Friday, November 26, 2010

Kenuri MekDi !!!!


Anda pulang dari opis dengan memujuk diri sendiri mengatakan perut anda telah kenyang setelah membaham sepinggan nasi campur di gerai kegemaran...ditambah pula, anda disogok dengan serawa pisang secara preee..pasti anda katakan tidak pada makan malam!

Tapi di saat anda sedang menonton rancangan stereotype cerita Melayu yang diadaptasi dari ceghita omputeh, tiba-tiba tangan anda gatal nak belek Majalah Saji! Sudahnya...anda meroyan secara keseorangan dengan menunding jari 100% terhadap majalah itu akibat telah membangkitkan nafsu buas anda terhadap makanan....anda mula merasa lapar secara tidak sengaja tapi memberi 1000 alasan bila hosmate bertanya tentang aktiviti masak memasak.....

Hosmate anda yang lain sampai ke rumah membuka pintu sambil menjinjing plastik karbon monoksida dari kedai ANYFAZ Enterprise...terus ada yang bertanya, adakah dia akan memulakan sebarang aktiviti mengetuk kuali di dapur dengan menggunakan nama orang lain..hehehehe..beliau tidak menjawab soalan anda dengan terangggg lagi nyata...mungkin mengharapkan tugas masak-memasak tidak diletakkan di bahunya pada hari tersebut...sebab tuh dia tak mau jawab...hahahahhaha....anda bengang sedikit mungkin di pengaruhi hormon kelaparan yang mula mendidih di dalam perut!!!!

Anda terus memberikan alasan bahawa anda tidak lapar..sedangkan sepinggan roti telur yang baru sahaja diletakkan di depan mata masing-masing..licin sekelip mata! Tak sampai 5 minit..dah habes..itu pun mujur ada lebihan roti unkel slogen yang masih bersisa 3/4 keping serta sebiji telur gred C...lantas ia dikaryakan menjadi karya agung roti telur untuk dikongsi 3 orang....

Mulut anda tidak puas mengunyah roti telur sebentar tadi..lantas berlari ke peti ais tuk melihat kot-kot masih ada makanan sejuk beku yang menghiasi fridge..malangnya tiada (akibat hujung bulan, bekalan selalunya berkurangan)..anda pasrah! Untuk mengajak pegi membaham di luar adalah sangat malas kerana rintik-rintik hujan mula membasahi bumi...serta semakin menggila..jadi anda pasrah dengan berkata...tak pa..esok pagi-pagi, bleh p breakfast...owhh sebenarnya anda sangat lapar...

Anda terus berbaring di depan tv sambil membuat beberapa aksi tanda anda tidak selesa dengan lemak di perut sendiri...hahahahha...aksi mengepit bantal di perut sambil mengerutkan dahi serta mengurut perut sendiri tanpa minyak angin adelah aksi bulanan biasa yang dilihat pasa seorang wanita seperti anda..lantas bila ada yang bertanya kenapa tak masak ari ni...laju je anda menyatakan bahawa pinggang anda saket, perut anda juga saket..serta beberapa abdomen yang lain mula membengkak beberapa kilogrammmm...dan anda memang tak de kuaaasaaaaa nak pengang senduk kuali!!!!

Selain itu, period secara berjemaah dengan rakan serumah juga mampu menjadi penyumbang utama kepada pengorderan menda alah di bawah....rata-rata menyatakan PMS adelah punca kepada enzim kelaparan di saat bulan mengambang!!!!!

Okeylah...kitaorang order MekD je malam tu tanda kelaparan serta kemalasan....malas dah nak berselindung dok buat pura2 x lapar...skali ader yang menjerit...Call MekD jom! terus semua pakat sebut yesssssssssssssssssssssssss......itulah pilihan terbaik saat ini!

Gambar di bawah tidak termasuk dengan dua set Ayam Goreng MekDi akibat branch Taipan tak der stock...ceh...saat aku rasa nak makan ayam goreng la dia tak dak....mujur kak Liza masih on de way balik keje...terus minta tolong dia drive-trhu kan beli ayam goreng...Che Nah pulak terus-terusan menyalahkan grafik menarik di laman sesawang MekD serta iklan MekD di TV yang dok menyanyi Mek Ciken..Mek Ciken..So juicy bla..bla..bla tu yang membuatkan otak dia tak leh berfungsi untuk membuat pilihan tepat lantas memesan burger serta ayam goreng sekaligus....Anak Ulleh pulak memuncungkan mulut bila Sundae Cornetto dia tak de dalam pesanan namun ditukar ganti dengan Sundae Choc tapi harga tetap harga Sundae Cornetto...hehehhehe...dan si Sariha terus mengomen, bubur ayam MekD sudah kurang power kini namun saat aku menoleh kepada dia, bubur itu sudah licin tanpa sempat aku mencicip sesudu dua buat pembasah tekak......





Sambel makan sambel berfesbuk...sambil ulang tengok Eclipse tapi aku jadi sangat tak kusyuk cuma mata akan terus tertancap pada Edward Cullen pada saat-saat tertentu sahaja...ngeeengeengeee....mungkin harus ulang tengok secara sendirian berhad nanti...padah memesan Arabica Hot Coffeee, sehingga pukul 3 pagi mata masih segar bugar...entah bila tertidur pun tak tahu...taw-taw dah pagi jeeeeeeee.....

4 comments:

aZr|n said...

hahaha. lawak. tapi aku pun kadang2 mai sawan macam tu gak.

Cik Faridah Huda said...

sawan makan bleh buat aku mengucap kadang2...hahaha..but mostly, i likeee it

SYED NAHAR said...

blah la wei kopi pun nak order gak ke???? bukan ke serbuk kopi ada je di rumah???? hehehehe..

Cik Faridah Huda said...

serbuk kopi cap tupai habes pada malam kejadian.....harap maklom...wahahahaha

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template