Thursday, May 29, 2008

APEM..


Apem dearie....
Kuingatkan..khabar dari syed sekadar gurauan..
al-maklumlah..syed kan mmg suke begitu..
tapi bila apem yang cakap...
uhuks...betol la kan...
tuan empunya diri yang dah bagitahu...

Tahniah apem...
Im happy 2 hear dat...
tapikan apom....
aku rase touching la....
awat tak tau....!!


Mengimbas kate-kate ang buat aku apom...
tue kot buat aku touching...
kire pa pe hal...
ang kena rujuk aku dulu..
minta restu...
den baru ang rase tenang tok go on..
den pilihan ang yang ini..
aku tak menghalang...
ye la..nak buat ape aku halang..
kalo aku rase x der masalah...
and..
may be yang terbaik tok ang...
tetiba aku rase cam mak ang lak dah apem oiii!!!

Asal ang eppy..aku eppy..
kitakan penah melalui episod duka...eewaah..
ya ka..gelak 24jam..ape yang duka aku x tau la..
tapi..kitekan suke berbincang pasal soal hidup neh...

ermmhh...so...
SELAMAT BERTUNANG BUAT APEM N JAA.....
31 MEI 2008
SEMUGA KE JINJANG PELAMIN AKHIRNYA....
walaupun aku x dapat hadir....
tapi time nasik minyak korang....
aku tetap memboloskan diri...
x kire...!!!!!!

to Jaa...
please take care of Apem...
jage kawan aku tuh baik-baik okies!!!

p/s : SaNaH...insiden aku menetang pilihan ang..masih segar diingatan..harap maafkan aku..hehehehehe

Apem

Congrates Apem!!

Latest gambar pas majlis...
nie pun aku curik dr prenster Jaa....
Dr kiri : Mak Jaa, apem, tok long (mak apem), Jaa and Alya (adik jaa, dah besar budak neh)



Friday, May 23, 2008

MTEST....


Ecok..
aku amek MTEST..pirst time...
yang sebelom nieh aku x pi disebabkan kekangan masa...
so..mlm jap agi aku balek ah....
nek kat SHAH ALAM Seksyen 17...
turun terus kat TAIPING...
stay umah pak lang jamil...
mak and abah tunggu kat umah pak lang je....

yang teruja sangat neh...
sebab tempat aku test tue..
adalah di SERATAS...
dah berabad aku x jejak...
so...pas test ader ar peluang nak amek gambar terkini
sekolah kesayangan aku tuh...

hehehehe...ader ex-SERATAS minta aku kem salam kat cikgu2 yang masih ade..
ermmhh...ader ke..?nie ngah cuti skolah nie...
kalo aku terserempak...
aku sampaikan ok.....
korang tunggu aku upload gambar sekolah ek.....

nak kembali ke Taiping...
rase berdebar-debar pulak......
teringat kat Yong Tau Foo Kak Lia n Abg Dee...
jua bihun sup bawah FAJAR TAIPING......


His CaLLer Ringtone...suke sangat akoo!!!


Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


p/s :: U Know How Much U Are Mean 2 ME....too much..!!!!

SuAmi & IsTeRi - Dr Fadhilah Kamsah


Ingatan khas buat penggemar sambal paru kuceng (^;^)..ABANG....
bakal-bakal suami orang...
yang baru bergelar suami orang..
dan yang dah lama jadi suami and ayah orang.....


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5.. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n
berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.

King Azlan Shah Science School


SELAYANG PANDANG.........

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak 3km dari Bandar Taiping dan terletak di kaki Bukit Larut, Perak. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar dan diasaskan pada 1 Januari 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak, dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 3 Oktober 1983. Sekolah ini juga pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Taiping, SEMESTA.

Nama sekolah secara rasminya ditukarkan kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS pada 21 Februari 1987 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.


SEJARAH AWAL.....

Urus setia awal yang yang menguruskan pembinaan sekolah ini terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Apabila pembinaan telah siap dilakukan pada 14 Julai 1982, urus setia telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lain termasuklah Dewan Kuliah, Balai Islam, Balai Pameran, Astaka dan Bangunan Kejuruteraan telah dibina kemudian.

Kumpulan staf pertama melaporkan diri untuk bekerja pada 16 April 1982. Kumpulan pelajar pertama didaftarkan pada 14 Ogos 1982. Terdapat 6 buah kelas pada mulanya bagi Tingkatan 1, 6 kelas bagi Tingkatan Empat dan 4 kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia bermula pada 11 Jun 1984 dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 144 orang.

