Friday, February 25, 2011

Madame Solha!


Tengah buat kerja, tiba-tiba teringat.....* (hahaha..gelak dulu bagi yang memahami!)..teringat kat Madame Solha! hasil dari ingatan tersebut..I tergelak sendirian....bagus jugak la..at least hilang rasa mengantok saat anak mata mula mengecil disamping seluruh tubuh badan diselimuti hawa sejuk pendingin udara...

Siapa Madame Solha???Apakah pertalian darah antara beliau dengan tuan empunya blog? Madame Solha juga pernah dikenali sebagai Solha Samperit..bukan bermakna beliau pengeluar utama biskut samperit tatkala sambutan perayaan berada di hujung selekoh, ia sekadar lawak jenaka yang terhasil daripada penglabelan saat menempah kueh samperit...Jelas kelihatan pelekat itu tertulis SOLHA SAMPERIT...mungkin telah berlalu selama 10 tahun nan lalu, tetapi emosi ketawa saat itu masih terbayang di ruang mata..

Ayuh mari kita kenali serba sedikit tentang Madame Solha sebelom tuan empunya blog kembali ke tujuan asal..Madame Solha merupa satu-satunya adik perempuan kepada Bonda I...jika dibandingkan antara mereka berdua, ternyata sangat berbeda watak nya ya....umpama langit dan bumi...memang jauh anus dari mangkok tandas..namun perbezaan itu lah yang menceriakan hari-hari kami tatkala mereka bersua...tiada apa yang sama melainkan cerita tentang hospital serta istilah-istilah perubatan yang acapkali digunakan dalam perbualan harian mereka..Bonda gemar menyingkap kisah silam zaman kanak-kanaknya..sudah pasti antara yang menjadi ingatan adelah crita tentang adik-adiknya...sebagai anak kedua tetapi sulung perempuan..sudah pasti urusan mengurus adik-adik terletak di tangan beliau..begitu juga dengan bab menggiling rempah serta memarut kelapa menggunakan kukuq nyok dalam bahasa kami sehingga terhasil santan kelapa! Menurut bonda, di zaman kanak-kanak Madame Solha...beliau memang seorang yang super aktif...mendengar cerita bonda, memang I akui..Madame Solha seorang yang cergas lagi cerdas...beliau mengungguli skuad bola jaring barangkali...kesanggupan Madam Solha mengayuh basikal dari rumah arwah Tok ke sekolahnya..memang sangat I kagumi! Heyy..jauh taw..memang sangat jauh...Pulang sahaja dari sekolah...Madame Solha akan mandi secara pantas..kadangkala tak sempat makan pun...beliau akan gigih mengayuh kembali basikal ke sekolah untuk sesi petang.....pulangnya dari aktiviti sekolah, beliau akan terus berjumpa rakan-rakan mungkin di parit tali air..tidak kisahlah untuk bergosip mahupun merancang aktiviti mengelilingi kampung yang juga dilakukan dengan basikal kesayangan..saat senja melabuhkan tirai, baru Madame Solha akan muncul semula di pintu rumah...tidak pernah melebihi had waktu yang ditetapkan oleh arwah ayahanda, Madame Solha tetap mematuhi ciri-ciri gadis kampung sejati....

Kini mungkin sudah beberapa dekad berlalu...namun Madame Solha tetap aktif dengan apa sahaja yang mendatangkan kebaikan terhadapnya...sebagai seorang misi di klinik kerajaan, Madame Solha tidak pernah lari dari tanggungjawab malah seringkali dipilih oleh Pengarah Hospital untuk menyertai apa sahaja aktiviti mahupun kursus yang dilaksanakan tanpa mengira mileage....tuah ayam nampak di kaki, tuah Madame Solha membawa beliau ke serata dunia...mengapa? Kerana beliau adelah seorang yang sangat sempoi...serta berbakat! Kenapa I berkata demikian...di saat orang lain tertunduk malu serta berpura-pura tidak mengerti...Madame Solha bingkas bangun menyelamatkan keadaan dengan menyampaikan sebuah lagu....biasa lah di hospital kerajaan, pasti banyak agenda...beliau juga seringkali dipilih menjadi tekong nasyid mahupun sebagai musabaqoh wanita mewakili Hospital Parit Buntar...namun sebenarnya tarian poco-poco lah yang sering menjadi tumpuan para peminat Madame Solha...selain menempa nama di Hospital Parit Buntar, beliau juga sangat disegani ahli qariah Taman Pekaka....

Begitulah serba sedikit tentang Madame Solha...jika ada masa, kita pasti akan kembali menggali memori bersama Madame Solha lagi....untuk episod kali ini, I nak bercerita tentang tindakan luar kawalan mahupun refleks terhadap sesuatu situasi...jika dikenang, pasti ia merengsakan perut...terima kasih kepada anakanda-anakanda beliau yang sudi berkongsi kisah..maka kisah yang terpatri di dalam kotak memori ini, I terjemahkan dalam bentuk penulisan...ah sememangnya..anak-anak beliau sering bercerita itu dan ini saat kami bertemu..dan semestinya..perlakuan Madame Solha juga akan di adu dombakan...

Tindak tanduk Madame Solha memang sukar dijangka...antara yang menjadi ingatan adalah saat Madame Solha menyinga tahap graf infinity..yang memaksa kami pulang semula ke Nibong Tebal biarpun saat itu sudah betul2 berada di bawah bumbung shopping complexs yang berada dalam 50km dari lokasi istana hinggap beliau...bukan sekadar nak rasa hangen ekond, nak jejakkan kaki main entrance pun terpaksa dilupakan..akhirnya, stereng dipusingkan semula...gara-gara kelalaian anakanda terbawa kunci rumah bersama-sama..langsung tak tinggal kunci pendua.....!!!

Suatu ketika dahulu, di saat Madame Solha mula menjinakkan diri dengan handphone..kami sering mengutuk beliau...bukan kutuk apa pun, sekadar menyatakan ketidakpuasan hati terhadap mesej yang dihantar..lengkap segalanya tiada satu huruf yang tinggal..sekadar contoh..cuba hayati mesej di bawah

"Emak sudah habis bekerja. Sila ambil emak sekarang. Jangan lewat!"

Pastinya ayat sebegini mengundangkan kemarahan terhadap golongan muda..selain menyatakan ketidakpuasan hati, Madame Solha turut diajar untuk lebih berhemah dalam menaip mesej..namun masalah lain pula yang timbul apabila beliau terlalu kreatif bermain dengan huruf...yang terkini, beliau menggunakan shortform yang sangat sukar difahami oleh semua golongan...iaitu T.S!!! macam tu lah lebih kurang...mesej di hantar kepada si anak yang masih terbungkam tidor barangkali di dalam bilik hostel...sedangkan beliau sudah tiba di bawah dan menunggu seperti isteri YB melawat kawasan...

Pada hemat anda, apakah tafsiran yang akan anda fikirkan untuk terjemahan T.S tersebut...yeah, kepada tuan empunya belog, dia juga bingung nak teka apa...lama kelamaan dalam nada suara anak yang mula vibrato dan dikuasai dengungan tanda nak gelak..misteri T.S akhirnya terjawab...ia membawa maksud Turun Sekarang!!!! wahahhaha...sumpah tak tau sampai bila pun kalau tak dibagitahu...begitulah perkembangan terkini penguasaan shortform Madame Solha...

