Sunday, April 25, 2010

Keluarga Saya Pada Masa Hadapan...

Kanak-kanak 3 Kejora tahun 1999 acapkali disogok dengan penulisan Bahasa Melayu yang panjang berjela...mungkin sedikit lari dari format penulisan PMR yang sebenar...namun didikan yang telah diterapkan oleh Puan Hajjah Noraini ini meninggalkan kesan yang amat mendalam...dengan penekanan tatabahasa serta predikat yang betul..kami dilatih sepanjang tahun untuk menghasilkan karangan yang terbaik...kerana setiap kesalahan pasti menerima natijahnya seperti bercakap tanpa henti secara berjemaah yang seterusnya menghasilkan bunyi seperti lebah....owh..saya pernah terkena denda bercakap ayat yang telah saya tulis sehingga tamat waktu Bahasa Melayu...sudah pasti mulut lengoh tidak terkata di samping menahan tebal muka akibat terpaksa berdiri di hadapan...."Pada waktu pagi bukan Di waktu pagi!"

Mari kita lihat hasil tulisan saya ketika berusia 15 tahun...segalanya disalin semula tanpa sedikit pembetulan...ia merupakan karangan terawal yang dikarang dalam buku penulisan tersebooot...kepada yang malas membaca, anda boleh skip sahaja entri ini....tapi bagi yang ingin mengetahui angan-angan yang pernah saya pasangkan ketika kecil dahulu, bolehlah mengambil pen dan kertas demi mencatat isi-isi penting...heeeeee

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tatkala itu aku asyik membaca novel bertajuk "Bintang Hati Rappers" hasil karya novelis Ahadiat Akashah di bawah sebuah pohon yang rendang. Suasana pada waktu petang begitu aman dan tenang.Mataku terpandang sepasang suami isteri yang sibuk melayan karenah anak-anak mereka.Fikiranku beralih arah dan aku mula melayarkan angan-angan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah. Mataku pula sudah dicalitkan dengan celak syaitan.

Siapakah yang akan bertakhta di hati ini?Ah... aku tidak kisah semua itu.Aku akan mencari pasangan yang ideal dan memenuhi cita rasaku.Paling utama, pasanganku mestilah beriman agar dia dapat membimbing aku sekeluarga ke jalan yang benar.Bakal suamiku itu mestilah berketurunan yang baik-baik dan aku tidak memandang darjat kerana aku juga sedar siapa diriku ini. Insyaallah, hubungan kekeluargaan dakan bertambah erat malah Allah S.W.T amat menggalakkan kita mengeratkan siratulrahim.Biarlah bakal suamiku berpendapatan tinggi.Bukannya aku daripada jenis mata duitan hanya sekadar untuk menjamin dan menampung keperluan hidup kami sekeluarga.Setiap perempuan ingin mendampingi lelaki yang kacak. Bagi aku itu tak penting, yang penting adalah kebahagiaan.Pada pandangan aku, aku lebih meminati pemuda yang berkaca mata.Mungkin ada keistimewaan di sebalik kaca mata itu.

Rumah banglo dua tingkat menjadi pilihanku untuk membina istana bahagia.Ia akan dilengkapi dengan perabot-perabot yang bermutu tinggi.Set sofa yang diperbuat daripada kain baldu akan menghiasi ruang tamu.Hiasah-hiasan indah akan disusun rapi di atas rak-rak yang diukir dengan seni bina Melayu.'Hometheater' menjadi penghibur di kala sunyi. Begitu juga dengan ruang makan, dapur dan bilik tidur. Aku sendiri yang akan mereka hiasan dalaman rumah agar ia dapat menceriakan kehidupan kami.Selain itu, sebuah bilik khas akan disediakan untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Duit banyak tetapi tak sihat, apa gunanya kerana kesihatan lebih penting daripada wang ringgit. Di persekitaran rumahku, sebuah taman mini akan diwujudkan ditambah pula dengan air terjun buatan manusia. Walaupun tidak seindah ciptaan yang Esa, cukuplah sekadar untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan penat bekerja seharian.Daun-daun yang menghijau menambahkan keharmonian hidup berkeluarga.'Rumahku Syurgaku' akan direalisasikan bersama pasangan hidup dan anak-anak tersayang.

Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Tanpa kehadiran mereka, erti hidup berumahtangga tidak bermakna.Bilangan anak tidak ku tetapkan.Banyak atau sedikit aku terima saja.Akhlak mulia akan diterapkan sejak kecil lagi . Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Soal kerjaya tidak menjadi masalah untuk mencurah kasih sayang terhadap mereka.Mereka ditatang bagai minyak yang penuh malah aku tidak akan bersikap berat sebelah.Pandai membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya menjadikan seorang wanita itu berjaya.

Dalam merancang perbelanjaan keluarga, aku perlu bijak agar pembaziran tidak berlaku. Satu perlima daripada pendapatan keluarga dalam masa sebulan, akan disimpan supaya dapat digunakan pada waktu sesak.Tak perlulah kami menebal muka meminta pertolongan daripada sanak-saudara.Sekiranya ada wang berlebihan, ia digunakan untuk membuat amal jariah seperti menderma kepada keluarga yang di dalam kesusahan.Tujuanku ialah untuk melihat rakyat Malaysia sama-sama merasai kesenangan hidup. Itupun setakat yang aku mampu saja.Rukun Islam kelima tidak kulupakan.Dalam usia muda, aku akan mengumpul harta sebanyak yang mungkin.Jika panjang umur dan ada rezeki, aku akan menunaikan haji bersama-sama suamiku.

Jiran tetangga merupakan saudara terdekat untuk meminta bantuan. Hubungan baik dijalinkan agar ikatan persaudaraan tetap utuh seperti kata pepatah Melayu 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'.Majlis ilmuan diadakan untuk mempereratkan lagi hubungan.Sikap toleransi dan tolong -menolong akan dipupuk di kalangan masyarakat.

Kesihatan menjadi sebahagian daripada kepentingan hidup.Doktor peribadi yang berkemahiran tinggi disediakan untuk kemudahan aku sekeluarga.Lebih senang dan cepat.Tak perlulah aku bersusah-payah ke hulu ke hilir mencari doktor. Segala rahsia kesihatan ahli keluargaku akan disimpan oleh doktor tersebut. Mungkin aku akan membina klinik mini di dalam rumahku.

Tiba-tiba aku merasa sakit di bahagian mukaku. Lantas aku tersedar.Tertidur pula aku.Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain 'rounders' di situ dan bola yang dipukul mereka terkena kepadaku. Malu aku dibuatnya.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Emmm...seronok juga mimpi tadi.Semoga ia menjadi realiti.

end......zasss...zas....siaran tergendala......
tak agak-agak punya angan-angan...tapi bila baca balik rasa nak gelakkkkkkkkkk
komen cikgu Noraini adalah AGAK BAIK dengan markah 28 per 30...tolak 2 markah sebab guna perkataan 'tak'..supposed be tidak...ingat ya kawan-kawan!

ok la...cukup untuk ari nie...ada janji temu...hehhehehehe!!!!!

Saturday, April 24, 2010

Nak Jadi Datuk Michelle Yeoh....hehehe


Osteoporosis......arghhhhhhh tidakkkkkkkkk!!!!!
saje je gatal nak menjerit lagu tuh....tak de kaitan pun pada masa kini..tapi pada masa hadapan tak tahulah..owh..selagi bleh elak atau pelihara..kita akan terus pelihara...

"Kebanyakan wanita Malaysia hanya mendapat 50 peratus keperluan kalsium harian mereka..."
chewaahhh...dah macam iklan Anlene kat TV pulak....

Hakikatnya, pengambilan kalsium secara optimum adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana tulang seseorang itu mengalami kemerosotan berterusan bermula seawal usia 30-an...Justeru, penjagaan kesihatan tulang perlu dimulakan dari awal lagi dan adalah penting supaya semua masyarakat Malaysia menjalankan pemeriksaan kesihatan tulang bagi mencegah osteoporosis....Sebagai galakan kepada orang ramai supaya memeriksa kesihatan tulang mereka, rangkaian produk tenusu yang dirumus khas untuk kesihatan tulang, Anlene menganjurkan kempen, Dengar Tulang Anda dan dilancarkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid, baru-baru ini...aku pun dengan gatalnya...rasa nak mencuba jugak..tapi ok lah kan...4 tawun lagi...masuk lah usia 30 tahun..ohh tidak..apa yang akan jadi time aku dah umur 30 thn tuhhhh....harap-harap...ia lebih bagus dari sekarang :)

Before dis Anlene tak de perisa chocolate...sumpah mati hidup balik pun..aku tak reti minum fresh milk without flavour neh..rase loya jer di tekak...kali nie..diaorang comeout ngan product baru with chocolate flavor...time nak beli-beli tuh..memang pegang dah hat serbuk punya...tapi x de lam pek kecik..suma pek besor jer...harge pun besor jugak..kih..kih..kih...pikir lagi...think..think..think..den cakap kat diri sendiri...kan baru nak mencuba..jangan la dok tamak haloba sangat....

