Thursday, March 10, 2011

Lelaki Kacak Serta Seksi Dari Kacamata Wanita (Kak Esah!!!!)



Kak Esah tiba-tiba sahaja rasa nak berkongsi tentang perkara nie dengan pembaca di luar sana...bagi pembaca wanita, memang Kak Esah tak mampu lah nak menyenaraikan ikut kata hati anda...list lima sudah!! hahaha..bukan ape..kak Esah taw..kalau sesi pillow talk..macam-macam yang keluar kan....alah...naluri kita manusia biasa ini, memang inginkan yang indah-indah sahaja....namun ia sebenarnya sangat subjektif.....ada yang kata lelaki berkulit puteh sangat pon, tidak macho...malah mengatakan yang berkulit hitam manis itu yang lebih hebat...hebat dari segi ape tak tahu lahhhh...ader yang suka berdada bidang, sebab nanti bila sedih boleh landing..hehehe....ada suka yang sedap-sedap macam kueh pau, sebab nanti sedap nak pelok..and macam-macam andaian lagi lah...ada yang suka lelaki berbulu dada, nampak lebih seksi...namun ada jugak yang tida suka lelaki berkumis, rase geli...ooppsss maaf...tapi itulah luahan hati para wanita....

Dan bagi pembaca lelaki, mungkin anda berfikir hanya golongan kalian sahaja yang suka melihat perempuan cantik...kami juga begitu, suka melihat le
laki kacak!! Namun di sini lah terdapatnya perbezaan antara kita...selalunya..lelaki sekadar mengclassificasikan kecantikan wanita berdasar rupa bentuk fizikal serta kecantikan luar sahaja...berbeda dengan wanita, kami melihat dari aspek yang berbeza..yang kadang kala lelaki terlepas pandan...tidak guna berwajah kacak, tapi bila lalu tepi...ada baaaauuuuuuuuu...

Benar wanita tidak mampu mengenali 100 peratus karektor dan keperibadian lelaki..Namunmelalui teknik penggayaan, penampilan dan cita rasa, ia dapat membantu menjejaki karektor lelaki kacak serta seksi! Amati senarai di bawah...mungkinkah anda antara lelaki yang sedang diburu wanita....diharapkan entry kak esah ini tidak mengganggu emosi sesyiaappaaaa...kerana niat kak esah sekadar sharing is caring..tak gitu...????

Cita rasa memilih pakaian

- Tidak semestinya perlu bergaya hebat dan menyarungkan jenama mahal untuk kelihatan trendy...Bagi wanita, lelaki yang menitikberatkan soal kebersihan dan kemasan diri sudah cukup menampakkan imej seksi untuk membuatkan hati tertawan...lalallalalalla...selain tu, janganla kemut sangat beli original perfume...time keluar tuh sembur sikit...hidung Kak esah memang rengsa bila ada bau badan orang...owh may be juga tabiat lelaki yang suka ulang pakai baju 3/4 kali tanpa di basuh...hmmm minta tolong para rupawan di luar sana, basuh lah baju anda pastu baru pakai balik...

Tepati masa

- Memiliki jam tangan berjenama tetapi tidak menepati masa hanya menjatuhkan saham lelaki... Lelaki yang seksi menurut wanita ialah mereka yang bijak menguruskan masa dan paling utama menepati masa...memang rasa nak meroyan lah kan janji kol 8 datang kol 11.30 malam...so dari kacak serta seksi, terus jatuh kat tangga paling bawah...hmmm..kenapa lelaki suka lambat???? para wanita tunggu sampai berpeluh rasa nak buang tudung dah...pastu bila tiba, buat muka tidak bersalah...

Bergaya sedikit ‘nakal’
- Sesetengah wanita lebih gemar lelaki yang bergaya santai.... Percayalah, memilih denim, kemeja-T putih dengan sepasang but lebih macho dan seksi berbanding gaya konvensional ke pejabat....Lebih ‘nakal’ lebih seksi....pastu pulak naik kereta sukan mahupun Mitsubishi Lancer...memang bila anda lalu, pasti ada mata yang menjeling...even anda pakai short serta mengenakan T tanpa lengan...ia kadang2 nampak begitu elegen di mata wanita dan tanpa sedar anda sebenarnya tengah mengeluarkan aura seksi.....
Karektor melalui warna

- Perhatikan rona warna pakaian, seluar, kasut mahupun stokin....Umumnya, wanita begitu tertarik dengan lelaki yang berani ‘bermain’ dengan warna. Semakin garang warna pilihan lelaki, bertambah seksi dan berani di mata wanita.....Ayuh, bersedia melakukan transformasgaya! Janganlah asyek mengenakan suit hitam dari atas sampai ke bawah...lepas tu, setiap masa nak pakai warna tu tak kira keadaan...jeans pun jangan la mengelebeh sangat sampai bawah punggong...rimas kak esah tengok tawww...

Memilih reka bentuk beg
- Mungkin sesetengah lelaki tidak mengendahkan soal beg sama ada kegunaan di pejabat mahupun ketika waktu santai....Awas, melalui pemilihan reka bentuk dan gaya beg ia mempengaruhi karektor diri lelaki.....Apatah lagi, jika lelaki itu ialah seseorang yang ada cita rasa tatkala memilih jenama beg dan warnanya.....


Pasti ade yang tengah senyum sorang-sorang time bacer entri nie....hehehhe...dan kepada golongan llelaki yang masih mencari formula bagaimana untuk kelihatan seksi bagi memikat hati si dia, silalah cuba mentransform diri anda mengikut list yang Kak Esah berikan....hehehe..selamat mencuba!


Imej hanya pinjaman!

6 comments:

SYED NAHAR said...

apa kes tiba2 jadi wanita metroSEKSual?? hahaha..

Jerung Gergasi said...

owhh ..tepati masa..i can't help it. mmg tak dapat tepat. nway, lelaki yg ada blog kira seksi n kacak x? ekekeke..

TAYAR PANCIT said...

hai saye da flow belog awak :)
follow me back eh @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/hall-of-fame-formula-one-world-drivers.html

faridah said...

hahahha....terus aku teringat kat 'bespren' ang..igt dia saja yg layak ada boipren metroseksual hat tak tara mana tuh..tipu lagi ada!

faridah said...

jerung gergasi..cubalah tepati masa...tak tepat2 pun..hampir tepat pun dah kira ok...

faridah said...

tenkiu tayar pancit..tapi blog anda nampak mcm bab2 kereta saja..sy perempuan..dan sy tak minat..hehehe..time kaseh singgah sini

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template