Tuesday, November 30, 2010
Kunjungan Ke Sentul : Isma's Wedding
Monday, November 29, 2010
Friday, November 26, 2010
Cantonese Yee Mee At Chinese Muslim Restaurant
Kenuri MekDi !!!!
Sambel makan sambel berfesbuk...sambil ulang tengok Eclipse tapi aku jadi sangat tak kusyuk cuma mata akan terus tertancap pada Edward Cullen pada saat-saat tertentu sahaja...ngeeengeengeee....mungkin harus ulang tengok secara sendirian berhad nanti...padah memesan Arabica Hot Coffeee, sehingga pukul 3 pagi mata masih segar bugar...entah bila tertidur pun tak tahu...taw-taw dah pagi jeeeeeeee.....
Thursday, November 25, 2010
Kenduri Kendara Sana Sini
Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku... titipkanlah kebahagiaan antara kami... agar kemesraan itu abadi... dan Ya Allah Ya tuhanku yang maha mengasihi... seiringkanlah kami melayari hidup ini... ketepian yang sejahtera dan abadi...
tetapi Ya Allah... seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku... bawalah dia jauh dari pandanganku... luputkanlah dia dari ingatanku... dan peliharalah aku dari kekecewaan...
serta Ya Allah Ya tuhanku yang maha mengerti... berikanlah aku kekuatan... melontar bayangnya jauh ke dada langit... hilang bersama senja nan merah... agarku bisa bahagia... walaupun tanpa bersama dengannya...
dan Ya Allah yang tercinta... gantilah yang telah hilang... tumbuhkanlah kembali yang telah patah... walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... pasrahkanlah aku dengan takdirmu... sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... adalah yang terbaik buatku... kerana engkau maha mengetahui... segala yang terbaik buat hambamu ini...
Ya Allah... cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... di dunia dan di akhirat... dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini... jangan engkau biarkan aku sendirian... di dunia ini mahu pun di akhirat... menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... ke jalan yang engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
Yang sayangkan kita atau yang kita sayang....
Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, kedua-duanya bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..
Saya memintas, Tak faham..
Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu,
Secret Admire
Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar
Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah... Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak.
Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang
Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Kakak.. Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
Redha
Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Wednesday, November 24, 2010
Pasemboq, Sotong Kangkung, Char Kueh Teow & Coconut Shake Padang Kota
No more fesbuking...
Friday, November 12, 2010
Hissssss yang memang Cisssssskek!
Jadi dengan ini beta mengisytiharkan.....Hisss memang sungguh Cisssssssssssssss.....habes menonton terus menuju kedai DVD kesayangan....borong 8 dvd termasuk 1 dari peniaga jalanan di Taipan............puas hati aku tengok cerita dvd! macam dah lama tak beli dvd........