BAB 6:
"Entahlah Yana aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Aku tanya juga Boy, tak nak ke balik pada kau semula ? Tapi dia diam je." Keluh Fira seperti kesal. Riana menggeleng.
"Tak payahlah kau tanya-tanya dia lagi. Kalau dia berniat nak balik pada aku semula dah lama dia telefon aku."
Riana berselindung padahal dia amat mengharapkan keadaan itu berlaku, Irfan kembali menjalin hubungan dengannya. Riana masih mengharap dan terlalu mencintai Irfan hingga ke dasar hatinya.
"Tapi aku akan rasa lebih bahagia kalau kau bersama Boy semula. Dulu aku yang kenalkan kau pada Boy, lepas tu korang putus. Aku rasa bersalah. Sekarang kalau boleh aku nak rapatkan korang semula."
"Aku pun nak macam tu Fira. Tapi Boy ? Dia dah tinggalkan aku, tak mungkin dia akan balik pada aku lagi." Kata-kata Riana itu sebenarnya bukanlah ikhlas. Hanya terucap untuk menyedarkan Fira sedangkan hati sendiri pedih dengan kenyataan itu.
"Saya minta sangat-sangat, tolong jaga hubungan kita selagi ada. Kalau dah putus disebabkan salah diri sendiri jangan harap saya akan sambung semula hubungan tu. Saya tak suka bercinta, berputus kemudian sambung semula. Saya tak suka."
Riana masih ingat lagi baris ayat Irfan yang satu itu. Irfan mengucapkannya ketika mula-mula mereka bercinta.
"Habis tu kau nak lupakan dia ke ?" Tanya Fira.
"Mana boleh aku lupakan dia Fira. Aku sayang, aku rindu sangat kat dia. Aku cuma harap masa berlalu cepat, manusia akan berubah seiring masa bukan. Tapi sekarang…aku rindu sangat !" Rintihan Riana membuatkan Fira jadi sayu. Sampai hati kau Irfan…
Benarlah masa itu penawar segala duka. Ia akan membawa pergi segala duka lama kecuali parutnya yang kekal sampai bila-bila. Dalam kerinduannya terhadap Irfan, Riana
Bagaimana pun Riana kelihatan gembira dengan perhubungan baru itu, jauh di sudut hatinya masih terkenangkan Irfan. Irfan terlalu kuat melekat dalam sanubarinya. Irfan yang penyayang, Irfan yang pelembut, Irfan yang kelakar, segala-galanya Irfan sehingga Riana terasa amat peritnya ditinggalkan Irfan. Putus cinta yang terdahulu tidaklah dirasakan begini azabnya oleh Riana. Masih lagi dia mempunyai semangat untuk bercinta kedua kali.
Tetapi kali ini, sesudah ditinggalkan Irfan Riana rasa amat sakit. Baginya tidak perlu lagi mengharapkan sesuatu dalam perhubungan kerana belum pasti apa yang diharapkan tercapai. Riana tidak pernah lagi mengharapkan apa-apa, kerana dia takut harapan yang hancur akan menghancurkan hatinya juga seperti yang dialami bersama Irfan.
Kerana itu, setiap lelaki yang menghulur salam cinta Riana sambut tetapi dengan hati tertutup. Riana cuma mempergunakan lelaki lain untuk membuatkannya melupakan Irfan. Dan pastinya, dia tidak pernah serius dalam perhubungan itu. Selepas Irfan, Imran datang mengisi kekosongan. Riana terima biarpun hati terlalu merindui Irfan. Sehingga ada kalanya Imran merajuk kerana Riana sering menyebut nama Irfan. Dua bulan selepas menerima cinta Imran, Shidi pula hadir juga membawa cinta. Pun Riana terima sedangkan Imran benar-benar percaya Riana kasihkan dirinya. Di
"Tak elok
"Kau kawan baik aku. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Fikirlah Riana. Kita ni perempuan mana boleh pilih dua-dua ?" Riana ketawa besar. Fira berfikir terlalu jauh.
"Siapa nak pilih dua-dua kak oi. Aku cuma berkawan. Sejak ada Shidi dah kurang sikit aku ingat kat Boy."
"Itu aku tahu, tapi di pihak diorang macam mana. Tengok Imran, dia berada jauh di Perak tapi dia percayakan kau di sini. Shidi pulak…dia tak tahu kau ada Imran, dia ingat kau betul-betul sukakan dia. Kesian diorang Yana."
"
"Kau
Fira senyum pahit. Iyalah tu
"Tapi sampai bila ? Kena fikirkan masa depan juga. Entahlah Yana, aku tak boleh cakap lebih-lebih sebab aku sendiri belum pernah bercinta, tapi kau sendiri fikirlah…tak elok buat macam tu."
Gusar hati Fira dipandang sepi oleh Riana. Sehingga satu hari Imran meminta penjelasan Riana, dengan siapa Riana selalu keluar sehingga lewat malam ? Siapa beritahu Imran ? Riana rasa curiga tapi didiamkan saja. Dengan Imran dia berjanji akan berubah.
"Tak buat lagi."
Tapi itu hanya kata di mulut. Riana tega mencurangi Imran tanpa belas kasihan. Semakin lama semakin Riana suka membuang waktu bersama Shidi. Akhirnya, bangkai gajah terserlah jua. Imran menyepikan diri terus. Tanpa panggilan, tanpa SMS sehingga Riana sendiri meminta sebab.
"Apa yang awak janji dengan saya dan apa yang awak buat, awak sendiri fikirkan." Kata Imran.
Baiklah. Kalau itu yang terjadi biarkan. Sedikit pun Riana tidak ralat kehilangan Imran. Patah tumbuh hilang berganti. Datang pula Asry. Riana semakin seronok, semakin ligat.
"Boy ! Sebab kau dia jadi macam tu. Kau yang bertanggungjawab !"
Irfan mengeluh di hujung talian.
"Habis kau nak aku buat macam mana ?
"Dia sayang sangat pada kau. Tak ruginya kalau kau balik ke pangkuan dia. Selama ni dia memang tunggu kau."
"Perkara macam ni tak boleh dipaksa Fira.
"Aku bukan kata kau jantan romeo, aku cuma bagi cadangan je."
"Tapi aku tak boleh terima cadangan kau. Memang aku tak boleh teruskan dengan
Fira mati akal. Irfan dan Riana punya hak masing-masing yang tidak boleh dicampuri pihak ketiga sepertinya. Meminta Riana menghentikan perangainya, dia akan dituduh penyibuk. Memaksa Irfan menerima Riana, mencari nahas namanya.
Sudahnya Fira hanya menjadi pemerhati.
Lama Fira membutakan mata dengan tingkah-laku sahabatnya yang keterlaluan sehinggalah baru-baru ini dia mendapat tahu Riana bermasalah dengan Remie kekasihnya yang entah ke berapa. Imran, Shidi, Asry dan entah siapa-siapa lagi dicampak sesuka hati. Sebagai sahabat yang paling rapat tentu saja Riana tidak dapat menyembunyikan permasalahannya daripada Fira. Jauh mana pun mereka, Riana di Kuala Lumpur dan Fira di Melaka namun Fira juga yang dicari Riana. Fira juga tempatnya mengadu kesesakan jiwa.
Fira turut menjadi buntu dengan masalah Riana. Simpati terhadap sahabat melimpah-ruah. Apatah lagi keadaan Riana kini terlalu rumit. Dia perlu menyelamatkan Riana. Riana sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan. Kasihan sahabatku…Di saat dia ingin membina kebahagiaan hakiki, dugaan pula mendatang. Fira percaya ini juga pembalasan daripada perbuatan Riana yang lalu, yang terlalu tega menghancurkan hati orang lain. Kini orang yang benar disayangi berdolak-dalik, apakah Remie sekadar mendirikan pondok buat persinggahan ? Riana....kiranya engkau hanyalah sebuah pondok usang sahabatku !
"Kau rasa apa cara kita boleh tolong
"Aku tak tahu. Aku risau kalau Remie nak mainkan dia je." Luahan Fira bertali arus. Celaru fikirannya membawa dia ke Seremban menemui Irfan yang kebetulan pulang ke kampung. Duduk semeja dengan Irfan meringankan bebanan masalahnya memikirkan Riana. Walaupun Irfan kini telah berkahwin Fira merasakan tiada salah kalau dia berkongsi masalah Riana bersama Irfan.