Seterusnya adelah mengenai jawapan yang Madame Solha berikan terhadap anak bongsunya...ketika mendengar ceramah agama, pasti syaitonnnirajim sentiasa mengganggu anak cucu adam dengan menghilangka pokus...antaranya adalah menyebabkan kita mengantok! Si anak dengan rasa penuh mengharap menghantar mesej seperti di bawah...

Chit chat anak ngan mak via msg masa kami tengah dengaq kuliah kat PAKSI:

anak: mak, adek ngantuk

...after few seconds...

mak : syaitan tu nak kena taboh!!!!

hahaha.. trus tegelak2 sampai ilang ngantuk..

seriyes jika bonda I yang berkata, pasti stakat suruh pi basuh muka sajaaaa...hehehehhe...terima kasih Madame Solha kerana menceriakan hidup kami...terbaekkkkkkkkk!!!!

Dibawah adalah gambar tekini Madame Solha....



Aksi dirakamkan saat menyertai rombongan meminang hari Ahad yang lalu...gambar adalah sumbangan facebook Hafiz Madzlan...dan buat kazen I, Selamat Bertunang!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Your Facebook Status Is Annoying..Do You Know That!


Memang sumpah lah tak tau sebab syiok sendiri....hahahhaha
Okey lah hari nie Kak Esah nak sentuh bab status fesbuk yang annoying....dulu sewaktu mula2 kemunculan fesbuk, Kak Esah tak der mood nak log in sebab kawan pun sekadar ada dalam 12 orang jer...pas tu tak paham bila orang tagged gambar..Kak Esah ingat Kak Esah yang upload..tapi heran..tak der pun dalam album sendiri...dan paling bangang, Kak Esah tak paham bila ada orang Like...siap tanya, awat thumbs up jer....hadoih...berjaya menggengam segulung ijazah memang tidak bermakna anda bijak dalam segalanya...ada certain-certain benda, anda tak mampu handle pon biarpun benda tuh paling simple.....Kak Esah mula aktip berfesbuk tawun 2009...tu pun aktip sebab main game yang ngarut-ngarut tuh....den meroyan jugak la nak hapdate status kat pesbuk...mostly pasal aktiviti seharian or hape-hape sajer yang terlintas di pikiran...termasuk lah time patah hati....

Kini masa menginjak ke 2011..sejajar dengan peningkatan usia...status fesbuk juga sudah jarang dikemas kini...mungkin dah malas nak menjawab soalan Facebook : What's in your mind....apdate jugak bila rasa nak apdate.....tapi tak la sekerap dahulu yang satu hari jer setat dari bangun sampai nak tidor semula...asyekkk nak mengapdate jerrrrrrr.....orang pun boring dah gamaknya nak baca....kini Kak Esah sekadar menganggap Facebook sebagai data custody sahaja esp untuk gambar-gambar Kak Esah....kira macam tak ghairah sangat ler dah...tapiiiiiiiiiiiiiii...ader waktu senggang, tetap on kan!

Berbalik kepada isu status pesbuk..Kak Esah tak mahulah berpikir di luar kotak...setakat mengambil contoh di radius kawasan jajahan sahaja yakni status rakan-rakan...sudah cukup mual pada Kak Esah. Oh mungkin juga pada zaman kegemilangan Kak Esah, Kak Esah juga pernah buat orang laen mual...hehehhehe...tapi semenjak pat menjak neh..memang Kak Esah nak tunding jari pada orang laen juga...ye lah kan..kes syiok sendiri..sapa nak tahan...siap lah korang pas tu jadi bahan...hahahhaha

Ye lah kan kalo dah setiap hari kita bukak fesbuk asyekk terbaca status-status yang annoying..yang irritating..nauseous and chicky-chicky bajet comel...arghhhh...memang rase nak buat pengeboman berani mati terhadap pemilik fesbuk tersebut....tapi ader jugak status org laen yang bila kita bacer, ia mampu buat kita ketawa seketika....itu kategori yang membahagiakan...hahha...so tade hal....alamak..dah nak dekat kol 2..nanti Kak Esah rungkaikan yer....bersambong selepas 5.30.......wait yeah!

Hoccay..mari kita sambung semula..sebelum memulakan kelas perbicaraan pada hari ini...jika tidak jelas dengan maksud Annoying for direct translation in Malay..please find Oxford Dictionary...tapi kalau bahasa emosi rakan taulan yang ofkos 100 % menyampah dengan tindakan itu adelah bermaksud sesuatu perkara tak kisah la berbentuk tulisan, kata-kata atau perbuatan yang mampu mengundang kemarahan manusia lain tanpa pesalah sedar atau memang sengaja buat-buat tidak sedar...apa yang Kak Esah cuba huraikan ini memang ader kaitan ngan kehidupan Kak Esah serta rakan-rakan...realiti...dan kadang-kadang rasa nak belah je otak manusia yang macamnie..bukan sekadar annoying...tapi troublesome!!!!Kak esah yang dengar crita pun rasa tak tahan...apetah lagi orang yang melaluinya...hahhaha

Dari kaca mata Kak Esah, status fesbuk yang annoying boleh dikelaskan kepada beberapa kelas utama..jika mengikut pemahaman workspace Kak Esah...ia boleh dikenali sebagai Entiti untuk kata kunci utama...dan boleh dipecahkan kepada beberapa pecahan lagi yang dikenali sebagai Attribute..kelaskan jer ikut cita rasa memasing..pas tu nanti baru kita masuk bab data verification...hahahha...ngarut jer!!!

1) Status Mengharapkan Pujian

"Eeeiiiiii dagu berlapis..habes la..I dah gemok..tolong! tolong!"

Status macam nie seringkali kita jumpa dekat page perempuan yang takut gemok la sambil mengharap rakan2 akan memberi pujian seperti "Mane ade...menten kurus je i tengok" tak pun ayat memuji yang lain macam "U makin cantik la..serious, u're sweet laling"...oh memang berbulu bila kita baca sebab heran tang mana lagi yang nak bagi kurus tu....bersyukur lah bila dah kurus nie bising-bising kat fesbuk mengharapkan pujian melambong lagi.....

2) Status Dunia Ini Milik Aku

Bab dunia milik aku ini, boleh lah kita tundingkan jari kepada mereka yang merasakan diri mereka sahaja yang tengah bahagia di dunia....tak salah untuk mengwar-warkan kebahagiaan anda itu..tapi jika setiap kali update status, asyik benda yang sama ja...muak jugak lah orang baca...ade jugak setengah golongan yang mmg habitat dia..jenis nak cerita bab gembira ja..hat duka..hat memalukan diri sndri..hat yang tak mendatangkan hasil..hamboih, habes simpan rapat langsung tak share....pelik sungguh Kak Esah!

"Lengkap sudah kehidupan dengan adanya permata hati serta suami yang sangat memahami..thanks abang untuk segalanya...love..love..love"

weiii...bisik je la kat telinga suami time nak tidur tuh.....

3) Status Mommy-To-Be

Okeh...status Mommy to be nie tak lain tak bukan memang dok bercerita pasal kehamilan je lah dari minggu pertama sampai la nak beranak....dah tu pulak yang tukang komen pun mesti dari kalangan mommy-to-be or yang tengah nak minta rahsia macammana nak mommy to-be..hehehe..golongan para bujangan jangan haraplah nak dapat layanan kalo anda tiba-tiba dropped comment konon-konon concern dengan rakan anda itu..dia pasti skipped sapaan anda...paling bagus pun.."Thanks Nahar!"...penat baca...tapi sebab tubik di walls..maka terpaksa baca....ye kami tahu...anda ghairah menantikan cahaya mata anda....tapi jangan lah meroyan di fesbuk...bakal mengundang kemarahan manusia lain...sikit-sikit nak emosi...dengan mempertaruhkan kandungan sebagai alasan...

