Friday, March 18, 2011

Simpati Masyarakat Dunia Kepada Negara Matahari Terbit





















Gelombang Tsunami berlaku lagi buat kali kedua setelah menghamburkan amarahnya pada Disember 2004...satu fenomena yang tidak pernah disaksikan dengan mata kasar..mahupun dirasai dari kejauhan, tetapi memberi impak yang besar...seolah-olah bumi mula berbicara serta memberi amaran....dulu, perkataan Tsunami itu sekadar diketahui sahaja..tidak faham pun keadaan sebenar sebab ketikat itu sekadar belajar untuk periksa..subjek Geografi! Jadi..bila ia berlaku di dunia nyata...memang ternyata gelombang tsunami yang sering disebut-sebut ketika menghapal nota peperiksaan..sangat dasyat! Dulu..kita sering berasa selamat kerana Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik...namun bencana alam seperti ini tidak mengira mangsa..walaupun tidak kena secara keseluruhannya, tapi kita tetap kena tempias....

Kini, air mata rakyat Jepun pula membuatkan kita merasa hiba, jika dulu di Acheh..ya kasihan memang kasihan...tapi ini semua ketentuan..mungkin Tuhan memberikan peringatan!Sedih melihat kemusnahan yang berlaku..bukan sahaja terpaksa menanggung kemusnahan akibat gempa bumi dan disusuli dengan Tsunami, masyarakat Jepun juga terpaksa menghadapi radiasi nuklear akibat loji nuklear meletup dan juga pembebasan gas asli ke ruang udara kerana kebakaran tangki yang berlaku....bukan itu sahaja, Jepun bakal menghadapi masalah tenaga elektrik untuk suatu tempoh yang lama akibat sumber elektrik tersekat disebabkan letupan loji yang berlaku...macam sepantas kilat, akibat satu bencana..habes yang lain turut musnah..kini kecanggihan teknologi sudah tidak mampu lagi menanggung amukan bumi!

Dari kejauhan, pasti kita mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Jepun..seluruh simpati ini juga diucapkan kepada rakyat negara matahari terbit terutama kepada penduduk serta mangsa tsunami di sekitar Bandaraya Sendai, Wilayah Chiba, Wilayah Ibaraki serta seluruh Wilayah Utara Jepun..

2 comments:

SYED NAHAR said...

aik.. berjiwa geologist pulak.. byk sungguh watak ko ni hahahaha..

Cik Faridah Huda said...

multipurpose..hikhikhik

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template