"Tak boleh ke kita suruh
"
"Tapi kita tak tahu Remie macam mana. Kalau Remie tak berniat nak kahwin
Kedua-duanya tidak menemui jawaban. Fira pulang dengan masalah yang belum selesai. Jangan kata selesai, jalan untuk menyuraikannya pun tidak ada.
Dalam hati Fira hanya mampu berdoa dan berharap. Semoga Remie tidak seburuk yang disangka. Semoga Remie sedar akan cinta Riana dan mengahwini Riana secepat mungkin.
'Berilah hidayah kepada sahabatku Tuhan...lindungilah sahabatku....'
BAB : 7
~Kerana cinta membutakan hati
Kaca diberi kusangka berlian~
"Awak betul-betul sayang dia ?"
Di situ, di atas benteng konkrit di belakang hotel Paradise Riana dan Irfan masih duduk menghadap ke laut lepas. Bicara tentang diri sendiri memang memalukan ! Walaupun Irfan tidaklah memandang wajahnya tapi Riana terasa malu.
Irfan sudah setahun lebih berumahtangga. Fira bila-bila masa saja mungkin menghantar kad jemputan kahwin sesudah enam bulan dia bertunang. Mimi teman berguraunya, hampir setahun sudah berkahwin dengan Fendi, teman seuniversiti yang dulu dikutuk kawan-kawan kononnya Fendi sangat pemalu dan tidak kacak. Teman-teman seangkatan yang lain- kebanyakannya sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Cuma segelintir saja yang belum, itu pun masing-masing sudah ada calon muktamad. Baru-baru ini Riana dengar Shidi pun sudah berkahwin dengan bekas kekasihnya yang terdahulu. Khabarnya teruk juga Shidi kecewa sebab Riana. Tapi Riana ? Masih terumbang-ambing mencari kebahagiaan. Masih teraba-raba dalam kegelapan, entah Remie sudi entahkan tidak !
Dia rasa rendah diri. Terlalu sukar mencari kebahagiaan. Butir-butir air mata mula jatuh satu-satu menuruni pipi.
"Awak salahkan saya ?" Irfan menjeling Riana di sebelah.
Dia nampak Riana menangis tapi apalah dayanya untuk menghalang air mata itu dari terus jatuh. Mengelap air mata di wajah itu tidak mungkin, Irfan sedar ada batas besar yang wujud antara dia dan Riana.
Hatinya semakin tersayat melihat butiran air mata yang bagaikan mutiara itu. Kalau dulu Riana tidak membohonginya tidaklah keadaan menjadi begitu. Mungkin mereka sudah pun berkahwin, mungkin mereka sudah pun bertiga atau berempat seperti yang diimpikan Riana dan dirinya sendiri. Irfan pernah meletakkan Riana di tempat yang paling istimewa sudut hatinya, kini memegang hujung jari Riana pun dia tidak mampu lakukan. Irfan benar-benar terseksa dengan keadaan ini. Dia ingin memaut bahu Riana, dia ingin menyapu air mata di wajah Riana, dia ingin membuang duka yang dirasai Riana tetapi dia tidak mampu. Maafkan aku
"Saya tak salahkan awak Boy… saya yang pilih jalan ini. Saya dah buat banyak salah." Tutur Riana perlahan.
Walaupun ditahan sesekali air matanya melimpah keluar. Asalnya dia tidak bercadang untuk menangis di hadapan Irfan tetapi tiba-tiba saja hatinya jadi sebak teringatkan Remie. Langsung Remie tidak
"Dulu…awak harap sangat saya kembali kepada awak
Riana membiarkan saja Irfan berkata-kata. Selama ini pun dia berharap dapat berbicara dengan Irfan dari hati ke hati biar pun dalam mod hubungan yang berbeza, seperti malam ini. Sejak mereka berpisah Irfan menyepikan diri terus tanpa sebarang kata.
"Saya bukannya benci awak macam yang awak sangkakan. Saya tak pernah benci awak. Awak pun tahu macam mana saya sayang awak dulu
"Kalau ikutkan hati memang rasanya nak sambung semula hubungan kita yang terputus, tapi bila saya teringat hal itu, saya jadi marah. Saya rasa bodoh. Kenapa awak buat macam tu
Riana ingat lagi kata Irfan;
"Demi menjaga hubungan kita, berterus-teranglah dalam segala hal. Lebih baik saya tahu dari mulut awak sendiri sebelum saya dapat tahu dari orang lain."
Riana faham sangat apa yang dikatakan Irfan tapi Riana pandang sepi sahaja. Bagi Riana belum masanya lagi dia berterus-terang dengan Irfan tentang hal itu, tanpa dia terfikir ada natijah besar yang menanti.
"Apa penerimaan awak kalau dapat tahu girlfriend awak sudah tidak suci ?" Riana melontar soalan umum kepada Irfan pada suatu hari.
"Saya ni bukanlah memilih sangat. Saya boleh terima dia dengan syarat dia berterus-terang dengan saya, beritahu siang-siang jangan sampai saya tahu sendiri. Kalau tidak nasiblah nanti." Jawab Irfan juga secara umum.
"Eh kenapa tanya macam ni ? Awak…?" Irfan sedikit curiga pada asalnya tetapi jawaban Riana melegakan hatinya.
"Saja tanya. Bukankah ada lelaki yang tak boleh terima perempuan begini walaupun diterangkan secara baik.
Irfan lega. Dia percaya kekasihnya tidak begitu. Tapi suka dia mengingatkan Riana akan prinsip dirinya.
"Apa hal sekali pun awak mesti berterus-terang dengan saya. Ingat, jangan dah terbongkar baru nak merayu minta maaf. Tolong jaga hubungan kita baik-baik." Berulang-kali Irfan menyatakan begitu kerana dia mengharapkan agar perhubungan itu berkekalan. Dia telah berlaku jujur sejujurnya dan berharap Riana pun begitu.
Tapi siapa sangka Riana yang dianggapnya jujur itu menipunya hidup-hidup ? Irfan marah teramat marah bila mendapat tahu Riana sebenarnya sudah tidak suci.
Riana bukan dara ! Kenapa Riana menipu ? Kenapa Riana tidak berterus-terang ? Kenapa Riana sengaja mencabarnya ? Baiklah. Riana boleh pergi mati. Bermula saat dilafazkan kata perpisahan Irfan langsung melangkah tanpa menoleh lagi. Sengaja dia mencari kerja di Kuantan biar jauh dari segala penipuan, biar jauh dari Riana. Pujuk rayu dan penyesalan Riana dilontar jauh-jauh. Biar seribu kali sayang, untuk kembali kepada Riana adalah tidak mungkin. Riana kejam menipunya ! Riana bodoh menghancurkan cintanya !
"Entahlah Boy. Tak payahlah kita cakap lagi perkara yang lepas. Kalau dah tiada jodoh antara kita ada sajalah penyebabnya berpisah." Kata Riana pasrah.
Irfan senyum. Riana nampak ada air bergenang di takung mata Irfan. Jiwanya yang pelembut memang mudah membuatnya menitis air mata. Dulu, Riana pernah ke Seremban untuk memujuk Irfan sehari selepas membaca emel terakhirnya. Puas dirayu tetapi Irfan tetap dengan keputusannya untuk berpisah. Begitu pun, Irfan turut sama menangis apabila Riana menangis. Habis daya Irfan menahan air matanya namun ia tetap turun dengan laju. Sekali itulah Irfan tega menepis rayuan air mata seorang perempuan. Agaknya marah sangat dia sehingga tidak mungkin mahu kembali kepada Riana.
"Yalah. Memang tak ada jodoh kita ya. Tapi sekarang masalah awak macam mana ? Apa cadangan awak ?" Tanya Irfan. Riana melepaskan keluhan kecil.
"Saya tak tahu. Saya betul-betul bingung sebab itulah saya datang sini."
"Awak tak rasa Remie tu ada orang lain ?"
Riana tersentak. Dia sendiri pun tidak pernah terfikir untuk menanyakan soalan itu kepada dirinya sendiri. Pertanyaan Irfan telah membawanya kepada satu cabang kemungkinan baru. Mungkinkah Remie ada orang lain ? Sebab itukah Remie keberatan menikahinya ?
