N3 ini adalah N3 kedua selepas N3 pertama mendapat sambutan hangat dari blogger-blogger ex-seratasian…hangat ke wei????saja nak bagi korang gelak ketawa time bace perkataan-perkataan yang penah kite guna time skolah dulu….
Biasala..bila dah abes menulis 1st N3…banyak pulak teringat kat beberapa patah perkataan…ces..time dok menulis tak ingat pulak!!!juga bantuan kawan-kawan yang mengingatkan semula pun..amatlah dihargai…thanx tok anand, achik n syed….penambah perasa korang buat aku berfikir..uiiihhh…banyak lagi yang aku termiss….
Kosakata x diiktiraf part 2….diharapkan kawan-kawan aku dapat mengimbau lagi kenangan di bumi SERATAS yang suatu waktu dulu…amatlah malas nak mengikut segala mak nenek peraturan….amat tension bila hidup diaturkan..itu x boleh ini tak boleh..sekian2 waktu perlu berada di
Tiba-tiba teringat kat NiNeR…penah sekumpulan budak pompuan memujuk pak guard juga Cikgu Baha…merayu nak minta kuar kejap ke Cafeteria Zoo Taiping….kata kami…
“Cikgu, kami teringin sangat nak p makan kat Café tu…ari ni lauk Dewan Makan x sedap”..padahal saja..bosan dok lam skolah..maklumla ari ahad…x leh kuar mana…sebab waktu tu..outing hanya ari Jumaat N Sabtu…pujukan kami berjaya…Cikgu Baha bagi kami kuar tanpa perlu menggunakan Kad Merah(Kad Kebenaran Keluar dan Pulang Bermalam)…..aku n de gang rajen gak p berkelah kat Taman Tasik Taiping…siap bawak bakul tuh..isi makanan Dewan Makan lam tupperware
Semangat giler aku, NiNER n beberapa orang lagi…menuju ke Café tu..sambil teruja tengok menu kat Café…sedapnye..rase macam nak order semua….lantas NiNeR berkata..
“Aku ingat aku nak order Nasi Campur Antarabangsa la…kome nak order ape???” pekat Perak Niner memang x dapat diubah….
Tak lama lepas tuh…order masing2 pun sampai..namun di wajah Niner…nampak macam kecewa….
CARPUB
Maksud :
Singkatan perkataan Cari Publisiti. Ia umpama mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian rakan-rakan sebatch, junior, senior, cikgu-cikgi, pak cik kantin, mak cik cleaner…senang crita…satu skolah la…target utama adalah Pengetua!senang nanti..ala-ala dapat kuasa gitu…yang penting..dia nak dikenali oleh semua orang..budget pamos amos ar tu….
Penggunaan Ayat
“ Weh..hampa kenai dak form 4 baru yang nama Y*****? Dia masuk persatuan aku…dah la poyo…CARPUB pulak…baru masuk dah nak conquer…time dok pilih AJK ari tu…die cadangkan diri dia jadi Pengerusi!Budak Form 5 bengang je….”
RANJAU
Maksud :
Perbuatan kerap mengadu domba…sehingga ada yang mendapat jolokan Mat Ranjau dan juga Minah Ranjau.
Penggunaan Ayat
Curi ayat anand je la…mudahkan kerja sket….
"Aku crita kat hg ni, hg jgn RANJAU kat dia plak," pesan saudagar saree kepada saudagar belacan.
TAWAF
Maksud :
Juga merupakan istilah Haji yang diguna pakai. Merujuk kepada perbuatan yang mengelilingi sesuatu kawasan…
Penggunaan Ayat
“Eh..jap lagi kita outing, nak p mana ye???Kita TAWAF satu Taiping nak?Lagipun malam sat lagi free nite…kitakan Ayub…x yah p surau!”
POW
Maksud :
Maksud ringan : Mengambil hak orang lain tanpa mengkhabarkan terlebih dahulu tetapi masih boleh dimaafkan oleh tuan punya barang.