Kini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5.


LAGU SEKOLAH....

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara
Berdisplin, Berilmu, Berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar dan berusaha
Itulah pegangan kami
Kepada mu oh tuhanku
Penuhi hasrat yang satu
Moga maju sekolah ini
Gagah berdiri kekal abadi
Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara


FASILITI....

Bangunan Pembelajaran dan Pentadbiran

Sekolah ini mempunyai 3 blok utama yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains dan bahasa, pusat sumber, bilik darjah, dan tandas. Blok X, Y dan Z ini mempunyai 3 tingkat dan penghubung dari satu blok ke blok yang lain. Terdapa juga bangunan kejuruteraan yang terdiri daripada studio AutoCAD dan bengkel bagi pelajar aliran sains dan teknik mempelajari mata pelajaran kejuruteraan. Terdapat juga blok bagi bengkel kemahiran hidup bagi pelajar menengah rendah mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Asrama

SERATAS adalah sebuah sekolah berasrama penuh iaitu pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 6 blok asrama iaitu 4 blok asrama lelaki dan 2 blok asrama perempuan. Blok tersebut dinamakan Blok A, B, C dan D bagi lelaki dan Blok E serta F bagi perempuan. Blok-blok ini pernah dinamakan sempena nama tokoh islam seperti Ibnu Sina dan Siti Aisyah. Kini, asrama dibahagikan mengikut empat rumah sukan iaitu rumah Rajawali (Biru), Enggang (Hijau), Helang (Kuning), dan Garuda (Merah). Asrama ini boleh menempatkan 750 orang pelajar dan 6 unit keluarga bagi warden. Terdapat juga bilik rekreasi, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.

Dewan Makan dan Kantin

Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki dan perempuan yang mengadap ke Astroturf dan membelakangkan kaki bukit larut. Dewan makan akan digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan makan lewat malam bagi hari persekolahan dan bagi waktu cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung palajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi. Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan dewan besar.

Dewan Besar

Dewan Besar SERATAS menjadi kegunaan rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan atau maulud nabi), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PMR dan SPM). Dewan ini mampu menempatkan 800 pelajar bersama guru dan kakitangan untuk satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.

Surau

Surau SERATAS adalah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Surau ini dibina pada 19 April 1989. Terdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di surau seperti marhaban dan tilawah al-Quran. Bahagian belakang luar surau turut digunakan bagi aktiviti memasak dan korban.



Kemudahan Lain

Pusat Sumber

Pusat Sumber menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Terdapat lebih dari 27,000 buah buku didapati di situ untuk kegunaan pengunjung. Terdapat juga koleksi pita video dan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru. Selain pusat sumber, terdapat juga bilik seminar dan bilik audio visual yang menjadi sebagai sebahagian daripada kemudahan Pusat Sumber tersebut.

Pusat Komputer

Pusat ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.

Makmal Bahasa

Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Makmal bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.

Koperasi Sekolah

Koperasi ini dibuka pada 18 April 1984 dan menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong. Semua pelajar adalah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Kemudahan Sukan

Seratas turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti Astroturf, gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).

Pengangkutan

Pengangkutan disediakan di sekolah ini dengan satu bas mini dan 3 bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.

Tempat Tinggal Guru dan Pekerja

Sekolah ini turut menyediakan kuarters bagi guru dan pekerja untuk memudahkan mereka berulang alik ke sekolah. Sekolah ini juga menyediakan rumah bagi pengetua dan penolong kanan.









Thursday, May 22, 2008

SaLaM HaRi GuRu..PaRT 3

Proud Moment when had been selected to be a part of Secretariat for International Program


Website yang pernah mencoretkan nama aku..(^;^)


Limited Edition Of Technovarsity...UTM Skudai

Bus Rangkaiyan Setia..transport utama nak ke Kepala Batas or Bukit Mertajam.....

