Bilik bernombor 114 di H06,KTF telah lama dihuni..penghuninya adalah orang yang sama dan berjaya mengekalkan kekuasaan menghuni di bilik tersebut selama 3 tahun berturut-turut..hanya setahun ditempatkan di H11…itu pun..di awal-awal kemasukan ke universiti yang sememangnya terkenal dengan trademark Universiti Tendang Menendang..4 tahun bertapa di kolej yang sama, sudah pasti banyak menyimpan cerita….dan kali ini, paparan cerita misteri lagi mistik ingin disajikan buat para pembaca…
Kolej Tun Fatimah kampus UTM Skudai antara kolej terawal dibina sebaris dengan kolej-kolej seperti Kolej Rahman Putra, Kolej Tun Razak, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Tunku Canselor…kolej-kolej ini dikenali sebagai Kolej Lingkaran Dalam disebabkan kedudukannya yang strategik….KTF memang tidak asing lagi di kalangan warga kampus….mungkin sebab kolej ini satu-satunya kolej yang didiami oleh mahasiswi sahaja sebelum kemunculan Kolej 9 dan Kolej Datin Seri Endon..juga merupakan kolej sulong yang berpagar keseluruhan dan mempunyai pondok guard..mungkin bimbang sebab banyak anak dara yang menghuni di situ…selalunya warga KTF akan dipasangkan ngan jejaka-jejaka kacak dari Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS) yang juga satu-satunya penempatan mahasiswa UTM di luar kawasan kampus…..tapi telah dimansuhkan sekitar tahun 2004/2005….dan sebagai salah seorang warga KTF, aku memang beruntung dapat menempatkan diri di situ….novelis terkenal anak didik UTM, Nia Azalea juga pernah menggambarkan suasana KTF di dalam novel kedua beliau yang bertajuk Seredup Kasihmu….
Di siang hari dan rembang petang…memang suasana KTF amat nyaman dan redup…dikelilingi dengan pelbagai pepohon yang rendang..memang sejuk mata yang memandang…landskap yang menarik…amat sesuai untuk warga kolej beriadah…pokok buah-buahan juga ditanam oleh pihak kolej…dan memang terbuka kepada semua warga Kolej untuk memetik hasilnya bila ia berbuah….aku n de gang memang slalu memakan hasil-hasil tanaman itu….ciku…jambu…etc..sukun pun ada…tapi x penah ambek tok dibuat cucur sukun…penah juga mengkait sebijik nangka yang sangat besar..dan diperam di bawah katel bilik WES..selama seminggu..!!!asal masuk bilik Wes..bau nangka itu amat menusuk hidung….namun hasilnye amat membanggakan kerana isi-isi buah nangka itu boleh dikongsi dengan rakan sekelas yang lain..banyyaaakkk tuhhh..tragedi PeSTa NangKa…..!!!!
Ape aku merepek buat mukadimah panjang berjela neh……
Mesti ada yang marah…nie..point pertama pon belom masuk lagi……
Bukan ape…aku juz nak korang turut merasai suasana UTM umumnya..dan KTF khasnya….hahahha….
Namun berbeza di malam hari…suasana di KTF amat menggerunkan..pepohon rendang tadi telah mewujudkan suasana seram di sebalik kepekatan malam…sebagai kolej lama..bangunannya pun agak unik..blok kolej terbahagi kepada 3 kategori…blok besar..blok sederhana..dan blok kecil…aku and de gang menghuni di blok sederhana yang rekabentuknya adalah seperti sebuah rumah..nak terang pun tak reti..kalo ade gambar..nanti aku masukkan….memang dilengkapi tangga berbentuk ikatan molekul DNA seperti yang Syed nyatakan di N3 beliau sebelom ini…
Dalam gang aku…yang dikurniakan sedikit kelebihan dalam bab mistik nie adalah
aku sendiri, yudia, iezoo, roha n eija….bukan diminta untuk merasai…tapi kadang-kadang..benda tu memang ingin mengusik…..
Kisah dimulakan di tahun 1….aku dan yudia masih belom berangkat pulang sempena cuti semester..ade hal yang berkaitan ngan aktiviti Sekretariat Rakan Muda…suasana sepi menyelubungi kolej…hanya kelihatan beberapa bilik sahaja yang menyala lampunya…waktu tu..aku di bilik Yudia di H09….leka bermain game di computer..aku tak menyedari si Yudia pegi mandi…tetiba…aku terdengar orang memberi salam…tapi dari arah tingkap yang terbuka luas sayup-sayup memandang ke arah
X semena-mena…bulu roma aku meremang….astagfirullah hal azim…bilik Yudia di tingkat dua…mustahil ada orang di tepi tingkap…lain la kalau di tingkat bawah…dalam perjalanan ke Bilik SRM…aku crita kat Yudia…lantas kami berdua berjanji x kan crita kat orang len esp roommate Yudia si Dalie…bimbang kerna Dalie dilabelkan sebagai seorang yang penakut….kami pun sebenarnya takut jugak…malam tu..kami tidoq berdua di bilik aku…!!!!
