Tuesday, March 29, 2011

Kam Heong Crabs And Serawa Pisang


Try masak Kam Heong Crabs ari tu...tapi terlebih kuah..lagi satu nampak kuah banyak sangat tu sebab puas la merata market cari ketam...yang jumpanya dua butir jerrr...ha..masak la jugak dua butir pun...janji menjadi Kam Heong Crabs i nieh...dengar nama pun tahu dah asal usul dari mana masakan ni mari....besa la...I kan suka makan chinese food...so harus dicuba sendiri bila dah tahu bahan-bahannya...Maksud Kam Heong secara literasinya adelah 'Golden Fragrance"..kira sebuah masakan yang wangi serta mewah lah kot...gabungan sambal..rempah kari..sos tiram, serai, cili padi serta beberapa bahan lagi jelas menunjukkan bahawa masakan nie menggabungkan semua elemen..jadi dia sangat fusion! Bagi yang gemar masakan pedas dan terangkat sampai berasap telinga...boleh cuba..memang nie la pilihan terbaeekkk...pedas kesemua...kot kena pekat lagi kuah dia baru molek sikit kot...hehehe

Ingredients

  • 2 ekor ketam bunga-bersihkan dan goreng kekuningan, dan ketepikan
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • 1 bekas kecil cili giling..tak kesah la cap apa pun
  • * segenggam udang kering-basuh dalam air suam
  • *3 batang serai
  • *5-7 tangkai cili padi
  • 2 sdb serbuk kari seafood ( I used Adabi brand)
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit serbuk perasa(usually i used Ajinomoto or Cukup Rasa)
  • Salt and sugar to taste
  • Semangkok kecil air
  • Minyak untuk menumis

Method
  • Blendkan bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur
  • Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama dengan cili giling serta daun kari.
  • Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air, kemudian tumis sekali.
  • Biarkan semua bahan-bahan mesra, dan masukkan juga sos tiram.Tumis sehingga terbit minyak kemudian masukkan air.
  • Perasakan dengan gula dan garam serta serbuk perasa, kemudian masukkan ketam kita tadi.Gently simmer for 2 to 3 minutes and biarkan kuah kering menyelaputi ketam
  • Siaapppppp!!!!



Ha yang nie pula resepi warisan bonda. Tetiba rase nak makan pengat pisang..orang kampung sebut pengat pisang..kot nak bahasa moden sikit serawa pisang. Buat tuk minum petang..biarpun dimakan sekadar bersama teman-teman serumah, terubat jugak rindu pada emak biarpun duduk jauh di perantauan..hahha...giler feeling dok obersea! Semua benda dah ade dalam rumah...gie beli pisang la buang sesikat...memandangkan terlupa nak beli brown sugar, so serawa pisang I guna gula pasir biasa je la...maka, jadi warna putih....Jemput makan ye semua


Ingredient
  • Pisang (ape saje jenis pisang pun tak pe kecuali pisang emas, mother i la yang kata)
  • Sekotak kecil santan (moden dan tangkas, jadi guna santan kotak jer...iskk..sungguh tak sihat)
  • Gula secukup rasa (2/3 sudubesar la jugak)
  • Sedikit garam
  • Air (tak de sukatan..nak kuah lebih, boh air lebih)
  • Sagu mata ikan yang telah direndam
Method
  • Rebuskan pisang bersama air dan juga garam.
  • Bila sudah mendidih, masukkan santan,gula serta sagu.
  • Biarkan mereka mendidih sekali lagi.
  • Tutup api dan boleh terus menikmati.Fresh dari atas dapur

Kalau ada daun pandan mungkin boleh letak skali..pasti bertambah wangi..I malas nak pegi cari daun pandan...takkan nak minta kat mak cik jual nasi lemak..kang tak pasal-pasal kena jerkah lagi...hehehhe..ok..resepi mudah dari I...selamat mencuba yeee...I pon sebenarnya..lama dah tak pegang kuali nie...

1 comments:

mrs hunnybee said...

sedapnya tgok ketam tu......mek ni mmg berbakat la....untung sapa jadi hubby mek nnti......hehehhe....

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template