Tuesday, March 29, 2011

Kam Heong Crabs And Serawa Pisang


Try masak Kam Heong Crabs ari tu...tapi terlebih kuah..lagi satu nampak kuah banyak sangat tu sebab puas la merata market cari ketam...yang jumpanya dua butir jerrr...ha..masak la jugak dua butir pun...janji menjadi Kam Heong Crabs i nieh...dengar nama pun tahu dah asal usul dari mana masakan ni mari....besa la...I kan suka makan chinese food...so harus dicuba sendiri bila dah tahu bahan-bahannya...Maksud Kam Heong secara literasinya adelah 'Golden Fragrance"..kira sebuah masakan yang wangi serta mewah lah kot...gabungan sambal..rempah kari..sos tiram, serai, cili padi serta beberapa bahan lagi jelas menunjukkan bahawa masakan nie menggabungkan semua elemen..jadi dia sangat fusion! Bagi yang gemar masakan pedas dan terangkat sampai berasap telinga...boleh cuba..memang nie la pilihan terbaeekkk...pedas kesemua...kot kena pekat lagi kuah dia baru molek sikit kot...hehehe

Ingredients

  • 2 ekor ketam bunga-bersihkan dan goreng kekuningan, dan ketepikan
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • 1 bekas kecil cili giling..tak kesah la cap apa pun
  • * segenggam udang kering-basuh dalam air suam
  • *3 batang serai
  • *5-7 tangkai cili padi
  • 2 sdb serbuk kari seafood ( I used Adabi brand)
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit serbuk perasa(usually i used Ajinomoto or Cukup Rasa)
  • Salt and sugar to taste
  • Semangkok kecil air
  • Minyak untuk menumis

Method
  • Blendkan bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur
  • Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama dengan cili giling serta daun kari.
  • Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air, kemudian tumis sekali.
  • Biarkan semua bahan-bahan mesra, dan masukkan juga sos tiram.Tumis sehingga terbit minyak kemudian masukkan air.
  • Perasakan dengan gula dan garam serta serbuk perasa, kemudian masukkan ketam kita tadi.Gently simmer for 2 to 3 minutes and biarkan kuah kering menyelaputi ketam
  • Siaapppppp!!!!



Ha yang nie pula resepi warisan bonda. Tetiba rase nak makan pengat pisang..orang kampung sebut pengat pisang..kot nak bahasa moden sikit serawa pisang. Buat tuk minum petang..biarpun dimakan sekadar bersama teman-teman serumah, terubat jugak rindu pada emak biarpun duduk jauh di perantauan..hahha...giler feeling dok obersea! Semua benda dah ade dalam rumah...gie beli pisang la buang sesikat...memandangkan terlupa nak beli brown sugar, so serawa pisang I guna gula pasir biasa je la...maka, jadi warna putih....Jemput makan ye semua


Ingredient
  • Pisang (ape saje jenis pisang pun tak pe kecuali pisang emas, mother i la yang kata)
  • Sekotak kecil santan (moden dan tangkas, jadi guna santan kotak jer...iskk..sungguh tak sihat)
  • Gula secukup rasa (2/3 sudubesar la jugak)
  • Sedikit garam
  • Air (tak de sukatan..nak kuah lebih, boh air lebih)
  • Sagu mata ikan yang telah direndam
Method
  • Rebuskan pisang bersama air dan juga garam.
  • Bila sudah mendidih, masukkan santan,gula serta sagu.
  • Biarkan mereka mendidih sekali lagi.
  • Tutup api dan boleh terus menikmati.Fresh dari atas dapur

Kalau ada daun pandan mungkin boleh letak skali..pasti bertambah wangi..I malas nak pegi cari daun pandan...takkan nak minta kat mak cik jual nasi lemak..kang tak pasal-pasal kena jerkah lagi...hehehhe..ok..resepi mudah dari I...selamat mencuba yeee...I pon sebenarnya..lama dah tak pegang kuali nie...

