Friday, February 25, 2011

Madame Solha!


Tengah buat kerja, tiba-tiba teringat.....* (hahaha..gelak dulu bagi yang memahami!)..teringat kat Madame Solha! hasil dari ingatan tersebut..I tergelak sendirian....bagus jugak la..at least hilang rasa mengantok saat anak mata mula mengecil disamping seluruh tubuh badan diselimuti hawa sejuk pendingin udara...

Siapa Madame Solha???Apakah pertalian darah antara beliau dengan tuan empunya blog? Madame Solha juga pernah dikenali sebagai Solha Samperit..bukan bermakna beliau pengeluar utama biskut samperit tatkala sambutan perayaan berada di hujung selekoh, ia sekadar lawak jenaka yang terhasil daripada penglabelan saat menempah kueh samperit...Jelas kelihatan pelekat itu tertulis SOLHA SAMPERIT...mungkin telah berlalu selama 10 tahun nan lalu, tetapi emosi ketawa saat itu masih terbayang di ruang mata..

Ayuh mari kita kenali serba sedikit tentang Madame Solha sebelom tuan empunya blog kembali ke tujuan asal..Madame Solha merupa satu-satunya adik perempuan kepada Bonda I...jika dibandingkan antara mereka berdua, ternyata sangat berbeda watak nya ya....umpama langit dan bumi...memang jauh anus dari mangkok tandas..namun perbezaan itu lah yang menceriakan hari-hari kami tatkala mereka bersua...tiada apa yang sama melainkan cerita tentang hospital serta istilah-istilah perubatan yang acapkali digunakan dalam perbualan harian mereka..Bonda gemar menyingkap kisah silam zaman kanak-kanaknya..sudah pasti antara yang menjadi ingatan adelah crita tentang adik-adiknya...sebagai anak kedua tetapi sulung perempuan..sudah pasti urusan mengurus adik-adik terletak di tangan beliau..begitu juga dengan bab menggiling rempah serta memarut kelapa menggunakan kukuq nyok dalam bahasa kami sehingga terhasil santan kelapa! Menurut bonda, di zaman kanak-kanak Madame Solha...beliau memang seorang yang super aktif...mendengar cerita bonda, memang I akui..Madame Solha seorang yang cergas lagi cerdas...beliau mengungguli skuad bola jaring barangkali...kesanggupan Madam Solha mengayuh basikal dari rumah arwah Tok ke sekolahnya..memang sangat I kagumi! Heyy..jauh taw..memang sangat jauh...Pulang sahaja dari sekolah...Madame Solha akan mandi secara pantas..kadangkala tak sempat makan pun...beliau akan gigih mengayuh kembali basikal ke sekolah untuk sesi petang.....pulangnya dari aktiviti sekolah, beliau akan terus berjumpa rakan-rakan mungkin di parit tali air..tidak kisahlah untuk bergosip mahupun merancang aktiviti mengelilingi kampung yang juga dilakukan dengan basikal kesayangan..saat senja melabuhkan tirai, baru Madame Solha akan muncul semula di pintu rumah...tidak pernah melebihi had waktu yang ditetapkan oleh arwah ayahanda, Madame Solha tetap mematuhi ciri-ciri gadis kampung sejati....

Kini mungkin sudah beberapa dekad berlalu...namun Madame Solha tetap aktif dengan apa sahaja yang mendatangkan kebaikan terhadapnya...sebagai seorang misi di klinik kerajaan, Madame Solha tidak pernah lari dari tanggungjawab malah seringkali dipilih oleh Pengarah Hospital untuk menyertai apa sahaja aktiviti mahupun kursus yang dilaksanakan tanpa mengira mileage....tuah ayam nampak di kaki, tuah Madame Solha membawa beliau ke serata dunia...mengapa? Kerana beliau adelah seorang yang sangat sempoi...serta berbakat! Kenapa I berkata demikian...di saat orang lain tertunduk malu serta berpura-pura tidak mengerti...Madame Solha bingkas bangun menyelamatkan keadaan dengan menyampaikan sebuah lagu....biasa lah di hospital kerajaan, pasti banyak agenda...beliau juga seringkali dipilih menjadi tekong nasyid mahupun sebagai musabaqoh wanita mewakili Hospital Parit Buntar...namun sebenarnya tarian poco-poco lah yang sering menjadi tumpuan para peminat Madame Solha...selain menempa nama di Hospital Parit Buntar, beliau juga sangat disegani ahli qariah Taman Pekaka....