Zaman aku..cendawan nie dikenali sebagai Cendawan Maksiat..hehhe

New Look Of KMPP



Pas abes sekolah...
aku masuk matrik kat Pongsu Seribu...
ala.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.....
kejap je kat matrik Penang...
aku batch ke-3 kot...
rumput pun baru nak tumbuh...
orang utagha kata...

dok panaih la'it lagi...
pokok pun x brapa mau tumbuh....

kat sana..sekejap je aku rase..
setahun je..2 sem...

x sempat pun nak menikmati kehidupan kat ctue....

yang tahu..

blaja..blaja..blaja..n blaja lagi.....
packed giler..otak aku pon pening..

dok pulak H1P6..huh..lagi la terseksa..

tapi ade baiknye juga..
sbb environment org yg kuat study..
ngan aku2 skali ikut jejak langkah diaorg....

cuma aku x de la dapat jadi doktor cam diaorang...
thanx to my gang gila-gila aku kat sane....

buat ex-pensyarah aku...thanx u so much...
MaMa Yati (mama praktikum aku..aku slalu kena marah ngan dier sbb kurang score)... Pn Zainun..Pn Zarni Asnita...Encik Suhaimi...Mr Yeoh...Miss Teh...yang ajar kuliah BIO time sem 1...aku x igt nama Puan tuh..tapi sora die power..kdg2 bleh terkejut....Encik Daniel..ajar kuliah Bio sem 2..tp sume org suke tido n ponteng klass die..sian gak aku kat die...

Ustaz Haji Shamsuri...pendakwah bebas kat Penang yang memang terkenal..suke betol aku masuk kelas die....santai je..marvellous betul setelah pale otak berat ngan subjek sains..den Puan yang ajar kimia sem 2..kecik2 je orangnye..slalu buat kuliah tambahan..x ingat la pulak nama die...


den...2003...aku x sangka aku dapat further study kat UTM Skudai...

memang x sangka..serius aku x pernah bermimpi nak masuk UTM...

tapi dah rezeki kat sane....on je la kan...

ape yang aku nak tulih pasal UTM neh...

banyak sangat aku rase...hehehehehe
aku ringkaskan je....
budak kelas aku...memang ditatang penuh oleh pensyarah-pensyarah jabatan aku....
t
api ader ar gak yang kita x puas hati..

adat la tuh...
bukan semua org dapatkan puaskan hati orang lain..
memang ar mengaku..ader kejadian kutuk2 pensyarah..

ader yang x suka kat pensyarah nie..menyampah ngan pensyarah tu la..

boreng ngan encik nie la...or suke sangat Prof tersebut..

hmmm...bila pikior balik...
tanpa diaorang..sape la kita ari nie..
esp budak2 SGG yang dah bergelar...

Technical Support Engineer...Project Executive..Project Manager..GIS Engineer... Data Executive..GIS Executive..Cartographer..System Analyst..System Engineer..Surveyor..n lain-lain jawatan yang berkaitan..Lecturer or Tutor in our field neh..
moh le kite ucap bebanyak tima kaseh kata lecturer-lecture kita neh...
hehhehehe.....

PA batch akoo n kesayangan ramai..merangkap lecturer Ukur dan Kejuruteraan (1 n 2)...

Prof. Madya Abd Razak Abu Bakar...@ Prof ARAB..

Prof yang begitu berseni dan kreatif..lead dalam bidang Kartografi neh...

Prof Madya Mohd Shafei Mohd......


Expert person in GIS Software, data and Geospatial data...

Prof Mohd Nor Said


Database Management and System....
Encik Zamri Ismail....

Fotogrametri....
Prof Madya Dr Anuar....

Programming Expertise..

Dr Alias Abdul Rahman

Spatial Analysis..(subjek paling aku x paham secara teori)

PM Dr Taher Buyong.....


Math...(penah perli aku sbb x salin nota die..padahal aku dah siap dah..huh..)

Prof Shaharuddin

Local Government..Project Manegement..E-Government...n ETC..
YB Ghazali Desa...
prof paling suke nyanyi lagu2 lame lam kelas

Encik-encik yang terlibat secara langsung dlm proses pembelajaran dahulu...

Encik Eboy..Encik Ivin Amri..Encik Imzan..Encik Khairulnizam..Encik Shahabuddin..


technician kegemaran n disenangi ramai... Encik Mokhtar....

satu-satunye pensyarah wanita yang muncul di saat kitaorg final year...

dan bertindak sebagai penyelaras PSM...

Pn Shahidah...huhuhu..tragis betol la....


bekas KJ kitaorang....

Dr Norkhir...kesian sangat sebab Dr kena stroke time kitaorang tinggal lagi 1 sem nak abes study..


