Thursday, December 31, 2009

Baju Pengantin Mak Andam dan yang sejenis dengannya!



Mek kembali menjadi pen'review' novel tidak bertauliah...

Segala pandangan sudut tepi adelah lahir dari hati nurani sendiri...
Jadi tiada masalah jika anda sudah baca dan anda kata anda tidak suka!
I'm ok wif that...kok payah gitueee asal diberi buah pikran minta sume nak ikut kepala otak sendiri...yeeee dakkkkk?

Ist novel yang ingin direview adelah Sandaran Hati hasil karya Aini Marisha...
Bukan hak peribadi tapi hak orang yang telah dibuat seperti harta sendiri setelah melihat novel itu terdampar sepi tanpa ada sesiapa yang ambil peduli...
kesian beliau dah berabok pun...tuan punya novel pun belom baca hingga saat ini...
Dah boring..I pun ambek la baca....
okeh..secara jujurnya I asek sumpah seranah dari awal...
Akibat nama penulis tidak segah Aisya Sofea mahupun Ahadiat Akashah, memang pelbagai andaian tidak menarik menerpa otak pikiran...tapi yang heran, selesai satu helaian pasti satu helaian disambung lagi...uhhh amazing!dalam x suka pun, pasti nak taw apa yang jadi seterusnya!

Fine..akhirnya Mek selesai membaca kisah ini...kisah antara Amalia, Farhan dan Raihana..


Kemelut yg melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yg tdk dikenali telah membuatkan Amalia membenci lelaki. Kak long menderita sehinggalah di jemput ILAHi akibat penyakit serius yg ditanggungnya.

Amalia sedih lalu membawa diri ke kota dgn bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Disana dia menemui Farhan Hakim yg menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorg yg mencemburuinya. Dengan rancangan yg teliti, Farhan yg telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.

Raihana,model terkemuka Kuala Lumpur mempunyai pertalian dengan Farhan.Raut wajah yang cantik dipertaruhkan untuk menggoda lelaki-lelaki kaya namun Farhan tetap menjadi buruan. Biar salah cara, dia sanggup korbankan segala. Dia memasang perangkap agar rancangannya untuk memiliki Farhan berjaya. Sanggup dia menyerah diri terhadap orang suruhan sendiri agar segala rahsia disimpan rapi!

Ada insan lain yang turut menyimpan rasa terhadap Farhan. Sudah lama Bossnya itu diperhatikan namun Farhan tidak pernah menyedari. Kemasukan Amalia sebagai pekerja baru, dianggap sebagai saingan. Dan tanpa pengetahuan sesiapa, dia juga adalah mastermind untuk segala kebuntuan yang melanda.

Perempuan sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki yang mereka cintai!!!!!
kenapa perempuan sering begitu????????
Itulah yang Mek dapat lepas baca novel niehhhh...
Besttttttt....itu je la nak cakap....macam ada semangat membara je baca novel nieh!
Mak Cik Lynn pun bagi komen BEST....I ngan mak cik I tue memang suka buat review novel bila berjumpa!!!!!



Then, ketika tidak sengaja menyinggah POPULAR SUNWAY PYRAMID....Mek telah membeli novel Baju Pengantin Mak Andam...hasil tulisan Areila Sahimi yang cerpen-cerpennya banyak dibaca di Penulisan2u.blogspot...kiranya..karyanya diangkat menjadi novel la...syabas!!!
Ekcelli..kak wan yang promote novel neh...entah dia dah bace ke belom tak tahula..hari tu katanya asyik mencari novel BPMA nie tapi x jumpa..haaaaa..ape kate Kak Wan pegi je Popular Sunway Pyramid tu...jangan risau la kak wan..memang ader berlambak..!!!!

Kelebihan Areila Sahimi adelah gaya penulisannya yang bersahaja...kira bahasa rojak habes la..tiada langsung ayat berbunga...ayat jiwang karat adelah...hahahhahaa...
apa yang menariknya dengan kisah BPMA neh??????

sedikit coretan dari BPMA...

"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau,dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa" ~Zain~

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba manapun aku Zain, aku masih seorang perempuan.Yang Tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati"~Aleeya~

And part mek paling suke adelah...time kak Ana ajak Aleeya masuk bilik kejap..hal orang dewasa katanya..kebetulan anak kak Ana tengah melalak minta disusukan...selamba je Aleeya jawab

"Baby Erin yang nak nenen, bukan orang!!!!"

hoh sungguh x paham maksud ini budak......hahaha..orang nak cakap bab hal hati perasaan,pandai je dia nak mengelak...