"i hate this feeling...baby tak keciankan mummy ke...dah la daddy jauh..missed daddy!!!!! arghhhh...canteknya baju baby rase nak beli jer semua...tapi tak cukup duet :(:(:( sad!"

4) Status yang obses atau stress dengan kerja

Yang ini kalau kita perasan...70% status fesbuk adelah berkisar tentang kerja saja...memang sangat obses bagi yang obses serta sanggup berkampung di ofis.....semuanya pasal minit mesyuarat, pasal kena marah ngan boss..pasal nak cari kerja lain akibat stress..pasal menyumpah boss...tapi tak kisah la kan kalau betol ko stress or banyak kejer...cuma rase macam erkkkkkkk ko bz sangat ke? haaaa hat tu bila kita dapat detek...pasti rase cam annoyingnya...orang lain pun banyak keje jugak..kejar dateline jugak...tapi tak de la parah sangat keadaannya....so just take it easy..time keje kiter keje...time rehat kiter rehat...bab keje nie...memang takkan habeslah sampai kita berenti...

5) Status Nak Bermegah

Slalunya dikaitkan dengan kebendaan...payah jugak Kak Esah nak bagi contoh yang real...sebab contoh yg real memang terdiri dr kawan-kawan juga...cuma rase bebrbulu bila orang tuh sebenarnya tak brapa nak ada...tapi semedang la nak update benda-benda yang menggunakan duet yang banyak walhal belom tentu pun...erkk...macam tak sampai jer maksud....korang paham tak?????????? hanya yang jumpa kak esah direk je bleh tanya and dengar sendiri dr mulut Kak Esah...ala lebih kurang macam status....

"Bestnye hari dinner dengan si dia di Keny Rojes..suka sangat!"

hello babe...sometime benda-benda macam nie bg sesetengah orang ibarat lunch di tengahhari sahaja...jadi, tak yah lah poyo sangat....mungkin kemampuan kita berbeza..hikhikhik

or...

"Antara ______(kereta mahal) and _____(kereta mahal lagi) mane bes??? kiter rase nak beli la..."

walhal orang lain tahu kemampuan engkau di tahap mana....Kak Esah pulak yang benci bila baca...

6) Status Penulis Lirik

Yang ini senang...dia asyik paste lirik lagu jer...tanpa mengira situasi...tapi kalau nak lihat time kemuncak orang update lirik lagu adelah time malam saat orang laintidur...sebenarnya..yang suka paste lirik lagu nie...dia tengah membuai perasaan dengan lirik tersebut...oohhh pasti ader kisah di sebalik tabir...kalau tak macammana nak comeout ngan lirik jiwang bagai tuh...tak pun dier sangat obses ngan apa sahaja yang berkaitan ngan lagu tersebut....so bleh dibuat kesimpulan..mungkin ada kaitan ngan hati dan perasaan kot...

"Dulu kita terpaksa..akur dan mengalah kepada situasi...segalanya suratan pedihnya ditelan...."

7) Status Dr Falsampah @ Falsafah

Ramaikan orang suka jadi Dr Falsampah di fesbuk..tak kisah lah in Malay or English, kata-kata yang dipaste itu pasti bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri yang telah down kemudian akan di LIKE oleh ramai orang tanda sokongan...search je paste...search je paste....hah kan senang..semoga kata-kata anda mampu menaikkan semangat jati diri rakan yang lain jugak...

paling klise semestinya.."Hidup Ini Mesti Diteruskan"

8) Status Dr Cinta

Lebih kurang la dengan Dr Falsampah tapi ini lebih kepada bab percintaan....heran Kak Esah, status Dr Cinta memang 24 hours bab cinta saja..tapi bila tanya pasal gf/bf..diam saja tak banyak cakap macam tiada pula....memang terbaik la sebab boleh kumpul koleksi status fesbuk boleh buat colecction untuk kata-kata cinta...atau keadaan sebaliknya...dia memang dah ada koleksi ayat2 tuh..den setiap hari satu ayat akan ditulis sebagi status pesbuk...oh atau dia memang tengah nak luahkan perasaan kat seseorang tak tahu la...semoga dapat lah apa yang dikehendaki

As we grow older together, As we continue to change with age, There is one thing that will never change. . . I will always keep falling in love with you...


9) Status Perasan

Sebenarnya, bila seseorang berkata-kata kita pasti akan nak relate dengan ke'rupa'aan...sebab selalunya...yang tidak berupa nie...suka rasa diri berupa sangat! hakikat sebenar..tidak..bukan bererti nak mengutuk ciptaan Allah...tapi ada kalanya...sebelum mengapdate status tu..ukur lah baju di badan sendiri...mungkin anda rasa hebat dengan apa yang anda tulis...tapi orang yang membaca pasti akan menjuihkan bibir tanda tak setuju langsung dengan apa yang anda tulis...."Eleh macam lawa sangat nak berstatus macam tu.." memang feedback negatif la yang bakal anda terima...

10) Status Kanak-kanak Ribena

Status ini hanya dibuat oleh mereka yang bajet chumel la kononnya bila berkata demikian...alah..yang pelat-pelat tu ngan shortform yang ntah hape-hape pas tu tukar pulak tulisan jadi macam-macam...ada yang kecik besar...ade yang tuk letter A tukar jadi 4...hoih..pening nak bace...pas tu giler rase mengader...bila ayat tak tahu tukar jadi ta taw nak uat ca ne....ergggggghhh.....dem! mmg tuduh kanak-kanak remaja serta baru abes skolah jer suka bt mcm nie...tapi tak sangka yang tua pun ader juga bt sumbangan bakti

cth jelas : ta taw nak uat ca ne..ti aq jupe ko kat skewl sok eh


11) Status Misteri berbentuk Simbol

Hahahha...nie pun sering menjadi kekerapan juga..tetiba jer diupdate status ..................dot dot dot yang berpanjangan...tak pun tetiba je tanda soal ?...tak ke misteri namanya tuh..orang yang nak komen pun tak tahu nak komen apa seterusnya just submit tanda soal jugak ?.....adekah pengupdate status ini sudah tidak mampu berkata-kata seterusnya sekadar merangsang diri nak tekan simbol aje....tapi kalo nampak yang macam di bawah, jangan la tanya banyak-banyak...dier tengah bengang tuh...


&*^%#$%&((&%##@$%())(*!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Banyak lagi sebenarnya...skang nie pulak ade aplikasi Fourquare yang dok update location tuh....lagi la..bayangkan punya ramai guna menda alah tuh..penuh dinding setiap masa dok update location terkini kengkawan...itu bukan kategori annoying...itu juz kategori semak pemandangan jer....hehehhee..biar la..at least, bleh detek juga depa pi mana...hahhaha...pasti anda kecewa jika seharian anda menghabiskan masa serta berpenat lelah membawa rakan anda ke sana ke mari tapi akhirnya status fesbuk beliau langsung tidak menghargai anda malah menyatakan kebahagiaan dia bersama insan lain yakni kawan la jugak....jika di ambil kira dari pelbagai aspek...status fesbuk mampu menyumbang kepada terputusnya tali silaturahim...pak we mak we bergadoh besar....kantoi dengan bos akibat tak datang kerja tapi apdate tengah bersuka ria somewhere...mengundang kecelakaan jugak bila anda asyik nak update status fesbuk via hs lam kereta tanpa sedar sikit jer lagi kereta anda nak cium bontot kereta depan...