Selama ini Remie mencurah kasih buatnya seorang sehingga menutup pemikiran Riana untuk terfikirkan hal itu. Lagi pun lama dulu dia pernah menyuarakan hal itu kepada Remie tetapi jawab Remie;
"Awak pernah nampak saya jumpa orang lain ? Pernah nampak perempuan lain telefon saya, SMS saya ? Sudahlah jangan fikir mengarutlah !"
Sejak itu Riana yakin hanya dirinya seorang yang bergelar kekasih Remie. Segala prasangka dibuang jauh-jauh. Kalau Remie jarang berkunjung ke kondo, Riana mengandaikan Remie sibuk dengan kerja. Kalau Remie marah-marah, Riana menganggap Remie tertekan dengan bebanan kerja.
"Orang lain ? Tak tahulah saya. Rasanya tak ada, selama ni tak ada pun perempuan lain call dia."
"Orang lelaki ni lain
Riana diam. Dia tahu cakap Irfan itu ada benarnya tapi dia juga berasa marah Irfan bercakap begitu tentang Remie.
"Maaflah kalau awak terasa. Tapi bagi saya sebagai seorang lelaki saya faham sangat, kalau seseorang lelaki selalu beri banyak alasan untuk kahwin tentu ada sesuatu yang tak kena."
"Berapa umur Remie ?" Tanya Irfan pula.
"Dua puluh tujuh."
"Nah. Dua puluh tujuh tahun. Dah elok pun kahwin. Dia bekerja, awak pun bekerja rasanya masalah sara keluarga takkan timbul. Dia nak tunggu apa lagi ?" Kata Irfan bagaikan seorang menteri pembangunan keluarga.
"Saya memang nak kahwin. Tapi dia yang tak nak." Keluh Riana.
"Macam ni
"Kemudian kalau dia tak nak jugak, terpaksalah awak buat keputusan. Lupakanlah dia demi kebaikan awak."
Riana diam lagi.
"Saya tahu awak sayang Remie. Bukan senang nak lupakan seseorang
Riana menelan kata-kata itu dengan pahitnya. Kolam airmatanya terasa panas. Benarkah begitu Remie ? Tidak ikhlas kepadaku ? Kenapa tak cakap saja, kenapa berpura-pura ? Sukakah lihat aku menderita ?
"Sabarlah Yana. Saya yakin suatu hari nanti awak akan jumpa kebahagiaan yang awak cari. " Pujuk Irfan bila melihat Riana kembali menitiskan air mata.
"Ehm…nak main teka-teki tak ? Saya ada banyak nak bagi awak ni." Kata Irfan dengan suara yang ceria.
Riana tersenyum sambil mengesat titisan airmata.
"Awak tanya saya dulu."
"OK. Banyak-banyak jenis ayam, ayam apa pandai main bola sepak ?"
Malam itu mereka berpisah setelah beberapa kali isteri Irfan menelefon. Riana mengiringi Irfan sehingga ke keretanya di perkarangan depan hotel. Di saat kereta Irfan mula bergerak keluar ke jalan besar Riana melambai-lambai dengan perasaan yang sayu. Mungkin ini pertemuan terakhir. Pertemuan itu telah menyuntik perasaan baru bagi Riana. Irfan tidak pernah membuang dirinya. Biar pun tiada jodoh sebagai suami isteri tetapi mereka masih boleh berhubungan sebagai kawan rapat.
"Ingat, lain kali ada masalah jangan lupa call saya. Sekurang-kurangnya awak boleh luahkan perasaan." Pesan Irfan. Ya. Irfan pun berupaya menceriakan perasaannya. Seperti tadi, mereka berlawan teka-teki bagaikan murid sekolah menengah. Habis teka-teki, Riana bercerita tentang kisah-kisah lucunya sewaktu bersama kawan-kawan. Mereka bergelak ketawa bagai waktu dulu-dulu. Sedikit sebanyak perasaan Riana jadi lega.
Pukul
Tadi sepanjang perjalanan dia telah menimbang semasaknya tentang perhubungan dengan Remie. Betul kata Irfan, kalau Remie tidak ikhlas, berkahwin pun tak guna. Nanti akan ada pula masalah lain. Dia telah bersedia kini. Kalau Remie masih berdolak-dalik, Riana tidak akan tunggu lagi. Apa yang dikejarkan pada Remie.
Meninggalkannya memang satu keputusan yang pahit ditelan, tetapi demi masa depan dia harus berkorban. Sampai bila mahu ditunggu lelaki itu yang entahkan sudi entahkan tidak. Dua tahun dia mengenali Remie, tidak pernah sekali pun Remie sudi memperkenalkan dia kepada keluarganya. Padahal rumah keluarga Remie bukanlah jauh sangat dari situ. Kalau berkereta
Jangankan hendak dibawa berjumpa keluarga, wajah di dalam gambar pun Riana tidak pernah lihat. Entah bagaimanalah rupa ibu bapanya. Remie cuma memberitahu Riana yang ayahnya pensyarah di universiti swasta dan emaknya membuka butik. Itu saja. Apabila Riana bertanya lebih lanjut, Remie malas melayannya.
Sebaik ditolak daun pintu bilik kelihatan Remie sedang tidur nyenyak. Senyap-senyap Riana menukar baju sebelum ke dapur. Pembungkus mi segera terdampar di dalam bakul sampah.
Mungkinkah Remie berada di rumah ini sejak semalam ? Begitu pun, keadaan rumah dan dapur tetap juga kemas seperti yang ditinggalkannya semalam. Inilah yang Riana suka dengan Remie, dia sangat kemas dan bersih tidak seperti kebanyakan lelaki.
Ketika dia menyiapkan minuman, Remie masuk ke dapur. Mukanya kelihatan sembab mungkin kerana telah tidur dalam waktu yang lama. Rindu sekali Riana terhadap lelaki itu. Sejak malam itu lagi Riana ingin bermanja, tetapi Remie pergi meninggalkan rumah selepas dia menyentuh hal kahwin. Riana berharap malam itu Remie akan menemaninya.
"Nak minum ?"
Remie menyambut gelas berisi susu coklat yang dihulurkan Riana. Diteguknya sedikit sebelum diletak kembali ke meja. Riana tertunggu-tunggu adakah Remie akan bertanya ke mana dia pergi dua hari ini, tetapi Remie diam saja. Remie hanya merenungnya dengan pandangan yang tidak difahami Riana.
Tingkah-laku Remie malam itu sungguh pelik. Apabila Riana mahu memasak, dia mengajaknya makan di restoren tom yam di Bandar Baru Bangi. Dari rumah sehingga selesai makan dia diam sahaja. Wajahnya muram sehingga Riana tidak berani bertanya apa-apa. Sangka Riana dia akan mengamuk sakan kerana meninggalkan rumah tanpa memberitahu. Jangankan marah, tanya pun tidak.
Lelaki itu tidak menunjukkan tanda ingin pulang ke rumah sewa selepas menghantar Riana ke kondonya. Selepas menukar pakaian dia termenung di balkoni sambil menghisap rokok. Riana sedikit resah. Dia ingin berbual dengan Remie, dia ingin memeluk Remie kerana tersangat rindu tetapi sikap Remie yang tiada mood itu tidak membolehkan Riana berbuat begitu. Lagi pun dia tidak tahu apa yang ada di fikiran Remie. Entah-entah Remie marah dia pergi, entah-entah Remie pening kepala disebabkan perniagaannya. Biarlah. Riana menunggu kalau-kalau Remie memulainya dulu. Sambil itu Riana membaca novel yang baru dibeli di dalam bilik.
Dia mengangkat wajah apabila Remie melangkah masuk ke bilik. Lelaki itu langsung berbaring di ribaan Riana sambil menyilang tangan di dahi. Besar sangatkah masalahnya ? Riana diserbu tanda tanya.
Dipegangnya kepala Remie.
"Minggu depan kita balik kampung awak. Saya nak jumpa mak dan ayah awak." Kata Remie dengan suara perlahan. Riana ternganga.
"Awak nak jumpa mak dan ayah saya ?" Buang tabiat agaknya Remie. Selama ini tidak pernah pun dia bertanya tentang emak dan ayah Riana, alih-alih malam ini mengajak balik kampung.