Pensyarah-pensyarah side subjek....


Encik Abbas...Pn Kasturi Dewi..Pn Zarina...Encik Zaidi (ade skandel ngan Iezoo..heheh)...Cik Maizatul Akmam (Paberet Yudia)..Pn Norazlina(kurang suke tgk plajar pompuan solek lebih)..n lecturer kelas pemikiran kritis n kreatif..ape ek namanya..aku udah lupa..tp die seorg yang lawak..dan suke membangga diri dgn hasil kerjanye...hehehhe

Last But Not Least.....

IBU KAY...heheheh

Pn Khairuzillah Khalil..............

Pengetua Kolej Tun Fatimah UTM Skudai...
alamak puan....teringat kat puan la plak...
saat kami berjoget di hadapan puan..huhuh
saat kita berlari-lari anak main treasure hunt...

saat kita bersemangat merancang pelbagai aktiviti tuk kolej...
and saat Puan yakinkan saye...
yang saye juga mampu mentadbir n jadi lebih baik dari "mereka"

thanxs a lot Puan Kay!!!

Wednesday, May 21, 2008

SaLaM HaRi GuRu..PaRT 2


Sebagai tanda penghargaan aku kat cikgu-cikgi yang penah mendidik aku suatu ketika dulu...
So..ari nie aku just nak test kotak pemikiran aku nie samaada masih ingat atau pun tak...
may be x dapat igt 100%...
tapi...kalau bersembang ngan kengkawan aku...
InsyaAllah...semua pasti gelak guling-guling..
bila teringat zaman makan nasi kawah nie............

1. Pengetua paling sporting : Pak Arbi Hamzah...... aku suka gak zaman dier memerintah...up to date sket.....

2. Warden SeRAtaS yang tersohor adalah Cikgu Sohor (ada scandal ngan Siti Zalipah nie)...
tapi budak laki plg takot kat Sir Rahim...
manakala gurls pulak..slalu bertegang urat ngan Cikgu Midah...
USKAM a.k.a Ustazah Kamisah slalu cari pasal...and sangat anti ngan isu couple....(may be tertekan sebab dia belom kawen time tu kot)

3. Golongan Ustaz and UsTazah.....

Ustazah Rohami paling syok...kelas die memang ditunggu2..santai je..bleh buat kawan pun yer jugak...slalu bt makan2 kat umah ustazah.....
Ustazah Husna...ader ungkapan paberet time class Lughatul al-Arabiah....kataba katabi katabu....las skali katabtunna...hehehehe
Ustaz Ismail....kadang2 suka emosi..tapi dia kuat usik orang...dia gelak paling kuat time dapat tau aku menangis sebab tersekat dalam paret......
UsTAz JUaiNi...kawan2 aku kate..muka abah aku cam muka ustaz nie..
UsTaz kesayangan ramai...Ustaz Ahmad..sangat suka ngan isu Baghdad die...kuliah subuh pasti penoh gelak ketawa..hehehehhe

4. Seksyen Bahasa Melayu selalunya bergabung ngan subjek Sejarah..cikgu yang sama.....

Pn NaBisah BeeBi....cikgu berketurunan mamak nie..selalu bertanyakan pendapat pelajar2 yang didapati mengantuk di dalam kelas......dah tau dah taktik dier...tapi time Sejarah (aku form 3 waktu tuh)...aku sering jadi suspek utama dier sbb prestasi aku x memuaskan...hehehe

time aku form2..Tuan Haji Ariffin yang ajar..cikgu kontrak lepas die pencen dari Malay College..
agak tua jugak..n die selalu sebut..."cucu-cucu saya"..sesuai la tuh...

Time PMR pulak..blajar BM ngan Puan Hajjah Noraini...hermh...nostalgia betul..
asal x dapat jawab je..cikgu Noraini akan sebut..."Next"..n kelas die akan jadi cam sarang lebah bila kena denda menyebut perkataan secara betul...paling aku suka..time blaja sajak Sperma dan Ovum..jgn main2..johan Puisi Sains nie....cikgu Noraini suke soh kami berlakon...n kalangan budak pompuan..memang aku la pavorite actress die..hehehehehe

Form 4...blaja ngan Cikgu Aziz (Husband cikgu Sabihah)...sangat menekankan cerita Tok Kura dalam siri Perlumbaan Kedua..paberet die agaknye...