Kepada yang membaca jika terasa hati, maaf la..Kak Esah sekadar buat list sahaja sebagai panduan....kalau anda tak buat, anda takkan terasa kan...cuma bila senarionya semakin menjejaskan aktiviti kehidupan...kita pasti rasa ada yang tidak kena! Ye lah..kadang-kadang kiter dah mula rase benci ngan status bespren sendiri...apetah lagi yang dah cari pasal ngan kiter....hahhahahha.....maka, mana yang elok tu dijadikan sempadan la...jangan diulang...yang mana boleh elak kiter elak...ahhh bagi Kak Esah sendiri pun, tetap obses bab makanan seterusnya menyarankan otak untuk update sajer di status.....biasa la..kita manusia, pasti ader salah dan silapnya....cuma jangan lah terlalu annoying sehingga buatkan orang membenci kita...

Salam permisi dari Kak Esah..ta ta....


Tuesday, February 22, 2011

Konsert Chow Kit Road..terasa ingin bersama!


Rata-rata pagi nie...semua radio asyik putar lagu arwah Sudir...serta berkongsi kisah tentang perjalanan hidup anak seni yang seorang ini..kini pepagi i sudah jarang menjadi Gadis Kosmopolitan serta Urban dengan memilih Hitz.fm sebagai halwa telinga ketika dalam perjalanan ke tempat kerja tetapi memilih Sinar.fm sebab ade Abang Jemmm, Mak Neng, Wak serta Mat Salleh.....pastu lagu pulak lagu retro..pasang lagu SELAMAT PAGI SAYANG from Norkumalasari...terus rasa ceria di pagi hari...Hitz penting jugak sebab nak dengar lagu Nelly ngan Travie McCoy...hahahha....den kat opis pon I layan Sinar jugak..sebab suka dengar Abby Fana berceloteh...sambel jawab teka-teki! terus hilang rase ngantok I...

Tapi hari nie Abby sedih and sebak.....sebab segmen Abby pagi nie adelah menemubual Pn Habsah Hassan or Kak Chah...someone yang boleh dikatakan rapat jugak la dengan arwah...memang pagi nie dgr segmen Abby...rase nak nangis jer....ye lah kan time Arwah Sudirman pergi meninggalkan kita pun..I baru darjah dua...yang hingus masih meleleh serta mengalami obesiti akibat berat badan tak seimbang ngan ketinggian....tapi, kesan lagu-lagu yang dinyanyikan arwah...memang buatkan yang tidak hidup sezaman dengannya pun mampu menghayati setiap bait kata lagu-lagu tersebut...Menurut Kak Chah...80% lagu yang Kak Chah tulis untuk arwah Sudir adelah memang berkisar pasal kehidupan arwah...Kak Chah berjaya bermain dengan emosi Sudir tanpa arwah menceritakan hal sebenar...hmmm kalau kita perasan, kebanyakan lagu yang arwah nyanyikan adelah yang menyayat hati....ini semua adelah berkaitan dengan perpisahan arwah dengan isterinya yang dikenali sebagai Kay....mungkin sukar untuk arwah Sudirman untuk menerima hakikat perpisahan sebab tu ia diluahkan melalui lagu....yang mencuri perhatian I adelah lagu Milik Siapa Gadis Ini..sebab lagu nie ditulis untuk menggambarkan bahawa betapa arwah Sudir menghargai kehadiran Kay dalam hidupnya...FYI, I dah jumpa blog Kay hasil googling....walaupun Kay memilih untuk berdiam diri selepas penceraian dengan arwah Sudir, tapi ternyata peminat Sudirman ingin sekali mengenali siapa bekas isterinya ini...Kay yang terkini tetap cantek seperti dulu...sama seperti yang digambarkan arwah...biarpun usia telah melewati 50-an.... :) Walau pun masih 50-50 kesahihan, tapi rasanya..memang itulah Kay yang Sudirman maksudkan.......

Bagi I...I sangat tersentuh dengan lagu Pelangi Petang....liriknya sangat bermakna! Begitu juga dengan lagu Nilai Cintamu, Jauh Di Sudut Hati even lagu Balik kampung pun..kita akan ikut menyanyi secara bersungguh-sungguh...memang kekuatan lagu-lagu arwah Sudirman terletak pada liriknya...kemudian diberi penuh penghayatan ketika disampaikan...maka impak maksimanya...lagu arwah masih berhantu....biarpun arwah telah pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu....kadang-kadang, mungkin bila apa yang kita buat itu ikhlas..pasti akan dikenang sepanjang zaman.....betul tak?

Lagi satu yang I memang rasa nak sangat berada di tempat kejadian adelah time Konsert Chow Kit Road! hoh bukan sekadar tengok review kat kaca TV saja...I telah merasai semangat Sudirman bila berjaya menemubual mereka yang pernah berada di konsert itu...sungguh jeles....sebab I baru dua tawun!!! Hahahaha..jangan lah seriyus sangat...nanti bayangkan I ala-ala student nak buat kajian p menemu ramah pulak...sebenarnya...I sembang-sembang ngan pak cik I je...tapi gaya dia cerita semangat sungguh sehingga mengundang elemen kejelesan....hehehhe

Harap-harap..Tibi tak kisahlah tibi apa pun..siarkan lah balik cerita KAMI lakonan arwah...teringin nak tengok di kaca tibi semula...memang la bleh jer tengok kat youtube..tapi kurang feel lah kan....Walaupun hampir 19 tahun Allahyarham pergi meninggalkan kita, namun nama dan lagu beliau tetap kekal dan segar dalam hati kita. Antara lagu popular dendangan Allahyarham ialah Chow Kit Road! Chow Kit Road, 31 Ogos, Pelangi Petang, Balik Kampung, Terasing, Salam Terakhir, Merisik Khabar, One Thousand Million Smiles, Hoore! Hoore!, Hujan dan banyak lagi...Selain bergelar penyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang, pelukis kartun, usahawan dan juga pelakon....


Read more: Perjalanan Hidup Sudirman Didokumentarikan http://www.malaysmart.com/hiburan/perjalanan-hidup-sudirman-didokumentarikan.html#ixzz1EgOqozKT

Al-Fatihah untuk arwah Sudirman Haji Arshad!

Sunday, February 20, 2011

House Warming Pn Liza Idrus!

