Sunday, April 25, 2010

Keluarga Saya Pada Masa Hadapan...

Kanak-kanak 3 Kejora tahun 1999 acapkali disogok dengan penulisan Bahasa Melayu yang panjang berjela...mungkin sedikit lari dari format penulisan PMR yang sebenar...namun didikan yang telah diterapkan oleh Puan Hajjah Noraini ini meninggalkan kesan yang amat mendalam...dengan penekanan tatabahasa serta predikat yang betul..kami dilatih sepanjang tahun untuk menghasilkan karangan yang terbaik...kerana setiap kesalahan pasti menerima natijahnya seperti bercakap tanpa henti secara berjemaah yang seterusnya menghasilkan bunyi seperti lebah....owh..saya pernah terkena denda bercakap ayat yang telah saya tulis sehingga tamat waktu Bahasa Melayu...sudah pasti mulut lengoh tidak terkata di samping menahan tebal muka akibat terpaksa berdiri di hadapan...."Pada waktu pagi bukan Di waktu pagi!"

Mari kita lihat hasil tulisan saya ketika berusia 15 tahun...segalanya disalin semula tanpa sedikit pembetulan...ia merupakan karangan terawal yang dikarang dalam buku penulisan tersebooot...kepada yang malas membaca, anda boleh skip sahaja entri ini....tapi bagi yang ingin mengetahui angan-angan yang pernah saya pasangkan ketika kecil dahulu, bolehlah mengambil pen dan kertas demi mencatat isi-isi penting...heeeeee

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tatkala itu aku asyik membaca novel bertajuk "Bintang Hati Rappers" hasil karya novelis Ahadiat Akashah di bawah sebuah pohon yang rendang. Suasana pada waktu petang begitu aman dan tenang.Mataku terpandang sepasang suami isteri yang sibuk melayan karenah anak-anak mereka.Fikiranku beralih arah dan aku mula melayarkan angan-angan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah. Mataku pula sudah dicalitkan dengan celak syaitan.

Siapakah yang akan bertakhta di hati ini?Ah... aku tidak kisah semua itu.Aku akan mencari pasangan yang ideal dan memenuhi cita rasaku.Paling utama, pasanganku mestilah beriman agar dia dapat membimbing aku sekeluarga ke jalan yang benar.Bakal suamiku itu mestilah berketurunan yang baik-baik dan aku tidak memandang darjat kerana aku juga sedar siapa diriku ini. Insyaallah, hubungan kekeluargaan dakan bertambah erat malah Allah S.W.T amat menggalakkan kita mengeratkan siratulrahim.Biarlah bakal suamiku berpendapatan tinggi.Bukannya aku daripada jenis mata duitan hanya sekadar untuk menjamin dan menampung keperluan hidup kami sekeluarga.Setiap perempuan ingin mendampingi lelaki yang kacak. Bagi aku itu tak penting, yang penting adalah kebahagiaan.Pada pandangan aku, aku lebih meminati pemuda yang berkaca mata.Mungkin ada keistimewaan di sebalik kaca mata itu.

Rumah banglo dua tingkat menjadi pilihanku untuk membina istana bahagia.Ia akan dilengkapi dengan perabot-perabot yang bermutu tinggi.Set sofa yang diperbuat daripada kain baldu akan menghiasi ruang tamu.Hiasah-hiasan indah akan disusun rapi di atas rak-rak yang diukir dengan seni bina Melayu.'Hometheater' menjadi penghibur di kala sunyi. Begitu juga dengan ruang makan, dapur dan bilik tidur. Aku sendiri yang akan mereka hiasan dalaman rumah agar ia dapat menceriakan kehidupan kami.Selain itu, sebuah bilik khas akan disediakan untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Duit banyak tetapi tak sihat, apa gunanya kerana kesihatan lebih penting daripada wang ringgit. Di persekitaran rumahku, sebuah taman mini akan diwujudkan ditambah pula dengan air terjun buatan manusia. Walaupun tidak seindah ciptaan yang Esa, cukuplah sekadar untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan penat bekerja seharian.Daun-daun yang menghijau menambahkan keharmonian hidup berkeluarga.'Rumahku Syurgaku' akan direalisasikan bersama pasangan hidup dan anak-anak tersayang.

Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Tanpa kehadiran mereka, erti hidup berumahtangga tidak bermakna.Bilangan anak tidak ku tetapkan.Banyak atau sedikit aku terima saja.Akhlak mulia akan diterapkan sejak kecil lagi . Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Soal kerjaya tidak menjadi masalah untuk mencurah kasih sayang terhadap mereka.Mereka ditatang bagai minyak yang penuh malah aku tidak akan bersikap berat sebelah.Pandai membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya menjadikan seorang wanita itu berjaya.

Dalam merancang perbelanjaan keluarga, aku perlu bijak agar pembaziran tidak berlaku. Satu perlima daripada pendapatan keluarga dalam masa sebulan, akan disimpan supaya dapat digunakan pada waktu sesak.Tak perlulah kami menebal muka meminta pertolongan daripada sanak-saudara.Sekiranya ada wang berlebihan, ia digunakan untuk membuat amal jariah seperti menderma kepada keluarga yang di dalam kesusahan.Tujuanku ialah untuk melihat rakyat Malaysia sama-sama merasai kesenangan hidup. Itupun setakat yang aku mampu saja.Rukun Islam kelima tidak kulupakan.Dalam usia muda, aku akan mengumpul harta sebanyak yang mungkin.Jika panjang umur dan ada rezeki, aku akan menunaikan haji bersama-sama suamiku.

Jiran tetangga merupakan saudara terdekat untuk meminta bantuan. Hubungan baik dijalinkan agar ikatan persaudaraan tetap utuh seperti kata pepatah Melayu 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'.Majlis ilmuan diadakan untuk mempereratkan lagi hubungan.Sikap toleransi dan tolong -menolong akan dipupuk di kalangan masyarakat.

Kesihatan menjadi sebahagian daripada kepentingan hidup.Doktor peribadi yang berkemahiran tinggi disediakan untuk kemudahan aku sekeluarga.Lebih senang dan cepat.Tak perlulah aku bersusah-payah ke hulu ke hilir mencari doktor. Segala rahsia kesihatan ahli keluargaku akan disimpan oleh doktor tersebut. Mungkin aku akan membina klinik mini di dalam rumahku.

Tiba-tiba aku merasa sakit di bahagian mukaku. Lantas aku tersedar.Tertidur pula aku.Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain 'rounders' di situ dan bola yang dipukul mereka terkena kepadaku. Malu aku dibuatnya.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Emmm...seronok juga mimpi tadi.Semoga ia menjadi realiti.

end......zasss...zas....siaran tergendala......
tak agak-agak punya angan-angan...tapi bila baca balik rasa nak gelakkkkkkkkkk
komen cikgu Noraini adalah AGAK BAIK dengan markah 28 per 30...tolak 2 markah sebab guna perkataan 'tak'..supposed be tidak...ingat ya kawan-kawan!

ok la...cukup untuk ari nie...ada janji temu...hehhehehehe!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

"mataku pula sudah dicalit dengan celak syaitan"

he he lawak..

aku tatau ada lagi ke dak buku penulisan 3 Kejora..yg pasti aku nak berumah atas bukit..ha ha..

anand

Cik Faridah Huda said...

kita kena bina trademark...hahah...mmg trademark aku time tuh dalam setiap krgn mesti nak tulih ayat celak syaitann tuh...

bila jumpa..sila kongsikan bersama!p~

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template