"Ya. Saya nak beritahu mak dan ayah awak yang bulan depan saya nak bawa mama dan papa jumpa diorang. Kita nikahlah."
Riana terlopong tanpa kata. Bermimpikah dia ? Benarkah Remie berkata begitu ? Sungguhkah Remie ? Apa pula yang membuat Remie berubah fikiran. Ah, kalau tahu begini dari dulu Riana pergi meninggalkan rumah dua-tiga hari, kalau itu boleh menyedarkan Remie yang dia merajuk.
"Betul ke Mie ?"
Remie mengangguk. Riana lantas memeluk Remie erat-erat. Wajahnya dibenamkan ke dada Remie. Buat seketika Riana tidak tahu berkata apa. Dia sungguh takjub dengan perubahan angin Remie malam itu. Syukurlah.
"Terima kasih sayang.... saya terlalu sayangkan awak." Riana mencium pipi Remie bertalu-talu. Remie membalas dengan satu kucupan di dahi Riana. Tubuh Riana dirangkulnya erat. Sambil itu tangannya mengurut lembut rambut Riana.
"Awak ke mana semalam, hari ni baru balik ?" Tanyanya dengan suara yang perlahan. Riana memandang tepat ke matanya.
"Awak marah?" Remie menggeleng.
"Saya pergi mencari hati. Saya mencari cinta awak."
"Dah jumpa ?"
"Dah" Riana senyum bahagia.
Sangat bertuah rasanya berada dalam pelukan Remie. Apatah lagi Remie berhasrat melamarnya. Ternyata Remie bukan seperti yang dikatakan orang, Remie tidak mempermainkannya dan Remie tidak ada orang lain. Kalau ada orang lain masakan Remie mahu menikahinya ?
BAB : 8
~
Bulan impian jatuh ke riba~
Segalanya bagaikan mimpi. Sehingga kini Riana tidak dapat mempercayai yang dirinya kini sudah bertunang dengan Remie. Mereka bertunang tidak lama, hanya dua bulan. Itu pun kalau mengikut Remie tidak mahu bertunang, tetapi keluarganya yang beria-ria mahu mengikut adat.
Remie anak sulung, tidak hairanlah mama dan papanya begitu teruja mahu menyambut menantu. Awal-awal lagi Zaharah menawarkan diri untuk menaja pakaian perkahwinan mereka. Mulanya Riana terlalu segan tetapi bersungguh-sungguh pula bakal ibu mertuanya itu, terpaksalah Riana bersetuju. Lagi pun dia boleh juga menjimatkan kos.
Nampaknya mama Remie itu sangat baik dan ramah orangnya, tidak seperti anaknya yang jarang-jarang mahu bergurau itu. Jangankan bergurau, bercakap pun dia tidak sudi kalau tidak kena dengan anginnya. Pada pertemuan yang pertama lagi Riana sudah jatuh hati pada sikap mesra Zaharah, begitu juga kedua-dua adik kembar Remie yang sangat gembira mendapat kakak ipar. Belum apa-apa lagi mereka sudah berpesan supaya Riana melahirkan ramai anak saudara untuk mereka. Riana hanya tersenyum. Tuhanlah yang tahu betapa berdebar-debarnya dia menghadapi keadaan baru ini.
Kelam kabut juga Riana menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan. Masa persiapan hanya dua bulan. Mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal di kampung bersetuju untuk menguruskan hal-hal menjemput orang kampung dan kenduri-kendara.
Dia cuma mengeluarkan sedikit perbelanjaan. Emak dan ayah bermurah hati menanggung sebahagian perbelanjaan kenduri. Abang-abang Riana pun sudi menghulur serba-sedikit.
Duit simpanannya yang sebahagian lagi bolehlah digunakan untuk membeli barang hantaran, kad jemputan dan hadiah untuk tetamu. Kenduri di kampung ini memang dia berniat untuk mengadakannya secara besar-besaran. Itu memang impiannya sejak dulu. Riana mahu majlisnya dihadiri semua sanak saudara jauh dan dekat, semua orang-orang kampung dan semua kawan-kawannya sejak di sekolah asrama sehingga ke kawan-kawan di universiti dan di pejabat.
Riana tahu emaknya sudah cukup berkenan dengan Remie. Ternyata Remie tahu bersopan di hadapan orang tua. Berlakon pun pandai. Asal masuk waktu sembahyang Remie akan segera bersuci dan mencari sejadah. Riana senyum saja. Kalau di rumah sendiri, bukan main liat lagi soal sembahyang. Kerana kepandaiannya berlakon itu juga memikat hati ayah Riana. Kalau liat bersembahyang, tentu awal-awal lagi ditolak.
Terharu sungguh Fira bila diberitakan kepadanya Remie setuju berkahwin. Dia bersyukur sungguh dan berjanji akan hadir ke majlis Riana. Nampaknya Riana yang akan kahwin dulu walaupun Fira bertunang lebih dulu. Inilah yang dikatakan jodoh.
Irfan juga begitu. Terharu dan gembira sekali menerima berita itu lewat panggilan telefon.
"Itu semua berkat daripada saya.
Dalam keghairahannya mengurus hal perkahwinan Riana agak terkilan dengan Remie. Sikapnya acuh tak acuh saja. Semua hal berkaitan perkahwinan diuruskan sendiri daripada menempah kad jemputan sehingga ke mengedar kad termasuk kepada kawan-kawan Remie sendiri. Dia cuma memberi senarai nama dan alamat.
Soal pakaian untuk akad nikah dan majlis bertandang diserahkan bulat-bulat kepada mamanya. Bila diajak berbincang, Remie menyerahkan segala-galanya kepada Riana. Dia seolah-olah tidak bersemangat langsung untuk berkahwin.
"Saya sibuklah. Nak kahwin kena pakai banyak duit
Cari duit ? Lupakah Remie dia pernah memberitahu Riana yang mama dan papanya sudi menyumbang separuh daripada duit hantaran yang berjumlah tujuh ribu ringgit itu ?
Sudahnya Riana sendiri yang pening kepala merujuk ke
Tambahan pula masa yang ada cuma dua bulan. Remie juga yang menetapkan tempoh itu. Bagi Riana pula tidak kisah masa persediaan singkat asalkan Remie mahu berkahwin, dia pun sudah tidak sanggup lagi menjadi isteri tidak rasmi kepada Remie. Dia mahu menjadi isteri yang rasmi, yang sah digauli agar hidupnya lebih tenteram kelak.
Dan Riana nekad selepas perkahwinan ini dia akan berubah. Dia mahu lebih dekat kepada Tuhan. Dosa-dosa yang lalu akan ditebus dengan sesungguh hati. Bukan kepalang banyaknya dosa Riana kepada Tuhan Maha Pencipta. Dan kepada rumahtangga yang dibina, Riana ingin mengabdikan diri sesungguhnya. Alam ini akan menyaksikan kesetiaan Riana yang tidak berbelah bagi. Kepada Remielah dia akan setia sehingga ke akhir hayat.
******************************************
"Yeay....kahwin jugak member aku."kata Mimi sambil menepuk bahu Riana. Riana berkerut kening.
"Kau nih....cakap macam tu. Malulah aku...."
Mimi dan yang lain-lain ketawa. Bahagia sungguh Riana dikelilingi kawan-kawan rapat di hari perkahwinan. Kawan-kawan rapat sejak dari zaman sekolah sehingga ke zaman universiti.
Riana amat-amat berterima kasih. Tak sangka mereka sudi datang walau pun kampungnya agak jauh dari
Melihatkan majlisnya yang sesak, Riana jadi sebak. Segala rintangan telah berakhir hari ini. Dia telah pun sah menjadi isteri Remie. Rasa seperti bermimpi. Tadi sewaktu majlis akad nikah, airmatanya menitis tanda kesyukuran. Di sisinya Fira menemani sambil setia menggenggam jemarinya. Fira seorang sahabat yang setia. Dia yang tak pernah gagal berkongsi perasaan bersama Riana sejak mereka ditakdirkan berkenalan di UPM dulu.
"Tahniah Yana....." Ucap Fira sebak sebaik saja selesai akad nikah. Dia menolong mengelap air mata di wajah Riana.
