebah bumi. Beberapa bunga dan telur tercabut antara satu sama lain telah dikesan oleh Cik Zafirah Azizi. Kemuncak acara, tangisan hadif turut berkemundang memeriahkan lagi suasana. It's ok Hadif, auntie tak marah pon. Kekeke. 

Di dalam gambar di bawah, Boss Mapping Department paling semangat pakai baju Lokatoo (wahahaha, boss nie kenduri la..jangan semangat sangat)
Ahli rombongan dari TM Brickfield Kuala Lumpur. Turut kelihatan adalah Auntie, Kazen and adik Faris Danial.


Aksi-aksi video clip tapi nampak statik je la haha...



Ada pencak silat jugak uols. Tengok Chongi pun macam dah tak tahan nak join bersilat juga. Kumpulan gendang/nobat ke apa ntah kat belakang tuh turut menambah elemen kemelayuan. Tradisi. Puas menjadi watak-watak tambahan untuk video klip, kami pun menuju ke meja santapan untuk makan beradab bersama penganten. Lagi sekali kakak tengok Chongi macam makan banyak jaaaaa hahahaha...weh Chongi, jadi penganten orang makan sikit ja yuuuuu... semua makanan laut freshhhh dari Pantai Remis, paling kakak suka sotong celup tepung !! Yang lebih mengharukan, pelayan semua lelaki yang pada hemat akak adelah abang ataupun abang ipar penganten perempuan. Kagom.

Tak lengkap rasanya majlis perkahwinan tanpa sesi penggambaran. Kami sebagai orang kuat sekadar memberi laluan dahulu kepada family,sanak-saudara, rakan-rakan mempelai untuk berposing dahulu. Save the last for the best. Sampai kan bergambar dengan ahli rombongan dr kolompo pun setakat 2/3 keping jah. Then, umpama ahli keluarga..kami terus melekap di rumah penganten sampai ke pukul 4. Rombongan dari Kuala Lumpur dah bergerak pergi ke Teluk Senangin agaknya.



Sampaikan Photographer panggel baru kami ambik port pegi ambik gambar dengan penganten semula. Sebelum tuh dah balun teh tarik madu sejug dua! ohsem....














Sesi berpisah pun bermula. Maka Chongi (ye ke???) pun rikues nak ambek gambar sorang sekeping tanda ingatan. Kata orang kuat!!! harus lah kan walaupun Ned punya function 6 minit tak sampai. enterprame time ambik gambor je banyak!

Setelah peluk cium nenek sedara, mak menakan sepupu sepapat penganten perempuan..kami pun minta izin untuk pulang. kang silap haribulan orang tanya pulak kami nie anak sedara sebelah mana tak pernah nampak pun. 

Terima kasih Faizah and family. juga orang kampong yang sport-rim! Terbaek layanan anda.
Kakak rasa nak kawen juga saat tu...hihi

Dengan bantuan kakak GPS Ned, kami meluncur laju mencari jalan ke Teluk Senangin.
Badan letih. Busuk pun ye jugak. Tak sabar nak lepak tepi pantai. Nak pakai pario, oversized sunglasses, oversized hat juga 2 pieces untuk farid...muahaha

Buat Faizah and Faris Danial;
Tasha Shila and the gang dengan ini mengucapkan..
Semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.

Thank you orang Pantai Remis! Lauk sedap!! teringat sampai ke hari ni!!

0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template