Finally..amek yang kotak nie je ha...comei sungguh! Satu bekas ader 4 kotak...RM5.++....x ingat pulak exactly harga dia....hah..sonang den!!! taruh lam peti ais..tiap-tiap pagi amek sekotak as a breakfas....ambik..cucuk...sedut!!!!!!!! heeeeeee...rase pun sedap jer...before dis mmg dok byg rase yang bukan-bukan...tapi sama je rupanya ngan segala GoodDay ke HL ke...tp i x suka Dutch Lady.....entah bila ntah mendidik diri sndr dok minum air kotak chocolate neh ntah....feeling-feeling urban la konon before pegi keje minum chocolate di pagi hari....x sedar diri dulu-dulu tumpang abah sedut ayaq kopi serbuk made in kampong...



Permulaan hari yang bagus...
satu untuk hari ini...satu untuk masa depannnnn...
cuba teka iklan apa tuh???????

Jatuh Hati Dengan.......

Pinjam gambar dari belog Cik Wanie...

Waaaaaaaaaa...beta suka ler tengok citer neh...rase kalo bleh tuh tepat 6.30pm memang nak dok tercongok dah depan TV...namun apakan daya.....hik..hik...kalo bleh sampai umah 6.45 pun beta dah rasa nak lompat.....so x de lah boleh mengikuti citer neh secara amannyer....tengok yang mane sompat jerk....

heh! Beta senyum sorang-sorang tengok citer neh.....macam berbunga-bunga gitu...lagipun..memang beta minat tengok Lisa Surihani berlakon....hehehhee...malas nak tulih sinopsis..uoll kalo berjiwa cam beta neh..bleh gak la layan citer neh before dier abes...lagi satu suka tengok citer War In Laws II kat 8TV...jenuh la dok tup tap tup tap tukor channel TV...x tau nak tengok hat mana..

lalalalala...mood happy jer kalo ngah tengok Adamaya :)

Tuesday, April 20, 2010

For those who love Mashed Potatoes



Rupa mashed potatoes yang agak belemoih...pakai cedok gitu-gitu je memasing....
x sempat nak buat bulat-bulat guna scoop ice-cream....
lagipun..mane ade scoop eskrem tuh..hehehhe...

Gravy dia sedikit pekat..kena tingkatkan penghasilan pada masa hadapan!

Wedges bodo..
akibat tiada stok tepung gandum...
x leh nak buat wedges pandai..hikhikhik....

Kena dengan tema makan malam..iaitu Western ala-ala Melayu!

Mashed Potatoes

3/4 biji kentang russet coz ia lebih gebus dan potong 4
beberapa sudu butter..i guna 3 sudu besar..agak2 je..sampai nampak mesra..
1 kotak kecil susu segar ~ guna setenga cawan...
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

1. Kentang di kupas dan di potong 4 agar senang empuk. Masukkan dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air.
3. Masukkan butter dalam kentang dan lenyek .
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. Susu akan buat mashed potatoes lebih fluffy atau in malaynya gebussss...hee...


Gravy

1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
2 sudu butter
3 sudu tepung jagung
1 cube ayam
lada hitam/sulah
2 cawan air - agak-agak jugak..kalo rasa pekat sangat..tambah lagi air...

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata.
4. Masukkan cube ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.Perasakan sampai rase sedap n menarik hati....
5.Biarkan mendidih den tutup api. Siap la gravy neh..gravy melayu..rase bawang sket..hehehe

Monday, April 19, 2010

Kids!!!!


Lots of Arwa's pictures here...the rest, don't be jealous okeh!!!!!

The good one and always be a good gurl too...

Pak Su Adam with Ahmadi...

Eat like never want to stop huh my little Arwa...

Ouchhh...my mouth already full.....

The talkative one......Please call me Uweh instead of Uwaiys...
he just make everyone keep laughing...