"Syyy…jangan nangis banyak sangat nanti rosak mekap."
Riana cuma mampu senyum dalam tangisan. Hari ini hari impiannya tercapai. Remie yang dicintai sudah sah dimiliki jadi bagaimana dia tidak sebak. Hatinya berkali-kali mengucapkan syukur.
"Semoga kau bahagia sahabatku. Buang semua kisah-kisah lama dan sekarang mulakan hidup baru. Jaga Remie elok-elok tau !" Pesan Fira.
"Yalah. Kau pun selamat berbahagia. Tak lama lagi nak kahwin, ha…jaga Wan Fariz betul-betul." Mereka ketawa.
Kesetiaan persahabatan Fira nampak jelas. Dia sudi menemani Riana sehingga ke petang dan banyak memberi nasihat itu dan ini. Dia juga turut berkongsi perasaan yang sama dengan Riana, terharu dan bersyukur tak terhingga dengan pernikahan ini. Setelah petang barulah dia bertolak balik bersama Irfan yang tiba bersama isterinya waktu tengahari.
Riana, tidak seperti pengantin baru yang lain tidaklah begitu gementar menunggu malam pertama dalam kehidupan berumahtangga. Tiada rahsia bagi Riana. Selama ini pun dia sudah biasa menjadi isteri Remie. Isteri yang tidak sah.
Cuma dadanya berdebar bila memikirkan keadaan yang akan mereka tempuhi malam ini. Keadaan mereka sebelum dan selepas bernikah adalah berbeza. Kalau pun Remie ingin melaksanakan tanggungjawabnya di malam pertama itu, Riana dapat membayangkan keadaan itu berbeza daripada pengalaman yang sebelumnya.
Dan Riana berpendapat malam ini adalah lebih baik. Tentu saja lebih baik kerana pergaulan mereka pada malam ini diredhai Allah bukan dilaknati seperti yang sebelum ini. Selebihnya Riana rasa gembira kerana malam ini dia akan menghadapi seorang suami, bukan seorang kekasih. Di sudut hati Riana tidak sabar menunggu peluang berduaan dengan suaminya.
Sepanjang hari ini dia tidak puas menjeling ke arah Remie yang kelihatan begitu segak dengan baju melayu hijau muda yang ditaja butik mamanya sendiri. Konsep warna hijau muda ini dipilih oleh Zaharah dan mujurnya tidak ada bantahan dari sesiapa. Riana pun bersetuju saja. Mana tidaknya, kebaya pendek dari kain satin itu begitu cocok dengan tubuh dan kulitnya. Potongannya sangat kemas dan padan sekali dengan susuk tubuh Riana yang kecil molek. Ternyata ibu mertuanya begitu bijak memilih warna yang sesuai untuk hari penting anak terunanya itu.
"Yana, apa terhegeh-hegeh lagi ni...dah malam, cepat pergi siapkan bilik sana." Tegur emak apabila dilihatnya Riana masih berlengah-lengah di dapur.
Riana tersengih. Dia tahu maksud emaknya. Bilik pengantin itu memang sudah kemas, tiada apa yang nak dikemaskan lagi. Sudah jam sepuluh, mungkin sudah masanya dia masuk ke bilik. Tadi dia segan hendak memerap di bilik, ramai saudara-mara yang bermalam di rumah itu. Risau pula kalau dikata dia tak sabar menunggu malam.
Riana masuk ke bilik dengan senyap-senyap. Kotak-kotak hadiah memenuhi penjuru bilik. Dia pun tidak menyangka akan menerima hadiah sebanyak ini. Kawan-kawan Remie pun ramai yang datang, masing-masing membawa hadiah.
Riana menukar pakaian dengan sehelai baju kelawar. Tidak perlu dia menyediakan baju tidur yang seksi untuk malam ini, dia tidak perlu bersusah payah menggoda Remie.
Sambil menunggu Remie masuk dia duduk di depan almari solek sambil memerhatikan wajahnya di cermin. Keningnya yang lebat telah dipantis oleh mak andam sehingga tinggal nipis sebaris. Riana berharap keningnya akan tumbuh lagi selepas ini.
Cantik juga wajahnya selepas disolek siang tadi. Semua orang memuji-muji akan seri di wajahnya, kecuali Remie. Ah, Remie memang tidak suka memuji perempuan. Dia memang pantang lelaki memuja wanita berlebihan.
Kalau menonton drama melayu di televisyen, mulutnya bising mengutuk lelaki yang bersedih-sedih kerana perempuan. Suaminya itu memang tinggi egonya.
Riana menjeling ke pintu. Remie belum juga masuk. Belum habis muzakarah agaknya. Riana cuma berharap Remie tidak bosan mendengar ayahnya berceloteh. Ayahnya itu memang suka berbual dengan anak-anak lelaki. Tadi pun tiga orang abang Riana turut serta ayah dan Remie berbual di anjung luar. Nampaknya Remie diterima baik oleh seluruh ahli keluarganya. Riana paling takut kalau Remie tidak dapat menyesuaikan diri di dalam keluarga baru itu. Syukurlah Remie berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas, jadi tiada masalah untuk melayan ayah dan abang-abangnya berbual.
Melewati jam sepuluh empat puluh lima, Remie masuk dengan wajah yang kelihatan letih. Dia terus saja berbaring di katil. Riana menghampiri.
"Well, what should I call you now, abang ?"
Remie memejamkan mata. "Nothing change us. We are still the same !"
Terangkat kening Riana mendengar kata-kata itu. "Of course we changed. We are married now, husband and wife. Don't you happy ?"
Remie tersenyum sedikit. "Yalah....tapi tak payahlah tukar-tukar nama. Saya suka awak panggil saya Mie aje."balasnya sambil menyuruh Riana menutup lampu dengan isyarat. Dipeluknya sebiji bantal lalu mengiring ke kanan. Riana turut berbaring selepas menutup lampu. Tubuh Remie dipeluknya dari belakang.
"Takkan dah nak tidur ?"
Kedengaran Remie ketawa kecil. "Habis nak buat apa lagi ?"tanyanya sinis.
Riana turut tersenyum. Tangannya mencari tangan Remie lalu digenggamnya erat.
"Thank you Mie....sayang sangat kat awak...."bisik Riana perlahan.
Kasihnya mendalam. Kini di dalam pelukannya bukan lagi seorang kekasih tetapi seorang suami. Pastilah Riana kini yang Remie memang jodohnya, miliknya yang abadi. Orang yang akan bersama-samanya mengharungi kehidupan ini ialah Remie, bukan orang lain. Remielah yang akan terus merajai hatinya, kini dan selama-lamanya.
BAB : 9
~ Sungguh rumahku berlantai intan
Berdinding emas seri tiada~
"Remie ! Sampai hati you ya.....kalau I tahu begini pengakhirannya, I takkan tunggu you hampir sepuluh tahun tahu !!"
Gadis berambut perang itu menjegilkan mata. Marah benar dia sampai kelihatan berombak-ombak dadanya. Remie lekas-lekas menutup pintu bilik. Entah dari mana gadis ini tahu di mana pejabatnya. Wajah yang berona merah itu ditatap lama. Wajah itu masih cantik seperti dulu. Hidung mancung dan mata besar yang galak mampu memikat sesiapa saja. Hatta kaum Hawa pun tidak jemu menatap wajah cantik ini. Tetapi Remie tidak pernah memuji secara zahir. Dia hanya bangga di dalam hati dapat memiliki gadis secantik ini.
"Kenapa you balik ?"tanyanya bersahaja. Elly mendengus kuat. Remie sengaja membakar perasaannya !
"You tanya kenapa I balik ? Why, you ask me why ? Eh I nak tanya you....kenapa you kahwin ? You tell me...kenapa you kahwin ?"
Remie ketawa kuat. Lucu soalan Elly.
"I told you....kalau you nak kerja kat sana, go on la...kenapa balik pulak ? Tak seronok ke kerja kat London ?"
Elly berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka. Dia benar-benar tidak sangka Remie serius dengan kata-katanya. Sangkanya Remie hanya menggertak supaya dia terus balik ke tanah air, tetapi ketika itu dia sudah pun melaporkan diri di sebuah syarikat kewangan di London. Dia perlu memulakan tugasnya minggu itu juga sewaktu Remie memberitahu akan berkahwin dalam tempoh tiga bulan.