Diari seorang pelajar memang x dapat lari dari tugasan dan discussion…bila tiba musim discussion…portnya adalah di H09….biasala..kuasa majority…aku yang golongan minority nie slalunya kalah….tiap-tiap malam kena meredah kepekatan malam tuk ke H09 dari H11…x jauh mana..tapi aku sering berdebar….di aras dua tempat bermastautinnya budak2 cos aku..memang meriah…aku dr toilet…nampak Iezoo di hujung pintu dekat dengan tangga molekut DNA tue…
“Mummy..
Sememangnya Iezoo memang rabun…aku
Bila kawan2 tanya..korang tengok apa..kami lantas menjawab..ambek angin…diaorang datang mendekati…aku dan Iezoo tarik napas…lantas salah sorg berkata….
“isshhh…malam-malam pun nak dating…balik buat assignment la!!!”…aku ngan Iezoo tunggu juga kot diaorang nak berkata yang lain…tp tiada….lepas abes bt diskusion..aku, Iezoo n abby…lari berdesup balik ke H11….
Crita seterusnya adalah mengenai Cik Yudia….cik Yudia memang rajen mengcoll orang..tabiat itu memang terbawa-bawa sehingga ke hari ini….selalu bertemu pondok telefon di tengah malam…niat di hati ingin menelefon ibunya iaitu Mak Cik Bushra…
Tengah dok bercakap…mata beliau ternampak objek puteh dari tengah
Hobi beliau yang suka merayap ke bilik teman-teman di tengah malam mengundang padah….dier merayap ke bilik farah di H08 seorang diri…sesampai di bilik farah…kelihatan semua puak-puak SBQ seperti dalam ketakutan duduk di dalam satu bilik yang kecil..masuk 10 org pun mmg sesak giler dah…
“Yud…beraninya engkau berjalan tengah-tengah malam…si F**** baru je ternampak orang bertelekung dekat atas pokok besar tuh…”
“Ha..ye ke…aku x nampak..sebab tu aku relax je datang blok korang…mungkin ‘dia’ pun takut tengok bedak sejuk yang bertempek kat muka aku nie…” masih membuat lawak walaupun sindrom ketakutan mula menyerang….esoknya bila bertemu..die bercerita kat aku…
Yudia juga pernah terlihat seorang perempuan lengkap berbaju kurung n bertudung puteh di dalam salah sebuah kereta siswi yang di parking di perkarangan Blok H10…kereta siapakah yang
Sekitar sesi 2003/2004…UTM juga penah digemparkan dengan kisah seorang pelajar perempuan berketurunan Tiong Hua menggantungkan diri di dalam locker di Blok S13, Kolej Tuanku Canselor dipercayai menghadapi tekanan perasaan disebabkan prestasi akademik yang kurang cemerlang…memang tekanan yag tak dapat dielakkan..silap langkah sedikit sahaja…UTM memang akan tendang orang….akademik come first..semua pelajar UTM perlu berada di zon selesa tahap pencapaian akademik…ia juga menjadi tajuk berita Buletin Utama…seluruh warga kolej aku yang melepak di café Kolej tergamam ketika berita ini tersiar…insiden ini memang meninggalkan kesan di kalangan warga kampus…Blok itu akhirnya ditutup selepas kejadian..bimbang jika ada kejadian aneh…namun pihak pentadbiran membuka semula blok berkenaan pada tahun 2006 dengan mengrenovate bilik kejadian sebagai sebuah dapur…..namun menurut kata sahabat-sahabat sejawatan dengan aku yang menginap di KTC dan juga Kolej Perdana…insiden pelajar diganggu oleh roh mendiang…memang berlaku…aku cuma harapkan…keadaan di sana kembali tenang….
Harap kisah nie dah berakhir…namun ia tetap mengundang ketakutan bagi yang selalu ade hal di waktu malam ketika itu…..
kepada yang malas membaca...abaikan saja N3 ini dan N3 berkatian yang bakal menyusul.....
7 comments:
yups..kisah S13 pernah aku mention cenonet kat entry kisah aku keje hotel. ada yg bgtau nombor 13 tidak elok mengikut feng shui. haha.. sebab tu L13 KTHO selalu menjadi sasaran.
mana p ilang komen aku ritu..huhu..
hilang...aku dah edit entry...komen pun ilang..maap le sandal wood
ye ke...suwa suwei kemuning sungguh!
nak tanya. kolej rahman putra campur laki dan perempuan ke? Asal krp tak specific macam ktf yang penghuninya perempuan je??
s13 dah ok skrg ni.. Alhamdulillah 😀😀
Hhahaha.. saya staff yg duduk kat Kolej Perdana ,, baru 2 hari lepas pepagi buta ke KTF , kene bagi tazkirah sikit kat adik2 yg baru mendaftar,, SENSORANG .. gelap gelita .. saboe jelah .. Alhamdulillah keadaanya skrg baik2 aja dong ..
Post a Comment