I'm the most macho guy among them...

Everybody...please look at Mak Uda's camera....

hmmmmh...let's try again....
everybody..please look at Mak Uda's camera......
still cant get the best shoot...hahahhaha

Alo lo lo....everyone trying hard to give me a nice pose...
Mak Uda keep smiling everytime see this pic!

Last one...


Uwaiys & Arwa...
extra excited when saw me took out my camera from handbag!

Playing by herself...alone!
hehehhee...love to see what she's trying to do...
very independent little gurl...

Come and sit on me...
let's take our picture together...

Yo yo...whatzzup mannnnn....!!!!

Still cute and
Mak Siti with her 'cari makan' smile....

Feel like want to bring her along with me to KL....
much muaaahhhhhh for u my little gurl.....

and to everyone in this pics....
Mak Uda love all of you equally....hehehehe..dont worry okeh!!!!
hope to have my future own child as cute as they are....hehehehe :)

Saturday, April 17, 2010

Penang Village Alamanda Putrajaya



I went to Putrajaya last weekend...since I'm not being there for couple of months, I'm quite missing this place so much...wahhahahhaa...missing Putrajaya, iz it true??? yeah...when myself in a sad mood or "jiwa kacau"...this feeling brought me to here...to feel de peaceful of heart...Putrajaya was so amazing, prestigious project of the Government...a planned city which located at south Kuala Lumpur.....quite far from the busy life of city centre...lack of traffic jammed...and it is set to be a mordern garden city with sophisticated information network base on multimedia technologies...u already know lah...Putrajaya now become our administrative centre with paperless administration to implement and increase the quality services among government and Malaysian...hohmaigod...i learnt all these things during my final year on E-Government subject....stop about that..i don want to talk about the fact...

I love to be there juz because the sceenery of Putrajaya...with lush greenery botanical garden and they are spread across the landscape enhanced by large body of water and lake...beside that, i also love to see the architecture of the modern buildings there...fantastic!..hurmm...worth to be here when you start to have unstable emotion...hehehhe..you will find the peaceful especially when you feel the calmness nite at Putrajaya...believe me...juz start your engine and drive away to here..if u need someone to be with, bring along your friend and then start having a heart-to-heart conversation...(,")..make sure he or she willing to do that...

A day at Putrajaya last Saturday make me really exhausted...waiting too long to finish the main course...no mood to talk with others oso! After everything was done...calling Che Nah to pick up me as soon as possible since my car with her on that day...my stomach start sing a song...kruk..krak....I'm quite hungry okeh...as i just had nothing for the whole day..only had a plain water!!!!!!!!!!! We choose Alamanda..the nearby location to dine in....almost 5pm and i feel like fasting.....and gonna to dieeeee....

The mall was crowded of people..as Che Nah said..Almanda always choosed by familia to spend their weekend together and for me, it oso will pick by a number of trip as one of their destination to visit...it's a must! Lots of uniform-students..a group of college's student who having their trip to KL....i guess...hoh! What they want to find at this shopping center...just go and visit National Museum lorrrr......to shop oso is not suitable becoz this type of place must be pricey......haisshhhhhh...

Craving for Penang-Nyonya and Chinese cuisine under one roof with cosy environment, both of us went to Penang Village Restaurant....good...just a number of family and couple having their meal...after seated by the waiter, i look into the menu...wow...make me want to eat everything..owhhh...may be it's just a picture which trying to lie and make me sooooo greedy on that time.....finally we made up our decision by ordering dis menu....as for starter, i ordered Homemade Cendol....and Chocolate Milk Blended as for my drink and Penang Village Special Fried Rice for my main dish...Che Nah ordered Curry Mee with Syrup Calamansi...enuf for both of us....seem i want to order the signature dishes Hee Hee Butter Prawn or Chicken Pandan Leaf...but had to cancel it lah..too much is not good either for our stomach or our pocket!!!!!hehehhehehe.....

While waiting for the food served..I looked around for it ambience...nice interior design they have..a touch with ancient feeling of Penang...decorate well with Baba-Nyonya food container which i use to call that 'Sia'...but i have to tell the truth..there was a Fly flying around me..how come this air-conditioned environment had a fly in..???????? not juz an ordinary fly but the GARBAGE fly...i just act like to avoid something which disturb me but unfortunately, there is none of the workers come and asked me...huh..not sensetive with the customer...FINEEEEEEE!!!!! hope this not happen to another branch and other people...

