Friday, July 25, 2008

Rendang Ayam



Bahan - bahan

1 ekor ayam
200 gm kerisik
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 helai daun kunyit - dihiris nipis
Gula dan garam seceukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (A) dikisar

3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
3 sm halia
10 batang serai
10 tangkai cili kering

Cara membuat

1. Ayam dipotong mengikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan sedikit minyak dan apabila minyak panas, tumiskan bahan A.
Biarkan sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan gauk sehingga rata.Tuangkan santan cair dan masak dengan api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan masak lagi hingga ayam lembut.
4. Masukkan kerisik, daun kunyit, gula dan garam.
5. Kacau rata rendang ini dan masak lagi hingga kering dan keluar minyak.

0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template