Tuesday, November 30, 2010

Kunjungan Ke Sentul : Isma's Wedding


Semenjak depa meninggalkan kami secara berjemaah akibat mengikuti KPLI demi tuntutan menjadi seorang cikgu, sudah tidak banyak masa dilakarkan bersama...chewahhh...depa yang dimaksudkan adelah Yudia Karmila Usop, Ismawati Ishak serta Haslinda Hassan Chan...berikutan dengan lokasi yang jauh, memang jarang la kami kembali bertaut kasih...ada muncul-muncul tenggelam di fesbuk saja....namun Yudia tak pernah lupa no talipon aku..kadang-kadang rasa setiap kali dia kol tuh macam nak kena tahan telinga dengaq dia mengarut dan membebel bukan2 kat aku..sorri mak cik! ang kadang-kadang kalah mak aku..tapi adil la kan...asyeekkk aku jer yang p melawat dia..dia hampas nak jejak balik ke USJ pun dok bagi alasan panjang berjela...padahal cuti sekolah skang nie!

Mek Lynn pulak kini dah bertiga..siap dah ader anak pun, aku tak penah jumpa beliau lagi..padahal area KL jugak..hehehhehe...si kecik tue kian hari kian montel, sekadar berniat je la nak p tengok..tapi sampai la tak sampai-sampai...memandangkan rakan-rakan pun beranak secara berjemaah, aku memang ada masalah alzhemier nak ingat nama anak diaorang yang bombastic tuh...dah la panjang berjela...so semua aku panggey si kekcik jer!

Nah kali ini turn Isma pulak..tup-tup hantaq kad ja...kadar berhubung juga adelah sangat sifar dan tidak mencapai tahap piawaian...tapi disebabkan dier adelah Ex-Supernova serta ex-housemate..dan lokasinya di Kuala Lumpur, kami bertiga memang tiada halangan lah untuk sampai ke Sentul....heheheeh...kenduri belah dier adelah di Selama..Yud meroyan lepas pegi mencemar duli sebab katanya..Isma bagi POI tak tepat....hahahha...memandangkan kami p yang belah lelaki, jadi aku terlepas nak bersalam kaut dengan mak cik Ngah Siah(mak isma)....oohhoo...aku n family penah p umah dia yang kat Selama tu..time nak balik, tok dia bagi bekal macam-macam sampai mak aku kata kat tok dia...kami pun mai dari kampung juga..hehehhe..segan babe..penuh bonet! tapi orang dah bagi, kiter kena ambik...kekekke

Ok la...aku hidangkan gambar-gambar di majlis kahwennya sahaja....sementara nak sampai, aku ngan west adelah sangat pening dan rasa nak muntah akibat perut kosong!!!! Kami kuar dari rumah kol 1...tapi dah dekat 3.30 pm tak sampai-sampai lagi...majlisnye dah la setakat kol 4pm jer...risau x sempat makan ayam masak merah ngan nasi minyak! adakalanya..menjadi tetamu las menet adelah sangat beruntung....tettttttttttt...kami sangat beruntung dari segala aspek...best!


Ex-hosmate bertemakan purple...

Gambar nie ditujukan khas untuk yang pernah sama-sama menggentel tepung membuat karipap satu masa dahulu...
upline time tu : Mek, West, Yud, Che Nah, Ieezoo, Mek Lynn and Isma!
owh zaman tuh..selera makan kami memang macam nak arwah je!
kalau membeli stok makanan, pasti berkoyan-koyan..
ayam sekor boleh abes skali masak jer! dasat...

Vah..vah..vah...I suka gambar nie...
sebab sebelom kak Liza bagi komen kat fesbuk..memang tak perasan..
tapi lepas dia bagi komen baru perasan seterusnya mencambahkan enzim-enzim "perasan" dalam diri....
"Macam Perjumpaan Para Menteri"
owh..i like that!hehhehe








West memang stand by nak tangkap flower bouquet tuh...
I dapat pegang reben jer..cehhh!


Gambar adelah lebih mengaum di fesbuk...
Boleh add fesbuk i, tapi let me know first ok via msg...
cakap je jumpa kat belog neh...
sebab i memang abaikan friend rikues yang i tak tahu asal-usulnya...
hehehhehe...bukan ape, nak mengelak dari terapprove orang yang bukan2 and yang sekadar nak tag gambar bisnes memasing jer....chill!

CONGRATULATION TO ISMAWATI AND MEGAT AZHAR!!!!

1 comments:

Anonymous said...

Buy Replica [ URL=http://www.alsochanel.com.com/ - games chanel [/URL uv4q06 , wholesale cheap [ URL=http://www.theychanel.com.com/ - chanel kaleidoscope tote [/URL mb2m75 , SafestChina No.1 B2B Marketplace in Buyers' Safety, manufacturers, exporters, suppliers, 78287

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template