Hari Ahad las week, Puan Liza buat house warming kat Kota Damansara...baru pindah situ setelah sah menjadi somi isteri...kami sebagai rakan-rakan plus bujang pulak, macam orang mengantok disorongkan bantal lah bila Pn Liza jemput makan-makan nieh...I pulak tak mencemar duli time Pn Liza kawen...jadi, niat memang nak menunjukkan muka...yang ada adalah gang-gang biasa UTM...hat mana masih berada di Lembah Klang nie...upline yang hadir adelah Kak Ekin Sri Petaling...Kak Edd...Pok Yie nge Ct As, Kak Farah plus Iman serta adik Kak Farah nama ijoi kot..hahahha...ntah tak dapat nak recall..den I ngan Che Nah...memandangkan kami jer...memang dapur Kak Liza I buat macam dapur rumah sendiri la jawabannyaaaa...pas tu 3/4 round ulang makan...specialty dari Pn Liza adelah Nasi Ayam ngan Laksa Perak....kuah pedasssss tapi sedap babe! Likat pekat elok kaya isi ikan....pot pet pot pet sambel makan and sampai kena bukak butang seluar..memang tak der ucapan laen nak ucapkan pade Pn Liza selain terima kaseh serta selamat menjadi isteri mithali bukan isteri bertali....

Geram kat Iman jugak! Sebab sepanjang masa kat ctu...cengei bukan main org kampung I neh...asyek cakap..jangannnnn lah! sentuh sikit pun tak boleh...asyek nak angen jeee..PMS ke hape Iman oiiiii....dulu time tak pandai jalan, setiap auntie u bleh je kamceng...hahahha....drama ko iman...hujung-hujung time perjumpaan dah nak dismissed baru nak tunjukkan kemesraan....ape pun iman, auntie Mek ucap tahniah ke mu..sebab dirimu begitu cam-whore....tengah marah pun, kalo org hala lensa kamera...dier tetap posing...hehehe!


Ketua Wanita Kawasan Bukit Jalil, Kak Ekin Sri Petaling....
Eh akak..macam sedap pulak u bagi nama kat sendiri kan....detek balik kat entri dulu-dulu...

Kak Farah tengah menikmati sepinggan laksa!
Pok Yie masih dalam usaha nak mengorat Iman tapi nampak macam Iman tak bagi kerjasama...

Jegeyyyy sikit mata kat Iman tuh Kak Edd.....
biasa nie asyek nak main ngan laksa ja dari tadi...babab sikit dia auntie Edd..
tapi pas tu, Auntie Edd yang kena babab balik...



Sesi tengok gambar kahwin Pn Liza kat story book!
berat kan main mau 3 kilo kot......
tema ungu yang Pn Liza pilih cantek dan menyerlah dalam pictures...
nampak pics hidup giler...brapa riban la u habes tok wedding pics nie yer...
tak de la kusam sangat macam someone....oooppppsss!!!!
tak baik kutuk orang....hahahahhahahaha.....tapi tak boleh blah la...
kalau nak cipta kelainan pun kena ader taste jugak....





Iman of the day....eh dengar khabar Iman nak dapat adik nanti...
Kongrets to Mama Imann...habes lah you iman pas ni pasti rase tersisih...

Ahli mesyuarat tingkap ngan tuan rumah...ahli yang lain baru je melangkah pergi...Eh langsong tak ambik gambar pasangan yang masih inai bersisa di jari nie secara proper...laki kak Liza tak dak pun dalam gambaq I....ada pun blurr seperti pic di bawah...


Iman busuk ngan Auntie Liza!!!!!

Saturday, February 19, 2011

Strawberry Jelly Pudding And Oreo Chocolate


Lama tak masakkan???? hehehehe...kini lebih rela guna paste segera asam pedas demi semangkok asam pedas peneman nasik...berbanding dulu I memang persis surirumah sejati..asal hujung minggu je blender cabai kering buang sebekas besar untuk stock seminggu...la jangan mimpi...Cili Boh Cap Najwa yang dok jadi stock...I kalo dapat makan nasi puteh ngan lauk cabai ikan semata pun dah cukop dahhh....yeahhhh..time letih, mmg balun je apa yang ada..tak yah nak banyak songeh...diz week direk tak lunch kat opis...ah sebenarnya lapaq...tapi malas nak turun...plus dengki kat kanak-kanak laen yang asal lunch hour jer, tempat kat blakang fully booked bekonsepkn siapa cepat dia dapat...hahhaha..padahal bontot I dah lengoh dah, tapi sanggop tak berganjak...dengki gila kan? wei kalo depa duduk sampai ke pukul 2 la jawabnya....nak buat cammana...bukan semua tempat bleg googling! hehehe..bahasa pe ntah I guna.....tak pa la..bagi can la....tapi mmg dis week malas gila nak turun lunch plus bz sikit....

Ari tu time balik kampong..sempat la buat Strawberry Jelly Pudding sebekas ngan agar-agar Oreo Chocolate...buat untuk kawan mak I sebab nak balas bekas.....yang selebihnya bagi kat Pak Long...berita kurang enak, Pak Long saket...tapi aktiviti makan-makan I tetap beliau sokong....cuma tak sempat nak ajak Pak Long p ja...lagipun I consider ngan keadaan terkini Pak Long...hahaha..tapi dalam dia tak sehat tu, sempat lagi ajak I pi pekena PASEMBOQ kat kedai Hussein Kopi...petang tuh keluar ke Parit Buntaq sebab nak kena hantaq Pak Cik balik umah Mak Njang...beliau pinjam kereta I seharian dok menyetelkan keje2 beliau yang tak sudah tuh..so biasa la..dah datang hantar kereta, mesti I la pulak nak kena hantar dia semula...gigih gila malam tuh jugak nak balik KL naik bas...biaq la..kudrat lelaki pertengahan usia...hehehe...malam sebelom tuh gigih dok cerita pasai program penurunan berat badan kat I...ceittt....balik kampung habes lari semua diet..disebabkan Pak Long crita mee rebus ngan pasemboq Hussein Kopi tu terbaeekkk...terus dia ajak I p mkn sama....Hussein Kopi??? klasik gila nama....pak long pulak dok kata..."Huda tak mau masuk aih...jantan ke semua" terus abah bagi bantuan..."Dia mmg suka p minum kat kedai kopi" hahahaha...pas tu terus pulak I cantas..."Tak pa aih Pak Long..demi Pasemboq!" ok..time tu mmg sekadar membayangkan kedai kopi kat kmpung..tapi x sangka bayangan I tuh sebenarnya amtalah berlainan ngan keadaan sebenar....hoihhh sungguh klasik rasa macam hidop zaman 50-an.......memang I je sorang-sorang sekuntum bunga di situ ngan 3 bodyguards...Abah, Pak Long and Pak Cik! I relax je....padahal buat-buat relakssss....pasemboq tetap habes sepinggan...memang lazat....ade 3 je menu utama...Pasemboq, Mee Goreng ngan Mee Rebus....main order mulut ja...klasik serta sungguh dulu-dulu...tengok keadaan kedai kopi...memang kembali ke zaman sebelum masihi...heheheh...cawan laen pinggan laen!



Strawberry Jelly Pudding


Agar-agar Oreo Chocolate

Uolssssss...nak resepi ke? Boleh email or private msg I eh...
bukan tak mau share...tapi I macam nak off jap...
jadi otomatik malas nak karang resepi...
Lepas siap...simpan dalam fridge den nikmati ketika sejuk...
memang chill!!!!!!!!
Nak buat pun senang..bahan pun mudah dapat...
kalo kat umah sewa, kengkadang tuh guna bahan yang ada jer..
tu pun sebekas sebekas laku.....kitaorang memang kuat makan!

Ader orang rikues untuk buat time engagement someone..tapi I macam tak dapat berada di tempat kejadian...maka mungkin akan KIV time majlis perkahwinan....diaorang nak pudding I jadi dessert time makan beradab..mak aihhhh...I bukan ape..riso tak jadi pada hari kejadian jer....biasala...amatur!

