Menuju terus ke kawasan spot Clock Tower, kami akhirnya sekadar breakfast di situ sahaja!Lambakan gerai serta kopitiam Baba Nyonya di Chinatown tidak mampu menggamit hati tatkala melintasai beberapa gerai yang bertentangan dengan Clock Tower...bungkusan nasi lemak elok berbukit itu lebih menambat hati..akhirnya, kami terus ambik port agar tidak berebut dengan ahli keluarga yang lain...
Okeh, kat Melaka pun memang kiter sedia tau ader golongan Mamak jugak..dan diaorang pun sangat terkenal dengan keenakan chendol! tapi orang cakap kalau datang Melaka harus di cuba chendol peranakan di Jonker Street tuh...tapi memandangkan masih di awal pagi, memang teman neh tak siiioooorrrrrr la nak menghirup cendol!Lagipun, kedatangan kali ini tak leh nak bagi penumpuan terhadap aktiviti membaham sangat sebab memang tak cukup masa...
Menikmati suasana pagi di sini memang mendamaikan..tenang walaupun tidak dapat elak dari bunyi ngauman binatang beroda empat tuh...yang penting happening..I sangat suka bila nampak bas zaman dulu kala yng agak oldies masih berkhidmat...ini bermakna rakyat Melaka masih memerlukan khidmatnya...manusia yang menghiasi Melaka juga sangat bervariasi....hehehehe...termasuk lah kami!
Che Nah kata nasi lemak tu sedap..dia pekena dua bungkuih! I pun nak pekena dua bungkuih jugak, tapi di pertengahan aktiviti membaham terasa full pulak...sambal dia lazat, tapi sikit sangat pulak I rasa...best betoi kalau jumpak hat bleh cedok sendiri tu..mau narla I letak 2/3 senduk...hah baru puas
Usai sarapan, kami meneruskan aktiviti jalan-jalan menejelajah Bandaraya Melaka!
Owh harus diingat, masa sangat mencemburui kami...waktu bergerak sangat pantas..manusia mula semakin ramai, dan jalan-jalan utama di hot spot mula nk jammed....parking kian full! Jadi, dinasihatkan datang awal macam kami walaupun sebenarnya tak la awal sangat..hehehe..but at least masih boleh memilih parking lot!
0 comments:
Post a Comment