Selama tiga bulan itu dia yakin Remie hanya main-main. Tetapi semenjak Remie semakin lama semakin keberatan untuk melayan panggilannya, dia mula tidak sedap hati. Rupa-rupanya Remie benar-benar berkahwin. Betapa susahnya dia mendapatkan nombor telefon kediaman ibubapa Remie dari staf-staf Remie yang begitu setia itu. Dari London dia berusaha mencungkil rahsia, akhirnya dapatlah bercakap dengan seorang wanita.
"Look...I don't know who you are and how far you're calling from but please...listen to me. My only son is married and please get yourself away from him...."
Wah ! Elly tidak pernah menduga ibu Remie ini sangat berterus-terang orangnya sama seperti anaknya. Hatinya sakit. Sudahlah mendapat tahu Remie menikahi orang lain, dilayan dingin pula oleh wanita ini. Disabarkan saja hatinya. Dia tidak mahu berkurang ajar dengan mama Remie kelak akan membuatkan Remie semakin menjauhkan diri darinya. Terus dibungkus kain bajunya lalu segera terbang pulang ke Kuala Lumpur.
"Sejak dari zaman sekolah lagi kita bersama.... I tak pernah ada orang lain, hanya you seorang. You tahu betapa banyaknya dugaan sepanjang empat tahun di sana, I seorang diri... tapi I kuatkan hati, I hanya ingat kat you seorang...." Gadis itu mula membebel dengan suara yang sayu hampir menangis dengan wajah tertunduk memandang riba sendiri.
"Kenapa you sanggup buat I macam ni Honey ? Selama ni you jarang call, jarang chat dengan I.... I anggap you sibuk dengan kerja, rupanya you sibuk ulit perempuan lain. Sedangkan I tak pernah benarkan orang lain sentuh tubuh I ni kecuali you seorang ! I tak sangka di saat I berperang perasaan rindu pada you... you tengah membelai perempuan lain rupanya..."
Suaranya benar-benar sebak dan sayu. Airmata semakin laju mengalir dan bahunya terhinggut-hinggut menahan esakan. Remie menjadi belas. Elly mengangkat wajahnya yang basah lalu segera berlari ke pangkuan Remie. Dia menerjah ke pelukan Remie dengan kuat sehingga bergegar badan lelaki itu.
Tangan Remie dicapai lalu diletak kemas di dadanya bagai meminta Remie merasai apa yang terpendam di lubuk hatinya. Matanya yang berair dan memancar sinar hiba itu merenung sayu ke mata Remie.
"I miss you Honey... I really miss you."
Remie membalas rangkulan itu. Memang dia juga terasa sebak dan tersangat rindu akan gadis itu tetapi ditahankan saja perasaannya. Dia menyesal kerana terlalu mengikut amarah hari itu sehingga mulut begitu ringan mengajak Riana kahwin. Kini dia telah melukakan hati kekasihnya. Remie benar-benar berasa bodoh. Begitu saja dia menghancurkan cinta yang hampir mencecah sedekad itu.
"Honey.... Honey you nak tinggalkan I ke ? You betul-betul nak tinggalkan I ke ? Please don't honey... please ! I sayang sangat kat you, I tak nak berpisah dengan you lagi..."
Rengekan Elly menikam dalam ke lubuk hatinya. Separuh dadanya telah basah dibanjiri airmata Elly. Menjalar di dalam tubuhnya kini kasih sayang Elly yang meruap-ruap. Remie tahu tidak mudah untuk dia melupakan gadis itu. Dia terlalu cantik, terlalu menggoda untuk dilupakan begitu saja oleh seorang lelaki.
**************************
Tidak banyak yang berubah sebelum dan selepas kahwin. Mungkin betul seperti kata Remie di malam pertama pernikahan mereka.
"Nothing changes us. We are still the same !"
Yang berubahnya cuma Remie tidak lagi menyewa di kondominium Sri Sentosa bersama kawan-kawannya. Dia telah mengangkat segala kain bajunya ke kondo yang didiami Riana.
Riana mengharapkan Remie lebih peka dan mengambil berat terhadapnya semenjak berumahtangga tetapi ternyata dia silap mengharap. Sikap Remie begitu juga. Malah sejak akhir-akhir ini semakin dingin. Segala bil di rumah itu tidak pernah ditanya berapa jumlahnya, sudah dibayarkah belum, barang apa yang berkurang di dapur tidak pernah dipedulikan.
Yang itu Riana tidak kisahkan sangat, kerana sejak dulu pun dia biasa menanggung segala perbelanjaan rumah seorang. Tetapi perubahan yang ini amat mencemaskan. Sejak sebulan dua ini Remie sudah pandai tidak balik ke rumah. Sehari atau dua hari dia menghilang begitu saja. Bila ditanya tidur di mana, katanya tidur di pejabat, banyak kerja. Sama sekali Riana tidak percaya. Keluar semalam pakai baju lain, balik hari ini pakai baju lain. Kadang-kadang alasannya tidur di rumah sewa yang lama. Untuk apa ?
Riana teringat kata-kata Irfan sewaktu pertemuan mereka di PD.
"Kalau dia tak ikhlas, berkahwin pun tak guna... nanti akan timbul pula masalah lain."
Tidak ikhlaskah Remie berkahwin dengannya. Dahulu dia hairan juga kenapa Remie tiba-tiba bersetuju berkahwin sedangkan sebelum ini begitu liat. Tetapi Riana tidak punya masa untuk memikirkan itu. Dia terlalu seronok untuk berkahwin. Lagi pun dia takut untuk bersoal-jawab banyak nanti Remie akan mengubah fikiran pula. Sekarang kesannya makin terasa. Lagak Remie bagai tidak punya tanggungjawab. Masuk keluar rumah itu sesuka hati seperti zaman sebelum berkahwin.
"Malam ni awak balik ?" Tanya Riana pagi itu selepas selesai menggososk kemeja Remie. Remie menyambut kemeja yang dihulur sambil menjeling Riana sekilas.
"Kenapa tanya macam tu ? Inikan rumah saya..."
"Kalau awak balik, saya nak masak. Selalu saya masak tapi tak ada siapa makan, awak tak balik..."
"Nak masak, masak la...tak payah tunggu saya. Saya boleh makan kat luar."
"Tapi saya nak makan dengan awak...dah lama kita tak makan sama." Riana bersuara perlahan. Jangankan makan bersama, perkara lain pun banyak yang telah diabaikan Remie. Dahulu sebelum berkahwin ada juga mereka keluar bersama, membeli-belah atau sekadar duduk di rumah di hujung minggu sambil mengemas rumah atau menonton TV. Sekarang ini Remie selalu hilang. Kalau hari Sabtu, alamatnya lewat malam hari Ahad baru nampak mukanya.
"Saya banyak kerja kat pejabat.... malam ni pun nak stay back sampai lewat malam. Banyak projek pending."katanya sambil mengemaskan baju yang dipakai.
"Tapi tak pe...petang nanti lepas office hour awak singgah office saya, kita makan sama-sama OK?" Dahi Riana dikucupnya sekali sebelum terburu-buru mencapai beg bimbit lalu keluar dari rumah itu. Awal benar Remie ke pejabat hari ini sedangkan Riana sendiri belum siap berpakaian. Bagus juga kalau ke pejabat Remie hari ini, dia ingin melihat sendiri projek apa yang disibukkan Remie. Malam tadi menjelang dua pagi baru Remie balik. Selepas mandi terus terbaring dan tidur mati. Tinggal Riana saja yang terkebil-kebil.
Petang itu hati Riana sakit benar. Dari pagi lagi dia menunggu masa cepat berlalu untuk ke pejabat Remie, alih-alih lima belas minit sebelum pukul enam Encik Joo panggil bermesyuarat.
"I got something to rush off. Can you please postpone it to tomorrow ?"rayunya penuh harap. Namun bos yang tidak bertimbang rasa itu tidak pernah cuba untuk memahami situasi.
"No ! This is very important. I can't hold anymore even for e second."katanya tegas. Riana mengeluh. Orang tua ini tak tahu penat agaknya. Baru semalam balik dari Hong Kong petang ini sudah mahu bermesyuarat.