Thursday, March 24, 2011

Angsana Bertemu Musim Di Selama


Selama! Entah bila kali terakhir pegi mencemar duli pun tak tahu lah..mungkin time pegi kutip buah-buahan kat dusun abah area Mahang kot belah-belah ulu Kedah nun..time tu la rasanya lajak pi Selama nak isi minyak...tak familiar sangat tapi pernah lah sampai..and lagi satu time pegi ambek brg kat umah Isma...ha..ke Selama lah tu...Selama Perak...dekat ngan Sungai Bayour! Biasa la...time study..barang di bilik I saje bila dipack jadi berguni-guni..terpaksa tumpang van abah Isma...jadi begitulah serba sedikit tentang bagaimana I boleh sampai ke Selama..

Bertahun tak jejak Benua Selama..pembangunan sekeliling pun tak tahu..yang pasti BSN ada...hikhihik...memang stereotype betul asal pekan kecil je mesti ade BSN! sama la macam Paret Buntaq pun tapi Paret Buntaq dah kian maju ke depan berbanding Selama..hikhikhik..sebab dah ade Old Town, Watsons ngan Pizza Hut..Selama ada? Tak nampak pun time pegi hari tu...hehehehe..pis orang Selama! Ingin mengenali Selama dengan lebih lanjut? I rase adelah baiknya anda klik sahaja link yang bakal I letakkan neh...ia lah..bagi warga kota yang memang tidak tahu langsung apakah itu benua Selama..tak perlu ambil Atlas sebab memang tak akan ader..yang afdolnya, baca sajer entri ini..moga Anda dapat mengenali Selama dengan lebih dekat..VENTURING TO SELAMA BY NAHAR ABDULLAH YAHYA NINGAH!

Undangan perkahwinan dua orang rakan di zaman separa akhil baligh memabawa kami semua bertamu di Selama sekali lagi...kebanyakannya telah menyalah ertikan jemputan tersebut dengan berpikiran bahawa selama ini Ulat berpacaran dengan Si Taqim...Ulat atau nama sebenarnya Noor Liyana sememangnya pernah bersama-sama Mustaqim membuat konvoi dari Selama ke seluruh pelusuk negeri Perak setiap kali hari lebaran tiba...namun dengan demikian, pola aktiviti seperti ini pada tahun lepas agak menyusut! Ini adalah dikhabar angin bahawa kebanyakan puak Selama telah mengikat tali pertunangan pada tahun lepas, jadi bila raya..depa mungkin ingin habeskan masa secara lebihan dengan tunang memasing lalu menghadkan aktiviti bertemu rakan pada hari lebaran..kegigihan Ulat yang amat sinonim dengan lagu Bunga Bakawali tatkala berkaraoke menge'pass' kad jemputan...mengheret 8 mata untuk bertemu di lokasi yang jarang-jarang sekali dikunjungi seterusnya melanjutkan aktiviti gosip tanpa batasan...pada masa yang sama, I edarkan juga kad jemputan Aini.....hehehe

Lain pulak dengan kisah Mustaqim! Kali terakhir I menerima mesej ringkas daripadanya hanyalah mempromosi beberapa perkhidmatan..oh jangan gusar..khidmat ini halal! hehehehe..servis la kira time tu..may be die kejer dengan syarikat buat-buat bunting, gift & souvenirs, card n etc time tuh..tu yang dia promote tu...lepas pada tu memang dah tak pernah lagi nak bergurau senda dengan Mustaqim sampai la ditagged di dada pesbuk untuk hari perkahwinannya....tue pun I rasa dia baru buat account khas tuk invite kengkawan via pesbuk..hikhihik...memandangkan mereka satu kawasan yakni di bawah pentadbiran Daerah Larut Matang & Selama, jadi kami seolah-olah bakal mendapat rezeki lebih! Yeayyyy..bakal makan dua nasi minyak....

Ahli rombongan kebanyakannya pulang ke rumah dahulu..mengambil kesempatan hujung minggu untuk bertemu ayah bonda serta berjumpa ayam dan itik dahulu..berjanji dengan samseenut pukol 10.30..tetapi biasa lah janji Melayu memang tak dapat ditunaikan...namun ia bukan sengaja..kerana I gigih mencari kunci rumah USJ sampai berpeluh-peluh..perjalanan yang sepatutnya dimulakan around 10 bertukar menjadi 10.30..mula rasa nak menyinga sebab time orang nak pi la kunci tu pulak boleh missplace...haaaa...mula nak tuduh cucu-cucu mak yang main...mujur abah telah menemukannya terlebih dahulu...kalo dak, pasti pukul sebelas dari Sungai Bakap..mungkin Samseenut bakal hempuk I pulak akibat terlalu lewat...

