Sungguh banyak memori kalau nak diceritakan semuanya...tak tertulis dan tak tercapai dek akal...yang terlintas di kepala otak tika ini sajer yang bakal penulis rungkaikan...kita mulakan saja pada hari pendaftaran...penulis tidak dapat gambarkan bagaimanakah perasaan beliau ketika itu...seronok memng la seronok..tapi sanggup ka nak tinggalkan mak ngan abah...
1.0 Hantu Purdah Serta Kaitan Dengan Sekolah Asrama
Penulis tetap bersemangat kental...anggap sahaja ini suratan..lagipun time tuh cerita Hantu Purdah Naik Kancil sangat pamos di area utara...die merujuk kepada hantu tersebut mencari gadis sunti untuk dihisap darah...maka dengan demikian, penulis rasa sangat selamat sebab boleh pegi belajar di sekolah berasrama..mungkin pada pemikiran kanak-kanak beliau, hantu purdah tidak dapat mengejar penulis kerana sudah berada di luar kawasan....
2.0 Rakan Pertama
Setelah selesai menjalani proses saringan serta pendaftaran di main-hall, penulis mula buat-buat senyum kepada sesiapa saja yang beliau rasakan munasabah..tadi time mendaftar, banyak sungguh kera berkeliaran..hairan! time tu memang tak tahu penulis akan kena hidup dengan mereka untuk tempoh 5 tahun akan datang jugak..hmm...rakan pertama yang penulis jumpa adelah Norhafiza Osman...setelah sesi suai kenal secara basic...penulis rasa kagum dengan beliau kerana gigih sanggup datang dari Melaka! oh rupanya penulis sound trouble sket...beliau dari Penaga, Pulau Pinang...patut la time die sebut Melaka bunyi pelat Penang..kami pun jadi kawan..sambel pesan benda-benda asas contohnya nanti nak pergi surau, tunggu saya na!
3.0 Serkup Kepala
Azan Asar mula berkumandang! Semua pelajar puteri tingkatan 1 yang baru mendaftar di minta ke surau untuk solat berjemaah..memandangkan itu adelah first day, jadi tidak hairan lah jika ada yang datang secara free-hair serta tidak mempunyai sehelai tudung pun...namun penulis kagum dengan saudari Faezah Irnawati...beliau dengan selambernyer sekadar memakai anak serkup kepala sahaja untuk terus berjalan dari aspuri ke musolla....entah la..bila ingat balik, penulis rasa nak gelak non-stop...saudari Faezah sungguh kental serta tidak mempedulikan mata-mata yang memandang...
4.0 Baju Kurung Tidak Cukup
Akibat berpemikiran silap kerana menganggap status sekolah sains tidak memerlukan baju kurung yang banyak, bonda penulis sekadar membekalkan 2 pasang baju kurung sahaja..selebihnya adalah T-shirt serta track-suit! Kesukaran mula timbul akibat baju yang tidak kering..ini dipengaruhi oleh bentuk mukabumi serta cuaca di Taiping yang semedang hujan..gigih penulis pegi keringkan guna seterika..nak buat macammana, time tuh memang terpaksa..terpaksa juga lepas balik prep, terus pegi cuci baju kurung yang dipakai itu..saat cuci baju pukul 11 malam, ada air jenis yang menitik dari empangan anak mata....penulis tidak dapat menerima hakikat kena basuh baju sendiri
5.0 Tidak Lalu Makan Di Dewan Makan
Memandangkan saat kami mendaftar itu adalah di bulan nan mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak, bonda penulis merasa sedikit bimbang tentang pemakanan yang bakal dijamah saat berbuka puasa nanti...maklumlah selera penulis adelah sangat tinggi sekurang-kurangnya perlu ada ayam percik di depan mata saat berbuka puasa...jadi memang jelas terpancar riak gusar di wajah bonda penulis saat ingin melangkah pergi...sempat juga bonda hulur habuan kepada penulis dan berpesan kalau lapar, jangan lupa beli apa-apa untuk makan...pertama kali beratur nak masuk dewan makan, penulis rasa rimas kerana terpaksa bersesak-sesak..namun ada pelajar senior menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari adik angkat! Pertama kali makan di dewan makan memang buatkan penulis merindui sejug air kelapa yang dingin! Digagah jua untuk makan supper/more..namun tetap tersangkut di tekak...saat pukul 4.30 pagi, siren berbunyi tanda masa tuk bangun sahur..sekali sahaja penulis bangun iaitu pada hari pertama..akibat tidak dapat menerima air kopi yang dihidangkan , penulis rasa sangat dukacita! makanan pun beliau dah tak mau jamah...mula rasa nak teriak..
6.0 Mula Menangis Pada Hari Ketiga
Rata-rata rakana penulis bersedu-sedan saat malam pertama berpisah dari keluarga..tetapi tidak bagi penulis! beliau cuba berlagak kental...dan seboleh-bolehnya...tidak mahu menelefon ke rumah langsung...kalau dengar suara bonda di hujung talian, pasti akan rasa sebak..Namun, jiwa penulis tidak dapat menahan rasa sedih itu..maklumlah kini tidur tidak ditemani bantal busuk lagi..jadi, malam ketiga..penulis sangat sedih dan tidak dapat menahan air mata lagi...terus rasa nak balik rumah time tuh jugak...
7.0 Nak Balik Duduk Dengan Mak Balik
Bonda dan ayahanda datang melawat penulis setelah 2 minggu berada di situ...memang saat itu, penulis bulatkan hati serta bertekad ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam dada ini...memandangkan penulis memang kenal benar dengan sifat bonda yang sangat tegas...tapi penulis tetap ambik risiko! setelah hasrat diberitahu kepada bonda...terus penulis tertunduk sayu dan hiba kerna hasrat penulis ditolak mentah-mentah..percuma sahaja kena dengar ceramah....
Makkkkk...terima kaseh sebab marah dekat kak and halang niat kak nak keluar dari sekolah tuh..hehehehhehehe...tahniah Pn Shabiha Mahamud!
4 comments:
2nd intake!
part paling nk gelak pasal pae!haha...gelak sorg2 depan pc!
seriyes!
aku tak leh lupa pae pakai serkup saja..bulat elok kepala dia
hahahahahahaaaaaaaaaaaaa!!
Post a Comment