"Jom aje la Yana...tak lari ke mana Remie dikejar." Sampuk pula si Saiful. Riana menjeling dengan riak tidak senang. Lelaki ini macam tahu saja apa yang difikirkannya.
Di bilik mesyuarat sudah penuh dengan eksekutif, ketua-ketua jabatan, serta supervisor shif pagi dan petang. Ini tentu ada sesuatu yang hendak dibebelkannya. Tentu pagi tadi ada orang mengadu sesuatu kepada bos. Inilah yang paling dia tidak suka. Nasib bekerja dengan orang, walau berjawatan tinggi masih lagi seorang kuli.
Tepat seperti yang dijangka Riana, sepanjang ketiadaan Encik Joo selama dua minggu memang ada yang mengadu domba. Kena leterlah nampaknya...
"Saiful, and also Liana, I want your explanation on this thing. I heard something happened to the Nepal and Bangladesh workers. Can you explain ?" Pandangan Encik Joo dan semua yang ada di situ terarah kepada mereka berdua. Riana kaget seketika. Tidak sangka isu pekerja yang mahu disentuhnya. Riana tahu tentu isu pekerja Nepal dan Bangladesh bergaduh di kilang minggu lepas yang dimaksudkannya.
"Er...actually nothing serious about that. There were just some misconceives..."
"Nothing serious ? They had broken the board and you said nothing serious about that ?" Encik Joo mencerun pandang ke arah Saiful. Orang ini kalau perkara yang melibatkan kerugian memang sangat cemas. Dia mula menyoal berapa harga papan iklan yang pecah itu, serta mempersoalkan siapa yang patut bertanggungjawab ke atasnya.
Akhirnya semangat Riana yang tadinya berkobar-kobar untuk berjumpa Remie petang itu menurun perlahan-lahan sehingga ke paras terendah. Sudah berpuluh kali jam tangan dijeling, Encik Joo tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Orang tua itu terus sibuk berceramah tentang kepentingan mengambil tahu hal-hal pekerja bawahan. Masalahnya, mereka sendiri yang bertelagah hal peribadi. Pergaduhan yang tercetus minggu lepas itu khabarnya berpunca dari Omar pekerja rakyat Bangladesh yang marahkan Lowey pekerja dari Nepal yang kerapkali mengambil mi segeranya di asrama tanpa izin. Mereka bertumbuk di kilang.
Encik Joo pun satu hal juga, sudah banyak kali konflik antara kaum ini diketengahkan, sudah dua kali Riana mencadangkan baik disewa satu unit lagi bilik asrama untuk diasingkan pekerja-pekerja itu, tetapi dia degil. Katanya baik disekalikan tempat tinggal mereka untuk kepentingan integrasi kaum. Ah, Riana faham sangat sebenarnya Encik Joo hendak jimatkan kos. Sudahnya puak Nepal dan Bangladesh selalu bertumbuk, ada saja yang tidak puas hati.
Melewati jam tujuh suku, Encik Joo menamatkan bebelannya. Semua yang ada di situ menarik nafas kelegaan. Cepat-cepat Riana mengeluarkan diri dari bilik mesyuarat, mencapai tas tangan dan kunci kereta di biliknya lalu bergegas turun. Harap-harap Remie masih ada di pejabat. Dicuba mendail nombor telefon bimbit Remie beberapa kali tetapi hampa, panggilannya disambut peti pesanan suara.
"Eh..akak. Cari Encik Remie ke ?" Riana disapa seorang staf ketika dia terjenguk-jenguk ke bilik Remie.
"Ya, dia ada ?"
"Dah keluar, baru je..."
Riana cam wajah staf ini yang menghadiri majlis perkahwinannya dulu tetapi namanya Riana tidak dapat mengingat. Dua orang staf lagi kelihatan sibuk berbincang di dalam bilik perbincangan.
"Dia keluar dengan siapa ?" Tanya Riana. Staf itu bergerak ke bilik perbincangan sambil mempelawa Riana masuk. Dua orang rakannya melemparkan senyuman kepada Riana.
"You all OT ke ? Tadi I call office takde sapa angkat pun ?"
"Tadi kitorang pergi minum kak. Semua orang dah balik, kitorang je yang buat OT, pasal deadline dah dekat."
"Encik Remie keluar dengan siapa ?" Riana mengulang pertanyaan tadi yang belum terjawab.
"Er...er...tadi dia keluar sorang, mungkin jumpa client kot." Riana melirik jam tangan.
"Jumpa client, waktu macam ni ?" Actually I dah janji nak drop sini lepas office hour, tapi tak apalah...I tunggu dia kat rumah je."
Riana benar-benar hampa tetapi dia melemparkan senyuman jua, bimbang permasalahannya dikesan oleh staf-staf Remie. Begitu sibukkah Remie, terlewat sejam begitu berkira.
"Banyak ke projek you all sekarang, sibuknya ?"
Dia harus mengambil kesempatan ini. Remie jarang mahu bercerita tentang projek-projek syarikatnya.
"Uishh...memang sibuk kak. Inventory yang kitorang buat ni, dalam masa dua minggu lagi nak implement. Lepas ni ada dua lagi projek menyusul. Encik Remie pulak...sibuk dengan projek kiosk maklumat dia. Kejap lagi team projek diaorang nak datang meeting kat office, kalau akak nak tunggu Encik Remie bolehlah... kejap lagi baliklah dia tu. "
"Ermm... tak apalah. I tunggu kat rumah je. See you guys.."
Riana memandu pulang ke Taman Bukit Kenangan dengan perasaan yang terkilan sekali. Begitu susahnya dia sebagai isteri hendak makan semeja dengan Remie. Lebih sakit hati tengahari tadi dia cuma mengalas perut dengan sebiji bun kecil, semata-mata untuk makan dengan Remie petang ini. Ke mana sebenarnya Remie ? Bukan dia tidak faham budak-budak programmer tadi teragak-agak untuk memberitahu Remie keluar dengan siapa. Riana tahu mereka berbohong. Takkanlah jumpa klien di waktu begini. Lagi pun kereta Remie ada terletak elok di tempat parkir.
Ah, Remie... tidak sudah-sudah menggundah-gulanakan perasaannya. Mungkin salahnya juga kerana mengajak Remie berkahwin walau pun nyata lelaki itu tidak bersungguh. Mungkin Remie tidak pernah terniat untuk menikahinya. Tetapi mengapa diteruskan perkahwinan itu. Apakah sebenarnya helah Remie. Perkahwinan bukannya satu percubaan, perkahwinan adalah satu percaturan hidup yang harus ditempuhi walau apa pun yang berlaku. Fahamkah Remie hakikat itu ?
Telah berkali-kali dia cuba menafikan sendiri, tetapi naluri seorang isteri tetap ada. Riana tahu suaminya kini bersama perempuan lain, tetapi siapa ?
BAB : 10
"Kau nak shopping kat mana ni ?"
"Mana-mana je lah.. asalkan boleh shopping barang baby aku ni.. rasa-rasa kat Metro banyak choices tak ?"
"Eh jangan! Jangan shopping kat Metro."potong Riana cepat. Mimi tercengang.
"Kenapa tak boleh ? Oooo...kau hutang along kat situ ye ?" Semenjak mengandung lima bulan ini keceriaan Mimi bertambah-tambah. Bahagialah katakan, mengandung anak sulung.
"Bukannya aku hutang along ke apa, cuma aku malas nak ke sana.. mak mentua aku ada kat sana."balas Riana tenang.
Hari ini terpaksa menjadi pemandu Mimi yang ingin membeli-belah barang persediaan menyambut kelahiran bayinya.
"Mak mentua kau ? Buat apa kat Metro ?" Seperti yang dijangka Riana, Mimi pasti akan menyiasat sehingga ke akar umbi. Sifat ingin tahunya tak pernah berubah. Semua orang pun hairan kenapa dia tidak menjadi wartawan sahaja sesuai dengan sifatnya itu.
"Butik."
"Waaa... mak mentua kau ada butik rupanya. Eloklah tu... jomlah kita ke sana. Boleh aku beli baju kat butik dia, mana tahu mak mentua kau nak kasi diskaun kat aku."
Riana ketawa besar.
"Kenapa pulak dia nak bagi kau diskaun ? Kau tu bukan menantu dia." Mimi turut ketawa.
