Tuesday, December 9, 2008

Kayangan...hurmh..layan jer!!!!



Semalam time lepak-lepak kat umah mak cik...
aku ngan mak cik layan citer Kayangan...
secara kebetulan sebab tertekan TV1 memandangkan telemovie di siaran lain rasenye kurang menarik...
sepupu-sepupu aku sebok main lam bilik..jadi agak tenang la jugak suasana aku melayan TV...kalo x...jenuh jugak la aku berebut remote control tuh....keh..keh..keh...

Actually citer nie..aku rase kurang promo even dier masuk panggung skali pun....kurang meluas...jadi..x ramai yang tahu...aku agak je la....
tapi bile dah tengok kat TV...aku rase bes jugak jalan citer nie...cam dalam novel...cuma yang jadi Hero je aku rase perlu tingkatkan gaya n kualiti lakonan agar x kaku sangat...yang lain-lain tu..aku rase ok je...watak Dynas menggedik..sebijik cam watak girlfriend yang jahat dalam novel-novel..
kena plak ngan karektor budak kampung Fazura...menjadi jugak la...kelakar pon ade coz diaorang guna dialek Nogori...cuma x pasti voice of Hero...dubbing ke?kadang2 dengar cam suara Hans je...Hero nie name dier Teuku Zacky Azwar..but from seberang ya Pak!!!tapi kalo betol dier sendiri yang cakap...dah macam orang Malaysia pulak...x de slang Indon pun...

here..sinopsis cerita Kayangan...aku dapatkan dari blog DiaTulis
sebab aku malas nak buat sinopsis sendiri...so aku amek je yang instant....

Akibat cuai ketika memandu, Tengku Amir berjumpa dengan Maseira secara tidak sengaja.Pertemuan pertama itu bagaimanapun menimbulkan suasana tegang kerana perselisihan pendapat dan latar belakang kehidupan yang berbeza.

Maseira, seorang gadis kampung dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan graduan jurusan Sains Kemanusiaan.Sangat idealistik dan sinikal, dia lebih rela bekerja di bengkel ayahnya daripada menjadi mangsa kapitalisme.

Sementara itu, Tengku Amir berasal dari golongan kerabat diraja.Berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif untuk Regalia Sdn Bhd, dia bukan saja tampan dan bijak, malah mempunyai kekasih yang rupawan iaitu Erina, seorang peragawati terkenal.

Meski tidak sehaluan, atas dasar terhutang budi kepada ibu bapa Maseira yang membantunya semasa kemalangan, Tengku Amir menawarkan pekerjaan kepada gadis itu di pejabatnya.

Sering dipandang rendah kerana statusnya sebagai gadis kampung, Maseira menyimpan nekad untuk membuktikan yang dia tidaklah sebodoh mana.Kerana kesabaran Tengku Amir membimbingnya, tanpa diduga Maseira mula menyimpan perasaan dalam diam.

Satu hari, atas idea bernas Maseira, Regalia Sdn Bhd telah berjaya mendapatkan kontrak lumayan, sekaligus merapatkan hubungannya dengan Tengku Amir.Erina yang cemburu mencari jalan menyakitkan hati Maseira sehingga dia meletakkan jawatan dan pulang ke kampung.

tambahan dari aku....

Maseira banyak meluahkan rasa hatinya melalui blog dengan menggunakan nama samaran Workshop Girl....dan dalam masa yang sama adinda Tengku Amir, Putri Alyssa adalah pembaca setia blog Maseira...dan mengikuti setiap perkembangan apa sahaja yang ditulis oleh Maseira termasuklah rasa cintanya terhadap Tengku Amir...namun Maseira tidak mendedahkan identiti sebenar Tengku Amir yang digelar Cow Man melalui tulisannya itu..sehinggalah pada suatu hari...Maseira memberi respon terhadap email yang dihantar oleh Putri Alyssa....di situ baru terbongkar segalanya kerana Maseira menceritakan hal yang sebenar...dengan siapa dia menaruh hati..di mana tempatnya bekerja..dan kenapa dia mengambil keputusan terburu-buru untuk pulang ke kampung...!!!

Lakonan bersama Dynas Mokhtar, Eja, Nazril Idrus, Pn Sri Ziela Jalil, Julia Ziegler, Opie Zamie, Razali Hussien, Mustapha Kamal, Jalil Hamid, Dee, Bienda n Louisa Chong....yang pasti..semua pelakon tambahan adalah dari golongan kenamaan dan kerabat diraja...Datuk Nazim husband Datin Norjuma pun berlakon jugak..!!!


0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template