Boleh jer nak p sorang-sorang dari rumah...tapi macam tak bes jer..sebab tu pegi umah Sknar dulu...parkir kereta di situ...nek kete sknar je...oh kami gerak dulu..tak tunggu orang lain...Onim sekali di dalam kete viva kecik molek itu...dalam perjalanan ke rumah Taqim, I bercakap tak berenti..dalam erti kata laen tengah bergosip atau menyampaikan sesuatu..muahahha..namun sampai di suatu tempat..Sknar memotong kata-kata I dengan berkata.."Nie lah rumah Ulat"...oh ok! Ibarat I bergosip tak dan nak habes..macam tu lah betapa dekatnya rumah sknaq ngan rumah ulat..daerah je lain-lain....kami menyusuri jalan ke Selama yang agak sunyi sepi...dengan panduan sknar yang macam pelesit..maklumlah kawasan dia...kami tiba awal di persimpangan ke rumah Haniza Mohd Noor! Ya...kami terpaksa menunggu dengan agak lama di situ..tu lah sknar..sapa suruh hang bawak laju....tatkala mengambel napas di situ, kami sempat menghubungi Mek Ai..nama sebenar adelah seperti yg tertera di atas...ye la...mana aci! Tok Batin Selama tak dapat pulang ke kampung halaman..terpaksa import Sknar jadi pengerusi Majlis...ooo memang terasa kekurangan bila Mek Ai tak der...tambah-tambah itu memang kawasan jajahan dia..Benua Selama! terikat ngan komitmen kerja...membuat kan Mek Ai rasa tercabar bila tak dapat pulang..lagi tercabar bila kami menalipon dari kampung halaman beliau..eh Mek Ai, awat 3G payah nak dapat hah? kekekekekek.....macam hidup segan mati tak mahu jer 3G I time kat sane...selain itu, Sknar turut meperkenalkan tahi lembu serta getah sekerap di sepanjang perjalanan ke Selama...yeah, jarang tengok tahi lembu bertaburan di jalanan..hehehe...hasil daripada bancian, rata-rata memang rasa kecewa bila MEK AI, suspek untuk dibahankan tidak hadir pada hari kejadian...gerammmmm kat dia!!!!!Tapi dah terpaksa pasang telinga pergi berkursus nak buat macammana...kang ponteng, SMP terus kasi ponteng selama-lamanya..terpaksa pulak pulang ke Selama...

Ayuh mari bertemu oldboys and oldgirls Seratas batch 16 di kenuri TAQIM...ah pasti lah muka yang sama juga ke kenuri Ulat....rasa-rasanya...ini antara kenduri yang teramai pernah kami hadiri bersama-sama...ader beberapa orang yang tak pernah jumpa langsung since meinggalkan zaman skolah...siapa???? I nak tuduh Kepri ngan Azmi..eh lupa Connen jugakkkkk..eh K.Anu pun....yang laen-laen...bisa ketemu dah especially yang study kat UTM jugak..tetapi..sikap Azmi yang macam anti-sosial membuat kan I takut nak menegur dia terlebih dahulu..eh kami sekelas 3 tahun serta berada di dalam arena band bersama-sama sampai taman zaman persekolahan..mujur ketika di rumah Ulat...dia menegur I dengan berkata.."hang nie Faridah kan..bla-bla..main band..bla-bla.."... I iya kan ajer..tadi awat kat rumah Taqim macam takut-takut nak tegor..may be sebab ader awek dia di sisi kot.....nampak sangat kami tak akrab sebab dia panggey I paridahhhhhhhh...hahhaa

Ada pondok nak tunggu Yellow Bas kat simpang rumah Taqim...
time Sknar membelok nak masuk simpang, I melambai-lambai mereka dari dalam kereta..
hanya Kepri sahaja yang memberi respond..yang laen sekadar mengerut muka tanda tak brapa nak cam....ambek masa nak ingat gamaknya....

Kepri (Nama Manja)!
Lupa nak tanya dia pasal Siti Munirah Samsuddin..
depa kan sekampung...entah apa jadi ngan monne sekarang...
langsung tak dengar khabar berita..ntah-ntah dah beranak pinak...
ni lagi sorang si monne yang I tak tahu langsung cerita lepas kuar dari skolah...

