Bahan-bahan :
500gm udang harimau
1 mangkuk santan (perahan pertama)
1 helai daun kunyit
1 batang serai dititik
4 biji cili merah/hijau
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan kisar :
15 biji cili api
4 biji bawang merah
2cm kunyit hidup
Cara-caranya :
1.Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan serai yang telah dititik, seterusnya masukkan semangkuk air.
3.Masukkan garam, daun kunyit,cili merah/hijau dan sedikit serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukkan udang dan juga santan.Masak sehingga mendidih dan boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba!!!
0 comments:
Post a Comment