Oppps..terpaksa teruskan kisah misteri….may be a lil’ bit boring bagi yang x suka membaca…tapi bagi kaum kerabat aku dari UTM…diaorang dahagakan cerita sebegini….thanxs to iezoo kerana berkongsi n mengingatkan mummy kembali kisah-kisah kiter…sumber cerita ang memang buat Mummy perlukan masa tok buat rumusan serta memendekkan sedikit….Mummy x pakar dalam memendekkan patah kata..memanjangkan kata..memang I expert!!!heheheh….namun..akan dicuba muatkan segala cerita….penting tuh…sebab kita takkan dapat lupa dengan mudah…
Berhenti seketika tuk buat N3 bagi Seratasian…mahupun umum tuk tatapan umum…..
as I said before….i wrote wutever cross in my mind…..kembali dengan kisah kami di Tahun 2 pengajian……
Yang masih kekal di KTF hanya tinggal aku, West n Roha….biasalah…kami adalah set gila kuasa dan jawatan…hahahahaha……jadi berjaya la dikekalkan oleh pihak Kolej….kawan-kawanku yang lain…terpaksa berpindah ke kolej depan..Kolej Rahman Putra…dan ditempatkan di blok besar….x jauh sangat…bagi aku yang memang sering berjalan kaki time di kampus…memang selalu ulang alik la…..Wes n Roha ditempatkan di satu blok…kekal di blok H09…aku pulak di H06…mula-mula agak mati kutu gak dok sengsorang kat blok tu..i mean..x brapa kenal orang sekeliling….dat’s y rajen merayap n tinggalkan bilik…kalau dah p bilik si Yud…sure akan tido kat sane punya….by the way…aku dok bilik single….sama juga ngan West n Roha…kalau aku x ke KRP..aku akan ke bilik Roha tok tengok TV…Roha adalah pelopor utama menginstall TV dalam computer….
Aku ingat lagi…kelas Amali Fotogrametri 1 memang menuntut kesabaran yang tinggi…seminggu sahaja yang diberikan untuk setiap group menghabiskan tugasan..habis turn…group lain pulak akan masuk Makmal Foto..seminggu buat amali, focus perlu diberikan..buat sehabis daya…memang akan balik di rembang senja…muka tok sah cakap la…toya semacam je…ditambah dengan ketegasan Encik Zakaria atau lebih dikenali Encik Koya di FKSG…pembantu Makmal and Assistant PM Razak itu…memang menambahkan tension…..aku segroup ngan Wes n Roha….setiap ari lepas abes amali, kami akan lepak n makan malam sekali di bilik Roha….agak lewat aku kembali ke bilik setelah ditinggalkan sejak dari pagi…satu malam sepanjang tempoh amali tu…aku tertidor lepas balik dari bilik Roha…nyenyak sungguh sebab penat giler…terasa bagai ada orang kejutkan aku…aku terjaga…tengok jarum jam dah dekat kol 12 tengah malam…hmmmm….aku belom mandi n solat isyak…patutla…terus ambik tuala..menuju ke bilik mandi…..lepas mandi n kembali semula ke bilik…aku turn on radio aku..dengar siaran THR.fm yg di DeeJay oleh abg Andy Hakim..siaran
Aku rebahkan diri di atas tilam empukku…bukan satu..tapi dua lapis tilam…memang empuk!!!!Katil aku susunkan rapat ke tingkap bilik….memang malam tu aku pikir nak tido je…esok kuliah bermula pada pukul 8.00 pg..sangat awal untuk aku…baru je nak lelapkan mata…aku terdengar bunyi seperti kotak bergerak2…betol2 di tepi tingkap…semakin lama semakin kuat….ingin sahaja dikumpulkan kekuatan untuk tengok…aku gerammmmm..kenapa perlu ganggu aku!!!mujurla ada langsir…tabiat tidor aku di malam hari time di universiti adalah dengan memasang bauan aromatherapy dan lagu sentimental from Kitaro, Yanni n etc…dalam list mp3 computer aku…memang aku masukkan juga bacaan surah-surah digital….Cuma time kejadian, mp3 baru berputar dekat lagu Kitaro…hati aku tergerak untuk untuk pegi klik bacaan surah kat comp tu..tapi…aku telah nampak mouse aku bergerak…juga tempat masukan VCD teropen and close sendiri…banyak kali…hati aku x dapat bertahan..memang aku lemah….aku terus bukak pintu…pegi ketuk bilik Kakak senior…malam tu aku tumpang tidor dengan dia..sebelum tido..kami bersembang sekejap…aku crita kat dia apa yang jadi..dan dia juga berkongsi cerita…Cuma dia tak dapat dengar bunyi kotak yang sememangnya jelas dan nyata di pendengaran aku….menurutkan kakak tu…lately…dia rasa agak aneh di H06…pernah ternampak mak cik cleaner bertugas di waktu malam..walhal tahu..pekerja-pekerja kontrak tersebut setakat bertugas sehingga ke jam 5 ptg setiap hari…terasa bagai ada orang mencuci toilet…logic sekiranya mencuci baju…wpun setiap blok ada mesin basuh..bagi yg nak berjimat..memang suka membasuh secara manual….