"Ala... kan aku ni kawan baik menantu dia. Lagipun aku lagi cantik saripada menantu dia, tentulah dapat diskaun." Riana hanya menjuihkan bibir. Malas melayan karenah Mimi yang ada-ada saja.
"Ehem.. .pada pedapat kau aku ni cantik dan seksi lagi tak bila mengandung macam ni?"
Riana menjeling sekilas ke perut Mimi. Memang temannya itu tampak lebih berseri-seri sejak mengandung. Dari dulu pun jarang dia melihat Mimi bersedih atau merungut tidak puas hati terhadap sesuatu. Dia sentiasa menerima keadaan sekelilingnya dengan redha.
Riana akui Mimi lebih dari sudut itu. Hidup Mimi begitu teratur. Belajar, bercinta, bekerja dan berkahwin semuanya berlaku mengikut urutan. Fendi, meski pun satu waktu dulu sering dikutuk teman-teman sebagai sangat pemalu dan tidak kacak, tetap dipilih Mimi sebagai teman hidupnya. Dia hanya tersenyum dan menerima komentar teman-teman sebagai gurauan. Kini, di dalam tubuhnya berdenyut satu nadi baru yang akan menambah seri dalam keluarga. Bahagianya Mimi.
"Hei! Apa yang kau fikir lama sangat ? Cantik lagi tak aku ni?"sergah Mimi.
"Err....cantik, cantik... Macam tembikai busuk !"
Mimi ketawa besar sambil tangannya pantas menampar paha Riana sehingga kawannya itu berdesis kesakitan. Ini akibat kalua bergurau dengan Mimi.
Namun dia bersyukur Mimi terlupa untuk bertanya lanjut tentang keengganannya ke Plaza Metro. Sebenarnya Riana keberatan untuk bertembung dengan mama Remie. Bukan dia tidak sukakan wanita itu cuma risau kalau Zaharah bertanya tentang Remie. Dia sendiri tidak pasti di mana Remie tidue semalam, apa akan dijawab kalau Zaharah bertanya mengapa sudah lama tidak ke rumah ?
Memang sudah agak lama Remie tidak membawa Riana ke sana. Dahulu setiap hujung minggu mereka akan makan malam di rumah ibu bapa Remie pada hari Sabtu atau kalau tidak berkesempatan mereka akan makan tengahari pada hari Ahad. Rumah ibu bapa Remie bukan jauh sangat cuma lima belas minit perjalanan. Tetapi kini setiap hujung minggu Remie menghilang. Riana sendiri buntu.
"Bila kau nak jadi macam aku ?"
"Jadi macam kau ? Buat apa ?"
"Hei ! Inilah..." Mimi menunjuk sambil menggosok-gosok perut buncitnya.
"Ohhh...itu !" Riana tergelak kecil. Lenguh-lenguh di kaki masih terasa, tangan pula bagai nak putus membawa barang Mimi yang bermacam-macam.
Mengandungkan anak Remie ? Memang Riana sangat-sangat teringin. Bagaimana agaknya rupa seorang anak yang keluar dari tubuhnya, yang terhasil dari cantuman benih Remie dan benihnya sendiri. Comelkah wajahnya, gelapkah, cerahkah kulitnya, cerdaskah otaknya ? Riana sangat teruja bila memikirkan itu tetapi sehingga kini tiada langsung tanda-tanda dia akan menjadi ibu. Malah, dua tiga bulan kebelakangan ini Remie sudah jarang menyentuh tubuhnya, jadi bagaimana ?
"Jangan nanti tengok anak aku comel...baru kau terhegeh-hegeh nak buat anak." Tempelak Mimi. Riana tersenyum cuma.
"Tak apa...kau lahirkan dulu anak kau, kemudian baru aku buat anak."
"Kenapa pulak ? Kan seronok kalau kita pragnant sekali ? Boleh shopping barang baby sama-sama, tak adalah kau jadi tukang bawak barang aku je."
"Bukan apa, aku takut kalau kita pragnant sama-sama, nanti keluar anak sama-sama, muka diorang pun sama, hei...ngerilah !"
Pap ! Kali ini lengan kiri Riana menjadi sasaran sambil berhambur gelak ketawa Mimi sehingga menarik perhatian orang-orang di sekeliling. Mimi, mulut dan tangannya sama pantas.
"Jom baliklah..."
Empat jam meronda di dalam kompleks itu memang meletihkan. Apa lagi sudah agak lama tidak keluar begitu, terasa bagai mahu berbaring di katil secepat mungkin.
Seperti yang diduga, Remie tidak ada di rumah ketika Riana sampai. Hanya mampu mengeluh sendirian. Dia sendiri hairan bagaimana diri boleh sesabar dan sebetah itu membiarkan Remie bertindak sesuka hatinya.
Semalam ketika membawa baju-baju Remie untuk dicuci, yang sudah dua hari dikumpulkan itu, hatinya tersiat pilu. Kesan gincu bertempek merata-rata di kolar dan dada baju. Nyata kesan itu disengajakan. Nampaknya perempuan itu begitu daring, begitu berani menonjolkan diri. Mahu memulakan perangkah ? Riana terhiris. Remie pun tidak berusaha langsung untukmenjaga hatinya. Tega dia membiarkan Riana melihat kesan gincu itu.
Atau Remie sudah menjadi begitu mua kerana dia hanya seorang isteri yang sentiasa mendengar kata dan tidak berani menunjuk perasaan ? Ataukah kasih sayang ini dijadikan sandaran sehingga Remie beranggapan Riana tidak akan melangkah pergi dari sisinya walau apa pun yang berlaku ?
"Mie, kat mana awak ? Tak nak balik ke ?" Suara selembut itu pasrah dilontar. Namun yang lembut itulah yang menjadi pemangkin letupan amrah Remie. Riana sudah tahu itu. Tetapi semenjak mengenali Remie dia sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak menjerit marah kepada lelaki itu yang membuatnya kecewa, atau menghentak kaki tanda protes.
"Awak ni ! Jangan kacau saya boleh ? Saya ada kerja sekarang. Sekejap lagi saya baliklah !"kata Remie dengan suara yang tegang sambil terus memutuskan talian.
Riana mengalihkan telefon dari sisi telinga dengan pergerakan yang tidak bermaya seklai. Sekejap lagi saya balik, tak boleh pakai ! Sekejap lagi ; mungkin jam empat pagi nanti, atau malam esok baru Remie balik. Itu takrifannya untuk sekejap lagi.
Lagipun telinga Riana masih cukup baik berfungsi untuk menangkap sayup suara seorang perempaun sebelum talian terputus tadi.
"Siapa tu honey ? Come on, tadi kata nak cepat."
Sialan ! Perempuan mana yang memanggil suaminya honey ? Dia sendiri tidak pernah memanggil Remie Honey atau Madu atau apa saja. Riana dijolok rasa jelik. Itukah kerja Remie ?
Pandangannya jatuh melorot ke arah beg plastik dan beg kertas yang berlonggok di hujung katil. Perlahan-lahan dia menarik salah satu beg dan dikeluarkan isinya. Sehelai tali leher Armani berwarna biru gelap yang berharga hampir dua ratus ringgit dan sebentuk pin tali leher bersadur emas 24 karat.
Kata Remie dua minggu lagi akan mengadakan final presentation di salah sebuah jabatan kerajaan. Riana sengaja membelikan tali leher dan pin itu untuk dipakai Remie semasa presentationnya, dengan harapan Remie akan kelihatan lebih berwibawa dan seterusnya berjaya memperolehi kontrak itu. Itu tanda sokongannya terhadap perniagaan suami.
Tetapi kini Riana tidak pasti apakah bernilai hadiah itu di mata Remie. Dahulu setiap kali menerima hadiah daripada Riana, Remie pasti akan tersenyum lebar lalu mengucup dahinya sebagai tanda terima kasih. Meski pun Remie jarang membalas pemberiannya, Riana tetap berbesar hati. Asalkan Remie suka menerima pemberiannya itu sudah memadai.
Riana merebahkan badan ke katil dengan perasaan yang begitu bercelaru. Pandangannya tajam tertancap ke siling sambil setitik air mengalir lesu dari hujung mata.
Duhai malam, di mana Remieku...
0 comments:
Post a Comment