Monday, January 3, 2011

Chilli Crabs


Memandangkan semalam meroyan nak makan crabby patty akibat tengok Spongebob Squarepant direk 2 jam pada petang Jumaat nan lalu..Mek pun gigih la bangun pagi pegi cari ketam...ooooo tak nekmat tidur Mek sebab kena bangun awal...hahahha..malam sebelumnya berlangsung Wild Party sempena New Year Round 2..karok 5 jam tuhhh!!! slama nie paling kuat pun 2 jam setengah..setengah jam lagi dah mengantok!!!...hahahha..bunyi macam liar gilerrrr....ohh jangan salah sangka...kami karok saja..tu pun lagu A.Rahman Hassan bukan lagu sembah syaiiittooonnnn...eh..tengah tunggu gambar di delivery kan ke email gua! den baru leh hapdateeeee......

Resepi Ketam kali ini adelahh Chilli Crabs...cam biase resepi Mek main taram jer..janji sedap di lidah I...ade dua versi kalo nak buat Chilli Crabs neh...satu yang normal..and satu lagi tuh yang abnormal..kehkehkeh..bunyi macam ape je kan...tade lahhh...yang normal tuh yang biasa la..yang abnormal pulak kiter tambah telur...Mek buat yang biasa je kali nie..tak siiiooorrrr sangat nak yang bertelurrrr tuh....



Bahan-Bahan

1/2 kg ketam bunga = 4 ekor ketam * kini harga ketam mencecah RM20-23 per kg
3 Ulas bawang puteh diketuk
1/2 cawan jus limau nipis(5 biji)
Sedikit serbuk lada sulah
1 paket kecil cili boh
Sos tomato
Sos Cili
Sos Cili pedas-pedas manis cap Maggi
Sedikit gula kabung/melaka
1 camca gula
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Daun Kari
Secawan air
Daun salad sebagai hiasan

Let's mengetok kuali...

1. First, bersihkan ketam. Pastikan benda yang bleh buat kiter saket perut tuh dibuang terlebih dahulu.Cuci kasi bersih. Perapkan ketam bersama dengan serbuk lada sulah dan sedikit jus limau nipis (lebihannya dimasukkan ke dalam masakan) sebentar.

2.Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng ketam secara deep-fry. Bila ketam kekuningan, angkat dan toskan.Ketepikan.

3.Sediakan kuali untuk memasak kuah. Tumis bawang putih yang telah diketuk bersama dengan daun kari sehinggah naik bau. Kemudian masukkan cili boh, masak sehingga terbit minyak. Masukkan 3 jenis sos tadi dalam nisbah 1:2:2
nisbah 1 tuk untuk sos tomato! den, masukkan juga lebihan jus limau tadi, gula kabung dan juga secawan air.Biarkan mendidih.

4. Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kuah pekat kendian leh masukkan ketam.Siap.Hidangkan bersama daun salad serta nasi yang panas!


Side order...
Ayam Goreng Berempah quick style...
Daun kari pun tak leh nak tabor akibat tak cukup!
Guna untuk ketam saja...hahhahaha



Hidangan berunsurkan vitamin perlu ada! baru lengkap piramid makanan..
tomis gitue-gitue ajeeeee....



Hidangan untuk lunch semalam...
owhhhh...sungguh kering tidak berkuah...
nie kalo mother I nampak neh...sure dier cakap cenggini...
"Ishhhhh..kering sangat aihhh lauk...sampai tak dak kuah langsung..
sat lagi abah hang tak mau makan...masak sejenis lagi bagi ada kuah sikit..mak nak p tengok pokok bunga kat luaq sat!"

5 comments:

Anonymous said...

chilli crab u mcrieda buat iman i bergetarrrr..huhu

~tasha~

Anonymous said...

jemput la makan tasha..hehehe

-mek-

SYED NAHAR said...

arhhhhhhhhhhh!!!!!! nak crab chilli!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Bagan Lalang! Seafood Galore..

Cik Faridah Huda said...

tunggu aku buat makan-mkan..aku msk chili crabs spesial untuk mu nahar abdullah yahya ningah!

anon : we oll pun dah pegi..memang seafood galore...thumbs up!

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template