Maksud berat : Aktiviti mengepow budak skolah berasrama sekitar Taiping oleh samseng-samseng serta insan yang tak bertanggungjawab sewaktu kami outing ke Bandar Taiping. Jenayah membawa padah!!!!
“Mek..tadi time ang mandi…aku POW ang punya kerepek lam loker sikit!!!Lapaq..siren dewan makan pun lambat nak bunyi..hehehhehe
Kekerapan berlakunya aktiviti POW di sekitar bandar membuatkan segolongan pelajar berasa takut untuk outing, namun fenomena itu hanya seketika kerana Supermarket The Store kembali seperti sediakala dipenuhi dengan manusia berpakaian seragam batek biru berkain puteh.
HEADBOY
Maksud :
Maksud nyata : KP sekolah…
Maksud sebaliknya : Beruk SERATAS yang besar lagi Body Builder….memang kami panggey HeadBoy…sebab utamanya, beliau umpama ketua bagi sekumpulan berok yang suka menyerang asrama Puteri..giginya panjang…punggungnya berwarna-warni…badan memang though sebab ade otot..
Penggunaan ayat
Suasana petang Sabtu di asrama Puteri sentiasa tenang sebelum HEADBOY dan puaknya datang menyerang, masing-masing diulik mimpi dan membuta menghasilkan irama syahdu. Namun jeritan apem yang katilnya berpengkalan di hujung pintu dorm E1-1 akhirnya mengejutkan seluruh penghuni…ternampak HEADBOY sudah berada di situ, sekejap lagi..ia pasti mengganas. Semua bangun sepantas kilat demi menyelamatkan diri di suatu sudut…Locker Mek jadi sasaran….yang kedengaran hanya nama Hani dipanggil berulang kali…HANI!!HANI!!HANI!!!Tolong kami..HEADBOY masuk dorm!sejurus kemudian,disebalik jaring tingkap..kami nampak Hani datang dengan gagah membawa sebatang kayu panjang demi melawan n menghalau HEADBOY…Hani..thanxs…engkaulah penyelamat kami!!!
ASSABIYAH
Maksud :
Berpuak-puak..itu maksud dia yang jelas…assabiyah tuh perkataan ARAB….
Ia sering digunakan ketika taklim 10 minit sebelum prep malam tamat, diberi oleh insan-insan yang “layak” memberikan..golongan biase jarang guna….bak kata syed…taklim memang khas ditujukan kepada golongan yang kuat bergosip, kuat bergelak ketawa, kuat berdating dan golongan perempuan yang tak memakai stoking ketika prep malam!!!Kelas aku 8 org budak pompuan x pakai stoking…2 org je kot yg pakai…8 org tuh semua budak band yang agak lagho..disebabkan kehebatan akademik je kami ditempatkan di kelas penuh peraturan tuh….so..golongan lagi satu x de pilihan..terpaksa tengok kami dalam kelas diaorang…dat’s y bila taklim……hanya ulang isu yang sama..
Penggunaan Ayat
“Bosan aku,balik-balik isu ASSABIYAH je yang diaorang dok cakap…kita yang ASSABIYAH ke..depa yang ASSABIYAH!!
“Kalau x isu ASSABIYAH…mesti isu Aurat…memang la..depa pandang kita hina..tapi..sapa diaorang nak buat kita macam tu..bengang sungguh aku!!!bukannye kacau hidup depa pun..kalau diberi pilihan..aku nak dok 3Z..happening”
“Aku lagi ‘A’ kena….hari tu hujan time nak p prep petang… lalu kot koridor..habes baju aku basah sebelah…mujuq sampai kelas x dak orang lagi….alih-alih dia mai…terus dia halau aku dok luaq…dia kata berdosa besaq tengok aurat perempuan..terpaksa aku p kelas lain sementara nak tunggu baju kering ”
“Lepaih nie..kita jangan gelak kuat taw…kita gelak bagi x bunyi…”
“Hang tak pa la…gelak x dengaq…hinggut bahu katup hidung….aku mane boleh…aku suka lepaskan….kalo dak..dok rasa menghedam dalam dada….”
“Senang cerita…esok mai prep malam..kita pakat-pakat pakai kasut hitam skolah…senang!!!”
