Friday, January 22, 2010

Harumnya Bau Nasi Ayam Penyet...(>;<)V



3/4 menjak nie...memang kurang sket nak bercerita apa yang terjadi di sekeliling...

balik-balik pos entry makanan je kan...hehehhehee....mahapla....ini ja yang semangat nak pos...kok nak mengarang citer kisah silam pun...otak beku dan malas....nak citer pasal aktiviti berjimba dengan rakan taulan pun, nampaknya bulan nie setop kejap kowt...lebih memberi tumpuan kepada perkara peribadi...eecceehhh......cuma banyak juga la benda yang terjadi yang turut terkesan ke dalam hati naluri neh.......ahhh hidopppppp...tidak semestinya bahagia sepanjang masa...Mek mula la tu nak mengarot bukan-bukan...p~...pssssttttt....meh nak cakap sikit.....kini Mek sangat feeling mendengar lagu Pergi-Aizat time AJL tempoh hari dan juga lagu O-Re Piya from TALENTIME....awesome...! mesti nak rase terkesan...sebab memang menyentuh hati bila ulang dengar atau ulang tengok banyak kali....apa masalah aku suka feeling terrrlebih nie........

Dah..dah..kembali ke tujuan asal.....
Nie juz nak tayang Nasi Ayam Penyet yang cek buat tempoh hari....resepi asal biasala dari rumah Kak Ina KL...masalahnya skang...cuba mencari balik resepi tu..tapi terlupa sungguh di direktori manakah beliau berada.....maklum sajalah...entry Kak Ina sangat banyak...puas dok search..sampai ke saat dok menaip nie pun...x jumpa-jumpa...memang x dapat kopi paste la cam nie....kena bekerja keras membanting tulang memerah otak demi mengingat....

Jom la tengok resepi...x renyah pun..macam biasa ja..macam kita nak buat nasi ayam..tapi ini lebihkan rempah sket..berserta daun salam...eh..Mek kaber baik punya time p cari daun salam kat kedai runcit..padahal rupa daun salam pun x tau..apetah lagi baunya....berlakon tanya tokei kedai...

Mek : Abang...daun salam segar x ade ker???
Tokei Kedai : Tak ade dik....yang kering je ade...tu..cuba tengok dekat bakul tu....
Mek : Ooo ye ke...x perasan pulak (hahahahha..dalam hati gelak je sbb tak taw pun)...ingat nak guna daun salam segar.....
Tokei Kedai : Nak buat ape dik? Nak masak rendang ke? Orang dulu-dulu kan keringkan dulu daunnya...masak dengan rendang..wangi je bau....
Mek : Eh...bukan nak masak rendang...tapi nak buat ayam penyet....

Once sebut ayam penyet..semua manusia yang muka sah-sah indon pakai seluaq kaki lebaq kat kedai tue terus pandang I....ape???? ingat I made from Indon ke...huh...mula la mak cik2 yang berdekatan dok tanya itu ini dalam dailek bahasa ibunda mereka......

eh...dah terjumpak resepi...so i kopi paste ye....edit sket2.....Kak Ina..izin laluan ye....


Ayam Penyet
  • 2 bahagian peha ayam (pilih yang itu sebab isinya lembut)
  • 2 liter air
  • 3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
  • 3 hiris lengkuas, dititik
  • 6 biji bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar ~ i guna serbuk yang dah memang ada
  • ½ sudu makan jintan halus (jintan putih) ~ sama juga..guna serbuk
  • 1 ibu jari halia, dititik
  • 4 helai daun salam
  • 4 sudu makan rata, gula Tanjung ~ macammana ghope gula tanjung??? x letak...
  • 1 sudu makan rata garam ~ nak darah tinggi cepat, letak la lebih....

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api.

2. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk.


3. Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan.~ ya....perap semalaman ye....

4. Goreng ayam ni, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

5. Hentakkan..penyetkan ayam berkenaan dengan anak lesung batu...hahhahaa...i suka buat part yang ini.




Nasi

  • 2 pot beras (cuci dan toskan)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cawan minyak masak ~ x letak minyak dah...
  • ½ cawan minyak bijan ~ x letak sampai setengah cawan kot..tuang begitu je dr botol.....
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan (stok) ayam secukupnya
Akak panaskan minyak dan mentega dan tumis daun pandan, serai, bawang putih ..pastu baru masukkan beras dan di kacau sebentar. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama air rebusan ayam dan masaklah nasi macam biasa dengan periuk elektrik...~ kopi ayat Kak Ina je ha..tapi betul la..I pun buat macam tumis nasi ayam biasa je....



Sambal dan Ulam-ulaman...

  • 3 batang lada merah
  • 3 biji lada padi
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 labu tomato
  • Segenggam ikan bilis goreng
  • Sedikit belacan
  • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga) ~ langsung tiada ulam sebagai aksesori tambahan...
Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit.
2.Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat.

3. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

p/s : Bab menumbuk tu lemah.....jadi i blend je...bila blend, terlebih halus pulak..tu yang jadi seperti imej di atas tu..lebih afdal menumbuk, tapi cek malas..nak buat macam mana



Sos Hitam

  • ½ botol sos tiram - ikut gerak hati je...agak-agak cukup tok dimakan 2/3 mulut manusia jerr...
  • ½ botol air
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit minyak bijan
  • Sos lada hitam ~ tambah sendiri nak bagi kick.....
Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.



Soup Of the day....

  • 1 kiub ayam
  • kentang dan lobak merah sikit
  • hirisan daun bawang dan daun sup
  • bawang goreng secukupnya
Cara-caranya

1. Tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam.
2. Masak hingga kiub larut.
3. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
4. Hidangkan bersama ayam dan nasi.


Fakta bukan auta : Daun salam adalah bumbu khas dalam bahan masakan Nusantara terutama di Indonesia....Ia merupakan rempah pengharum masakan dan memberi aroma herba khas yang enak bangattttt.....umpama masyarakat India yang tidak dapat dipisahkan dengan daun kari...*tiba-tiba*

3 comments:

Anonymous said...

cedapnya..sronotnya berhousematekan mek leh blajaq masak byk benda..hehe

sapa berumetkan mek di masa depan lagi best.. ;p ckp ja nak mkn apa..petik blender suma dah siap..haha

N

Cik Faridah Huda said...

alah N...
malu-malu pulak nak sebot sapa yang ber'bedmate'kan mek....i open minded what....wahahahahhaa

SYED NAHAR said...

oooo pi intebiu TV3 eh....

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template