Monday, March 14, 2011

Aini & Bahizan's Wedding


Berikut adalah terteranya muka-muka yang rajen p kenduri kendara kalau tak da aral melintang...ini gambar di sekitar kenduri Aini Hir berserta pasangannya yang berasal dari negeri Perlis...aktiviti kenduri kendara sememangnya menjadi titik pertemuan untuk bertemu rakan-rakan lama..namun dari kacamata Mek...hanya muka yang sama tiada berbelah bagi..mana pegi orang laen..kelibat Form 4 baru jugak langsung tidak nampak...padahal Aini adelah Form 4 Baru Seratas...bukan lah ingin bersikap racist, cuma hairan...kami berkawan tidak mengira status lama dan baru tetapi memang kadang-kadang tanpa sedar wujud jurang di situ..muahahaha...hasil dari status serta pics upload di fesbuk, telah dikesan saudari Nurul Hasanah Nordin telah pergi mencemar duli dahulu...tukar plan di saat akhir kerna perlu menghadhiri kenuri kambing golek pulak selepas itu....

Golongan pertama yang sampai adalah 2 biji kereta yang terdiri daripada Mek Ai, MekRieda, Tasnim, Samsinar, Syed Nahar, Amer serta Khairul Aswandy..hahaha..rasa nak gelak pulak tulih nama penoh Pak Tam....tanpa menoleh kebelakang yakni menunggu sebijik kereta lagi..kami semua pakat bedal dahulu...
Wah sajian sangat menyelerakan...memang pujian harus diberikan kepada pihak pengantin sebab mengambil katering tersebut...lauknya juga aneh sekali berbanding kenduri kendara yang lain...namun semuanya sedapppppp menjilat jari!

Aksi beryoya bersama-sama haruslah sampai dewan nak katup dan penganten pun mungkin nak pegi outdoor photoshoot...biasa lah..kemeriahan di meja makan memang sukar untuk dihentikan secara mengejut..biarpun dijeling tajam oleh para pekerja caterer, kami buat tidak tahu sahaja....

Ambil gambar lebih kurang dengan penganten...kami pun mula mengatur langkah ke destinasi lain...Amir jadi ketu ekspedisi selepas perut kenyang...dia bawak kami ke Tanjung Harapan....hasrat nak menjamah seafood memang terpaksa dilupakan...perut memasing sudah penuh tiada ruang untuk diisi lagi....namun Cik Samsinar yang baek hati telah belanja kami aiskrim sorang satu seterusnya mengembalikan memori menjilat aiskrim di zaman kanak-kanak dahulu....Hapis anak pasangan Hasnor serta Hafizi..kelihatan sering membawa diri...ini disebabkan oleh keadaan ibu-bapanya yang ternyata lupa diri bila bertemu rakan-rakan..kesian!

Kami akhiri pertemuan di Ghulam Kota Damansara dengan Cik Tasnim bertindak sebagai tukang belanja...owhhhhh Satay Guhulam Sedap! Nak Lagi!













KONGRATULASI AINI & BAHIZAN!!!
NANTI KENDURI RAKAN-RAKAN JANGAN LUPA DATANG..HEHEHE

5 comments:

SYED NAHAR said...

sampai 2 pic ngan amer, sakan! hehehe..

Unknown said...

SAJER GETIS SIKIT..KEBETULAN ADER BANYAK GAMBAR NGAN AMER..BOH P LA...

SYED NAHAR said...

oooo...

missone hazel said...

awat nama kami bertiga xdak dlm sesi penceritaan?tau la kami smpai lambat..haha..amir pegang bunga tu nk bg kat mek ka?haha

Unknown said...

next entri aku sebut nama hampa.....hehehehheehe

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template