Kenapa mesti ade kisah di Warung William????hahahahha
Kenapa mesti Aleeya guna MyVi even dia MyVi SE sekalipun?????
Kenapa mesti lepak Mapley????
Kenapa mesti Aleeya tenangkan hati di Putrajaya..di jambatan yang sering di halau oleh polis itu?
Kenapa mesti Zain bagi Aleeya haruman Estee Lauderr..tak de haruman lain ka????
Dan kenapa...
Bila kita tunggu seseorang yang sangat buat diri kita rasa dihargai, dia tidak datang di hari konvo sedangkan dia berjanji ingin berkongsi kegembiraan bersama?????????
sebab ketika itu kita membawa hati.......

Ade kaitan dengan sendiri?....sesetengah perkara!

Thanxs Areila for dis novel, sungguh menggamit memori...sekali sekala membawa masa terbang ke zaman muda....skang bila free, ngah skodeng bace 2x5...cuba kawal perasaan, tapi biasa la x menyempat nak tunggu novel 2X5..bacelah beberapa bab yang dah ade online tu...

Dan skang gigih tuk habeskan novel Bukan Yang Pertama...agak tebal..tapi ini bukan yang pertama tebal untuk dibaca....dah baanyak novel tebal Mek telah khatam...cuma juz low speed..tak tau napa asek ngantok je..tapi cerita dia ok...rase macam pengusaha IKS Homestay Relau pulak dah!
Eh kampung Mek memang ade Homestay taw...bleh kontek JKKK Kampung..hahahha

11 comments:

SYED NAHAR said...

novel? ceq jarang sekali baca novel tapi pernah baca koleksi malim malungun jek...

aku kalau baca nak yang kelakar saje, tak mau yang lain. especially novel julia aku sangat tak suka segala helikopter peribadi ceh!!!

aku kalau tgk wayang mau tgk cite sedih aje..

kenapa ek?

Anonymous said...

takmau komen sal nobel, nak habaq aku dah penah nampak senbod homestay relau..hikhik kagum kagum..

eh tapi nak komen gak, nobel kegemaran aku adalah nobel thriller, cerita pasal wanita berpurdah hitam baca waktu darjah enam..hahaha..

.nan.

Anonymous said...

weh, kak wan terpengaruh BPMA masa dtg umah aku, baik punya aku promote kat dia smpai semua kedAI buku dia g redah tp malang menimpa semuanya abeh stok,mmg laris.... buku tu mampu wat aku senyum kejap bila baca sbb membayangkan watak utama tu sbg kawan aku yg memang sebijik perangai ngn aleeya tu...... so tak rugi habaq hg bli BPMA tu.....

Cik Faridah Huda said...

Bagaimana dengan novel Perlumbaan Kedua yang mempertaruhkan watak tok kura...

aku addicted habes ngan novel tuhhhh....

Cik Faridah Huda said...

weh anan..tu macam citer hantu berpurdah sahaja yang pamos sekitar penghujung tahun 1996....hahhaha

aku leh ckp kat maid aku..

"Kakak x pe..kakak masuk asrama nanti tinggai acu sorang..hantu purdah mai makan"

Cik Faridah Huda said...

oooo kira ang la yang mempengaruhi kak wan dan kak wan promote kat aku?????

aku pun rasa terhibur ngan BPMA..cuma x seindah halusinasi ahadiat akashah la...tengok dari senarai barangan pun rasanya kita mampu memiliki..kok kalo ahadiat tu aku rase apa dia imaginasikan tuh payah je nak dimiliki...hahhaaa..gila high taste!

MiSsZiLa said...

wei!!!! lum jumpa lagi buku baju pengantin mak andam tu!!!4 kedai dah pi,suma abeh dah.nk kena pi carik gak wekend ni,xkira.sapa yg jadi mangsa kena temankan?hahaha...

MiSsZiLa said...

mek! sunway pyramid..........tunggu........wekend ni gak sampai...hope ada stok lagi...MPH midvallley dah abis,MPH OU pun abis....tension2!

Cik Faridah Huda said...

Bertenang kak wan bertenang...
aku dapat rasekan hang tgh mneroyan sbb x leh baca BPMA lagi....

silalah bace! teman yakin dan pasti kamu berbaloi berpenat lelah demi mendapat senaskah beliau...

bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian....hahhahaa

Cik Faridah Huda said...

banyak loaded di POPULAR tu...bertimbun...memang ade ruang khas...and time aku ambek pun..ramai tgh khusyuk membaca..ingat Kinokuya ke ape...hhahaaa

SYED NAHAR said...

gila novel la korang ni....

aku teringat lagi aku pernah berjumpa secara tak sengaja seorang novelis dari indonesia dan dia mengambil gambar aku di KLCC..

tatau apa tujuan. aku terhilangkan business card dia. cis!!!!

 
LiFe Is UnPrEdiCtaBle Blogger Template by Ipietoon Blogger Template