Friday, February 18, 2011

Hujan Batu Di Negara Sendiri


Smalam kol 6 dah lari-lari anak nak balik sebab dari atas nie I nampak jalan clear giler....masuk je kete..start enjin dan makan cekelat..bawalah dengan hati yang riang serta berpikiran positif...yeppp kena berpikiran positip tuk tempuh jammed...hehehe...bahagia lah kononnya...tapi baru je drive keluar dr Brickfields, terus suasana jadi gulap gulita...tadi time kat TM, I siap pakai sunglasses lagi sebab terik mentari petang..sungguh ajaib dan tak semena-mena bumi Kolompo di timpa hujan yang selebat-lebatnya...memang drive secara berhemah la...I balik ikut Federal Highway..slalunya jammed..tapi semalam lengang...ade la beberapa biji kenderaan yang sama-sama bertarung nyawa drive dlm hujan...bes sebab tak jammed..tapi terpaksa pasang hazard button...bahaya ooooooo...dah la rasa kilat nak sambar kereta kiter...ntah nape I ambik risiko nak drive jugak...walhal banyak kereta lain dah berenti tepi jalan....pastu dengar hujan semakin menggila...bunyi sangat kuat...I teliti betol-betol...rupanya hujan batu....!!!!!!!!! patutla bunyi sangat menakotkan.....keadaan federal hiway pun macam kelam kelibut...banyak pokok tumbang and billboard jatuh menyembah bumi....sgt horror...tapi I gigih jugak drive pelan-pelan...Sampai je kat area Bandar Sunway...langsung tak hujan..belah sana lebat kanmain memang tahap membahayakan diri kalau meneruskan pemanduan..eh tapi i teruskan jua...rasa lagi takot nak berenti!!!

Dan semalam Petaling Jaya banjir....jarang Petaling Jaya banjir.....mujur la I tiba di USJ dengan selamatnyaaaaaa.......



Wednesday, February 16, 2011

Cari Penat Di Cameroon Serta Buang Duet!







Cerekarama Ampunkan Daku


Apa perasaan anda saat menyaksikan cerekarama minggu lalu???? rata-rata status di fesbuk terutama rakan perempuan semuanya mengupdate kata-kata berunsur sedih, syahdu dan yang sewaktu dengannya...rakan lelaki pasti lah memilih untuk tengok bola....uuuuuu penoh restoran! Tapi para ibu, para isteri yang ditinggalkan keseorangan di rumah akibat laki pegi tengok bola ngan teman-teman sekutu...dan juga anak dara, pasti tak melepaskan diri dari melihat citer Sheila Rusly yang ini...buat para isteri yang berebut remote ngan suami, maafla..anda perlu melihat kembali di tonton.com hehehhe...dak pon berdoa saje lah akan diulang tayang semula.....

Dalam kepala otak I, memang bajet crita neh sempena dengan Valentine's Day...ah apa boleh dicanangkan lagi..kalo itu lah memang realiti yang bakal berlaku...sedikit peringatan jika mampu memberi kesedaran kepada yang diluar sana, pasti tak ternilai harganya buat Pn Hajah Sheila Rusly....sebabnya...kalau kita menyoroti kisah adik-adik ini...bahana Valentine's Day lah yang menyebabkan mereka terpaksa ke sana...mungkin pada mulanya tanpa kerelaan hati..tapi finally, terpaksa jua...kerana yang di dalam itu tidak bersalah..langsung tidak walau sezarah!!! selain Valentine's Day...sambutan-sambutan gah setiap tahun juga memberi sumbangan...penah juga I bacer artikel yang bertajuk "Selepas 1.1 dan 9 bulan kemudian"..tak ingat kat majalah mana...tapi isu itu sentiasa ada...dan time zaman remaja dulu-kala, haruslah bace REMAJA..pon ada jugak.....ah kalau nak disentuh, memang terlalu banyak....tepuk dada tanya selera sahaja samada kita ingin membaca atau tidak....

Karya Sheila Rusly ini sangat menyentuh hati...mungkin ironinya kami seorang wanita yang mudah menumpahkan air mata...tapi hakikatnya...saat menyaksikan drama ini, terlalu banyak persoalan yang bermain di benak fikiran...macam tak tercakap dah...hati tersentuh lagi saat melihat wajah puteh bayi comel...naluri perempuan mana tidak mahukan anak...tapi bila kehadiran anak dalam keadaan tidak bersedia..dalam keadaan yang salah..pasti emosi si ibu muda yang sebenarnya sangat penyayang boleh bertukar menjadi benci....kisah ini mengupas kisah realiti...kisah ini cuba dikongsi dengan masyarakat...agar masyarakat paham...dan tidak terus menghukum mereka yang telah berbuat salah...pernah I baca kat sebuah forum yang menyatakan jika seseorang berbuat salah dan akhirnya sedar akan kesilapan yang telah dilakukan, dan seterusnya meminta keampunan Allah...dia 1000 kali lebih mulia dari mereka yang berasa diri mereka bebas dari kesilapan...Sayang sungguh Allah kepada hamba-Nya...

Hmmmm...dekat rumah I dekat kampung, ade sebuah rumah khas untuk adik-adik ini...awal-awalnya...I tak sedar pun..tapi bila nampak macam pelik jer...maksud I, dok nampak orang berkumpul la..sidai baju berjemaah la...ape lah...baru I tanya mak I..katanya memang milik NGO...heheh...mak I tak de la sebut NGO tapi dier sebut nama tempat tu la....terpaksa dirahsiakan....adik-adik nie memang ditempatkan kat kawasan hujung kampung...dan jauh la dari keindahan dunia luar sebentar...sebab tujuannya, adelah untuk memulihkan mereka...kami sebagai penduduk setempat, menerima kehadiran mereka...ini bumi Allah...mereka juga ade hak..mereka harus diberi peluang kedua...jadi, tak timbul isu macam mak cik kepoh dalam drama tuh...kita sebagai manusia biasa, tidak layak menghukum...jika tidak mampu memberi pertolongan dari segi masa, ilmu serta wang ringgit..cukupla sekadar berdoa agar mereka betul-betul kembali mengubah diri...

Time tengok tuh..i tengah buzy jugak buat benda lain sambel pot-pet..tapi babak demi babak, hati makin tersentap...hati makin tersentuh..memang tau dah..kejap lagi pasti ader esakan....Che Nah yang chop VIP seat kat depan dok hinggut-hinggut bahu dah...Sya yang baru join kat tepi dok bt tanya banyak soklan..tapi I dah tak bleh nak jawab sebab suara dah sebaK...las-las seisi rumah sengappppp...yang kedengaran hanya tarikan hingusss....sreeeetttttttt!!!!

Hoh...memang sedih....background music pun memberikan impak maksima...lagu Tika dan Saat Ini from Medicine...huhuhuhu...memang menangis tak berlagu lah...ape pun, lirik dia diubah suai...cuba anda hayati sebentar...sedih bukan?