Ahli Musabaqoh Wanita mengambel tempat di meja makan...
saat ini adalah berpeluh menunggu pasangan mempelai tiba...
memang berdosa kami! sebab dok buat macam-macam andaian..
hahah...ya..kita kena terjah penganten sekejap....
dengan membuat penegasan...awat lambat..cayaq mekap kami!
Tapi mujurlah ada bubur kacang...selepas perut kenyang membaham nasi minyak serta gulai daging ngan batang pisang..kami enak menghirup bubur kacang pulak!
Sesekali ada yang melatah akibat terkejut bunyi mercun...

Kami adalah rakan pihak lelaki....Masuk kampung orang, tetap lupa diri...
tak berapa nak jaga tatasusila sangat....sebab mungkin dah biasa termeriah bila bertemu...
hasilnya adelah seperti gambar di bawah...
kami menculik taqim tanpa sang isteri...feeling bujang la sat oiii even baru lepas shake hand ngan tok kadi....sempat la culik Taqim tuk berposing....



Memandangkan kami sangat kelam-kabut sebab perlu bekejar ke kenduri Ulat..bukan apa..time nie dah dekat pukul 3.....masing-masing bimbang khemah kenduri Ulat bakal ditutup kalo tak segera bergerak dari kenduri Taqim....nak tak nak..terpaksa state juga....PENGANTENNNNN LAMMMMBATTTTTTT! Kami terpaksa tunggu berejam...I memang tak boleh kalo mai kenuri tak jumpa penganten dulu..rasa tak lengkap....hehehehe...jadi, cepat-cepat je kami mengabdikan gambar secara beramai-ramai..tu pun kami tahan Taqim dari p makan beradab dulu...kalo dia dah terlepas p kat meja makan penganten tuh, tak tau la brapa lagi pulak kami kena tunggu...

Jadi, inilah bala tentera yang hadir!


From Left to right : yashar, bidi, domme, pak tam and mat alip...

Kami terus bergerak ke rumah ulat di Tebing Tinggi, Selama...seperti yang telah diterangkan tadi...Samsinar tetap mengdrive secara pelesit jauh meninggalkan peserta-peserta lain di belakang...dengar kata ada yang sesat, mujur jumpa jugak siratulmustaqim! Samsinar pecut bukan apa..dia mengambel kira beberapa manusia yang bakal bertolak pulang ke Kolompo petang tu jugak...trima kaseh! tapi tetap masuk highway lambat jugak gara-gara ber-RnR di rumah Sknar begitu lama sambel menjamah dua cawah teh o panas serta roti bun kaya juga sebakul nuggettttt...haikkkkk...habes tu....kata p dua kenuri....hehehehehe..time ni lah yang mana beranak kecik nak bagi mandi anak..yang ada masalah kewanitaan nak uruskan masalahnya...yang nak drive rasa nak mandi dulu bagi segar..nak semayang apa semua..buat time doi rumah sknar..mau tak sampai sejam melepak kat rumah dia dulu..kira laku la ayaq yang mak sknar bancuh!!!!!