I want to eat...and den...BLAAHHHHHHHHH....

Syrup Calamansi...cost about RM3.90 plus a bottle of mineral water, RM2.90...

My Chocolate Milk Blended..RM9.90

Penang's Homemade Cendol..
The cost around RM6.90 or RM 5.90...i cant remember the right price...
so pricey rite...hehehhehe compare to mamak's cendol stall...

Another side of photographing skill....hahahha

My Penang Village Special Fried Rice came in a leave or sampan shape ceramic plate...with a local-Malay salad...fried prawn...1/2 fried egg and Nyonya Chicken......and the prawn sambal paste fragrant with belacan...oucchhhh...costs me about RM14.90...

The Yellow-egg melted very well....you want to have some????

Curry Mee Che Nah...satisfied us becoz of it's large amount with fresh-big prawns, full off cockles and dried-tauhu....RM12.90

As a chinese cuisine lovers and a PENANGrian, what i can say is...the food are delicious..with a sharp taste of Penang touch..but you must pay may be 3 times more than the real Penang Hawker food...yeahh...i agreee with the blogger who already wrote a review for this restaurant....hehhehehe...because the food so pricey...and overall..it cost us around RM50++..only for 2 person...

and due to my situation with that "Garbage Fly"....the management of Penang Village must take dis thing as a serious and big matter not just act like it was a small matter...if anyone from Penang Village's crew read my review...forgive me..but that was true.......Rating for the taste was good....The presentation of food oso good....The restaurant decoration was good too...but please alert with your surrounding especially...your CUSTOMER!!!!!!

Nasi Lemak Aneka Sambal..hehhehehe


Lama x makan nasi lemak berlaukkan sambal ikan masin....heeeeeee
Ahad lepas time mood masih rase nak tidor....kaki masih lengoh..
puas dipaksa mata nie supaya pejam..tapi x mau jugak...
rugiii ooooo kalo hari ahad koi 8 macam tuh baru...mata dah terkelippop..kelipop...
terpaksa la bangun...eiiiiii...orang nak tidoq lebih lama......dah malamnya tuh tidoq lambat...
padahal..letih kan main lagi...
tak pa la..memang dah tertulis di azali kot....tak dapat nak bermalas-malasan kot pada hari terseboott...tak pe..kiter lihat esok bagaimana yerrrr....

Susah la nak cari nasi lemak lauk ikan masin area sini..tu yang buat tuh...lagipun ikan masin yang mak bekalkan ari tu...masih banyak dalam fridge...biasa la..lidah i tetap lidah kampung...masih makan segala jenis pekasam...ikan masin and ikan kering...hehehhee...cuma yang x besnya...memang x kenal ikan yang digunakan nie..ikan apa?..selain ikan neh...ade kedera masin and beberapa lagi...hat isi ja tuh..ntah ikan ape mmg taw..kenal kedera masin jer...heheheheh

Kebetulan pagi tuh seisi rumah perut berkocak...smalam pun i makan time koi 5 petang...harus berkocak sakan la....okeh...semua bahan ade....kecuali ikan bilis....zasssssssssss...lari p beli ikan bilis sat...stok ikan bilis sudah habes....cam biasa pas tu..mula la nak feeling janda beranak 5 yang kesusahan bangun awal pagi buat nasi lemak tuk dijual.....hahaha...jahat....


I nak soh adik Sya buat sambal...ketuk2 bilik dia tak bersuara...tengok kasut dah hilang...ohhh..kena stand by kat opis la tuh...x pa la...rakan-rakan...makan sambal tumis Mek sudah....tapi adik Sya buat lagi power la bab sambal-sambal tumis neh....hok pedas-pedas semua seroh ke dier...maklumlah...orang nogori....mmg power podeh tol kalo dia yg buat....I pun tumis sambal bahagi kepada 3....untuk ikan masin, telur puyuh and ikan bilis......den tengok lam esbok..ade beberapa ikan tongkol yang dipulaukan....goreng pun sodap!!!! lama dah terbiar..kang terbiar lebih lama lagi..ke tong sampah je lah jawabnya.....

Jom makan....p~

Sambal ikan masin...

Sambal telur puyuh....

Sambal ikan bilis....

Timun lambang nasi lemak...

