Tuesday, April 20, 2010

For those who love Mashed Potatoes



Rupa mashed potatoes yang agak belemoih...pakai cedok gitu-gitu je memasing....
x sempat nak buat bulat-bulat guna scoop ice-cream....
lagipun..mane ade scoop eskrem tuh..hehehhe...

Gravy dia sedikit pekat..kena tingkatkan penghasilan pada masa hadapan!

Wedges bodo..
akibat tiada stok tepung gandum...
x leh nak buat wedges pandai..hikhikhik....

Kena dengan tema makan malam..iaitu Western ala-ala Melayu!

Mashed Potatoes

3/4 biji kentang russet coz ia lebih gebus dan potong 4
beberapa sudu butter..i guna 3 sudu besar..agak2 je..sampai nampak mesra..
1 kotak kecil susu segar ~ guna setenga cawan...
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

1. Kentang di kupas dan di potong 4 agar senang empuk. Masukkan dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air.
3. Masukkan butter dalam kentang dan lenyek .
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. Susu akan buat mashed potatoes lebih fluffy atau in malaynya gebussss...hee...


Gravy

1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
2 sudu butter
3 sudu tepung jagung
1 cube ayam
lada hitam/sulah
2 cawan air - agak-agak jugak..kalo rasa pekat sangat..tambah lagi air...

1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang. Biarkan dia caramelized. Kasi hangus-hangus sket.
2. Masukkan tepung. Tumis sampai tepung warna coklat. Atau sampai warna gravy yang dikehendaki.
3. Masukkan air. Kacau sampai rata.
4. Masukkan cube ayam dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa.Perasakan sampai rase sedap n menarik hati....
5.Biarkan mendidih den tutup api. Siap la gravy neh..gravy melayu..rase bawang sket..hehehe

5 comments:

is-nanie said...

Waaahhh~~... last weekend baru mkn hotdog 1901... masa makan, terfikir, kan bagos kalo leh buat sendri mashed potato.. Leh makan byk2.. hehe.. thanx for sharing.

Unknown said...

u're welkam dear...
free2 nanti is try la...tp mmg rase agak kemelayuan...hehehhee..may be sbb bwg kot..

Anonymous said...

berger pon home made gak ka..masuk sini mesti lapaq..hoh..hehe ;p

n

Cik Faridah Huda said...

awat? berger tuh nampak mcm yang dibeli ker? keh3x

Anonymous said...

dakk aihh..haha kalo beli mesti ada unsur-unsur tumbuh-tumbuhan..ni ada haiwan ja..

syiokknya jadi hosmet mekkk..leh makan sedap-sedap..hehe..

N

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template