Tiba di rumah ulat...kami antara tetamu set-set last...tak kira, nasi minyak tetap kena jamah..kang dapat badi yang tak elok...org tua-tua la kata!hehehehe...kena makan gak sikit walau kenyang tahap cipan pun...tadi di rumah taqim I memang bedal nasi minyak ngan gulai daging batang pisang semata-mata..lauk-lauk lain tak rasa nak ambik may be sebab I tak brapa nak makan...tapi padanan nasi ngan lauk tu saja pun, dah memang menyelerakan...kat umah ulat pulak, nampak lauk bertambah meriah dengan kehadiran ikan bawal sweet sour ngan gulai ikan bawal.....weiii pak liyana tokey ikan bawal keeee? jarang nak jumpa kenduri buat sajian ikan bawal neh..hehehe..maklumlah harga pasaran mahal...lauk-lauk kenduri yang lain tetap ade mane leh tak der..cuma tambah ikan bawal neh la buat i rambang mata rasa nak kaut (ambil) semua.....rimas untuk duduk bangun ulang nak pegi ambik air...Tasnim ngan bijaknya membawa sejug air teh krissantimum..maapla..I tak reti nak eja krissantimum neh...hah..lega kami..dapat ayaq sejug serta sejuk...refresh balik badan yang letih akibat tunggu taqim di Bonggol Jas! hehehehe.....Setelah puas menjamu selera, kami meluru masuk ke dalam rumah untuk sesi bergambar...tapi las-las hanya tinggal kami jer yang dok beraksi sesame sendi..Ulat laki bini dah kat luar rumah...katanya nak hantar rombongan mentua pulang...sungguh la lama kami menanti di dalam rumah tapi diakhiri ngan kejadian yang tidak diingini...ekcelli tak tahu pun..I berani bet budak perempuan memang tak tahu pun..baca entri syed, baru tahu ada hamba Allah yang melepas gas secara tak sengaja....segenap ruang dalam rumah liana itu dipenuhi kami..jadi pasti sesak dan mengundang rasa yang tidak selesa...Cuma I tak bau apa-apa...ikut keluar sebab tengok org lain pakat keluar...Sambel dok tunggu ulat terima amanat dari keluarga mentua, kami menghinggut-hinggut kaki rasa teruja dengan lagu karaoke...rasa nak bagi selagu..tapi malu kat orang Selama, tak jadi lah.....saat yang ada juga kami gunakan untuk bermoment bersama-sama....Moment? yeah..itu ayat Zamri Anuar juga dipanggey Connen tatkala menghalakan lensa kameranya....berikut adalah hasil petikan mereka...hanya dari Connen and Nahar sahaja yang available..yang laen entah bila nak upload....jeling kak wan ngan apoie!!!!!!!! marah ni marah..hahahaha















Okey lah...bertemu lagi di kenduri kendara orang laen...kepada semua upline yang terlibat pada hari kejadian...bes jumpa korang!!!! Terutama Connen sebab dia banyak rasa nak mengata I...maklumlah...dah sedekad tak pernah jumpa..bila jumpa..buat-buat terkejut kater I besar la apa la..padahal...dia yang tak membesar...sama ja macam zaman dulu...hahahhaha...Connen..I gurau jer...maklumlah nak mengeratkan kemesraan...hahahha...thanx to all..perlukah dinyatakan di sini...perlu jugak kot tanda penghargaan...lagipun memang time kenduri kendara jer nak jumpa..time lain..Allahhuakhbar..liattttt...hehehe

UPLINE : Syed Nahar, Zamri Connen, Pak Tam Aswandy, Yashar Yacca, Mat Alippp, K-Anu, Zulkepri, Pijie, Pak-Ohm, Domme Saiful Rizal, Bidi, Azmi, Samsinar, Tasnim, Hasnor, Kak Wan, Apoie Noriah, Kak Chik Liza dan kanak-kanak kecik, Hafiz Sharkawi and Mohd Hafiz buah hati Mek Ai...juga dalam perut kak chik Liza....

Tobat rasa nak gelak berdarah time Yashar kata nak kena slow talk ngan Pak Ohm kerna telah membuntingkan Hasliza Abdul Majid kali kedua secara diam-diam...lawak sungguh ekspresi muka yashar...hahaha..memang terngiang-ngiang tuk beberapa jam di telinga I sehinggakan drive balik KL sengsorang pun boleh gelak tak berenti dalam keta..gila ke haper budak nie? kata pemandu lain..

Saya sudahi syarahan saya dengan Wabilahhitaufik..walhidayah..wassalammualaikum warahmaturrahhiwabarakatuh....eh lupa...KONGRATULASI BUAT MUSTAQIM SERTA LIYANA ABU BAKAR...Semoga kekal selamanya dengan pasangan masing-masing...

Lupa pulak nak state warga Selama yang lagi sorang saat dihubungi untuk kami sah kan kehadirannya, tak dapat hadir sebab admitted akibat gastrik...bunyi macam lawak, tapi tak baik taw kami tergelak ramai-ramai bawah khemah kenduri..kawan dah la saket, kawan2 langsung tak simpati..hehehhe...get well soon Jacko!!!!...sori I terlupa nama sebenar Jacko..seriyes tak ingat neh..hehehhe

*gambaq dulu lah, crita sat lagi!* status pagi tadi malas nak padam..biarlah...