Sepinggan i charge 3 hengget..standard la wei...key el!!!

PS3 : teringat kat kegigihan norihan buat nasi lemak lauk teloq mata time kami p lepak umah dia satu masa dulu....dok ulang tanya...santan ngan ayaq tuh nak kena sama ka? bila kami tanya..hang nak buat nasi lemak ka...tiada respons...choihhhh pas tuh dia bawak keluaq nasi lemak eskpress sbagai breakfas....pantas!!!!

Friday, April 16, 2010

Makan Sambel Mengumpat Memang Nikmat...


Besnye hidop Mr. Gary tak der...ayat pertama yang sememangnya nak jerit sebaik je dier fly pegi Hong Kong buat beberapa hari.....dat's y la entry keluar belumba-lumba walaupun tiada isi yang berfaedah sangat...kalo dier ader, i nie macam berhemah sket..eh teringat plak kat Bos besar...dier tu setiap kali mai mesti suka cuit-cuit i den minta add dia lam fesbuk....hoh! x mau la I....nanti pecah lah rahsia akibat aktiviti berfesbuking...sampai ke la I tak add beliau...he3...melainkan die dah buat frend rikues tuh..terpaksa la beta accept...rase nyerrr..mustahil kotttttttt dier nak buat frend rikues.....hahahha

Heran la...kalo kat opis..mesti ade je la benda yang terlintas dalam pikiran neh...tapi bila balik rumah..time tgh dok landing-landing happy sukati tuh....bleh plak rase blank bila buka blog and nak start menulis....blank sampai pening tuh...den juz memaksa i landing and lena je la dalam selimut....keh3x...bukan kata nak blogging..nak habeskan novel yang tak berapa tebal sangat tuh pun..bakal mengambil masa yang lama..mungkin berbulan-bulan...memang rumah tuh tempat tuk lena je gamaknya.....

Okey lah..tadi lunch kami p makan kat Noraini's Cafe dalam Tesco Puchong....makan-makan sambel mengumpat memang nikmat...vah..vah..vah....direknya IIIIIIIIII......macam lah korang time makan bercakap hal-hal kebaikan jer...mengumpat tuh ibarat ajinomoto dah...tapi slalunya bab mengumpat nie kiter base on perkara yang betul...hehehhehe...tujuan n3 nie bukanlah nak berbincang ape yang telah kami umpat..sila jangan salah sangka....hehhehe....weiiiii...ruginya x bawak phone sama tadi..tidak ka leh ambik gambaq...dah la order makanan macam tak hengat wpun pada mulanya menghadapi masalah ngan penjaga kaunter pesanan makanan yang mai dari Indon tuhhhhhhhhh....

I bukan pe...i mintak la side dish tahu sumbat...mati-mati ingat dier satu set ke ape ke...den mak cik Indon tadi tuh ngan gaya-gaya busy dia..dok keep asking me nak satu ke nak berapa...dah ingat set..i penuh konpiden la cakap 1....hoh sekali dapat...hanya seketul tahu sumbat yang dipotong dua di datangkan lam piring besar gedabak habes cantek di abad ini bersama sos cili opah...hahha..nyampah tengok..wpun dah duduk...i pegi la balik...tambah lagi amaun dier..ngan cucuq udang sket....sedih tengok seketoi tahu sumbat di belah dua tuh...Kiah order Laksa...ntah laksa apa..I pun x sempat nak dengar..tapi mmg specialty Noraini's Cafe neh mmg lah hidangan laksa pelbagai negeri tuh...den Mek Ita pulak order Mee Kari...and I seperti biasa alergik ngan laksa and Mee...terpaksa la order nasi putih singgang ikan kaming with sambal belacan and ulam-ulaman...sambal belacan I bangkit tambah dua kali...self service okeh....hehheeh...sedap!

Kalau di pandang ke sekeliling tuh..memang kaum hawa je yang memonopoli cafe...oghe jante nak masuk pun segan gamaknya....biasa la...hari jumaat je lah yang masa rehatnya lama sket...time neh la nampak orang puang keletuk keletak keletuk keletak pegi Tesco lah Giant lah...biasa la..melencong sat!

Nak balik opis kami singgah beli Big Apple sat.....memang niat x mau offer kat sape2..keji betol niat kan.....tamak haloba sungguh la.....beli masing2 tuh........






 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template