Entahlah...memang tak tercapai dek akal neh...apa perasaan mereka yang terpaksa menghadapi situasi ini...perasaan dibuang keluarga..perasaan malu dengan kawan-kawan..perasaan ditinggalkan oleh orang yang sudah tidak mahu bertanggungjawab..padahal benih dia!!!!! Pasti perasaan itu matiiiii...perasaan yang lari jauh entah ke mana....sedihhhh...hanya kepada mereka yang ingin membantu serta yang faham serta memberi peluang sahaja tempat untuk mengadu..selebihnya..pasti cacian serta hinaan yang diterima! Cuma kadangkala saat membaca kisah-kisah sebegini..terasa kagum dengan keluarga terutama ibubapa yang boleh menerima...memang muka mereka telah diconteng arang...namun kasihnya ibu, sampai ke syurga...sanggup bela cucu yang barangkali dipandang hina oleh jiran sekeliling...sebenarnya, anak-anak ini walaupun lahir secara tidak sah tapi mereka mempunyai kelebihan sendiri antaranya dianugerahkan rupa paras yang cantik/segak serta pandai...hati I sayu sangat time baca crita-crita dalam satu forum neh...memang dah lama I baca forum tuh..cari something tapi tersampai kat situ...owhh..memang sedih...tapi itulah realiti kehidupan yang perlu ditempuhi jika sekali telah tersalah...namun jangan kita bezakan mereka kerana sesungguhnya tiada yang berbeza sesama kita...

'Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika di toreh tidak dapat dilihat perbezaannya'


Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

Ku ulangi pertemuan
Walau hanya ku mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini ku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri..


I dulu pernah berniat nak jadi sukarelawan untuk badan-badan macam nie...sejak dari zaman kampus lg berhasrat..pernah juga nak berprogram ngan diaorang tapi bajet tak lulus oleh HEP UTM, maka terpaksa KIV dulu...las-las busy sampai hujung semester and dah resign dari MPP UTM, terus terkubur...dengan harapan MPP pelapis akan teruskan tapi tak der progres...I nak poyo lagi pun dah tak boleh dah sebab last sem..kena bagi tumpuan penuh kat Projek...hhhh...jika masih berkesempatan I tetap mencari ruang ...dalam hati kecil I ini, I nak menyelami perasaan mereka dan nak peluk cium baby-baby yang baru lahir itu..I sedih :(

Semoga Pn Hajah Shiela Rusly dan suaminya Jinggo akan terus come out dengan cerita-cerita sebegini yang membongkar realiti serta memberi pengajaran....

Tuesday, February 15, 2011

Tak Mboh Tido..Nanti Mak Ude!!!


Tue ayat mek kecik tuh..saat dok nanti mak ude datang tapi tak sampai-sampai sampai dier tergolek atas tilam ngan sendirinye...ciannn kat muchuk debab mak ude nie ye....mak ude gi menyantap dulu...tu yang lambat tiba kat umah mek kecik..plan baik punya nak bawak mek kecik jalan-jalan pegi tasek...tapi bumi KL ditimpa hujan...las-las mau 3/4 jam kena layan mek kecik tengok katunnnn...hadoihhh ngantuknyer...mak ude nguap beribu kali dah...tapi syiok jugak dengar mek kecik membebel...kejap-kejap nak jadi Angelina la..puas tanya angelina tu apa...tapi jwpn mek kecik..."Angelina lah!".....las-las baru taw angelina tu seekor tikus...tepuk tepuk bahu mak ude sambel cakap...nak!!! semua benda muncul kat tibi semua dier nak.....pas tu tak dan dok seminit citer pulak pasal miti mos..mini mos..oyel duck..deshi duck...doopi..puto...hamboihhhh semua benda mek kecik hafal....nyoh nyeh nyoh nyeh dier lam dielek ganu yang mmg sah-sah la mak ude terkebil-kebil nak paham :)

Cucu Mak Tok yang sorang neh memang jadi kesayangan ramai...kalo Mek kecik balik..wan tak berenti bawak ronda naik moto....Mak tok pulak p mana pun asyek ingat kat dier..mesti ade ole-ole punya....ari tu naik kameron pun...berlambak mak tok beli tok dier sorang jer...hissssshhhhh geram sungguh tengok mek kecik yang latest nie...gemukkkkk bukan main dier...rase nak gomol jerrr...tapi awal-awal tu eksyen dulu...dok buat chombbbbbbbbbb.....Mak Ude tepon mak tok pun diaer tak mo cakap...masih moody bangun dari tidoq!

Paling terkejut tengok rambut dier...hamboih u, rambut bakal afro nampak....eh Iman Najihah pun menerima naseb yang serupa...hari Ahad ari tu, jumpa budak-budak curly hair saje.....dah lame sikit, baru mau kawan mak ude....baru nak gesel-gesel bahu....baru nak duduk sebuak atas paha empuk mak ude ni...mmuaahhh...cayang dier!!! Afrina dah nak masuk 3 tahun...besar panjang kembong elok kiri kanan macam budak usia 5 tahun...tapi yang best bahase diri Adik!!!! siap lah u nanti bila dapat adik nanti...bakal diketepikan....

Eh memang geramm lah kat dier....dah la asyek ajak Mak Ude gi Sogo...balik kampung pun mak tok cerita bukak-bukak mata..terus ajak pegi Sogo...adekah ini disebabkan time dier kecik2 ari tu Mak Ude penah usung dier pegi Sogo..kena badi gamaknyerrrrr


Perott debab betollll...stress mak ude bila pegang..hehehe


Hah tu diaaa...berapa kilos la mek kecik neh skarang..
badan kejap gileeee...debab sangat! suke mak ude peluk dier...



Pishhh dier 3/4 jari ha...bukan dua okeh!



video mek kecik dok nari quek-quek donal duck...
entah la boleh loading ke tidak...harap-harap boleh...
suke nor tengok aksi mek kecik neh....
nie kalo tunjuk kat mak tok ngan wan...
mesti diaorang geleng-geleng kepala!
cerdas bukan main...cakap butir elok...
cuma dialek ganu kuat sungguh la.....

Saturday, February 12, 2011

Dessert Near Hotel De Ferns, Cameroon

This is mine...Glory something nama dier..glory la sangat...hehehe
paduan ice cream strawberry...whipped cream..buah strawberry...buah-buahan cocktail and emping jagung enak....yaaaa....Tora datang lagi.....!!!!

Banana Split for Nana...
Tapi mother I komplen...banana nyer lebamm..
elok buat Cokodok jer...kekekeke

White Coffee For My Appa....he request something hot and warm..
so i choose diz for him....

And my mom..macam biasa la..menjaga kesihatan...
tak ndak nyerr makan ape-ape...tetap setia ngan mineral water...

Ini adelah Pit stop yang dekat Hotel De Ferns tu..now dah ade restaurant for steamboat...memandangkan we oll baru je lunch jap tadi...so singgah sini sebab nak makan pencuci mulut jer...tambahan pulak memang stop sebab tension tengok kenderaan panjang berjela....tapi tak ingat nama apa...yang sebelahnyer ade souvenir and gift shop tuh!

* Berenti rehat pekena ice cream di puncak Cameroon Highlands, semua manusia bersesak-sesak di sana cari apa pun tak taw!!!!!! *

Friday, February 11, 2011

Mek Membuat Kunjungan ke Kota Sarang Semut..

Morning uolsssss....bagaimana pagi anda? ceria? owh I macam biasa la..terbungkam sampai badan rasa panas kena terik mentari baru nak bangun...tu pun sebab pundi kencing rase dah penoh...hehehehehe...sound macam ya rabbi anak dara ni malas nauzubillahhhh...tapi anda tahu tak yang I dah lama tidak menikmati keindahan bangun lewat..tahu tak..tahu tak tahu tak...so...I deserve untuk bangon lewat pagi ini...

