Monday, September 8, 2008

Ayam Masak Kicap



Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji kentang (dipotong wedges)
2 biji tomato (dipotong 4)
1 pokok daun bawang (dipotong halus)
kicap pekat
kicap cair masin/manis

sos tiram
kunyit
minyak
sedikit air

Bahan-bahan di mayang:

1 ulas bawang besar
2 biji cili merah/hijau
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan-bahan ditumbuk :

1 sd biji lada hitam

Cara-cara menyediakan:

1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang dan lada hitam sehingga wangi.
3. Masukkan kicap , sos tiram dan air. Biarkan sehingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
5.Gaulkan dan angkat.

0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template