Wednesday, May 5, 2010

Saya Tak Tahu Apa Dia Rasa..(>;<)


Ya.....saye tak tahu apa yang dia rasa saat ini..
Pasti sangat saket..dan sangat mengecewakan....
Kita yang melihat hanya mampu berkata Bersabarlah Dengan Ujian Allah...
dan jangan sesekali kita cakap..kita faham apa yang dia lalui....
kerana selagi kita tidak lalui sendiri....sampai bila pun kita tidak akan pernah faham keperitan itu......jadi dengan itu, jika ade rakan kita yang memerlukan kita untuk bercerita tentang masalah mereka...jadilah pendengar yang setia...atau pun sekadar meminjamkan bahu..biarkan dia menangis...kerana dia akan rasa tenang dengan sendirinya....

Berita ini sudah 5 hari berlalu...saye yang kebetulan membeli barang basah di kedai, terus mendapat surat khabar Metro bertarikh 01.05.10 apabila mendapati berita ini menjadi tajuk utama akhbar tersebut...memang rajin beli newspaper ari Sabtu n Ahad jer..weekdays malas...sampai hari ni, ia masih menganggu pikiran walhal tiada langsung kaitan...yeah...rase sangat sedih dan sangat tacing setiap kali tertengok akhbar tu balik yang dilempar di bawah meja TV...yang mungkin seminggu dua lagi akan jadi bahan pembalut tuala wanita sajer...ahaks!

Bagi yang tidak sempat membaca atau mengikuti berita ini..sini saya copy paste sedikit...

"SEREMBAN: Seorang anggota tentera maut sehari sebelum majlis pernikahannya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 281.6 Lebuh Raya Utara-Selatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam semalam, Mohd Redzuan Abu, 28, yang menunggang Yamaha RXZ seorang diri dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke rumahnya di Jasin, Melaka, terjatuh daripada motosikalnya dan dirempuh sebuah kereta menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang menunggang di lorong tengah lebuh raya hilang kawalan dan terjatuh.

“Sebuah kereta yang berada di belakangnya sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di tengah jalan, namun Proton Wira di belakang kereta itu tidak sempat berbuat demikian dan merempuh mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarganya pagi tadi (semalam),” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Inspektor Ahmad Khairi Roslan di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Di Jasin, tunang mangsa, Nurhidayah Yahya, 26, berkata mengikut perancangan, mereka sepatutnya dinikahkan malam tadi di kampungnya di Masjid Binjal Luar, Kuala Ketil, Kedah.

Katanya, semua persiapan untuk majlis itu sudah diatur tetapi suasana ceria bertukar sedih sebaik menerima panggilan daripada sepupunya kira-kira jam 11 malam, kelmarin yang menyatakan tunangnya terbabit dalam kemalangan di Seremban.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Jumaat, semalam.

Hadir sama Komandan Institut Latihan Tentera Udara (ILTU), Ipoh, Perak, Kolonel Ahmad Tarmizi Elias serta pegawainya sambil menyampaikan Jalur Gemilang, surat takziah dan sumbangan kepada bapa Allahyarham iaitu Abu Latip, 56.

Sementara itu, Abu berkata, dia menerima panggilan terakhir daripada anak sulungnya daripada lima beradik itu kira-kira jam 5 petang kelmarin.

“Saya menanti agak lama juga dan pelik mengapa arwah masih tidak sampai ke rumah dan saya dikejutkan dengan panggil daripada polis (di Seremban) menyatakan dia terbabit dalam kemalangan maut,” katanya.

Entah lah...saya sangat sedih dengan berita ini...sama juga dengan berita keluarga pengantin serta pengantin lelaki yang maut dalam perjalanan ke rumah perempuan di hari perkahwinan mereka tahun lepas...pasangan yang bakal diijab kabulkan itu merupakan lulusan luar negara..yang baru sahaja pulang ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baru dengan ingin berkahwin dan meneruskan kerjaya di sini...lagi sedih, bila arwah baru sahaja menerima tawaran bekerja sebagai jurutera...tak sempat pegi melaporkan diri lagi....inilah yang dikatakan Qada' dan Qadar....

Saya tidak kenal siapa itu Norhidayah Yahya...dia juga memang tidak kenal saya...kami memang langsung tidak mengenali satu sama lain....saya bukan ahli keluarga dia..bukan juga sepupu sepapat dia...juga bukan rakan karib dia....juga bukan rakan alam maya dia...tapi jika saya berpeluang...saya ingin pinjamkan dia bahu saya biar sebentar cuma! agar dia boleh terus melepaskan kesakitan yang tengah menguji dia sekarang...agar dia terus berasa tenang selepas kehilangan 'sesuatu' yang sangat berharga.....

Saya tahu..dia memang perlukan waktu yang sangat lama untuk memulihkan segalanya...mengembalikan kekuatannya...menceriakan diri yang sudah sedikit duka....saya doakan dia agar terus tabah menghadapi kehidupan mendatang.....semoga dengan ujian ini...dia akan menjadi lebih kuat!

Takziah dari saya untuk dia......

5 comments:

emy jay said...

secara kebetulan, nurhidayah yahya adalah skulmate kepada Asyraff..sangat kecil dunia ini kan?

ape-ape pon aku xdapat imagine camane kadaan aku kalo aku ditempat beliau..

Cik Faridah Huda said...

hoh ye ke.....
mmg sungguh kecil dunia ini....

aku juga tidak dpt mmbayangkan jika aku sndr berada di tmpt dia....

misscrab said...

huh ...separuh jiwa ku pergi..

Cik Faridah Huda said...

aku BUKAN wanita biasa...wuuuhuuuu

SYED NAHAR said...

ahhh tak sanggup!

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template