Saturday, December 11, 2010

Me, West & Nisa On Holiday Part 7 : Stadthuys


Okeh..selesai buat entri pasal Alviss Kong....tak pasti berita pasal Alviss Kong nie mendapat liputan media arus perdana atau tidak...semalam dengar Buletin Utama macam tak perasan je ade ke tak, tapi kat highlight 8TV ade la...pamos kat berita Mandarin rasanya...kalau nak baca yang paper pun, kat paper Cina....so..bila I letak status fesbuk pasal Alviss Kong..rata-rata teman sebangsa dengan I tidak mengenali siapa itu Alviss Kong..at least, I dah let them know who is he and what's going on.....hope diaorang akan singgah belog I jugak! I dapat taw pasal Alviss neh hari Jumaat lepas...memang tak ramai blogger Melayu yang tahu..nie kot baru nak tahu and spread the news...ape pun, entri di bawah memang ikhlas untuk mendiang Alvis Kong...kiter yang tak tahu hujung pangkal neh, jangan lah cepat melatah...and jangan la cepat mem'blame' mana-mana pihak...yang penting, kita ambik pengajaran dengan apa yang dah jadi...so...may him rest in peace....!!!!!!!!

Berbalik kepada entri jalan-jalan kat Melaka..memang weekend yang lalu, I tak mampu nak meneruskan penceritaan...sebab blurrrr tiba-tiba bila pandang entri! Pendek kata..langsung x leh datang idea nak mengarang...kalo nak cipta ayat first pun macam ade masalah jiwa, memang las-las tinggal dalam draft je la...hahahaha...otomatik gila rasanya....asal cuti memang tak beridea nak menaip...cuba kalo kat opis, redundant idea I tawww! tapi rasanya..entri-entri kali ini..lebih banyak pics dari berkata-kata kot....

Apa yang boleh diceritakan pasal Stadthyus neh...? Uols nak taw sejarah dier ke...I x baca pon kat bahagian pemberitahuan tuhhhhh...jalan sket..ambek gambaq..jalan sket ambek gambaq...hat tu je la keje kami....demi menyokong aspirasi sejarah tanah air..maka I pun dengan gigihnyer mengoogle kembali apekah sebenarnye peranan Stadthyus nie di zaman dulu kala....

"Bangunan ini merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran Belanda. Walaupun bangunan ini terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya dipercayai berwarna putih.Dalam bahasa Inggeris pula, Stadhuys membawa maksud ‘State building’ membawa maksud perbandaran.

Pada zaman ini, kebanyakan bangunan dibina dengan menggunakan batu-bata. Selaras dengan pembinaan bangunan ini, pada ketika ini pembinaan rumah-rumah teres mula diperkenalkan di Melaka. Dalam proses pembangunan semula bandar Melaka, rumah-rumah teres banyak dibina berkemungkinan disebabkan pertambahan penduduk, maka keperluan kediaman yang selesa, selamat dan dekat dengan pusat bandar dan kubu pertahanan perlu disediakan. Pembinaan kediaman teres semakin popular di seluruh Bandar Melaka....."

Tamat sudah kelas sejarah kita untuk hari ini ya adik-adik....esok kita sambung lagi...Maaf lah yer, akak-akak yang hovvvveeeerrrr neh memang suka hoovveerrr ambik gambar jer adik-adik oiii....






0 comments:

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template