Time SPM..kena serius...so..Cikgu Kamaruddin @ Khairuddin..aku pun x igt dah nama die..yang ajar kelas aku...memang blaja BM secara bersungguh-sungguh la time nie...hehehehe


5. English Corner...

aku blajar 3 tahun ngan Teacher Zuraidah(wife Cikgu Nora Annuar)....
comel n kiut je teacher nie..
kalo teacher marah..sure muke die merah..sbb dier sgt puteh...
aku suker blajar BI ngan die..happy n fun..
time aku form 1..penah aku nak kena tukar set...tapi aku ngan bbrapa kawan aku yg kena tukar set..decide x mau tukar..kate
kat teacher..stay dalam set 2 pun dah ok...

Naik upper form...aku blajar ngan Sir Rahim..hadoila..bukan nak mengate..
tapi..Sir lebih sebuk ngan kayu hoki n budak2 hoki dier..
terabai sket budak2 set BI aku tuh..terpaksa la mengendeng kat cikgu2 len...

Teacher Rosita....sporting n suke nyanyi...baik ngan die sebab aku Sidang Redaksi
Teacher Salina...mentor dorm aku..E1-1..asal free nite je..tetiba wajah teacher muncul dekat pintu..melepak bersama2 sebab die masik bujang...
Teacher Akma...penyayang betol aku tgk dier...wpun x penah mengajar aku..aku suke borak ngan dier jugak time aku p borak ngan teacher zuraidah..sbb tmpt duduk diaorg sebelah menyebelah...
Teacher Raja Sariyah...aku orang kuat dier tuk SAC Prefect..hehehe..sure cari aku ngan apem tiap2 prep pagi hari Sabtu.....

6. My FaVourite..MaTh n Add Math SubJect....


Suke time Cikgu Haslinda ajar..budak2 kelas aku slalu kate..Cikgu Haslinda suke pakai tudung siang malam..time tue kan...trend tudung macam tuh....

Cikgu Azmi...hehehehe...lawak...ajar kelas aku time form 3..beliau memang seorang cikgu yang menghiburkan...

Den time upper form....blaja Math Mod and Add Math ngan Mr Chuah Lin Tong.....
kami panggey papa Chuah....cam papa kitaorang plak..slalu bagi tazkirah die ngan gaya yang tersendiri....sampai kitaorang rase sedih..sebab die kate..kalo kita pandai n tak mau dengar cakap die..it's ok..tapi kesian untuk orang2 yang lemah..jangan ganggu tumpuan mereka tuk belajar...(nie ekoran ader org buat bising lam kelas Math Mod)...

Time Add Math plak...Mr Chuah ajar Set 2 Add Math...aku x pandai sgt..so aku dok dalam set 2 je la..hehehe..sedang-sedang....punye la Mr Chuah sayang kat kelas Add-Math dier nie..sanggup jumpa kitaorang malam sebelum menjelangnye paper SPM Add-Math...isk..terharu aku..

aya paberet papa Chuah..."itu latihan itu...sudah siap ka...itu kamu semua kena tumpuan terhadap apa yang saya ajar itu....baru mudah buat add math itu"

7. BioLoGy...

sebelum aku amek keputusan nak mengkaji benda-benda hidup nie...
aku terlebih dahulu belajar dalam aliran teknologi kejuruteraan (TKJ) & Lukisan Kejuruteraan (LKJ).....ermh...kira ader gak la pengalaman blajar ngan Cikgu Mad Rus n Mr. Manogaran yang sememangya suare dier bisa menggegarkan jantung setiap insan di SERATAS...
memandangkan tahap lukisan aku x memuaskan...
and aku selalu kusut time prep malam sebab kena habiskan masa yang lama tuk menyiapkan satu lukisan kejuruteraan....dan tidak dapat menyiapkan homework yang lain...
aku pun decide tuk ambek subjek BIO je la dr LKJ n TKJ tuh....

time form 4..blajar ngan cikgu Baharuddin @ cikgu Baha...selalu buat lawatan ke Zoo Taiping..kunun2 nak mengkaji kehidupan zoologi..yang besnye..die x kedekut markah...