Monday, March 21, 2011

Miera Liyana Hangat Di Opis


Oooooooo...ingatkan ada budak baru masuk nama Miera Liyana! rupa-rupanya yang disebut-sebut nie adelah pelakon baru..memandangkan kami tiada Astro, jadi memang tak der kesempatan lah I nak kenal saper itu Miera Liyana...gigih googling pon sebab orang dok sebut-sebut....sekali google taw la dah pasal aper tetiba die jadi pamos tanpa batasan...HHHHEEEEBBBAAAATTTTT!!!!! adekah ini publisiti murahan...sengaja dibuat???? tak pasti lah...tapi tuan empunya diri cakap tak sengaja....oh tapi paling best bila baca beberapa kenyataan beliau...kalau tak silap, ade jugak terjumpa yang dia kata dress nie terlalu seksi untuk dipakai di Malaysia...means, kat tempat laen boleh pakai la kannnnn?????? perghhhh...tapi sini bukan hollywood lah cik adik...

Sebagai lelaki siuman, anda yang bergelar lelaki pasti sangat tertarik serta mata tak berkedip-kedip memandangkan..dah rezeki...syiok la uolsss menyantap sajian tertera...tapi terpaksa cakap, yang kes ini agak keterlaluan...

Nie antara penjelasan Miera Liyana kepada wartawan Galaksi...katanya "

Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”


Dan ini pulak permohonan maaf dari Miera Liyana :


Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama.


tak berasa angen ker kat tepi tuhhhh...ek?
muahahaa...rase aset menarik kot, sebab tu nak tunjuk..ye dakkkk...

Ader gambar lagi satu...memang posisi terbaekkk punya..tapi tetiba I rase segan pulak nak upload pic side yang itu....cukup lah yang satu nieeeee...erghhhh...dunia hiburan memang macam ie kan..hat paling tak tahan baru je muncul sebagai pelakon tambahan, dah muncul gambar tepi kolam renang pose ala Mangga tayang buah dada selambak....I memang tak paham motif..mula nak tuduh nak pikat golongan VIP yang mata keranjang.....bes juga isu nie..panas gituuuuu wpun opes sejuk giler..!!!

Cheechah Kafe Untuk Mencicah

Mari mencicah di Cheechah Kafe...mula-mula nampak kafe nie..I dalam hati sekadar berkata adekah cafe ini kepunyaan Che' Chah..langsung tak perasan word cheechah tu merujuk kepada perkataan yang kita guna kan secara harian iaitu cicah! tapi kalo oghe pantai timur kater colek lah deyh...aduihhhh...terkesan sungguh sebab sometime duduk sebelah Pejo, kadang-kadang boleh dengar lagu dikir barat biarpun pun dia guna earphone..dah tu..I pon sama la..terasa nak kecek kelate la jugak...tapi kawe blajo perkataan tubikkkk tu dari syed nahar...biasoo laaaaaa..die ke meme orang ulu Gerik hok set-set nak ke sieeee (siam) tuh...hihihi

Sebenarnya I ngan Che Nah bukan lah terpengaruh ngan hasil pengacaraan Qi (sebut chi) dalam Jalan-Jalan Cari Makan tuh...cuma kami memang selalu p Kota Damansara demi sesuap nasi tengahhari tatkala hari minggu berkunjung tiba...entah hape la nak jadi...nak cari sesuap nasi pun kengkadang merayap bukan main jaohhhhh....begitulah delima kami yang sukar membuat pilihan tuk makan di mana...hahaha..dulu-dulu time kat kampus, bila ade yang tanya kita nak makan kat mana malam ni..pasti I akan jawab..."arghhhhh....aku tak mau bt pilihannnn!!!!"..memang stereotype ayat I tuh...kadang2 selonggok 4/5 org dok terpacak tepi jalan raya sebab tak tau nak tuju cafe mane tuk isi perut neh..tapi ayat I itu memang slalunya mengundang kemuncungan Iezoo serta kemeluatan Yudia K...hehehe

Nak jadi cerita, kami pun singgah la kafe neh tuk sekian kalinya..kebetulan hari tu kafe nie pun baru keluar kat JJCM..tak sangka penangan hebat JJCM..membuat I berasa hairan kerana selama nie lalu, tak pernah penoh....tapi pada hari kejadian, kerusi pun tak de nak duduk..mujur we olls sampai awal....dapat lah tempat...tapi agak rasa nak menyinga jugak bila lama tunggu tuk diambil order....owhhhh...kami positip....may be tetiba kafe diaorang kena serbu, sebab tuh jadi macam ni....ok lah..bersabar gilerrrr...sebab rase nak makan kan..walaupun perut dah menyanyi keroncong...