Esoknya time di kuliah…aku crita kat Yudia…..nampak riak muka dia berubah…mungkin takut tok mengunjungi bilik aku barangkali….tapi dia cadangkan…agar aku tak meninggalkan bilik lagi…betul jugak..lagi tinggal..lagi berleluasa…kadang2 Cik Yud datang temankan aku…segala jenis diskusion aku bt kat bilik..biasala..guna kuasa veto sebagai tok ketuat..time nie..Group Supernova belom wujud….kalo banyak keje….Lynn, Isma and Yud..akan terus tido kat bilik aku…nak balik ke KRP pun masalah jugak..sebab KTF akan kunci pagar-pagar utama kol 12 malam…..tapi aku tahu….’dia’ ada bersama kami di bilik aku….
Sebenarnya..lokasi H06 adalah bertentangan dengan Arked Cengal…ada pondok Bas tuk pelajar dari KTF n KTHO menanti bas di situ….dan ade satu pohon yang besar lagi rendang dekat bus stop tu….suasana Arked Cengal kurang meriah berbanding Arked Meranti….namun tetap menjadi tumpuan pelajar2 Chinese dan India kerana di arked nie..terdapat gerai Chinese Muslim dan Vegetarian….gerai Malay pun ada…Cuma x semeriah arked utama…..di malam hari…ade warung burger..student jugak yang meniaga..kadang-kadang sehingga ke pukul 2 pagi…lepas warung burger tutup….memang arked tuh agak sayup jika dipandang….aku and de gang pernah melepak di Arked Cengal sehingga pukul 2 pagi…ader ar lam 8 orang…membincangkan isu hangat sambel ambik angin malam….bila budak-budak burger nak tutup gerai…kami pun melangkah pulang ke kolej…seberang jalan je…..yang x sodapnya….jalan tersebut amat terkenal dengan kemalangan kecil namun membawa maut….memang banyak serpihan kaca dan bahagian kenderaan bila berlaku eksiden berselerak kat situ…dalam kampus..bukannya student bawak laju pun…tetapi…kemalangan sering terjadi..tak tahu di mana silapnya…yang terakhir adalah seorang pelajar perempuan terkoban di situ..eksiden moto dengan kereta….kalau tengok dari celah tingkap bilik aku…straight je nampaklah jalan tersebut dan juga Arked Cengal…
Seterusnya adalah kisah aku di PSZ….Perpustakaan Sultanah Zanariah…kebanyakan bangunan dalam UTM memang agak uzur… rekaannya adalah dari golongan bijak pandai jurusan Seni Bina universiti ini sendiri…dan dijuruukurkan dan ditentukedudukan (Global Positioning System) oleh Profesor-profesor Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi …seterusnya direalisasikan oleh golongan akademik dari Fakulti Kejuruteraan Awam…Dilengkapkan oleh golongan bijaksana dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan juga Mekanikal…aku bukan mereka cerita…Prof aku yang bercerita..Prof Madya Mohd Shafie Mohd merupakan jawatankuasa kelompok utama dalam pembangunan UTM kampus Skudai……Prof memang banyak berkongsi cerita dengan kami….thanxs Prof….
Aku dan Yudia memang rajen jugak lepak di library tatkala insulin dan hormon rajen kami menyerang…..tapi petang tuh…Yud nak balik dulu…aku yang tengah kusyuk kononnye…rase malas lagi nak balik…lagipun….esok ada test….aku biarkan Yud gerak dulu…..port kami kalo melepak di situ adala di aras 4…lagipun buku rujukan fakulti aku aku di aras tersebut…..waktu petang memang tak digalakkan buat revision…tp aku cuma rasa x cukup persediaan..sebab tu aku rase nak stay kat library…selepas Yudia pergi…aku mendongakkan kepala…memang dah kurang orang di aras 4…hanya kelihatan beberapa pelajar sahaja lagi…di depan aku memang dah x de orang…tengah aku sebok dok menulis nota-nota kaki aku…aku perasan ade seseorang selang dua buah meja……berhadapan….kepalanya tertunduk…menghadap buku…aku sambung menulis…tetapi hati mula berdebar….aku terpandang orang tu lagi…aku sangat hairan…masih di posisi yang sama….dan buku yang dibaca..tidak berganjak pagenya…..aku juga x nampak tangan….memang kebetulan…kertas nota aku jatuh…seriyes cam cerita kat TV mahupun di layer perak…aku tunduk mengambil nota dan terpandang meja yang org tu duduk…huhuhu….kosong…kerusi itu sebenarnya..tidak ada orang…..!!!!