Naik form 5..blaja ngan Pn Ooi Kim Hong...Pn Ooi memang panitia Bio..sebab die ajar budak2 asa matrik USM yang blajar kat sekolah aku..die ajar kitaorg BIO cam ajar dekat U..
mule2 aku culture shocked juga..tp lama2 sket..baru dapat rentak die...
walaupun x penah dapat A...hehehehe
adegan menangkap lipas di hadapan makmal BIO memang x penah kulupakan...
"faridah....apa anda buat..anda tulis itu..anda tulis ini..tapi anda tidak tahu apa yang anda tulis...bagaimana mau score...."
berdesing telinga aku.....
tp aku ingat lagi...hari las SPM..paper BIO...before masuk dewan aku berdiri sebelah Pn Ooi...
tetiba je die peluk aku....
hah.....and Pn Ooi kate "anda jawab baik-baik..."

8. Kimia..orang kampung otak kimia...

Cikgu Norhizan ajar aku time form 4.....selalu buat kelas tambahan..
die punye penarangan tuh..aku rase cam kelas masak memasak..den..aku slalu blur sorang2..
die panggey..buat kat depan..baru aku get it all clear..heheh

Mr Yeoh Thiam Eng..ajar kelas aku time form 5....
aku rase die seronok je ajar kelas aku..
maklumla..banyak yang otak sains fiksyen....
group aku je kurang sket.....jadi x de la die letih sangat...
paling die bangga time afiq, hasanul n jai...dapat masuk Pertandingan Akhir Kuiz Sains Nasional Peringkat Kebangsaan....sekolah aku jadi top 4 sekolah-sekolah di Malaysia...
kami pun tumpang bangga skali..siap bawa penyokong gi PWTC semata2 nak bg support kat diorang.....

9. Fizik...

alah..nie yang aku lemah nie..aku x minat fizik..
gile2 punye x minat.....
tapi aku tetap ingat pasangan suami isteri yang mengajar pizik skolah aku...
Cikgu Pariza Ajam N Mr Hamidi.......
puas cikgu pariza soh aku buat latihan...tapi
aku slalu je copy yang org len punye...
nak buat cammane..otak aku x leh trime..
time tuh..aku rase betol2 x paham...

Mr Hamidi cool je..slalu buat lawak tanpa diduga...
kadang2 bila die dgr suare bini die ngajar kat kelas sebelah...
bleh dier bertanye pade kitaorang..
"suara siapakah itu..begitu lantang bunyinya"

Lain-lain subjek.....

GeOgRAFI.....Cikgu Shuhaimah..bes betol cara die mengajar....and subjek nie pon memang paberet time lower form..kira otak cam ATLAS la..sbb Cikgu Shuhaimah..memang soh kitaorang beli ATLAS kalo nak paham ngan mudah Geografi...
pas tu kalo aku buat pembentangan je....mesti die kate kat aku...

"Faridah...awak boleh tak guna bahasa baku...ni ka..asyik dok guna loghat utagha dia saja"

Cikgu Ahmad...ajar Sejarah time aku form 5...no komen for cikgu Ahmad..sbb die nie unik sket..
aku ader nota sebijik cam yang die punye....
so..dalam kelas kalo die tanye n x der orang jawab...
aku la jadi penyelamat sebelom die naik angin....
padahal ader nota kat bawah meja...ihik..ihik..ihik..

Lagi sape ek...

ah..Cikgu Band aku....
Cikgu Ahmad Fakhri n Cikgu Zul...tapi kami panggey Encik Zul...
slalu gak aku bertekak ngan encik Zul...degil gak aku nie...
tapi aku tau..encik zul pun bukan marah betol2 pun..
saje je suke buat aku panas hati..
tapi aku tau...depa dua..work hard for SERATAS BAND..
and..budak2 Band pun slalu diberi keistimewaan oleh Pengetua Seratas...

Cikgu Sapura lak..genit orangnye...
merangkap penasihat pengawas sekolah aku..
so memang tegas la...
tapi suke guna reverse psikologi..
bila dia marah..die pujuk balik..
aku pun slalu je kena macam tuh...

lupa plak..kat cikgu2 sains aku time lower form...
Cikgu Asmah...Cikgu Yaakob...Cikgu Zaharah....
Best blajar sains dengan diaorg bertiga...
Subjek sains sungguh tidak memboringkan..hehehe

Ada lagi ke yang tertinggal...
urmh...kalo tertinggal..bukan bererti aku lupa..
cuma ingatan aku x braper clear..

Trima Kaseh Cikgu!!!!!













 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template