Ah pegi toilet berbau yang kurang enak..bukan bermakna i tercirit dalam sluar ke hape..no no no...jangan pikir begitu..sejajar dengan penampilan I, takkan la i nak mengabaikan aspek-aspek tak senonoh macam tu kannnnnn...tak Mekrieda la! haiyyaaaa...semalam time online kat depan tv pun...I berbau benda yang sama...bukan semalam je...malah time baru menjejakkan kaki dari percutian yang panjang...eh panjang ke dek non oi..boleh laaa...dah berbau something! bukan bau kemenyan..tapi burning smell! puas cari kat mana...eh tipi, time awal-awal tu..tak der sape pown yang berinisiatif nak pegi hidu..maklumlah sliding door bukak secara terpelahang...bajet dari rumah jiran la....

Namun hidung I rase sangat rengsa semalam...gusar jugak...gelak tawa tatkala melayan License To wed pun, tak mampu nak hilangkan resah dan gundah di hati...akhirnya tercetus la status di pesbuk yang berbunyik omputeh sikit...

There is a burning smell in my house but i cant find where its coming from..something like burning wire...should i be worried ???? already take a close look to each switch, junction box and anything related to electricity... (^^)
Pas tu I terus halau semua manusia yang tengah dok melayari alam maya kat kawasan CC umah tuh supaya off or cabut plug battery laptop memasing...sungguh bahaya jika meletup...habes semua laptop bakal musnah...

Today memang terpaksa cari electrician...panggey mai tengok sat...dah lah dok buat bunyi bukan-bukan kat main power tuh...uissss cam lipas kudung I tempik kat ahli rumah agar phone any contact no yang available...no Das dah ilekkkk....sorang pun tak simpan...tunggu la bebila jumpa dia tengah jalan, minta no dia balik....I menejrit tu bukan apa...hari ni ader Dil Tol Pagal Hai...serius nak tengok...boleh rase muda 13 tahun kalo tengok citer yang sezaman dengannyer...sebab tu la gigih jugak calling electrician....mengancam nyawa 5 anak dara kalo dok biarkan lagi...tahap berbau yang dah sangat nazak dah !!!
Uncle electrician datang sepantas kilat...dan dia pun buat kejer sepantas kilat...dan duet pun sepantas kilat la pegi kat dier....yang penting, leh tgk Dil Tol Pagal Hai...Someone..Somewhere..its made for youuuuuu!!!!!!!!!

Dah puas membebel di atas, lupa pulak tujuan sebenar entri neh...nie pon kes sepoloh tahun tak jumpa...ekcelli more than dat kot...Cuti raye ciner ari tu memang tak der idea nak pegi mana...ingat bleh la dok rumah tolong mak masak...tanam pokok bunga ka..or lepak makan bawah pokok jambu tepi sungai saja...tapi niat yang tertanam sebelom sampai rumah memang lebur macam tuh saja..tambah pulak bila balik drive sendiri...kalo tak der kete rasa macam patah kaki....mengambil kesempatan waktu yang ada pegi jumpa Kak Raha kat Kota Sarang Semut...mengah perut! Oh hoooo...kak raha time I pegi tuh...tapi tak taw lah semua di masak sendiri atau ade assistant yang tolong....kedudukan rumah yang bertentangan ngan segala macam jenis gerai jualan..buatkan kak raha sekadar ambek purse den menapak ke seberang jalan....mula-mula beli jambu ngan jus jambu...pas tu kueh mueh berupakan gorengan macam chakoi, pisang goreng and etc...den finally time I bersimpuh elok nak dok makan...dia kata
"Weh....aku pesan ayaq teh ais kawww punya.....aku taw ang suka minum teh ais"

Waaaa...i memang lap u lah kak raha...masih ingat paberet i.....tocey tocey...huih pekana teh es tuh sedikit sebanyak mmg mengingatkan kembali lah kat teh es abg bawah fajar....uiii pekat elok umpama air sungai yang keruh...cukup susu...cukup teh...cukup sukatan air...maka teh ais yang terhasil sangat nikmat!

Dok sembang-sembang sat kat rumah mak kak raha, I ajak dia kuar teman I pegi Pekan Rabu sat...besa la mother I memang ader buat pesanan ringkas...time tuh baru Kak Raha angkut I pegi rumah dier...menyusuri sawah nan luas terbentang rasa macam pulang beraya pulak....dah jumpa mesti banyak cerita...kengkadang benda yang I dah lupa pun Kak Raha boleh ingat lagi...sempat bersama Kak Raha from Form 1 till Form 3 ja...den lepas tuh kak raha tukaq skolah! Mengah jugak la I dok berceghitaaaaaa....sungguh banyak sampai tak tersusun dah yang mana satu....10 tahun punya crita nak conclude dalam masa satu hari jer..maner cukop....so yang mane sempat je la...ahhh I taw kak Raha, you tak mengijinkan I berangkat pulang...tapi bila Auntie Shabiha dok ulang coll banyak kali...harus la I setart enjin walaupun time tuh jarum jam dah kol 6 lebih...janji ngan auntie Shabiha nak balik awal...tapi I memang suka langgar perintah berkurung tuh....hihihi

Memang tak puas jumpa kak raha ari tue...I pulak asyek dok nak tergelak bila tengok dia dok melayan karenah anak tunggal nye setakat ini...Shazwani Shatira! uiihhh tengok saja gambar...dah nak sama tinggi ngan auntie jer haaaa....besaq dah...dah darjah tiga tawun ni...ke memang I nie jenis stock katik rendang lagi berbuah! tapi kak Raha tetap seoarang Mama Yang Brutal....brutal sunggohhhhhh!

malas la nak huraikan ape yang kami bualkan..tapi memang tahap aku nak cakap klau nak cakap la...sampai terpaksa jerit...wei stop sat, bagi laluan kat aku nak cakap jugak! so many thing to share....to let know each other....dat's y la memasing laju jer pot pet pot pot pet....sampai tak sedar masa bergerak pantas ! Balik dari Pekan Rabu...lepak makan laksa kedah sat...memang xtvt makan serta bersembang...plan asal kawan nak buat mee hailam kat I tapi dah i ajak p Pekan Rabu...pakai Mee Hailam tu taruh untuk esok la....time nak balik pon, dapat bekalan di hari tua lagi iaitu ketupat orang kedah...gemok-gemok..mesti mother I suka....

Terlepas jugak lah rindu kat Kak Raha lepas bertahun tak jumpa...
pas tu I pesan, I nie memang jarang serta malas nak bereply-reply mesej...
dat's y I terus coll jer........hehehehe
mlasa benar nak menaip mesej..bukan zaman cinta monyet dah...kot kalo ader orang main missed call missed call terus direk I call nak taw sapa dia hat ade banyak sangat kelapangan waktu nak main-main neh...

Kak Raha, thanx you so much...
ade mase ketemu lagi....sure punya kalo berkelapangan!
bes kan kalo dapat jumpa kawan-kawan lamaa nehhhhhhhhh....








Ikan pekasam...paberet lidah I jika di kampong!
Balik ari tuh tak rase nak makan pun sangat ikan pekasam....
so beli untuk mak aje...slalu I akan bungkus dua tiga bungkus untuk bekalan balik kolompo!
Sedap dehhh makan ikan pekasam ngan cili kering time nasi panas-panas.....



 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template