Thursday, April 24, 2008

KaLau Tak Suka..PuLaNgkan

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan
ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari
mengiringi keretanya. "Tepi!
Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di
wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya
petang itu disambut dingin oleh
anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang
papa mereka. "Papa penat.
Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa
mesti nak main bola dengan kita,"
pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika
kemudian terdengar hilai tawa
anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. "Hah! Main air. Bil bulan ini
papa kena bayar dekat seratus.
Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya
balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje
ke duduk rumah?" sambungnya
kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang
yang main tu. Takpe nanti mama
kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?" "Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak
alihkan." "Boleh tak awak
jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa
meeting tengahari tadi." Rungutnya
sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana
sepi kembali. Dia menarik nafas
berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak
dan wajah isterinya.

"Laila?" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan." "Lama?" Soal Laila. "Dalam
seminggu." "Cuti sekolah pun lama. Mama
ikut boleh?" "Budak-budak? " "Ikut jugalah." "Dah! Takde! Takde! Susah
nanti. Macam-macam diorang buat
kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu?" "Masa tu Amirul kecik lagi."
Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia
masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari
keputusan yang dibuat. Tak
mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak
itu masih kecil benar sewaktu ia
berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun
tak minta ganti rugi.
"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu
ni saya hantar awak balik kampung,"
Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya
dihantar ke kampung. Laila tak merungut
apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat
riang sebaik kereta berhenti di
pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas
semula untuk pulang. Bapa
mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!" Dia tersentak dari
khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di
fikirannya. Dia rasa
tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?
Bukan..bukan tak suka malah dia
tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah
isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!"
Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan
hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya. "Tak boleh
panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya
yang tak gatal. Pelik! Kenapa
papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. "Awak masak
apa?" "Mama masak sup tulang
dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka
mulut. "Takde benda lain ke
awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!" "Papa nak ke
mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!" "Mama dah masak Pa!"


"Awak saja makan!" "Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!" Laila tahu
Aiman hanya memujuk. Anak
keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi
makan. Sekadar memerhati langkah
papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu
marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik
pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa
marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla
kan?" Kata-kata Aiman disambut tawa
oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut
terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong??"Laila. .!!" serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah
beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang
muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah." Airmatanya menitis
laju. "Kalau tak suka
pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di
sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya. "Beli apa pulak? Barang
permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?" "Ingat
papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah
anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang
menatang dulang berisi hidangan
minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya
tenang tapi ada sesuatu yang
sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?" Laila tersenyum. Tangannya
pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh
dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba
duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap
ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak
isterinya ke tepi. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk!
Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu
sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah
pa. Papa dah hukum pun dia tapi
janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak
didik budak-budak sampai
macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak
Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu
tak pernah dapat memuaskan
hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya
terhadap anak-anak dan isteri.
Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata
yang bukan-bukan terhadap
mereka. "Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam?
Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila
menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit
ruang buat suaminya menonton
dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca
pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya
sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak
awak tu sebelum saya hambat
dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali
diganti.

Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah.
Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah
Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu
memanggilnya makan. Shamizi terasa
puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran
pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu
muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu
lagi yang serupa seperti
Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila
tak pernah merungut. Laila tak
pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah
meminta lebih dari apa yang dia beri.
Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang
lebih baik dari A. "Laila?"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke
cermin meninjau bayang isterinya
yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di
rumah bos besar. Dia buat
makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja
batiknya. "Ikut boleh?" "Dia
tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir
lain. Kali ni dia akan pergi ke
jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina.
Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami." "Leceh kalau ada budak-budak.
Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini " "Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun." "Lagi senang.
Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je," Laila terdiam. "Namanya
budak-budak. Anak-anak papa tu
lelaki." "Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit
boleh?" Dia mengangguk "Bos tak
pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan
di rumah. Di jamuan tu ramai
staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan
keselesaan sedangkan hakikatnya
anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk
anak-anak staff berderai bila
ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang
macam tu. Kalau tak lasak tak
cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam
pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada
yang menyata yang bukan-bukan
tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila.
Bimbang dimalukan dengan perangai
anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya.
Dia lulusan luar negara sedang
Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang
lain. Betullah jangkaan
Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada
rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila
Aimin dan Aiman bergelut
berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke
meja. Berangnya tiba-tiba
menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu
tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! " Laila merenungnya
dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti
selalu. Laila juga tidak berkata
apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Shamizi dapat melihat Laila
mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia
terpandang hidangan untuk anak-anak yang
tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan
anak-anak juga tidak dijamah.
Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah
lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu.
Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi
dan sepi. Tetap dia tak
dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat
anak-anaknya bergumpal dan berlari
mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air
juga tidak lagi kedengaran. Dia
mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana.

Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila? Benarlah, kita hanya
tahu harganya bila kita
kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk
berubah. Laila pergi membawa
anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang
dipandu laju. Laila pergi
tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman,
Amirul dan zuriat yang bakal
dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh
Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk
bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya ??..

Laila dipulangkan? .:(

*Maaf sekiranya terganggu fikiran anda setelah membaca kisah ini
*petikan dari kelakarnye@yahoogroup.com

2 comments:

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://crystal-liu.com/forums/index.php?showuser=1113]miley cyrus nude[/url] miley cyrus sex tape [url=http://forum.ondertitel.com/index.php?showuser=74503]miley cyrus sex tape[/url] miley cyrus nude [url=http://stabilo.forumsunlimited.com/index.php?showuser=799]miley cyrus nude[/url] miley cyrus nude [url=http://ragga-jungle.com/user/15036-vebsterd]miley cyrus nude[/url] kim kardashian nude [url=http://forums.quark.com/members/vebsterd.aspx]kim kardashian nude[/url]

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/mileycyrus]miley cyrus nude[/url] paris hilton nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/parishilt]paris hilton nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/kimkardashian45]kim kardashian nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/celebst]kim kardashian nude[/url]

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template