Begitulah serba sedikit tentang Madame Solha...jika ada masa, kita pasti akan kembali menggali memori bersama Madame Solha lagi....untuk episod kali ini, I nak bercerita tentang tindakan luar kawalan mahupun refleks terhadap sesuatu situasi...jika dikenang, pasti ia merengsakan perut...terima kasih kepada anakanda-anakanda beliau yang sudi berkongsi kisah..maka kisah yang terpatri di dalam kotak memori ini, I terjemahkan dalam bentuk penulisan...ah sememangnya..anak-anak beliau sering bercerita itu dan ini saat kami bertemu..dan semestinya..perlakuan Madame Solha juga akan di adu dombakan...

Tindak tanduk Madame Solha memang sukar dijangka...antara yang menjadi ingatan adalah saat Madame Solha menyinga tahap graf infinity..yang memaksa kami pulang semula ke Nibong Tebal biarpun saat itu sudah betul2 berada di bawah bumbung shopping complexs yang berada dalam 50km dari lokasi istana hinggap beliau...bukan sekadar nak rasa hangen ekond, nak jejakkan kaki main entrance pun terpaksa dilupakan..akhirnya, stereng dipusingkan semula...gara-gara kelalaian anakanda terbawa kunci rumah bersama-sama..langsung tak tinggal kunci pendua.....!!!

Suatu ketika dahulu, di saat Madame Solha mula menjinakkan diri dengan handphone..kami sering mengutuk beliau...bukan kutuk apa pun, sekadar menyatakan ketidakpuasan hati terhadap mesej yang dihantar..lengkap segalanya tiada satu huruf yang tinggal..sekadar contoh..cuba hayati mesej di bawah

"Emak sudah habis bekerja. Sila ambil emak sekarang. Jangan lewat!"

Pastinya ayat sebegini mengundangkan kemarahan terhadap golongan muda..selain menyatakan ketidakpuasan hati, Madame Solha turut diajar untuk lebih berhemah dalam menaip mesej..namun masalah lain pula yang timbul apabila beliau terlalu kreatif bermain dengan huruf...yang terkini, beliau menggunakan shortform yang sangat sukar difahami oleh semua golongan...iaitu T.S!!! macam tu lah lebih kurang...mesej di hantar kepada si anak yang masih terbungkam tidor barangkali di dalam bilik hostel...sedangkan beliau sudah tiba di bawah dan menunggu seperti isteri YB melawat kawasan...

Pada hemat anda, apakah tafsiran yang akan anda fikirkan untuk terjemahan T.S tersebut...yeah, kepada tuan empunya belog, dia juga bingung nak teka apa...lama kelamaan dalam nada suara anak yang mula vibrato dan dikuasai dengungan tanda nak gelak..misteri T.S akhirnya terjawab...ia membawa maksud Turun Sekarang!!!! wahahhaha...sumpah tak tau sampai bila pun kalau tak dibagitahu...begitulah perkembangan terkini penguasaan shortform Madame Solha...

Seterusnya adelah mengenai jawapan yang Madame Solha berikan terhadap anak bongsunya...ketika mendengar ceramah agama, pasti syaitonnnirajim sentiasa mengganggu anak cucu adam dengan menghilangka pokus...antaranya adalah menyebabkan kita mengantok! Si anak dengan rasa penuh mengharap menghantar mesej seperti di bawah...

Chit chat anak ngan mak via msg masa kami tengah dengaq kuliah kat PAKSI:

anak: mak, adek ngantuk

...after few seconds...

mak : syaitan tu nak kena taboh!!!!

hahaha.. trus tegelak2 sampai ilang ngantuk..

seriyes jika bonda I yang berkata, pasti stakat suruh pi basuh muka sajaaaa...hehehehhe...terima kasih Madame Solha kerana menceriakan hidup kami...terbaekkkkkkkkk!!!!

Dibawah adalah gambar tekini Madame Solha....



Aksi dirakamkan saat menyertai rombongan meminang hari Ahad yang lalu...gambar adalah sumbangan facebook Hafiz Madzlan...dan buat kazen I, Selamat Bertunang!!!!

4 comments:

aZr|n said...

hahahaha. madame solha terbaik.
chup, hafiz dah tunang ka? saja nak tau. ahaks.

siti khodie said...

hahaha..kakcik cerita yg tersangat menarik ttg madam solha...apapon madam solha sempoiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!hahaha

galbest said...

ein....aah tak dapat disangkal lagi..dia dah langkah bendul aku....

Khodie : mak angkat ang mmg terbaik...sempoiii babe..eh tak la..kak cik tak dan nak gali lebih mendalam..harus mencari bahan dr mak caq lagi..

Anonymous said...

lor...kenapa aku tersign in as westi ulleh plak dah nie..auto gamaknya..ya ampunnnnn

-tn punya belog-

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template