Tak lama lepas tu..ade lah satu family Mak Datin mane ntah datang parking sebelah..riuh rendah bukan main..walaupun rasa meluat, tapi Che Nah tetap pasang telinga..I jeling-jeling gitu jer nak tgk jenama handbag..hikhihik...bising kan main..macam la dia dah lama samapai..kami yang dah macam stupa nie pun tak dapat lagi nak order...tapi biasa la..kuasa mak datin sapa bleh lawan..akur jer waiter tuh....heyyyyy adekah mereka mendikriminasikan status...I pon ade duet tauwww.....giler tension lepas tu..sebab waiter datang cakap boleh order air jer dulu, makanan belom boleh order sebab dah queue...minta ini tak boleh..minta itu tak boleh..ini tak sempat siap..ini tak boleh buat..huh..memang membara...tapi disebabkan waitress yang dtg countim ngan kitaorang tuh mcm berbudi bahasa jugak..we ol pun buat-buat macam tahi telinga jer lah...

Dapat air...sedut-sedut lebih kurang....bayar bill...den terus angkat punggong! Lapaq nasik hoiii...huuuu...sedih gak tak dapat makan Udang Fritters..and summore yang tekak i rase nak makan lah....hishhh...nape ntah tersalah hari singgah..kalo tak..tentu tak jadi macam nie.....walaupun I saket hati...tapi i tetap nak puji..ye..yang benar..kiter kena benarkan...hehehe...interior design die best..and selesa..serta nyaman lah..bagai perkataan yang sering i gunakana..iaitu COSY ENVIRONMENT...cuma once u dah masuk JJCM, kena la tambah bilangan pekerja serta menyerbis manusia yang datang dengan lebih pantas...agar tak der yang koma tunggu makanan...













Friday, March 18, 2011

Simpati Masyarakat Dunia Kepada Negara Matahari Terbit





















Gelombang Tsunami berlaku lagi buat kali kedua setelah menghamburkan amarahnya pada Disember 2004...satu fenomena yang tidak pernah disaksikan dengan mata kasar..mahupun dirasai dari kejauhan, tetapi memberi impak yang besar...seolah-olah bumi mula berbicara serta memberi amaran....dulu, perkataan Tsunami itu sekadar diketahui sahaja..tidak faham pun keadaan sebenar sebab ketikat itu sekadar belajar untuk periksa..subjek Geografi! Jadi..bila ia berlaku di dunia nyata...memang ternyata gelombang tsunami yang sering disebut-sebut ketika menghapal nota peperiksaan..sangat dasyat! Dulu..kita sering berasa selamat kerana Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik...namun bencana alam seperti ini tidak mengira mangsa..walaupun tidak kena secara keseluruhannya, tapi kita tetap kena tempias....

Kini, air mata rakyat Jepun pula membuatkan kita merasa hiba, jika dulu di Acheh..ya kasihan memang kasihan...tapi ini semua ketentuan..mungkin Tuhan memberikan peringatan!Sedih melihat kemusnahan yang berlaku..bukan sahaja terpaksa menanggung kemusnahan akibat gempa bumi dan disusuli dengan Tsunami, masyarakat Jepun juga terpaksa menghadapi radiasi nuklear akibat loji nuklear meletup dan juga pembebasan gas asli ke ruang udara kerana kebakaran tangki yang berlaku....bukan itu sahaja, Jepun bakal menghadapi masalah tenaga elektrik untuk suatu tempoh yang lama akibat sumber elektrik tersekat disebabkan letupan loji yang berlaku...macam sepantas kilat, akibat satu bencana..habes yang lain turut musnah..kini kecanggihan teknologi sudah tidak mampu lagi menanggung amukan bumi!

Dari kejauhan, pasti kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Jepun..seluruh simpati ini juga diucapkan kepada rakyat negara matahari terbit terutama kepada penduduk serta mangsa tsunami di sekitar Bandaraya Sendai, Wilayah Chiba, Wilayah Ibaraki serta seluruh Wilayah Utara Jepun..
 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template