“Penegasan!!!!!!”
Dialog2 di atas diadaptasi dari perbualan beberapa bekas pelajar perempuan 3 Kejora 99….
GIPANG
Maksud :
Shortform perkataan GILA PANGKAT….merujuk kepada seseorang yang sememangnya gila pangkat tak kisahla pangkat apa pun janji nama dia ade lam senarai….
Penggunaan Ayat :
Isk…aku x mau la jadi AJK DOBI…aku malas la nak berurusan ngan pak cik
FLY
Maksud :
Terbang iaitu terbang keluar tanpa kebenaran di malam hari.Aktiviti ini selalunya dilakukan oleh pelajar lelaki…entah apa yang diaorang cari ngah-ngah malam..dah tu..kena lalu Asrama Tunas Bakti pulak tu..panjat
Penggunaan Ayat
“ Kesian kat mak dia..baru mai hantar anak sebab kes FLY semalam, hari ni kena mai lagi…malam kelmarin dia fly lagi…tapi…buat muka x bersalah ja..dah immune kot!!!”
LAGHO
Maksud:
Benda-benda lagho dan yang melalaikan. Selalunya..time buat benda-benda lagho..memang nikmat…dan ianya akan ditegur on de spot….dan selalunya terjadi di surau..contohnya..bergosip/bersembang
Penggunaan Ayat
Kuliyah Jumaat yang diconduct Ustazah Rohami ari ini nampak menarik…isu-isu kewanitaan memang menjadi tajuk kuliyah dan perbincangan..namun ustazah tiba-tiba naik marah apabila mendapati satu group senior membuat perkara LAGHO di satu sudut hujung surau lantas x memberikan tumpuan kepada penyampaian ustazah….
SS
Maksud:
Syok sendiri. Bleh jadi maksud SS bila minat kat orang dalam diam…atau sekadar bertepuk sebelah tangan…namun maksud satu lagi lebih menyentap jiwa….dia je syok sendiri dok cakap banyak-banyak…orang lain x suka pun…
Penggunaan Ayat :
“Bila dia nak berubah…dari Form 1 sampai Form 5 asik SS je…dia tak tau ke kita x suka kat perangai dia nie…”
Sekian tok kali ini...hehehehe
6 comments:
huhu..ada lagi naik nama aku...terpakla aku SS jap. tapi risau gak sat gi carpub. tapi tak pa, aku tak gipang, buktinya aku tak berpangkat. tapi benci tul bila nama jadik busuk sbb ada org ranjau kat cikgu kata aku macam2.
hurmm..aku punya sijil brenti sekolah just "baik". aku igt ok la tu. rupa2nya, org lain sume dapat "amat baik dan terpuji".
SILA CEK SIJIL BRENTI SKOLAH ANDA!!
ang kan insan wanted...sure la nama selalu naik...hik..hik..hik..
sorry to say syed...aku ingat semua orang dapat....
"amat baik dan terpuji".....alah...aku rase skang ang dah tebus n dah tepis kate2 org yg penah mendownkan ang...wa caya sama lu bro!!
kak huda..salam jengah...
siyes dh lama xguna ini semua..
rindu zaman seratas
Salam Naem.....
akak pulak paling x ingat kat perkataan AYUB...ade kat entry be4 dis...bukak kitab lama baru jumpa smula..hehehe
hahaha... ah zaman dahulu kala hidupku diselubungi fitnah! cis kau fitnah! hehe..tu ah aku nak jumpa cikgu balik kasik correction. tapi nak wat pa...kisah dah berlalu pergi. tapi kalau tak de mende ni sume maybe aku tak sematang skang???
betol tuh ende Nahar....aku sentiasa sokong ang....hanya org yg closed ngan ang je tau mcmmanae de real NAHAR....
orang yg x kenal..mudah saja berkata itu dan ini...untung jugak ang dikelilingi sahabat handai yang sntiasa menyokong..harap2..x d eyg talam 2 muka...atau pun skdar berbaik ngan ang...tok dptkan saree free je..hek3x
Post a Comment