Tanpa membuang masa aku terus mengemas…umpama dia mengetahui…mungkin dia tahu aku dah tahu….aku x nak pandang lagi…aku hanya sebut Allah Hu Akhbar berkali-kali di dalam hati….kebetulan aku datang bulan…tapi dalam keadaan terdesak..aku baca juga Al-Fatihah dan Ayat Kursi….aku dapat rasa dia dah mendongak kepala…dan tepat memandang aku…sambil tersenyum…..terus aku lari tuk keluar dari level 4…x kuasa aku nak tunggu Lift…juz lari guna anak tangga…sampai kat Level 3..aku lega..sebab masih ada orang….Level 3 agak happening sbb ada ruang computer yang besar dan urusan pentadbiran PSZ di situ…pintu utama PSZ juga di Level 3…keadaan di Level 1 dan Level 2 lebih menyeramkan…umpama di bilik bawah tanah…Level 5 aku jarang naik…naik sekadar untuk buat fotokopi je….Level 5 khas tuk student-student FKA,FKM dan FKE…..
Lepas insiden itu…aku agak ambek masa tuk ke PSZ..pegi sekadar untuk pinjam buku sahaja….dah x study di situ….memang agak meninggalkan kesan…..dah x study kat PSZ…aku cuba study kat Bilik study KTF yang terletak di ruang H01 Pentadbiran Kolej…aku bukannye suka study kat bilik..kerna dikhuatiri tertidur…..besala..dok pandang katel yang empuk tuh…iman aku turut goyah….!!!! X ramai yang suka study di bilik study….ade la beberapa kerat….tapi kisah nie terjadi di siang hari dalam pukul 3 macam tu…aku duduk di suatu sudut..meja study di situ lebih kepada personal…mengadap dinding je aku neh…..adala dalam 30 minit aku study…aku rase ade benda bergerak-gerak…maaf sebab aku terpaksa sebut…di bawah punggung…isk..aku kata dalam hati…apa pulak neh…kerusi bilik study adalah kerusi yang sedap diduduk sebab ade kusyen….lama-lama….aku bangun….terkejut tengok ade 3 ekor ulat…macam ulat sagu…sebesar ibu jari dok tergodek-godek atas kerusi aku…pup…jatuh lagi sekor…pup…jatuh lagi…dan lagi….jatuh dari atas…penuh kerusi…lagi sekali aku beristigfar…aku x tau samaada ulat-ulat nie ulat betol atau tak…bangunan lama dibina….jurang antara bumbung memang sangat tinggi….kalo betul ada…kenapa jatuh dekat kerusi aku sahaja….aku tengok orang lain relax jer…sekali lagi..aku kemas barang dan terus keluar….kerusi aku tolak bawah meja…..mungkin tempat dia kot…hati aku sekadar berpikir begitu…..Bilik Study KTF juga turut masuk lam blacklist aku selepas itu….
Bukan aku mengalah…Cuma aku x nak diganggu…x baik kita tidak mempercayai kekuasaan Allah S.W.T…aku cerita segala kejadian dekat mak….mak memang paham…aku memang macam nie sejak kecik…mak minta air ubat dekat Ustazah Misbah..guru Kelas Fardhu Ain mak…Ustazah Misbah memang yang ubatkan aku sejak dari zaman skolah…time balik cuti…mak bawa aku jumpa Ustazah…ustazah memberi kata-kata nasihat…biasalah kata-kata seorang Ustazah…
“Usah ditakut selain kuasa Allah SWT…dia hanya menumpang seperti mana umat manusia…..”
Bila hati berdebar dan tak sedap…aku akan minum air Yassin yang ustazah bekalkan……Alhamdulillah…sekurang-kurangnya…mampu meredakan debaran hati…
To be continued….dengan kisah-kisah kawan aku pulak....
2 comments:
budak jual burger tu warga kelate n ganu budak course aku. sorg mamat sampai mengalami masalah akademik demi nak bisnes. haha, tapi diorg tu memudahkan aku beli burger dengan hanya pesam melalui sms n pi amik, bayar n terus makan.
kisah pompuan eksiden tu aku seniri tgk dia masih terbaring tepi jalan sebab aku dlm bas utm. masa tu maybe hang tahun 2 atau 3. memang sadis. esok tu dengar pompuan tu meninggal. kertas yg dia nak photostate bertaburan, kata org resume dia nak mintak keje.
isk..kalau aku taw...aku msg ang soh ang msg dier..cepat sket dapat burger..jenuh tunggu kalo order burger situ...bukan sbb dier bt lambat...tp..ramai sangat org terutama kol 12 ke atas.....macam Pesta Keramaian demi sebijik burger....
ye...sian jugak kat dier.....
Al-Fatihah..
Post a Comment